Alhamdulillah kali ini berkesempatan untuk berkongsi sedikit info dalam album ini. Herba ubatan kali ini ialah pokok letup.
Pokok letup, di Indonesia dikenali dengan nama cipluk'an. Nama saintifiknya ialah Physalis angulata. Ia lebih kurang seperti tomato dan terung tetapi saiznya lebih kecil.
Lihat pada bentuknya, ia mirip seperti jantung bukan? Tanda-tanda visual pada tumbuhan boleh dijadikan sebagai panduan untuk mengenal fungsi dan manfaat tumbuhan tersebut.
Kaedah melihat ini diamalkan ribuan tahun dahulu lagi, malah mungkin sejak manusia diciptakan. Kaedah ini disebut sebagai Doctrin of Signature (DOC).
Dalam ilmu pengubatan herba, pokok letup ciplukan baik sekali untuk rawatan penyakit jantung tersumbat.
Caranya, ambil daun muda, blend dan minum airnya. Boleh campur dengan susu kambing. Selepas minum, tubuh akan berkeringat yang banyak. Ini membantu melancarkan blood circulation.
Ada bahan kimia dalam pokok ini yang sangat efektif untuk membuka saluran jantung. Untuk membuka saluran jantung itu, Caranya ialah daun muda diblend dan dicampur dengan susu, atau campur dengan madu lebah untuk menghilangkan pahitnya.
Daun ciplukan, jika ditumbuk bersama kapur makan (kapur yang dimakan bersama sireh) iaitu calcium karbonat (CaCo3) boleh diletakkan di bahagian dada orang asma. Disapu setiap malam. Kesannya seperti inhaler.
Daun ciplukan yang ditumbuk juga boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Buahnya yang telah masak dijadikan ubat demam kuning samada dimakan atau direbus dan dibuat seduhan the dan minum.
Pokok ciplukan dapat mengelakkan orang membuat rawatan cuci ginjal (haemodialisis). Rebus dan minum airnya. Ginjal memerlukan herba yang pahit sebelum dicuci ginjalnya, tetapi selepas dicuci ginjal itu ia tidak boleh minum herba pahit kerana ia boleh membekukan darah orang haemodialisis. Boleh guna herba pahit tetapi deuretik.
Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760
Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan