Ahad, 19 April 2020

KISTI HINDI | COSTUS SPECIOUSUS


Rupanya tanaman hiasan ini ialah tanaman ubat! Tonsil, sakit tekak, batuk hingga berdarah akibat luka pada tekak, boleh dirawat dengan tumbuhan kisti hindi ini. Ia disebut oleh Nabi SAW boleh merawat tujuh jenis penyakit.

Digunakan untuk semua masalah pada bahagian kerongkong dan esofagus dan saluran pernafasan. Ambil akarnya, asah pada batu lesung, ambil sedikit airnya masuk dalam air dan kumur. Akarnya juga boleh dihisap begitu sahaja untuk masalah tonsil dan sakit tekak. Ada kaedah lain, pastenya dicampur minyak zaitun atau minyak vco, sapu pada ulser dalam mulut. InsyaAllah mujarab.

Kita menjadikan ia sebagai tanaman hiasan di laman rumah, rupanya ada khasiatnya bukan sekadar hiasan. Subhanallah.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO HERBA

Lain negara lain pula namanya. Orang arab menyebutnya dengan al Qust Al Bahri. Nama Inggeris pula Costume. Nama saintifik pula ialah Costus Speciousus.

Jabir Bin Abdullah ra mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jangan membakar tekak anak-anakmu, kamu mempunyai Qust Al Hindi (متى قسطا) & Waras (ورس), mintalah anak-anakmu menjilatnya. : Rujukan Mustadrak Al Hakim: 8239.

Anas Bin Malik ra mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Kepada anak-anakmu semasa Azrah (العذرة) (jangkitan tekak mereka- tonsil), jangan tekan tekak mereka dan jangan beri mereka Azaab (sakit) yang kamu ada Qust (القسط) ) (gunakannya). : Rujukan Bukhari: 5696; Buku no. 76; Dalam jilid bahasa Inggeris no. 7; buku no.71; Hadees no 599.

Dan banyak lagi riwayat tentang qisti hindi ini.

Faedah saintifik

1. Bermanfaat dalam semua jenis penyakit kahak, cirit-birit, kolera, pencucian privart part wanita selepas kitaran haid.

2. Ia berguna dalam alopecia, Tinea versicolor, kurap.

3. Ia adalah pembersih darah, anti septik, anti spasmodik.

4. Terbaik dalam asma bronkial, hell palsy, chloasma, batuk & selsema, jangkitan tekak

Qust jika digunakan bersama minyak zaitun adalah ramuan anti-bakteria dengan kesan yang sangat baik dan peningkatan minyak zaitun dalam tindakan perubatan dan kedua-duanya meningkatkan tindakan antara satu sama lain.


HADIS PENGUBATAN NABI 
Pengubatan dengan 'Ud Hindi (Kayu India)
Terjemahan dan Syarah oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil (Penasihat Syariah HPA)

عَنْ أَمْ قَيْسٍ بِنْتِ مُحْصَنٍ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْعُودِ الْهِنْدِي فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ يُسْتَعَطُ بِهِ مِنَ الْعُذْرَةِ وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ وَدَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِابْنٍ لِي لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَ عَلَيْهِ

Dari Ummu Qais binti Mihsan -radhiyallahu 'anha- menceritakan; Aku telah mendengar Nabi - sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Hendaklah kamu menggunakan 'Ud Hindi (kayu India). Padanya ubat/penyembuhan bagi tujuh penyakit antaranya menitiskannya ke dalam hidung untuk mengubati al-'uzrah dan dimasukkan ke dalam mulut (melalui sebelah kanan atau kirinya) untuk mengubati Zatil-Janbi". Aku masuk bertemu Nabi dengan membawa anak lelakiku yang belum makan sebarang makanan. Tiba-tiba anakku itu kencing atas riba baginda. Baginda meminta air dan merenjis ke atas pakaiannya yang terkena air kencing itu. (Soheh al-Bukhari, kitab at-Thib)


Ulasan Hadis

1. 'Ud Hindi (kayu India) dalam hadis di atas sama makna dengan Qustu Hindi القسط الهندي( yang disebut dalam riwayat yang lain. Nama saintifiknya ialah Aloexyln agappochum. Menurut Imam Ibnu al- 'Arabi -rahimahullah-; al-Qustu ada dua jenis iaitu Hindi dan Bahri. Jenis Hindi berwarna hitam, sedang Bahri berwarna putih. Jenis Hindi lebih panas sifatnya dari Bahri. (Fathul-Bari).

Dalam hadis di atas, Nabi menyuruh menggunakan jenis Hindi, namun ada riwayat lain Nabi menyuruh menggunakan jenis Bahri. Sabda Nabi;

الْحِجَامَةُ وَالْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ تَدَاوَيْتُمْ بِهِ إِنَّ أَمْثَلَ مَا

"Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai bagi kamu ialah al-hijamah dan al-Qustu al-Bahri" (Riwayat Imam al-Bukhari dari Anas -radhiyallahi 'anhu-).

Menurut Imam Ibnu Hajar; dapat diandaikan bahawa Nabi mungkin memberi cadangan ubat mengikut kesesuaian pesakit. Bagi pesakit yang memerlukan ubat yang lebih kuat, Nabi menyarankan kepadanya Ud/Qustu dari jenis Hind Bagi yang kurang, Nabi menyarankan 'Ud/Qustu dari jenis Bahri. Sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ibnu al-'Arabi tadi; Ud/Qustu dari jenis Hindi lebih tinggi sifat panasnya dari jenis Bahri. Ibnu Sina menyebutkan; Qustu sifatnya adalah panas yang berada pada tahap ke tiga dan kering yang berada pada tahap kedua. (Fathul-Bari).

2. Di dalam hadis di atas, Nabi menyebutkan dua cara pengubatan dengan menggunakan kayu India; a) Dengan cara as-Su'ut (untuk mengubati al- 'Uzrah); as-Su'ut bermaksud menitis ubat ke dalam hidung. Caranya ialah; membaringkan pesakit dengan melentang di atas belakangnya. Di belakangnya -di tengah-tengah antara dua bahu- diletakkan lapik supaya dada terangkat dan kepala jatuh ke bawah. Kemudian dititikkan air atau minyak bercampur ubat ke dalam hidung supaya sampai ke kepala untuk mengeluarkan penyakit darinya dengan cara bersin. (Fathul-Bari).

b) Dengan cara al-Ladud (untuk mengubati penyakit zatil-janbi); Al-Ladud ialah pengubatan dengan cara menuangkan ubat ke dalam mulut pesakit melalui salah satu sisi mulutnya (sebelah kanan atau kiri). (Tuhfah al-Ahwazi, an-Nihayah).

3. Penyakit al-'Uzrah (Sore Throat) ialah sakit pada halkum (tekak) yang disebabkan oleh darah. Ada juga yang berkata; ia adalah barah atau bisul yang terbit di saluran yang menghubungkan tekak dan hidung (lihat; Syarah Soheh Muslim (Imam an- Nawawi) dan Fathul-Bari (Ibnu Hajar)). Zatil-Janbi (Pleurisy) pula ialah penyakit radang selaput paru- paru dan toreks yang menyebabkan dada dan rusuk terasa sakit".

4. Dalam Sunan at-Tirmizi, terdapat hadis;

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ خَيْرَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ السَّعُوطُ وَاللَّدُودُ وَالْحِجَامَةُ وَالْمَشِيُّ

Ibnu 'Abbas-radhiyallahu 'anhu- menceritakan; Rasulullah-sallallahu 'alaihi wasallam- telah bersabda; "Sebaik-baik cara pengubatan yang kamu lakukan ialah dengan cara as-Su'ut, al-Hijamah (bekam) dan al-Masyi (pengubatan dengan membersihkan usus)". (Riwayat Imam at-Tirmizi, bab Ma Ja-a Fi as-Su'ut wa Ghairihi)

a) As-Su'ut telah kita terangkan di atas.

b) al-Ladud juga telah diterangkan di atas.

c) al-Hijamah; bermaksud berbekam iaitulah mengeluarkan darah dari badan dengan cara tertentu.

d) al-Masyi ialah ubat yang diberikan untuk mengosongkan usus di mana orang yang memakannya akan kerap berulang alik ke tandas.

Kerana itu diberi namanya dengan al-Masyi yang bermaksud kerap berjalan. (Tuhfah al-Ahwazi).

5. Di dalam hadis di atas Nabi menyebutkan Ud/Qustu Hindi itu dapat menyembuhkan tujuh penyakit, namun yang dijelaskan Nabi hanya dua sahaja. Apa lima penyakit selebihnya? Tidak dijelaskan oleh Nabi. Menurut Imam Ibnu Hajar, mungkin dapat diandaikan bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dengan tujuh itu ialah cara pengubatan. Nabi telah menyebutkan dua cara iaitu as-Su'ut dan al-Ladud. Adapun lima cara lagi ialah; 

a) "طلاء"; menyapu tempat sakit (dijadikan ubat sapu ke tempat luka).

b) شرب ; dengan meminumnya (dihaluskan/dikisar dan dicampur dengan air atau madu)

c) "تكميد mendemah dengannya

d) "تنطيل ; iaitu air dimasak dengan campuran ubat, dimasukan ke dalam jar, kemudian dituang ke atas kepala pesakit sikit demi sedikit (al-Qamus al- Muhit).

e) "تبخير ; mengasapkannya. Setiap satu dari tujuh cara di atas memberi manfaat bagi penyakit yang berbeza.

(Fathul-Bari).



Jumaat, 17 April 2020

RUMPUT LIDAH ULAR | OLDENLANDIA CORYMBOSA

Rawatan demam dengan rumput di luar rumah. Rumput Lidah Ular atau Rumput Mutiara, nama saintifiknya ialah Oldenlandia corymbosa.
Daunnya direbus bersama gula merah. Minum untuk turunkan panas badan.

Boleh guna untuk rawatan bisul. Tumbuk daunnya, tempelkan pada tempat bisul.

Tumbuhan yang ada di luar rumah kita sahaja. InsyaAllah mujarab.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO HERBA

Tumbuhan ini sering digunakan sebagai ubat di negara-negara Asia Tenggara, Cina dan juga India.

Rumput mutiara, menurut sekumpulan peneliti dari Fakulti Farmasi Institut Teknologi Bandung dan Fakulti Farmasi Universitas Jenderal Ahmad Yani Bandung, dikutip dari Journal of Medicine and Health Study on Rumput Mutiara, Vol 1 No 2, Agustus 2015, yang berjudul “Kajian Herba Rumput Mutiara (Hedyotis corymbosa) sebagai Ubat”, adalah salah satu tumbuhan ubat yang sudah sejak lama digunakan oleh penduduk Indonesia.

Herba tanaman ini digunakan dan efektif sebagai antidemam, antiradang (antiinflamasi), antibakteri, diuretik, peluruh demam dan toksin (detoksikan), pelancar peredaran darah, antikanker, antitukak peptik, antidisentri, ubat sehabis bersalin, dan ubat gangguan pencernaan.

Dikutip dari bbppketindan.bppsdmp.pertanian.go.id , rumput mutiara memiliki kandungan kimia asid ulenolat, asid ursolat, flavonoid, dan iridoit, yang dikenal sebagai senyawa pencegah pembelahan sel kanser, antikanser, antimikrob, dan meregenerasi sel hati.

ARA TANAH | EUPHORBIA HIRTA

Tips gemukkan ayam dengan pokok susu nabi atau nama lainnya ara tanah. Nama saintifiknya Euphorbia Hirta. Banyak terdapat di mana-mana termasuklah di dalam pasu-pasu bunga di laman rumah kita.

Caranya ialah dengan mengisar halus pokok ini menjadi serbuk. Semburkan dengan POC HPA (Pupuk Organik Cair HPA). Beri ayam makan. InsyaAllah ayam sihat, bebas kimia. Ayam organik!

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO HERBA

Euphorbia Hirta atau juga dikenali dengan nama ara tanah atau susu nabi ialah sejenis pokok herba yang digunakan secara tradisional di benua Asia, India dan Afrika sebab ubatan untuk pelbagai penyakit seperti gout, luka, lenguh dan selsema.

