Jumaat, 17 April 2020

ARA TANAH | EUPHORBIA HIRTA

Tips gemukkan ayam dengan pokok susu nabi atau nama lainnya ara tanah. Nama saintifiknya Euphorbia Hirta. Banyak terdapat di mana-mana termasuklah di dalam pasu-pasu bunga di laman rumah kita.

Caranya ialah dengan mengisar halus pokok ini menjadi serbuk. Semburkan dengan POC HPA (Pupuk Organik Cair HPA). Beri ayam makan. InsyaAllah ayam sihat, bebas kimia. Ayam organik!

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO HERBA

Euphorbia Hirta atau juga dikenali dengan nama ara tanah atau susu nabi ialah sejenis pokok herba yang digunakan secara tradisional di benua Asia, India dan Afrika sebab ubatan untuk pelbagai penyakit seperti gout, luka, lenguh dan selsema.

Menurut kajian Prof Dr Ali Esmail Al-Snafi dari Thi-Qar University, Euphorbia Hirta mengandungi elemen antioksidan, antimikrobial, sedatif anxiolytik, antiepileptik, antiinflammatori, analgesik, antipiretik, antihistamin, antiasthmatik, antidiabetik, antikanser, penyembuhan luka, gastrousus, diuretik, antiparasitik, imunologi, hepatoprotective, galactogenik, enzim angiotensin dan anti-dipsogenik. Rujuk: https://www.researchgate.net/.../314216010_Pharmacology...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan