- Menggunakan tangkal (tamimah) untuk menyembuhkan penyakit
- Penyakit sembuh meskipun meninggalkan solat dan melakukan syirik.
- Matlamat dan tujuan merawat kerana diri sendiri bukan untuk ubudiyyah lillahi wahdah
- Sakit dikaitkan dengan buatan orang, sihir, saka dan sebagainya yang membawa kepada terputusnya hubungan kekeluargaan dan persaudaraan
- Mendengar bisikan di telinganya tentang petunjuk penyakit dan cara merawatnya
- Mendapat mimpi tentang pelaku sihir
- Melihat wajah pelaku sihir di dalam mimpi atau firasatnya
- Berlaku dialog antara perawat dengan jin yang dikatakan merasuk ketika melakukan rawatan kesurupan
- Melanggar syariat - aurat terdedah, ibadah wajib ditinggalkan
- Suka meramal dan membuat andaian-andaian buruk
- Menceritakan aib pesakit
- Merawat dengan niat inginkan kemahsyuran dan dikenali ramai
- Menunjukkan kelebihan luar biasa dan kebolehan merawat
- Memindahkan penyakit ke objek pegun, tempat lain atau kepada haiwan
- Mempamerkan keupayaan luar biasa seperti mengeluarkan objek dari tubuh
- Percaya bahawa ubatlah yang menyembuhkan, bersedih apabila ubat yang diberi tidak menyembuhkan dan pesakit meninggal dunia
- Ubat yang diberikan tidak diiringi dengan nama Allah
- Mempromosikan, memperbesarkan, dan menguatkan keyakinan pesakit kepada makhluk halus, sihir, saka dan virus, bukan kepada Allah
- Amal ibadah dan kebaikkan dihebahkan
- Tidak membenarkan Allah dan Rasul dalam pengubatan
- Tidak yakin 100% kepada Allah dan Rasul (Al Quran dan Hadis Nabi SAW) dalam pengubatan
- Berhenti berikhtiar kerana mengambil rukhsah (keringanan) hukum harus berubat dengan yang haram
- Menyambung dan menerima sahaja rukhsah sampai akhir hayat tanpa ada usaha mencari ubat yang halal
- Beruzlah, berzikir mengkoreksi diri sedang dalam masa yang sama Islam diserang dengan makanan yang haram dan ubatan yang haram
- Mengatakan ia adalah urusan dunia sahaja dan tidak mahu terlibat dalam urusan jihad mempertahankan yang halal sebaliknya redha dan pasrah sahaja dengan yang haram selama-lamanya
PIN POST
PERUBATAN JAWI
Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...
Rabu, 15 April 2026
TIPU DAYA DALAM ALAM PERAWATAN
TILIKAN DALAM ALAM PERAWATAN
- Dengan cara memandang muka pesakit atau mana-mana bahagian tubuh badan, lalu disebutkan: "awak ni kena sihir", atau "dalam badan awak ni ada 60 ekor jin dan dalam rumah awak pun ada 150 ekor jin", atau "awak ni tak kena apa-apa, sakit biasa saja"
- Dengan mengira huruf nama pesakit dan ibunya lalu dikatakan awak kena sihir santau".
- Dengan cara sembahyang hajat serta berdoa. Selepas tu diberitahu awak kena buatan orang".
- Dengan memejamkan mata dan tafakkur dan kemudian disebutkan "awak ni kena buatan orang, sudah lama tapi awak tak sedar"
- Dengan cara memotong limau, mencalitkan kapur di dahi,
- Dengan melihat menerusi daun sirih yang dijampi atau daun sirih yang diletakkan di dahi.
- Dengan cara melihat garis-garis pada tapak tangan (palmistry) kemudian meramal masa depan, kewangan, rumahtangga, dan untung nasib.
- Dengan menggunakan batang mancis yang ditabur lalu dipilih satu dua oleh pesakit lalu disebutkan: "awak kena sihir. Yang sihirkan bukan orang lain, adik awak/ahli keluarga awak sendiri".
- Dengan menggunakan tasbih yang berpusing-pusing.
- Dengan menggunakan al-Quran.
- Dengan menggunakan jari telunjuk untuk mencari penyakit dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai untuk digunakan bagi merawat pesakit.
- Dengan menggunakan info yang didengari dari bisikan di telinga. Ia disebut Tanasukh al-Arwah iaitu proses berkomunikasi dengan roh-roh si mati yang didakwa para wali bagi tujuan pengubatan.
- Dengan menggunakan asap rokok.
- Dengan menggunakan cara menurun. Istilah menurun ini juga disebut sebagai resapan roh, perantara dan mediator.
- Dengan menggunakan keris, kayu tongkat, kayu buluh atau apa-apa senjata.
- Dengan cara bakar kemenyan.
- Dengan cara puja hajat.
- Dengan cara mengalinkan buah kelapa, limau purut, telur dan sebagainya.
- Dengan meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat, rahsia tulisan tangan, ilmu strologi(zodiak) dan seumpama dengannya. - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
- Dengan melihat bintang-bintang di langit dan apa yang ada pada alam kemudian dinisbatkan kepada nasib seseorang individu itu.
- Dengan membacakan, menyebut, menulis huruf-huruf tunggal (HIJAIYYAH) al Quran dengan jari
- Dengan melihat alamat rumah, umur, dan alamat tempat kerja pesakit
Sahabat Quthnin bin Qabishah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Percaya kepada kokokan ayam jantan, percaya kepada kicauan burung, dan percaya kepada dukun, adalah perbuatan setan." (HR. Abu Dawud, Nasai, dan Ibnu Hiban dalam kitab shahihnya).
Sekiranya anda mendapati ada pengubatan yang menggunakan atau mengamalkan kaedah begini, tinggalkanlah pengubatan begitu, mohon ampun kepada Allah, mohon pertolongan daripada Allah agar dapat menemui penawar penyakit yang dialami.
Penawar penyakit bagi setiap orang mungkin berbeza. Kesembuhan seorang pesakit boleh datang dalam pelbagai cara antaranya ialah:
- mendengar kata-kata motivasi dan nasihat-nasihat untuk kerohanian.
- menukar rencah, resepi dan menu makanan yang biasa kepada yang lebih sihat.
- melakukan aktiviti dan hobi yang diminati.
- melakukan riadah setiap hari.
- mengamalkan minum jus setiap hari
- berbekam dan urutan berkala
- kembali membaca al quran yang sudah lama ditinggalkan.
- banyak bergaul dengan rakan-rakan di dalam majlis ilmu
- banyak bersedekah meskipun dengan senyuman
- dan pelbagai lagi.
Kisah Abu Bakar al-Khabazi
مَرِضْتُ مَرَضًا خَطِرًا، فَرَآنِي جَارٌ لِي صَالِحٌ، فَقَالَ: اسْتَعْمِلْ قَوْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "دَاوُوا مَرْضَاكُمْ بِالصَّدَقَةِ"، وَكَانَ الْوَقْتُ ضَيِّقًا (وَلَعَلَّهُ: صَيْفًا)، فَاشْتَرَيْتُ بَطِّيخًا كَثِيرًا، وَاجْتَمَعَ جَمَاعَةٌ مِنَ الْفُقَرَاءِ وَالصِّبْيَانِ، فَأَكَلُوا وَرَفَعُوا أَيْدِيَهُمْ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَدَعَوْا لِي بِالشِّفَاءِ، فَوَاللَّهِ مَا أَصْبَحْتُ إِلَّا وَأَنَا فِي كُلِّ عَافِيَةٍ مِنَ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى".
Sedekah sebagai Sebab Penyembuhan Kisah Ibn al-Mubarak, al-Hakim Abu Abdullah, Abu Bakar al-Khabazi, dan pandangan al-Munawi menunjukkan bahawa sedekah adalah salah satu usaha syar‘ie untuk mendapatkan kesembuhan daripada penyakit. Amalan seperti menggali telaga, memberikan makanan, atau memperluaskan pemberian air menjadi sebab turunnya rahmat Allah SWT dan membawa kesembuhan.
Sumber rujukan:
- Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr.Hj Jahid Haji Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015
- 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak, 2017
- Laman sesawang https://zulkiflialbakri.com/artikel/amalan-salaf-berdasarkan-hadith-ubatilah-orang-sakit-dengan-sedekah
Sabtu, 28 Februari 2026
SANTAU ANGIN : DICERITAKAN OLEH TN HJ ISMAIL BIN AHMAD
Isnin, 3 November 2025
MIND SET TIDAK BENAR PUNCA PENYAKIT 'MISTIK'
Saya teringat satu kisah dan pengalaman seorang sahabat saya tak lama dulu. Kisahnya kami dahulu sama-sama belajar. Dalam tempoh belajar, Allah datangkan mad'u untuk menambah pengalaman masing-masing. Pengalaman sahabat saya ini memang menarik untuk dijadikan panduan.
Isnin, 20 Januari 2025
TANDA-TANDA STRESS DAPAT DILIHAT PADA MATA
Subahanallah menyingkap ilmu Iridologi ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada pada tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.
Carta Iridologi
Sabtu, 7 September 2024
Jumaat, 9 Ogos 2024
Ahad, 13 Mac 2022
ILMU AURA & GELOMBANG
Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad
6 Ogos 2008
Rabu, 22 Disember 2021
SAYA MAMPU MELIHAT JIN!!!
| Foto sekadar ilustrasi |
Ada di kalangan manusia yang mendakwa dapat melihat di lapisan langit yang tinggi tentang aktiviti jin dalam menjahanamkan manusia.
Katanya jin ini bersayap dan memiliki tubuh yang sasa. Terbangnya selaju angin dan hilang sekelip mata.
Ceritanya, golongan jin ini berdebat dengan malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan.
Golongan manusia ini mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang Allah berikan kelebihan melihat perkara ghaib hasil daripada ilmu yang dipelajari, latihan, dan pengalaman yang lama.
Ini juga adalah antara pesakit yang pernah bercerita tentang pengalamannya.
Alhamdulillah pesakit kini pulih hasil daripada pembetulan aqidah dan rawatan herba untuk kesukaran tidur dan keracunan logam. (Lihat iridologi titik semangat hidup)
![]() Carta Iridologi. Titik semangat hidup berada tepat pada jam 12. Sekiranya terdapat lakuna yang dalam pada titik ini, ertinya pesakit mudah putus asa dengan kehidupan, terlalu sedih dengan tekanan atau ujian kehidupan yang panjang. ![]() Contoh iris: Lakuna yang dalam pada jam 12 iris menandakan pesakit mengalami kehilangan semangat hidup, terlalu banyak berfikir yang aneh-aneh (overthingking) sehingga mendatangkan tekanan pada pemikiran dan emosi. |
Dipetik dalam kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al-Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali jika dia seorang Nabi.
Di dunia ini jin dapat melihat manusia, di akhirat nanti manusia pula boleh melihat bangsa jin ini. Di akhirat jin tidak boleh melihat manusia.
Ghurur ialah tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar dalam menipu.
Nauzubillah semoga Allah memelihara iman dan aqidah kita semua.
.
.
.
Norashikin Hasan
Ahad, 19 Disember 2021
DIDAMPINGI ROH WALI ALLAH
Seorang yang bertemu dengan kami mengatakan bahawa pada dirinya ada roh wali Allah yang
mendampinginya dan dapat memberinya petunjuk demi petunjuk tentang apa yang akan berlaku esok hari, atau hari hari yang mendatang.
Dia menyedari roh wali Allah ada dengannya setelah merujuk kepada orang yang mendakwa boleh mengubat penyakit.
Lama sekali, bertahun-tahun dia meyakini ada roh wali Allah mendampinginya dan sering membisikkan kepadanya untuk berbuat kebaikkan.
Apa yang berlaku akhirnya ia menjadi syak wasangka kepada persekitaran, was-was untuk berhadapan dengan orang ramai, terlalu berwaspada untuk menerima hadiah pemberian orang lain kerana takut terkena sihir.
.
.
.
Ini adalah sedikit daripada kisah yang berlaku di kalangan pesakit kami.
Ramai orang tersalah anggap, mereka menyangka itu adalah roh ulama, wali Allah dan akhirnya menganggap dirinya bertuah dan terpilih, malah mendakwa telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Sebenarnya anggapan sedemikian adalah silap dan tidak benar.
Apabila seseorang meninggal dunia, maka jasad dan rohnya terpisah dan dibawa ke suatu alam yang memisahkan antara hidup di dunia dengan kehidupan akhirat kelak.
Roh manusia yang meninggal dunia tidak akan kembali semula ke dunia.
Baik ia adalah roh ibu bapa, nenek moyang, ulama, wali Allah dan sebagainya.
Kita beriman kepada firman Allah hadis Nabi SAW yang mengatakan dalam surah Al Mukminin ayat 99-100:
99. (Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia),
100. agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.