Menurut kajian Prof Dr Ali Esmail Al-Snafi dari Thi-Qar University, Euphorbia Hirta mengandungi elemen antioksidan, antimikrobial, sedatif anxiolytik, antiepileptik, antiinflammatori, analgesik, antipiretik, antihistamin, antiasthmatik, antidiabetik, antikanser, penyembuhan luka, gastrousus, diuretik, antiparasitik, imunologi, hepatoprotective, galactogenik, enzim angiotensin dan anti-dipsogenik. Rujuk: https://www.researchgate.net/.../314216010_Pharmacology...



Khamis, 26 Mac 2020

SAMPAH METABOLISME

AL HIJAMAH (BEKAM)

Bekam ialah perubatan wahyu, Nabi SAW dipesan oleh Allah direct melalui malaikat utk menyuruh umatnya berbekam. Pesanan ini Nabi saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari isra' mi'raj.

Sebaik menerima pesanan ini, Nabi tidak lengah utk implement bekam buat dirinya. Tukang bekam Nabi ketika itu ialah seorang yang berbangsa Yahudi. Padahal sebelum kejadian isra' mi'raj itu, bekam juga telah lama diamalkan.

Nowadays, bekam diamalkan di seantero dunia dan pelbagai bangsa mengamalkannya. Lebih 600 kertas kajian peringkat antarabangsa dilakukan khas tentang bekam. Sebagai umat Islam, kita ambil rujukan direct daripada Nabi SAW meski tiada kertas kerja bukti kajian nak ditunjukkan!

Begitulah hakikatnya. Sesuatu yg disebut, diamal, disampaikan dan disarankan oleh Nabi SAW seringkali dikatakan tidak relevan, tidak sesuai utk masa kini. Bekam yg berusia ribuan tahun itu adalah perubatan sepanjang zaman dan perubatan paling canggih merentasi zaman.

Nabi SAW dapat saranan ini sewaktu proses isra' mi'raj. Bagi umat Islam, perlu menerimanya tanpa banyak meminta sebab dan mempersoalkan anjuran berbekam. Analisislah, buatlah pencarian ilmiah sendiri selagi ia tidak keluar dari bingkai Al Quran dan sunnah.

Jangan pernah lupa bahawa kerajaan China selain menggunakan perubatan alopati, mereka juga ada tabib tabib dibelakangnya yang turut sama bergandingan dalam mencadangkan dan memberikan rawatan kepada pesakit.

Di sini lebih dikenali TCM iaitu Tradisional Chinese Medicine yang merangkumi ilmu herba, akupuntur, bekam, urutan dan lain-lain lagi. Bahkan, untuk menjadi seorang doktor, para pelajar perubatan di China ini perlu menghadiri kursus pengubatan herba selama setahun sebagai syarat untuk lulus bidang perubatan. Ini suatu sinergi pengubatan yang baik yang diamalkan di negara itu.

Sel darah merah mati dalam tubuh kita selama 120 hari. Jika tidak pernah bekam maka pankreas akan recycle darah tersebut sepanjang hayat. CPS - Causative Phatological Substance iaitu sampah metabolisme, ia tidak dapat diproses oleh ginjal tetapi akan dihantar ke kulit, maka kita lakukan prose bekam untuk membantu mengeluarkan CPS ini. 


https://www.semanticscholar.org/paper/Ameliorating-Role-Exerted-by-Al-Hijamah-in-Effect-Baghdadi-Abdel-Aziz/e52d252c39b3c4e18bc26dfbb7e3627bb6d3ec19?fbclid=IwAR1YCbKcBf2ZtSQRtqVg2xu9JcLieixZviGOtJzqs6UYz7pQax-WPovHtdQ

Jadi, berbekamlah! Tarikh terbaik ialah pada pertengahan bulan Islam iaitu 17, 19, 21. Hari terbaik 
berbekam ialah Isnin, Selasa dan Khamis.

Justeru, dalam mencari titik kesembuhan kepada penyakit yang dialami bukan sekadar dengan perawatan fizikal semata-mata. Ia sangat perlu kepada rawatan spiritual dan emosi. Bagi setiap penyakit ia bergantung kepada kekuatan fizikal dan emosi.

Untuk menguatkan fizikal kita perlu kepada superfood dan makanan yang halal, suci, bersih, dan barakah iaitu yang baik untuk kesihatan. Untuk menguatkan emosi, kita perlukan makan rohani seperti muhasabah diri, berzikir mengingati Allah, tingkatkan amalan ibadah. Bahkan, memetik kata Pak Hamka, "Membaca buku yang baik-baik juga boleh menguatkan rohani".

Info tambahan : Untuk sebarang penyakit berjangkit, pesakit digalakkan untuk memilki alat bekam sendiri dan boleh meminta jurubekam lakukan pembekaman. Namun, harus diingatkan bahawa pesakit hendaklah merujuk kepada doktor dahulu bagi pengesahan penyakit berjangkit tersebut agar jurubekam lebih bersedia dengan PPE dan SOP mereka.

Perkongsian berbentuk slide di bawah ini akan membawa anda untuk memahami al hijamah dengan lebih mantap. InsyaAllah.


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Isnin, 24 Februari 2020

TERUNG PIPIT | SOLANUM TORVUM

Ini adalah pokok terung pipit. Nama saintifiknya ialah Solanum torvum. Kalau kita cari gambar terung pipit ini, kita juga akan menemui nama Turkey berries, pea eggplant, devil's fig dan nama lain lagi di seluruh dunia.

Pokok terung pipit ada dalam perubatan ayurvedik India. Ia pohon berduri dan menjalar.

Dalam kuliah pengubatan herba sering dipesankan, jika tumbuhan ada duri, dan menjalar ia bersifat dingin, dan deuretik.

Deuretik ialah sifat bagi herba yang memperbanyakkan air kencing.

Setiap herba yang bersifat deuretik digunakan untuk memecahkan batu di dalam buah pinggang.

Selalunya pokok yang ada duri digunakan untuk rawatan kanser, dan memecahkan batu dalam hempedu.

Selain digunakan dalam perawatan memecah batu dan kanser, ia juga bermanfaat untuk perawatan mata yang panas dan keradangan, masalah anemia dan kecacingan dalam usus.

Buahnya ditumbuk dan diletakkan pada dahi untuk menurunkan panas kepala/demam, paste ini disapu pada kulit gatal kesan gigitan serangga.

Jika buah ini dikeringkan, kemudian dijadikan serbuk, dibuat seduhan teh, ia baik untuk perawatan mata. Serbuk buah terung pipit jika disinergi bersama beberapa materia medica lain ia sangat kuat untuk mempercepatkan pengecilan sel-sel ketumbuhan yang ganas dalam tubuh seperti kanser.

Dalam buku Encyclopedia of Edible Fruits of the World tulisan Parmar Dr. C. Dahulu, orang menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati penyakit kesan daripada virus malaria, sakit perut dan masalah dengan limpa.

Subhanallah!

Biasanya terung ini dimakan sebagai ulam, sambal tumis ikan bilis, gulai kari serta pelbagai menu lain. Saya suka jika dimakan sebagai ulam atau sambal.

Ilmu herba ini sudah langka, sudah banyak tidak diketahui orang. Tidak dipandang orang, ia menjadi sepi.

Padahal jika ilmu ini dipelajari, banyak sekali tumbuhan di sekeliling kita yang boleh digunakan. MaasyaAllah!

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Jumaat, 14 Februari 2020

POKOK LETUP | PHYSALIS ANGULATA

Alhamdulillah kali ini berkesempatan untuk berkongsi sedikit info dalam album ini. Herba ubatan kali ini ialah pokok letup.

Pokok letup, di Indonesia dikenali dengan nama cipluk'an. Nama saintifiknya ialah Physalis angulata. Ia lebih kurang seperti tomato dan terung tetapi saiznya lebih kecil.

Lihat pada bentuknya, ia mirip seperti jantung bukan? Tanda-tanda visual pada tumbuhan boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengenal fungsi dan manfaat tumbuhan tersebut.

Kaedah melihat ini diamalkan ribuan tahun dahulu lagi, malah mungkin sejak manusia diciptakan. Kaedah ini disebut sebagai Doctrin of Signature (DOC).

Dalam ilmu pengubatan herba, pokok letup ciplukan baik sekali untuk rawatan penyakit jantung tersumbat.

Caranya, ambil daun muda, blend dan minum airnya. Boleh campur dengan susu kambing. Selepas minum, tubuh akan berkeringat yang banyak. Ini membantu melancarkan blood circulation.

Ada bahan kimia dalam pokok ini yang sangat efektif untuk membuka saluran jantung. Untuk membuka saluran jantung itu, Caranya ialah daun muda diblend dan dicampur dengan susu, atau campur dengan madu lebah untuk menghilangkan pahitnya.

Daun ciplukan, jika ditumbuk bersama kapur makan (kapur yang dimakan bersama sireh) iaitu calcium karbonat (CaCo3) boleh diletakkan di bahagian dada orang asma. Disapu setiap malam. Kesannya seperti inhaler.

Daun ciplukan yang ditumbuk juga boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Buahnya yang telah masak dijadikan ubat demam kuning samada dimakan atau direbus dan dibuat seduhan the dan minum.

Pokok ciplukan dapat mengelakkan orang membuat rawatan cuci ginjal (haemodialisis). Rebus dan minum airnya. Ginjal memerlukan herba yang pahit sebelum dicuci ginjalnya, tetapi selepas dicuci ginjal itu ia tidak boleh minum herba pahit kerana ia boleh membekukan darah orang haemodialisis. Boleh guna herba pahit tetapi deuretik.
Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Rabu, 29 Januari 2020

HE SET HPA INTERNATIONAL

HE SET mengandungi gabungan WAVE dan HGH-II HPA.

APA ITU WAVE HPA?

WAVE merupakan satu kaedah perubatan alternatif yang berdasarkan kepada proses pembetulan gelombang otak iaiti medan elektromagnetik (MEM) melalui titisan pada mata. 

WAVE ini dapat menstimulasi sistem saraf melalui mata yang seterusnya menjadi ikhtiar untuk merawat beberapa permasalahan kesihatan seperti masalah saraf mata, strok, migrain anak tantrum, kemurungan dan lain-lain, dengan izin Allah SWT. Wave boleh digunakan untuk rawatan berkaitan mata seperti mata kering, rabun dan kabur. 

HE SET - Packaging terbaru 2022
mengandungi HGH II dan Wave
WAVE adalah ilhamkan daripada kisah Nabi Yaakub a.s mampu melihat semula dengan izin Allah SWT setelah mencium baju Nabi Yusuf a.s.

Pengkaji barat hingga masa kini belum menemui solusi untuk permasalahan stroke dan Parkinson juga masalah TANTRUM kanak-kanak. WAVE adalah usaha pengubatan menerusi saluran saraf, bermula dengan mata.

Kaedah ini Insya-Allah dapat membantu anda dalam menangani masalah-masalah saraf.

TERAPI WAVE ialah usaha pengubatan melalui sistem saraf. Wave membantu dalam perawatan saraf pada otak manusia dengan mempertenagakannya dengan titisan yang diberikan gelombang. 

Otak manusia akan mencapai tahap ketenangan pada gelombang delta. Apabila gelombang delta ini dicapai, minda akan mendapat deep sleeping. Minda yang mendapat deep sleep akan lebih bertenaga secara tidak lansung tubuh manusia dapat pulih dengan sendiri.

Puncak ketamadunan Islam ialah perubatan melalui pembetulan gelombang otak yang diberikan melalui titisan ke dalam mata. Nabi Yaakub a.s mampu melihat dengan izin Allah setelah mencium baju Nabi Yusuf. Melalui penelitian, gelombang bau baju dan keringat itu menghasikan satu tindakbalas kepada saraf pusat agar bekerja membetulkan kerosakan jaringan organ dengan cepat. Sesuatu yang telah hilang dari dunia ubatan iaitu pengubatan WAVE yang sungguh berkesan!

===============================================
Bagaimana ia membantu dalam perawatan saraf pada otak manusia?
===============================================
Saraf pada otak dipertenagakan dengan titisan yang diberikan gelombang. Otak manusia akan mencapai tahap ketenangan pada gelombang delta. Apabila gelombang delta ini dicapai, minda akan mendapat deep sleeping. Minda yang mendapat deep sleep akan lebih bertenaga secara tidak lansung dapat memulihkan tenaga tubuh seseorang.

