Khamis, 26 Mac 2020

SAMPAH METABOLISME

AL HIJAMAH (BEKAM)

Bekam ialah perubatan wahyu, Nabi SAW dipesan oleh Allah direct melalui malaikat utk menyuruh umatnya berbekam. Pesanan ini Nabi saw terima ketika dalam perjalanan pulang dari isra' mi'raj.

Sebaik menerima pesanan ini, Nabi tidak lengah utk implement bekam buat dirinya. Tukang bekam Nabi ketika itu ialah seorang yang berbangsa Yahudi. Padahal sebelum kejadian isra' mi'raj itu, bekam juga telah lama diamalkan.

Nowadays, bekam diamalkan di seantero dunia dan pelbagai bangsa mengamalkannya. Lebih 600 kertas kajian peringkat antarabangsa dilakukan khas tentang bekam. Sebagai umat Islam, kita ambil rujukan direct daripada Nabi SAW meski tiada kertas kerja bukti kajian nak ditunjukkan!

Begitulah hakikatnya. Sesuatu yg disebut, diamal, disampaikan dan disarankan oleh Nabi SAW seringkali dikatakan tidak relevan, tidak sesuai utk masa kini. Bekam yg berusia ribuan tahun itu adalah perubatan sepanjang zaman dan perubatan paling canggih merentasi zaman.

Nabi SAW dapat saranan ini sewaktu proses isra' mi'raj. Bagi umat Islam, perlu menerimanya tanpa banyak meminta sebab dan mempersoalkan anjuran berbekam. Analisislah, buatlah pencarian ilmiah sendiri selagi ia tidak keluar dari bingkai Al Quran dan sunnah.

Jangan pernah lupa bahawa kerajaan China selain menggunakan perubatan alopati, mereka juga ada tabib tabib dibelakangnya yang turut sama bergandingan dalam mencadangkan dan memberikan rawatan kepada pesakit.

Di sini lebih dikenali TCM iaitu Tradisional Chinese Medicine yang merangkumi ilmu herba, akupuntur, bekam, urutan dan lain-lain lagi. Bahkan, untuk menjadi seorang doktor, para pelajar perubatan di China ini perlu menghadiri kursus pengubatan herba selama setahun sebagai syarat untuk lulus bidang perubatan. Ini suatu sinergi pengubatan yang baik yang diamalkan di negara itu.

Sel darah merah mati dalam tubuh kita selama 120 hari. Jika tidak pernah bekam maka pankreas akan recycle darah tersebut sepanjang hayat. CPS - Causative Phatological Substance iaitu sampah metabolisme, ia tidak dapat diproses oleh ginjal tetapi akan dihantar ke kulit, maka kita lakukan prose bekam untuk membantu mengeluarkan CPS ini. 


https://www.semanticscholar.org/paper/Ameliorating-Role-Exerted-by-Al-Hijamah-in-Effect-Baghdadi-Abdel-Aziz/e52d252c39b3c4e18bc26dfbb7e3627bb6d3ec19?fbclid=IwAR1YCbKcBf2ZtSQRtqVg2xu9JcLieixZviGOtJzqs6UYz7pQax-WPovHtdQ

Jadi, berbekamlah! Tarikh terbaik ialah pada pertengahan bulan Islam iaitu 17, 19, 21. Hari terbaik 
berbekam ialah Isnin, Selasa dan Khamis.

Justeru, dalam mencari titik kesembuhan kepada penyakit yang dialami bukan sekadar dengan perawatan fizikal semata-mata. Ia sangat perlu kepada rawatan spiritual dan emosi. Bagi setiap penyakit ia bergantung kepada kekuatan fizikal dan emosi.

Untuk menguatkan fizikal kita perlu kepada superfood dan makanan yang halal, suci, bersih, dan barakah iaitu yang baik untuk kesihatan. Untuk menguatkan emosi, kita perlukan makan rohani seperti muhasabah diri, berzikir mengingati Allah, tingkatkan amalan ibadah. Bahkan, memetik kata Pak Hamka, "Membaca buku yang baik-baik juga boleh menguatkan rohani".

Info tambahan : Untuk sebarang penyakit berjangkit, pesakit digalakkan untuk memilki alat bekam sendiri dan boleh meminta jurubekam lakukan pembekaman. Namun, harus diingatkan bahawa pesakit hendaklah merujuk kepada doktor dahulu bagi pengesahan penyakit berjangkit tersebut agar jurubekam lebih bersedia dengan PPE dan SOP mereka.

Perkongsian berbentuk slide di bawah ini akan membawa anda untuk memahami al hijamah dengan lebih mantap. InsyaAllah.


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional