Isnin, 24 Februari 2020

TERUNG PIPIT | SOLANUM TORVUM

Ini adalah pokok terung pipit. Nama saintifiknya ialah Solanum torvum. Kalau kita cari gambar terung pipit ini, kita juga akan menemui nama Turkey berries, pea eggplant, devil's fig dan nama lain lagi di seluruh dunia.

Pokok terung pipit ada dalam perubatan ayurvedik India. Ia pohon berduri dan menjalar.

Dalam kuliah pengubatan herba sering dipesankan, jika tumbuhan ada duri, dan menjalar ia bersifat dingin, dan deuretik.

Deuretik ialah sifat bagi herba yang memperbanyakkan air kencing.

Setiap herba yang bersifat deuretik digunakan untuk memecahkan batu di dalam buah pinggang.

Selalunya pokok yang ada duri digunakan untuk rawatan kanser, dan memecahkan batu dalam hempedu.

Selain digunakan dalam perawatan memecah batu dan kanser, ia juga bermanfaat untuk perawatan mata yang panas dan keradangan, masalah anemia dan kecacingan dalam usus.

Buahnya ditumbuk dan diletakkan pada dahi untuk menurunkan panas kepala/demam, paste ini disapu pada kulit gatal kesan gigitan serangga.

Jika buah ini dikeringkan, kemudian dijadikan serbuk, dibuat seduhan teh, ia baik untuk perawatan mata. Serbuk buah terung pipit jika disinergi bersama beberapa materia medica lain ia sangat kuat untuk mempercepatkan pengecilan sel-sel ketumbuhan yang ganas dalam tubuh seperti kanser.

Dalam buku Encyclopedia of Edible Fruits of the World tulisan Parmar Dr. C. Dahulu, orang menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati penyakit kesan daripada virus malaria, sakit perut dan masalah dengan limpa.

Subhanallah!

Biasanya terung ini dimakan sebagai ulam, sambal tumis ikan bilis, gulai kari serta pelbagai menu lain. Saya suka jika dimakan sebagai ulam atau sambal.

Ilmu herba ini sudah langka, sudah banyak tidak diketahui orang. Tidak dipandang orang, ia menjadi sepi.

Padahal jika ilmu ini dipelajari, banyak sekali tumbuhan di sekeliling kita yang boleh digunakan. MaasyaAllah!

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan