PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Memaparkan catatan dengan label Iridologi Jawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iridologi Jawi. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mac 2026

TANDA-TANDA ANXIETY

Bila dilihat pada iris mata orang yang anxiety teruk, jelas kelihatan kantung-kantung parasites di dalam usus. Namun pesakit sukar percaya pada dirinya ada cacing dan kerabat cacing.



Hakikatnya parasites telah pengaruhi emosi dan semangat hidupnya sehingga terjadi was was dan pemikiran yang aneh-aneh yang hanya merugikan dirinya sendiri.

Sedangkan penawarnya adalah herba untuk kecacingan, mengapa fikir sakit kena buatan orang!
Iris mata tidak menipu! Ia menyimpan data kesihatan kondisi tubuh yang terkini.

--------------

TANDA-TANDA STROKE

Ini adalah foto iris individu yang ada tanda-tanda bakal terkena serangan stroke jika tidak ada pencegahan. Keyword : Arcus senilis





Pemberitahuan : Maaf saya tidak diagnose iris mata yang dihantar melalui whastapp melainkan individu yang saya kenali dan pesakit-pesakit saya sahaja. Mengapa? Kerana sesi diagnose iris bukan seminit dua. Ia perlukan konsultation yang panjang sehingga faham.
Ketika di diagnose, pesakit atau pemilik iris perlu dengar hingga selesai. Bersedia untuk menerima kenyataan kondisi tubuh masing-masing.
Jika ada tanda-tanda kelemahan pada tubuh, atau tanda-tanda bakal berlaku keadaan yang lebih parah, segera rawat dengan herba.
Diagnose iris bukan sekadar suka-suka nak tahu, tetapi perlu ada langkah pencegahan.
Harus ingat, meskipun ada tanda kelemahan atau tanda-tanda akan terjadi penyakit yang bahaya, jika dirawat segera, insyaAllah kita telah pun melakukan pencegahan sebelum berlaku serangan penyakit berbahaya.
Awas! Melihat iris bukan meramal nasib seseorang. Meramal adalah haram dalam Islam.
Misalnya tanda-tanda bakal berlaku stroke. Orang yang akan kena serangan stroke, Allah beri tanda pada iris mata untuk kita cegah. Selepas rawat dengan herba, bekam, minum jus, dan riadah, kita telah melakukan pencegahan. InsyaAllah terhindar dari stroke.
Kenapa mesti herba, bekam, minum jus dan riadah? Ubatan kimia tak boleh ke? Ini kerana hanya dengan pengubatan yang alami kita dapat melihat tanda kesembuhan pada iris.
Untuk kepastian, saya suka sarankan untuk hadir ambil foto iris pertama kali, selepas 3 bulan, selepas 6 bulan dan selepas ada tanda-tanda kesembuhan. Ada perbezaan. Dengan syarat amalkan pengubatan alami.
Norashikin Hasan
Herbalis Perubatan JAWI HPA
Keyword : Arcus senilis


Rabu, 23 Julai 2025

KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN

Kita adalah apa yang kita makan. Makanan dan minuman akan mempengaruhi tubuh badan, rohani, cara berfikir, emosi

Ulama terdahulu sering berpesan agar kita berhati-hati dengan sumber makanan, cara penyediaan dan siapa yang menyediakan. Ulama sangat teliti dalam memastikan sumber makanan tidak syubhah. Mereka menghindari makanan yang diperoleh secara ragu atau melibatkan unsur haram.

Begitu juga dengan pengubatan. Ubat ubatan yang kita amalkan sangat kuat mempengaruhi tubuh badan, jiwa, akal dan emosi.

Ubatan herba adalah yang terbaik kerana diakhirnya ia memberi kesan kepada kecantikan kulit. Memberikan kecerdasan pada akal kerana otak diperkaya dengan oksigen. Memberikan ketenangan pada jiwa dan emosi kerana herba memulihkan hormon dan memberikan rasa tenang dan bahagia.

Salah satu sebab doa tidak mustajab ialah makan dan minum dari sumber yang haram atau syubhah.

Sa’ad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana menjadi orang yang mustajab doanya. Baginda menjawab: "Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu, nescaya engkau akan menjadi orang yang mustajab doanya." (Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh sebahagian ulama)


Foto 1 : Severe Constipation and Toxic Megacolon. Meskipun foto ini tidak berkaitan dengan cerita saya di atas, namun saya ingin tunjukkan contoh kolon tersumbat seorang remaja perempuan yang mengalami sembelit bertahun-tahun sehingga kesihatanya merosot, dan psikologinya terganggu akibat keracunan telah menyebar ke seluruh tubuh badan.
Sumber foto :




Foto 2 : Kolon tersumbat membawa kepada kanser kolon.

Pernah diagnose usus?
Pernah lihat keadaan usus sendiri?
Bagaimana nak tahu keadaan usus selain daripada X Ray, Barium enema dan MRI? Itu baru diagnosis, belum rawatan lagi. Bayangkan berapa agaknya kos diagnosis itu? Bagaimana pula dengan masa yang diperuntukkan untuk tunggu giliran, dan sebagainya.