===================================
Bagaimana cara penggunaan WAVE ini?
===================================

Hanya perlu dititiskan ke dalam mata. Ia bukan ubat titis mata tetapi ubat untuk meransang saraf. Pusat saraf manusia ialah otak. Titisan ini akan masuk melalui liang-liang di dalam mata kemudian terus kepada otak.

Wave digunakan dalam perawatan penyakit berikut: 
Sawan tarik/Epilepsi 
Apnea (terhenti nafas 20 detik) 
Wanita koma selepas bersalin 
Insomnia 
Majnun (gangguan mental) 
Kanser (gangguan sel) 
Autis/hyperaktif 
Semua masalah jantung 
Stroke 
Peradangan otak 
Sakit tulang belakang 
Sakit pinggan 
Alahan hamil/mengidam 
Kecanduan dadah/ketagihan narkotik 
Pengsan 
Batuk 
Sakit gigi 
Kurang pendengaran 
Kurang penglihatan 
Lemah ingatan 
Migrain/Sakit kepala 
Peredaran darah 
Demam panas 
Rawatan mata 
Menambah tenaga selepas kemalangan 
Menurunkan hipertensi 
Menurunkan gula darah 
Terhentak kepala 
Hepatitis 
Semua jenis radang 
Radang buah pinggang 
Bengkak limpa 
Lemas/tenggelam air 
Renjatan elektrik 

Bagaimana cara penggunaan WAVE ini? 

Hanya perlu dititiskan ke dalam mata 2 hingga 3 kali sehari. Ia bukan ubat titis mata tetapi ubat untuk meransang saraf. Titisan ini akan masuk melalui liang-liang di dalam mata kemudian terus kepada otak. 

Ubat dan penawar hanyalah asbab kesembuhan. Berikhtiar merawat penyakit adalah sunnah malah beroleh pahala dan rahmat Allah Taala. Tidak berikhtiar maka tiadalah pahala dan jauh pula dari kesembuhan dan rahmat Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

APA ITU HGH-II HPA?

Hormon Tumbesaran (GH) ialah hormon pertumbuhan yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari, letaknya di bahagian otak manusia. Ia bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot, tulang dan sel manusia sejak dari lahir hingga akhir hayat. Hormon ini memastikan semua organ tubuh dapat berfungsi dengan baik. 

Terdapat pelbagai peranan dan fungsi HGH dalam sistem tubuh badan kita. Antara fungsi HGH ialah menguatkan tulang, mengurangkan lemak dalam badan, serta membentuk otot.. HGH juga penting dalam pertumbuhan awal kanak-kanak. Di samping itu, HGH juga membantu fungsi insulin mengawal kandungan gula dalam badan melalui faktor pertumbuhan insulin (IGF), juga berperanan dalam mencantikkan wajah, serta mengawal hormon tidur seterusnya mengelakkan insomnia.

GH secara amnya boleh digambarkan bersifat anabolik iaitu membina. Seperti kebanyakan hormon protein yang lain, GH berinteraksi dengan reseptor pada permukaan sel-sel tertentu. GH juga boleh meningkatkan ketinggian. Hormon pertumbuhan tinggi pada tahap seseorang sedang membesar dan mula menurun apabila mencecah dewasa.


GH dihasilkan ketika usia antara 1 hingga 20 tahun. Setelah usia itu, paras GH akan menurun malah menghilang sedikit demi sedikit seiring dengan usia. 

Paras HGH menurun adalah disebabkan faktor-faktor berikut:

➤Usia
➤Gaya hidup tidak sihat
➤Hilangnya kolagen
➤Pencemaran
➤Berkumpulnya toksin dalam tubuh (asidosis)

HGH-II PERUBATAN MELALUI SEMBURAN

"Dibahagian manakah Nabi yaakub a.s meletakkan baju Nabi Yusuf a.s sehingga boleh melihat dengan izin Allah? Di bahagian itulah HGH meresap ke dalam tubuh." - Tn Hj Ismail Hj Ahmad

Perubatan ini adalah perubatan peradaban Islam yang tidak pernah luput meski generasi kini terkembali ke belakang. Inilah perubatan Tibbun Nabawi, merentasi zaman. 