Ibnu Kathir ketika menafsirkan perkataan barzakh yang disebutkan dalam ayat tersebut, beliau menukilkan beberapa pandangan para ulama. Di antaranya, Mujahid menyebut bahawa barzakh adalah dinding antara dunia dengan akhirat.
Muhammad Bin Ka’ab menyebut bahawa barzakh adalah alam di antara dunia dan akhirat. Mereka yang mati tidak bersama ahli dunia dan tidak pula seperti keadaan di akhirat di mana akan diberikan ganjaran syurga mahupun neraka. (Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/311).
Maka jelaslah bahawa Allah tidak akan sekali-kali membenarkan roh orang yang telah mati kembali ke dunia untuk berurusan dengan orang yang masih hidup di dunia.
.
.
.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760
Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional
Jumaat, 24 September 2021
SAKIT KENA BUATAN ORANG
![]() |
| Gambar contoh patung voodoo yang dinisbatkan kepada orang yang ingin di sihir |
Besarnya kesalahan-kesalahan PERAWAT dalam dunia pengubatan ini seandainya inilah matlamat pengubatannya. Pengubatan ini adalah dengan membantu manusia, memudahkan kerja manusia lainnya. Inilah matlamat pengubatan, bukan menambahkan kekeliruan, bukan pula menambah permusuhan.
Kalau sakit jangan sama sekali kita kata ini buatan orang, terlangkah batu, kayu, terlangkah di tempat-tempat jin. Kalaupun yang kita langkah itu memang tempat jin, Allah telah pisahkan dunia manusia dengan dunia jin. Maka pentingnya kita berdoa sebelum masuk hutan atau ke mana sahaja. Kita minta perlindungan daripada Allah.
Mengapa orang sesat dalam hutan? Kerana dia takabbur, dia sombong dengan Allah. Dia minta izin dengan selain Allah apabila masuk hutan, “Tok, nenek, izinkan anak cucu tumpang lalu”, Padahal Allah lah tempat kita minta pertolongan. Dia sombong dengan Allah, dia lupa bahawa Allah lah tempat berlindung segala-galanya. Ini berlaku kerana untuk muhasabah diri. Dalam masjidil haram pun boleh tersesat.
Apapun cara, jika cara itu terkeluar daripada cara Islam walaupun mata dan fikiran kata baik dan betul, kita tak mahu ia berlaku kerana itu ghurur – tipu daya.
Syaitan membiarkan kita selamat mencari jalan pulang setelah masuk ke dalam hutan kerana kita telah melakukan sesuatu yang kufur. Padahal, kita disarankan membaca doa-doa tertentu ketika masuk ke hutan, doa-doa yang ma’thur di pagi dan petang sebagai pelindung diri. Kita minta pertolongan daripada Allah.
Di dunia ini jin dapat melihat manusia, di akhirat nanti manusia pula boleh melihat bangsa jin ini. Di akhirat jin tidak boleh melihat manusia. Ghurur ialah tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar dalam menipu.
Manusia diciptakan di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Rasul diciptakan di kalangan manusia. Jin juga menjadikan Rasulullah SAW itu rasulnya. Jin juga merasulkan Nabi Muhammad SAW. Hendaklah kita minta berlindung hanya kepada Allah daripada melakukan perkara syirik.
Perawat hendaklah membawa kebergantungan pesakit kepada Allah. Tawasul guna Asma’ Ul Husna dengan amalan baik yang pernah kita lakukan. Meminta kepada Allah dengan bertawassul, kita meyakini bahawa pertolongan Allah akan datang selepas itu.
Apabila masuk dalam dunia pengubatan ini hendaklah banyak membaca doa. Dalam dunia pengubatan, kita mesti ada satu pembersihan. Hendaklah kita mendorong fikiran kita, apabila datang sesuatu penyakit, pasti ada penawarnya. Buanglah pemikiran yang mistik daripada diri kita dan keluarga kita meskipun mahkluk syaitan dan jin ini berada di mana-mana di sekeliling kita.
Tidak dinafikan sihir itu memang wujud, memang berlaku di seluruh belahan dunia. Bukan orang Islam sahaja yang terdedah kepada sihir, orang non Muslim begitu juga. Allah kurniakan penawar dari sumber alam, Allah kurniakan doa, Allah kurniakan peluang untuk kita menimba ilmu. Agar kita termotivasi untuk menjaga dan merawat diri.
Jika belum sembuh dan tidak sembuh, maka itu adalah kehendak (qudrat) dan ketentuan (iradat) Allah. Allah beri ujian kepada hamba-hambaNYA sebagai tanda cinta sayang Allah. Allah berkehendak dan menentukan begitu supaya ada muhasabah, ada rasa kehambaan kepada Allah. Maka, hati menjadi lebih tenang tidak berdendam kepada manusia.
Seseorang yang ditimpa kerasukkan oleh jin, jika ia memilih untuk bersabar dengan ujian ini disamping mencari penawar untuk kesembuhan, maka ganjaran syurga adalah lebih berhak baginya. Pada Ketika hayat Rasullah SAW, ada seorang wanita yang mengalami gangguan spiritual.
قَالَ عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ: قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ؟ قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: هَذِهِ المَرْأَةُ السَّوْدَاءُ، أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: إِنِّي أُصْرَعُ، وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي، قَالَ: «إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الجَنَّةُ، وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ» فَقَالَتْ: أَصْبِرُ، فَقَالَتْ: إِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ، فَدَعَا لَهَا
Atha’ bin Abi Rabah berkata: Ibn Abbas r.a. telah berkata kepadaku: “Adakah kamu mahu sekiranya aku tunjukkan kepadamu seorang wanita yang menjadi penghuni syurga?” Atha’ menjawab: “Sudah tentu aku ingin”. Ibn Abbas lalu berkata: “Wanita kulit hitam itu telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sering kerasukan dan (ketika aku dirasuk), auratku sering terdedah. Doakanlah kepada Allah agar aku sembuh. Nabi SAW bersabda: Sekiranya kamu mahu, kamu bersabarlah dan kamu akan mendapat syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu. Lalu wanita itu berkata: Aku (pilih untuk) bersabar. Wanita itu berkata lagi: Sesungguhnya auratku sering terbuka (ketika aku dirasuk), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak terdedah. Maka Nabi berdoa untuknya”. Riwayat al-Bukhari (5652)
Berilah penawar daripada sumber yang Allah ciptakan untuk dijadikan ubat bagi penyakitnya. Carilah orang yang mahir dan ahli yang mahir dalam memberikan penawar untuk sakit yang dialami itu.
Ahad, 12 September 2021
MERAWAT JIN YANG SAKIT
![]() |
| Gambar sekadar contoh melihat dengan mata ketiga |
![]() |
| Gambar sekadar contoh |
- Pesakit kencing manis, ia ada rasa letih, lemah, lesu, longlai dan lapar. Pada waktu malam ia merasa tubuhnya panas, berpeluh yang banyak, sukar untuk tidur malam, rasa tidak selesa, rasa resah dan murung, tenaga afrodisiak dan libidonya terganggu.
- Pesakit batu dalam hempedu/batu karang, ia rasa seperti ada sesuatu di ruangan rumahnya yang memerhatinya.
- Orang yang memiliki keracunan logam berat yang telah sampai ke otaknya, ia merasa seperti mendengar suara-suara halus manusia di sekelilingnya.
- Orang yang makan kerang dan minum air limau, oren, lemon kesannya seperti santau kerana pertembungan dan tindakbalas logam dan vitamin C (asid askorbik) menjadikan darahnya keracunan yang serius.
- Orang yang terlalu banyak menerima suntikan pelalian (vaksin), atau penagih dadah yang menyuntik tubuhnya dengan dadah berbentuk cairan hampir setiap hari. Mereka akan mengalami perasaan tidak berguna, sedih, kemurungan dan ada yang tiba-tiba terjadi halusinasi dan sebagainya. Ini adalah serangan di jirim kelabu di bahagian otak kerana kimia asing yang masuk ke dalam tubuh.
- Membentengi diri supaya perubatan itu datang dari Allah, bukan mendapatkan pertolongan ghaib yang ada unsur meminta pertolongan daripada jin.
- Mencapai matlamat ubudiyyah lillahi wahdah (pengabdian kepada Allah yang Esa)
- Mempromosikan Allah, bukan mempromosikan jin, mahkluk halus, sihir dan saka.
- Mencari redha Allah
- Mengelakkan diri terjerumus dalam tipu daya syaitan.
Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional
.png)

.png)