Sebenarnya iridologi dapat memberikan jawapan yang tepat berkaitan usus. Menarik bukan.

Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah herba Jawi HPA

Ahad, 26 Januari 2025

TANDA-TANDA RADANG USUS


Salah satu tanda seseorang itu mengalami radang di usus ialah hidung sering tersumbat.

Divertikulitis adalah salah satu kondisi kolon yang keradangan. Terdapat kotoran tertahan (mukoid) dalam tempoh bertahun-tahun di kantung-kantung kecil (divertikula). Keadaan ini membawa kepada pembengkakan dan robekan kecil sehingga membentuk poket-poket pada dinding usus besar.



Bakteria dari usus besar masuk ke dalam divertikula, menyebabkan peradangan atau jangkitan. Pesakit biasanya akan mengalami kembung, demam, mimpi ngeri dan fikiran serta emosi sering terganggu.


Pada imej iris akan kelihatan tanda pocket bowel tersebut iaitu ditandai dengan luka-luka kecil atau disebut sebagai lakuna pada kawasan ANW (Autonomic Nerve Wreth).

Ketika pesakit melakukan kolon hidroterapi, kotoran tinja yang mengeras akibat sembelit serta mukoid dikeluarkan. Ia bertujuan untuk membersihkan seluruh usus besar. Apa yang keluar dari usus kita selepas prosedur ini ialah cacing usus, parasit, bakteria jahat, tinja mengeras, kulat dan macam-macam lagi.

Jika tidak ditangani, sesetengah kes divertikulitis boleh membawa kepada kanser kolon.
Pengubatan herba JAWI mencadangkan pengambilan herba untuk tujuan detoksifikasi dan colon cleansing yang menggunakan sinergi antara herba pahit dan herba pelawas (laksatif).
Info : Ini adalah satu daripada topik yang dipelajari di dalam kelas online Pintar Herba JAWI Warisan Pak Haji.

Norashikin Hasan

Isnin, 20 Januari 2025

TANDA-TANDA STRESS DAPAT DILIHAT PADA MATA

Subahanallah menyingkap ilmu Iridologi ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada pada tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.


Carta Iridologi

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.
Di dalam kaedah ilmu dianosis ini kita dapat mengindikasikan keadaan tubuh seseorang pesakit sama ada lemah atau kuat, kadar stress, penumpukan racun, kekuatan saraf, kelainan pada usus besar dan sebagainya.
Tujuan belajar ilmu diagnosis melalui iris adalah untuk mengenal, bukan meramal. Inilah yang selalu tuan guru (Tn Hj Ismail b Ahmad) pesankan. Jangan meramal tetapi mengenal. InsyaAllah kita akan temui solusi permasalahan penyakit berdasarkan pengalaman diagnosis.
Kerana di dalam pengubatan ini disebut sebagai kecekapan diagnosis dan ketepatan herba. Kita perlu mempunyai skill dalam menentukan penyakit.
Herba yang sesuai dengan seseorang belum tentu ia sesuai dengan seorang yg lain. Maka, untuk tentukan ubat, ia perlu kepada kepakaran berdasarkan kepada pengalaman. Ia tidak boleh bercorak teori semata-mata.
Ramai orang yang mempelajari ilmu diagnosis iridologi tanpa panduan tibbun JAWI, berlaku kesalahan dalam analisis penyakit yang mengaitkan dengan hal-hal mistik. Mereka dengan begitu mudah menggunakan ilmu diagnosis melalui iris dalam pengubatan yang tidak menegakkan tauhid malah menghampiri kesyirikan. Ini benar-benar pernah berlaku terutama bagi mereka yang tidak mengenali apa itu Tibbun JAWI dan tidak pernah bertemu di dalam mana-mana kuliah bersama Pengasas Tibbun JAWI iaitu Tn Hj Ismail bin Ahmad. Diagnosis yang dilakukan sudah tepat tetapi malangnya hasil diagnosis mengatakan permasalahan di usus besar adalah kerana ada tapak rumah jin di situ, permasalahan stress yang berpanjangan disebabkan oleh gangguan saka, hilang semangat hidup kerana ada kemungkinan ia berkaitan dengan sihir daripada jin atau manusia. Apakah ilmu iridologi Tibbun JAWI begini?
Jika begitu cara seorang perawat Muslim mendiagnos dan menganalisa iris seseorang, ia telah terkeluar daripada konsep pengubatan kita (JAWI) iaitu konsep pengubatan causative treatment iaitu memberikan penekanan kepada pengembalian sistem imuniti tubuh yang menyeluruh yang meliputi aspek spiritual, mental, emosi dan fizikal.

Lebih parah lagi jika perawat mendiagnosis kemudian membuat kesimpulan awal tanpa memberikan solusi alamiyah dan Ilahiyah.
Foto di bawah ini adalah salah satu contoh iris yang memiliki ciri-ciri tekanan (stress). Dalam ilmu diagnosis iris, ia disebut sebagai Stress Line/Stress Ring. Seseorang yang berada dalam tekanan (stress) yang berpanjangan akan dapat dilihat pada iris matanya garisan putih seperti lingkaran cincin.



Stress berlaku disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran misalnya tekanan kerja, masalah keluarga, persekitaran dan sebagainya. Faktor dalaman pula merujuk kepada gangguan kepada fisiologi tubuh seperti sistem imuniti, sistem pencernaan, sistem saraf dan sebagainya.

Menurut pandangan pengubatan JAWI, seseorang yang stress bererti tubuhnya juga kekurangan vitamin C atau hampir tiada vitamin C. Kekurangan Vitamin C akan mengakibatkan daya tahan tubuh semakin lemah, fikiran semakin tertekan, penyakit mula menyerang dan ubat menjadi tidak berkesan.


Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan
- mukus yang kental
- kulit kering, kasar dan gatal
- ulser/sariawan
- gusi berdarah
- lebam-lebam pada tubuh badan tetapi tidak sakit pada tempat lebam
- bulu mata lurus ke bawah, tidak melentik
- dan lain-lain



Manusia dan kera tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Kambing apabila dikejar oleh harimau, ia akan stress dan akan mengeluarkan Vitamin C sebagai vitamin anti stress.

Antara sebab mengapa herba tidak berkesan adalah kerana kekurangan Vitamin C. Vitamin C ialah pembuka kunci yang membuka pintu untuk herba-herba bekerja. Kalau kita ingin berikan pertolongan di dalam sebuah bangunan, jika pintu tidak dibuka bagaimana hendak memberi bantuan?

Kekurangan Vitamin C akan mengakibatkan daya tahan tubuh semakin lemah, fikiran semakin tertekan, penyakit mula menyerang dan ubat menjadi tidak berkesan.

Kita tidak boleh meninggalkan Vitamin C ketika membuat perawatan. Itulah art of healing yang perlu ada dalam sesuatu perawatan.

Tiada Vitamin C hilang semangat hidup. Orang jadi gembira kerana adanya kecukupan Vitamin C. Vitamin C kena ambil daripada sumber makanan kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan Vitamin C sendiri.

Produk HPA yang mengandungi Vitamin C ialah
1. Mengkudu (kapsul dan spray)
2. Roselle (kapsul dan kordial)
3. Kopi Radix
4. Kapsul Radix
5. Herba Tuju Angin (kapsul dan spray)
6. Kapsul Paramaria Plus
7. Radix Cereal
8. Moringga (kapsul dan spray)
9. BR Spray
10. Vit C Spray
11. Kapsul Morin A
12. Dan banyak lagi..

Semoga info ini dapat menambah ilmu kepada ahli-ahli HPA sedunia dan membantu para herbalis dalam perawatan. Amin ya Rabbal A'lamin


Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah herba Jawi HPA


Rabu, 22 Disember 2021

SAYA MAMPU MELIHAT JIN!!!

Foto sekadar ilustrasi

Ada di kalangan manusia yang mendakwa dapat melihat di lapisan langit yang tinggi tentang aktiviti jin dalam menjahanamkan manusia.

Katanya jin ini bersayap dan memiliki tubuh yang sasa. Terbangnya selaju angin dan hilang sekelip mata.

Ceritanya, golongan jin ini berdebat dengan malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan.

Golongan manusia ini mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang Allah berikan kelebihan melihat perkara ghaib hasil daripada ilmu yang dipelajari, latihan, dan pengalaman yang lama.

Ini juga adalah antara pesakit yang pernah bercerita tentang pengalamannya.

Alhamdulillah pesakit kini pulih hasil daripada pembetulan aqidah dan rawatan herba untuk kesukaran tidur dan keracunan logam. (Lihat iridologi titik semangat hidup)



Carta Iridologi. Titik semangat hidup berada tepat pada jam 12. Sekiranya terdapat lakuna yang dalam pada titik ini, ertinya pesakit mudah putus asa dengan kehidupan, terlalu sedih dengan tekanan atau ujian kehidupan yang panjang.

Contoh iris: Lakuna yang dalam pada jam 12 iris menandakan pesakit mengalami kehilangan semangat hidup, terlalu banyak berfikir yang aneh-aneh (overthingking) sehingga mendatangkan tekanan pada pemikiran dan emosi.


Imam As Syafii rahimahullah berkata: "Barang siapa mengaku mampu melihat jin (wujud aslinya) maka syahadahnya batal kerana yang mampu melihat jin (dalam bentuknya yang asal) hanyalah para Nabi dan Rasul." (Kitab Hiwal Ma'asy Syayathin Wa Tajribati Al Amaliyyah Fi Ikhraj Al Jan Wa Ibthal As Sihr.)


Dipetik dalam kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al-Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali jika dia seorang Nabi.

Di dunia ini jin dapat melihat manusia, di akhirat nanti manusia pula boleh melihat bangsa jin ini. Di akhirat jin tidak boleh melihat manusia.

Ghurur ialah tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar dalam menipu.

Nauzubillah semoga Allah memelihara iman dan aqidah kita semua.

.
.
.
Norashikin Hasan