Daripada setitis air yang tiada erti boleh menjadi air yang luar biasa mustajab dan mujarab hanya kerana energi, tenaga dan aura yang ia serap daripada bahan alami. 


Oleh itu, ia menjadi terapi kepada pelbagai masalah kesihatan dengan mengekalkan kandungan HGH dalam badan. 

Dengan menyembur HGH-II pada muka dan bawah lidah kali sehari, dengan izin Allah, penyakit anda akan sembuh secara alami.




TESTIMONI MENGGUNAKAN HE SET (HGH + WAVE)







Untuk pembelian HE SET HPA ini,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/hesethpa untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional




Rabu, 1 Januari 2020

KATALOG PRODUK HPA 2020

 

Untuk pembelian pembelian produk HPA
Whatsapp di link ini www.wasap.my/60135806760/ untuk pembelian.

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Ahad, 1 September 2019

SET BERSALIN HPA : MENGEMBALIKAN TENAGA SELEPAS BERSALIN

Ibu-ibu yang ingin dapatkan Set Berpantang dan Pakej Ibu Menyusu yang terdiri daripada ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak, saya syorkan SET BERSALIN HPA yang dirumuskan oleh pakar herba yang diwarisi turun temurun serta dikilangkan mengikut kaedah moden dan berpandukan syarak.


Video penuh boleh ditonton di link ini 
https://www.facebook.com/571646749657007/videos/948425518945793

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak dan dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4.Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Kombinasi 8 produk di dalam 1 Set Bersalin , dengan izin ALLAH, ia dapat mengembalikan tenaga selepas bersalin. Antara produk-produk di dalam set bersalin ini ialah:

1. Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

2. Minyak Bayi (1 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

3. Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sebagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

4. Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

5. Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

6. Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

7. Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

Info Tambahan :

1. Ubat Periuk (4 bunjut)
-menggunakan campuran pelbagai herba terpilih seperti pokok kacip fatimah bagi mengembalikan peranakan wanita dan membersihkan darah nifas.

Peringatan : 1 bunjut untuk 3 hari sahaja. Diambil selepas 3 hari bersalin bermula hari keempat hingga hari ke – 15. Minum 3 kali sehari iaitu sebanyak setengah cawan teh biasa. Ubat ini akan mengeluarkan banyak darah nifas yang kadang kala berketul-ketul.

2. Herba Sihat Wanita A dan Herba Sihat Wanita B
- Bermula pada hari ke- 16. Cara pengambilan – Herba Sihat Wanita A ( 1 pagi dan 1 malam) dan Herba Sihat Wanita B juga dalam dos yang sama.

3. Spirulina
- 1 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul malam. Penggunaan selama 15 hari bermula pada hari ke- 4 hingga hari ke- 19.

4. Minyak Barut
- Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin. Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki. Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

5. Minyak Bayi
- Gunakan minyak ini untuk senak dan kembung dan sebagai minyak urutan bayi.

6. Teh Herba
- Diramukan daripada pokok Centella asiatica (pegaga) untuk membantu mempercepat penyembuhan luka dalaman dan merawat penyakit kuning. Masukkan satu uncang teh ke dalam segelas air suam dan tutup gelas tersebut dan minum selepas 10 minit pada hari pertama selepas bersalin. Teh herba ini juga baik untuk kesegaran badan dan mengelakkan daripada sembelit. Satu kotak mengandungi 35 uncang untuk lebih sebulan.

7. Ubat Basuh
- Hendaklah digunakan selepas 40 hari bersalin. Rebus ubat basuh dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

**Sebagai tambahan ibu-ibu amat digalakkan menggunakan Herba Barut sebagai pelengkap set bersalin yang mengandungi herba yang bertindak sebagai pelawas, mengecutkan peranakan, mencegah kemasukan angin ke ruangan peranakan dan baik untuk mencegah fibroid.

Ribuan ibu bersalin telah mengamalkan set bersalin HPA

Dengan produk-produk yang disediakan, ia juga dapat mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka selepas bersalin, selain dapat menghilangkan sakit batu meriyan.


Untuk pembelian SET BERSALIN HPA ini,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/setbersalinhpa untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional