Rabu, 10 Oktober 2018

HUMAN GROWTH HORMON (HGH-II)




Hormon Tumbesaran (GH) ialah hormon pertumbuhan yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari, letaknya di bahagian otak manusia. Ia bertanggungjawab untuk pertumbuhan otot, tulang dan sel manusia sejak dari lahir hingga akhir hayat. Hormon ini memastikan semua organ tubuh dapat berfungsi dengan baik. 

Terdapat pelbagai peranan dan fungsi HGH dalam sistem tubuh badan kita. Antara fungsi HGH ialah menguatkan tulang, mengurangkan lemak dalam badan, serta membentuk otot.. HGH juga penting dalam pertumbuhan awal kanak-kanak. Di samping itu, HGH juga membantu fungsi insulin mengawal kandungan gula dalam badan melalui faktor pertumbuhan insulin (IGF), juga berperanan dalam mencantikkan wajah, serta mengawal hormon tidur seterusnya mengelakkan insomnia. 

GH secara amnya boleh digambarkan bersifat anabolik iaitu membina. Seperti kebanyakan hormon protein yang lain, GH berinteraksi dengan reseptor pada permukaan sel-sel tertentu. GH juga boleh meningkatkan ketinggian. Hormon pertumbuhan tinggi pada tahap seseorang sedang membesar dan mula menurun apabila mencecah dewasa. 
 
GH dihasilkan ketika usia antara 1 hingga 20 tahun. Setelah usia itu, paras GH akan menurun malah menghilang sedikit demi sedikit seiring dengan usia. 

Paras HGH menurun adalah disebabkan faktor-faktor berikut:
➤Usia 
➤Gaya hidup tidak sihat 
➤Hilangnya kolagen 
➤Pencemaran 
➤Berkumpulnya toksin dalam tubuh (asidosis) 


Dr. Oz menjelaskan bahawa manusia sangat memerlukan HGH untuk membantu kesihatan yang stabil dan optimum. Mari kita lihat penjelasan Dr.Oz tentang Human Growth Hormone seperti di dalam video di bawah ini. 

HGH-II PERUBATAN MELALUI SEMBURAN 

"Dibahagian manakah Nabi yaakub a.s meletakkan baju Nabi Yusuf a.s sehingga boleh melihat dengan izin Allah? Di bahagian itulah HGH meresap ke dalam tubuh." - Tn Hj Ismail Hj Ahmad 

Perubatan ini adalah perubatan peradaban Islam yang tidak pernah luput meski generasi kini terkembali ke belakang. Inilah perubatan Tibbun Nabawi, merentasi zaman. 

Daripada setitis air yang tiada erti boleh menjadi air yang luar biasa mustajab dan mujarab hanya daripada herba alami. 

Oleh itu, ia menjadi terapi kepada pelbagai masalah kesihatan dengan mengekalkan kandungan HGH dalam badan. 

Dengan menyembur HGH-II pada muka dan bawah lidah kali sehari, dengan izin Allah, penyakit anda akan sembuh secara alami. 










HGH THE ART OF BEAUTY - ANTI PENUAAN DINI



MEMBERIKAN KECERIAAN HIDUP



PERAWATAN KENCING MANIS 
.




MENGAPA HGH-II INI PERLU DISEMBUR PADA WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR? MARI KITA LIHAT HUBUNGKAIT HGH DENGAN GELOMBANG OTAK.... 





Delta - keadaan tidur nyenyak di mana anda tidak bermimpi. 

➤Melatonin, hormon yang membuat ritma dan keseimbangan tubuh, dirembeskan dalam keadaan delta. Hormon ini membantu anda tidur dan bertukar kepada serotonin selama tempoh terjaga. Jika "jam biologis" anda bekerja dengan baik, dan anda sedang tidur nyenyak, peratusan untuk anda bangun dalam keadaan segar dan bertenaga adalah sangat tinggi. 

➤Hormon Pertumbuhan Manusia dihasilkan dalam kelenjar pituitari dan dirembeskan selama fasa delta. Hormon pertumbuhan/Grow Hormone bertugas meningkatkan stamina, meningkatkan fungsi seksual dan libido, dan membantu anda mengurangkan lemak tubuh sebanyak 15%. 

Dapatkan HGH anda segera! 


PENGALAMAN PARA PENGGUNA HGH-II DIREKODKAN!!



Kesembuhan daripada penyakit itu datang daripada Allah, dan ini merupakan salah satu ikhtiar kita dalam menyembuhkan penyakit. 

“Dan sekiranya aku sakit, maka Dialah (Allah) yang menyembuhkan” (Surah asy-Syu’ara’ ayat 80) 

===================================================

Untuk pembelian HGH-II HPA, 
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/hgh untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis HPA 

Sabtu, 6 Oktober 2018

BAHAYA ASIDOSIS

Asidosid ialah kondisi berlebihan asid dalam badan. Orang yang berlebihan asid dalam badan akan menunjukkan pelbagai simptom asidosis, salah satunya masalah 'angin'(saraf) yang teruk.

Hebatnya tubuh badan kita kerana ia memberitahu simptom lebih awal sebelum berlaku penyakit kronik. Apabila sudah kronik, ia memerlukan masa yang tidak sedikit untuk pulih.

Adakah tubuh anda berlebihan asid? Bagaimana tubuh badan boleh berasid? Dari mana asid ini datang?

Tubuh berasid menjadikan darah bertoksin. Toksin yg terkumpul dalam tempoh yang lama ini akan membentuk pelbagai penyakit secara tiba-tiba seperti alergik, darah berkuman, bisul-bisul dan sebagainya. Once dah ada tanda-tanda asidosis, cegahlah, insyaAllah belum terlambat utk kekalkan kesihatan.








Ciri-ciri asidosis :
  • Nafas cepat
  • Kebingungan dan tidak boleh fokus
  • Kelelahan
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Turun nafsu makan
  • Jaundis
  • Denyut jantung meningkat
  • Nafas berbau seperti buah - menunjukkan asidosis kerana diabetes atau ketoasidosis
Dalam ilmu pengubatan herba, kebanyakkan penyakit manusia ialah penyakit unsur panas. Dalam ilmu nutrisi penyakit panas ialah asidosis. Penyakit sejuk ialah alkolosis. Pengubatan tradisional Cina pula mengatakan penyakit panas ialah penyakit unsur Yang, manakala penyakit sejuk ialah penyakit unsur Yin.

Berikan herba deuretik. Herba deuretik ialah herba sejuk. Ia disinergikan dengan herba laksatif (pelawas).

Herba pelawas mengelakkan berlaku kanser usus. Sembelit adalah penyakit panas. Ambil herba sejuk tetapi harus minum lebih air supaya dapat mengeluarkan panas itu.

Jika belajar dalam ilmu nutrisi, asidosis dihilangkan dengan jus buah-buahan. Kurma juga menghilangkan asid dalam badan. Berpuasa merupakan pengosongan asidosis melalui pernafasan. apabila berbuka dengan buah kurma, asid dalam tubuh badan menurun. 

Untuk menghilangkan asidosis dengan pantas, kita gunakan herba Antirac. Antirac dapat menurunkan
pH asid dalam badan. 1 kapsul antirac + madu lebah.

Sayuran hijau juga merawat masalah asidosis. 

Asidosis boleh uga diberikan set colone cleansing (herba tuju angin, herba pelawas, spirulina) dan kapsul Malac.


Faktor-faktor asidosis antaranya ialah:
  • tinggi lemak rendah karbohidrat
  • gagal ginjal
  • obesiti
  • dehidrasi
  • keracunan aspirin dan methanol
  • kencing manis
  • Makanan dan minuman yang dicemari pestisid, insektisid, fungisid, pewarna, perisa makanan, hormon dan logam berat, bahan pengawet dan sebagainya
  • Pencemaran udara
  • Asap rokok
  • Ubat-ubatan kimia
  • Kekurangan ilmu dalam kombinasi makanan mengakibatkan makanan yang baik untuk tubuh menjadi 'beracun' dan menjejaskan kesihatan



Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

WAVE HPA : PERUBATAN KAEDAH IRIDOLOGI


Pengkaji barat hingga masa kini belum menemui solusi untuk permasalahan stroke dan Parkinson juga masalah TANTRUM kanak-kanak. WAVE adalah usaha pengubatan menerusi saluran saraf, bermula dengan mata.

Kaedah ini Insya-Allah dapat membantu anda dalam menangani masalah-masalah saraf.

TERAPI WAVE ialah usaha pengubatan melalui sistem saraf. Wave membantu dalam perawatan saraf pada otak manusia dengan mempertenagakannya dengan titisan yang diberikan gelombang. 


Otak manusia akan mencapai tahap ketenangan pada gelombang delta. Apabila gelombang delta ini dicapai, minda akan mendapat deep sleeping. Minda yang mendapat deep sleep akan lebih bertenaga secara tidak lansung tubuh manusia dapat pulih dengan sendiri.


Wave - packaging baru bermula Ogos 2022
WAVE merupakan satu kaedah perubatan alternatif yang berdasarkan kepada proses pembetulan gelombang otak iaiti medan elektromagnetik (MEM) melalui titisan pada mata. 



WAVE ini dapat menstimulasi sistem saraf melalui mata yang seterusnya menjadi ikhtiar untuk merawat beberapa permasalahan kesihatan seperti masalah saraf mata, strok, migrain anak tantrum, kemurungan dan lain-lain, dengan izin Allah SWT. Wave boleh digunakan untuk rawatan berkaitan mata seperti mata kering, rabun dan kabur. 

WAVE adalah ilhamkan daripada kisah Nabi Yaakub a.s mampu melihat semula dengan izin Allah SWT setelah mencium baju Nabi Yusuf a.s.






Puncak ketamadunan Islam ialah perubatan melalui pembetulan gelombang otak yang diberikan melalui titisan ke dalam mata. Nabi Yaakub a.s mampu melihat dengan izin Allah setelah mencium baju Nabi Yusuf. Melalui penelitian, gelombang bau baju dan keringat itu menghasikan satu tindakbalas kepada saraf pusat agar bekerja membetulkan kerosakan jaringan organ dengan cepat. Sesuatu yang telah hilang dari dunia ubatan iaitu pengubatan WAVE yang sungguh berkesan!


===============================================
Bagaimana ia membantu dalam perawatan saraf pada otak manusia?
===============================================
Saraf pada otak dipertenagakan dengan titisan yang diberikan gelombang. Otak manusia akan mencapai tahap ketenangan pada gelombang delta. Apabila gelombang delta ini dicapai, minda akan mendapat deep sleeping. Minda yang mendapat deep sleep akan lebih bertenaga secara tidak lansung dapat memulihkan tenaga tubuh seseorang.

===================================
Bagaimana cara penggunaan WAVE ini?
===================================
Hanya perlu dititiskan ke dalam mata. Ia bukan ubat titis mata tetapi ubat untuk meransang saraf. Pusat saraf manusia ialah otak. Titisan ini akan masuk melalui liang-liang di dalam mata kemudian terus kepada otak.







Wave digunakan dalam perawatan penyakit berikut: 

Sawan tarik/Epilepsi 
Apnea (terhenti nafas 20 detik) 
Wanita koma selepas bersalin 
Insomnia 
Majnun (gangguan mental) 
Kanser (gangguan sel) 
Autis/hyperaktif 
Semua masalah jantung 
Stroke 
Peradangan otak 
Sakit tulang belakang 
Sakit pinggan 
Alahan hamil/mengidam 
Kecanduan dadah/ketagihan narkotik 
Pengsan 
Batuk 
Sakit gigi 
Kurang pendengaran 
Kurang penglihatan 
Lemah ingatan 
Migrain/Sakit kepala 
Peredaran darah 
Demam panas 
Rawatan mata 
Menambah tenaga selepas kemalangan 
Menurunkan hipertensi 
Menurunkan gula darah 
Terhentak kepala 
Hepatitis 
Semua jenis radang 
Radang buah pinggang 
Bengkak limpa 
Lemas/tenggelam air 
Renjatan elektrik 



TESTIMONI WAVE BAGI PENGGUNA MALAYSIA & INDONESIA (HPA INTERNATIONAL)


Testimoni pesakit kencing manis


Testimoni rawatan stroke


Testimoni masalah mata


Testimoni masalah kegegaran otak











Bagaimana cara penggunaan WAVE ini? 

Hanya perlu dititiskan ke dalam mata 2 hingga 3 kali sehari. Ia bukan ubat titis mata tetapi ubat untuk meransang saraf. Titisan ini akan masuk melalui liang-liang di dalam mata kemudian terus kepada otak. 

Ubat dan penawar hanyalah asbab kesembuhan. Berikhtiar merawat penyakit adalah sunnah malah beroleh pahala dan rahmat Allah Taala. Tidak berikhtiar maka tiadalah pahala dan jauh pula dari kesembuhan dan rahmat Allah.

Biiznillah. InsyaAllah.




Dapatkan WAVE anda segera! 

_________________________________________________________________________

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760


Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.


Norashikin Hasan






PEGAGA : ANTARA 20 TANAMAN TERBAIK DUNIA!




Untuk pembelian Radix Cocoa Collagen HPA
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/cocoacollagenhpa untuk pembelian.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Jumaat, 5 Oktober 2018

MERAWAT BREAST KANSER

IKHTIAR RAWATAN PENYAKIT KANSER, KETUMBUHAN, CYST, FIBROID, TUMOR, BENGKAK, TUMOR & BISUL DENGAN PENGUBATAN SUMBER HERBA UBATAN

Kanser adalah sejenis penyakit degeneratif. Sel-sel menjadi tidak normal atau rosak berpunca daripada faktor radikal bebas.

Radikal bebas ini berasal daripada:
  • Radiasi daripada matahari
  • Sinar X
  • Pencemaran udara dan alam sekitar
  • Asap rokok
  • Makanan dan minuman
  • Minyak goreng berkali-kali (sangat karsinogen)
  • Racun serangga dan rumpai
  • Dan sebagainya
Herba antikanser kebanyakkannya ialah:
  • Herba sejuk
  • Herba-herba yang boleh mengecutkan
  • Herba yang mempunyai getah berwarna, atau kayunya mengeluarkan pigmen (warna)
  • Herba berduri (semakin halus durinya semakin kuat kesan antikansernya)
Berikut adalah penawar daripada sumber alam yang boleh menjadi ikhtiar kesembuhan untuk penyakit ketumbuhan, barah, cyst, fibroid, bisul, InsyaAllah:
  • Minyak biji aprikot - barah, ketumbuhan, fibroid, cyst
  • Minyak zaitun - barah
  • Minyak biji anggur - barah, bengkak
  • Shark Cartillage - barah, ketumbuhan, fibroid, cyst
  • Keladi tikus - barah
  • Akar pokok semalu - akar penyakit ketumbuhan
  • Minyak habbatussauda - barah, radang
  • Serbuk tanah liat (koalin) - bengkak, bisul
  • Durian belanda - barah
  • Cuka asli
  • Sireh - fybroid, cyst
  • Akar pohon Bajakah - akar penyakit barah
  • Dan banyak lagi yang tak tertulis di sini.

  • Infoto: Kuliah Herba | 8 Jun 2020 | Pendarahan Selepas Keguguran







"Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhah penyakit dengan izin Allah." (HR Imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir R.A

Selain makanan di atas, berikut ini juga kaedah yang boleh diamalkan (pilih salah satu atau tiga cara berikut):

1)*air rebusan akar bajakah. Akar bajakah dihiris sehingga kuantiti 2 cubit sahaja. Jika tiada akar bajakah, ambil beberapa akar pohon semalu, rebus dengan 3 cawan air sehingga tinggal secawan air (api sederhana). tuang ke dalam cawan minuman. campurkan sesudu madu dan 3 titis minyak habbatussauda. minum sekali sehari. lakukan selama 3 hari, 7 hari. Lihat perkembangan, kemudian diulang lagi.

2)*air serbuk tanah liat diminum sekali sehari pada waktu malam. waktu pagi sebelum sarapan/waktu sahur boleh amal minum cuka dan madu yang dilarutkan dalam secawan air. lakukan sekali sehari selama 3 hingga 7 hari berturut-turut. minggu berikutnya boleh selang sehari. minggu berikutnya pula boleh selang 3 hari sekali.

3)*berbekam minima 3 bulan sekali juga dapat mengelakkan penyakit kronik, insyaAllah. Sekiranya seseorang itu telah menghidapi penyakit kanser, maka amalan herba adalah lebih utama berbanding rawatan fizikal.

Disamping ikhtiar menggunakan penawar dan ubat, digalakkan juga mengiringi setiap ikhtiar kecutkan ketumbuhan, bengkak, kanser, fyroid, cyst dengan membaca doa dan zikir munajat kepada Allah.

Ubat hanyalah asbab kepada kesembuhan. Kesembuhan itu datang dari Allah. Ikhtiar mencari penawar juga boleh menjadi asbab kepada kesembuhan.

Sumber rujukan ubat :
1) Kitab Perubatan Jawi, Thibbun Nabawi Tn Haji Ismail b Haji Ahmad, HPA
2) Kuliah Herba Jawi, Tibbun Nabawi, Tn Hj Ismail b Hj Ahmad, HPA International
3) Kuliah Herbalis Asean

Disclaimer : Untuk amal herba2 yg disebutkan diatas, pesakit digalakkan untuk dapatkan konsultasi herbalis bagi mengetahui cara dan disiplin pengambilan herba dengan lebih tepat.

Selasa, 15 Mei 2018

CUKA DALAM PENGUBATAN

Cuka + madu = Oxymel , sakanjabin (Gambar dari Google) 
CUKA DAN MADU ADALAH GABUNGAN PERUBATAN YUNANI & ARAB. DIAKUI KEBAIKKANNYA OLEH TABIB SILAM DAN AHLI PERUBATAN

Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :

“Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)

Cuka asli ialah cuka yang terhasil daripada peraman buah dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, kemudian menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi cuka. Cuka yang paling sering dikenali umum ialah cuka kurma, cuka delima, cuka nipah, cuka epal, cuka anggur dan cuka teen. 

Nama lain bagi cuka madu ialah Sakanjabin (berasal dari bahasa Parsi) dan Oxymil (dari bahasa Yunani). Ramuan yang terdiri daripada cuka dan madu ini dimulakan oleh tamadun Parsi, kemudian diikuti oleh tamadun Yunani.

Cuka asli telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada cuka dengan menggunakan buah anggur, kurma dan teen. 

Hippocrates mengggunakan cuka asli sebagai antibiotik dan tonik. Pejuang-pejuang silam menggunakannya bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, cuka telah menjadi amalan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.

Cuka sifatnya sejuk. Apabila ia digabungkan bersama madu iaiyu penghulu segala penawar, ia bertukar sifatnya yakni antara sejuk dan panas. Sifatnya seimbang. Maka ia sesuai untuk digunakan sebagai penawar pelbagai penyakit dan pelbagai peringkat usia. Kedua-dua ramuan ajaib ini diakui kebaikkannya oleh tabib silam dan ahli perubatan. Ia adalah hasil gabungan perubatan Yunani dan Arab ini telah terbukti berkesan dibandingkan dengan ubatan kimia sintetik.

Ramuan ini digunakan oleh tokoh-tokoh perubatan terdahulu untuk penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit. Antara tokoh penting yang pernah menulis dengan jelas tentang sakanjabin ialah Hippocrates, Galen, Ar-Razi, Ibnu Sina dan Ibnun Nafis.

Inilah yang dinamakan enzime! Enzime terhebat yang dihadiahkan Allah buat umat Islam hanya menggunakan gabungan cuka dan madu! Padahal non Muslim dari belahan timur dan barat juga utara dan selatan seringkali menciptakan enzim yang menurut mereka dapat mengalahkan enzime umat Islam! Yang menariknya, hampir kesemua enzime umat Nabi Muhammad s.a.w ini terihasil daripada tanaman-tanaman syurga! Allahuakhbar! Subhanallah!

Menerusi kitab Al Qanun Fi Al Tibb (Ibnu Sina) & Al Tibb An Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka boleh:
  • Mencegah berlakunya pembengkakkan pada badan seperti bisul dan kanser
  • Membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah
  • Mengatasi proses pencernaan makanan dalam perut
  • Melancarkan pergerakkan usus
  • Merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk yang berpanjangan
  • Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
  • Menurunkan tahap kolestrol
  • Mengimbangi tahap asid – alkali dalam badan dan mengeluarkan lebihan garam
  • Membakar kalori dengan cepat
  • Membuang toksin
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
  • Mengubati masalah gastrik akibat lebihan asid dalam perut
  • Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
  • Mencegah berlakunya keracunan ubatan yang pelbagai
  • Melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Melancarakan haid
  • Memperbaiki fungsi limpa
  • Menghilangkan masalah dahaga dan mengurangkan panas badan
  • Membuang toksin
  • Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata dan telinga
  • Penyerapan kalsium lebih sempurna – menguatkan tulang
  • Mengubati masalah gastrik akibat lebihan asid dalam perut
  • Merawat masalahj hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu)
  • Mencegah berlakunya keracunan ubatan yang pelbagai
  • Melancarkan pengeluatan susu ibu
  • Melancarakan haid
  • Memperbaiki fungsi limpa
  • Menghilangkan masalah dahaga dan mengurangkan panas badan
Peringatan : Mereka yang menghadapi masalah usus yang krtitikal seperti ulser/luka dan buasir seeloknya tidak mengambil cuka madu. Begitulah juga dengan mereka yang mengalami masalah kritikal pada buah pinggang, pundi kecing dan rahim. Sekiranya cuka madu diambil secara berlebihan, ia berpotensi memudaratkan fungsi seksual dan sistem saraf.






PRODUK HPA yang mengandungi kandungan cuka yang dibentuk dengan proses alami
  • Madu trigona (kelulut) - jantung
  • Life Enzime - jantung, peparu, pernafasan, kencing manis
  • Royal Enzime - jantung, peparu, pernafasan
  • Cuka fluoresen - ubat batuk, demam, obesiti, hilang tenaga/lemah, cantikkan kulit dan rambut
  • Cuka nipah - menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah. melegakan bengkak kaki kerana arthritis
  • Cuka kurma - pelbagai guna termasuk antiseptik virus dan merawat dan mencuci luka gangrene



CUKA
Oleh : Tuan Hj Ismail Hj Ahmad ( Pengarah Urusan HPA)

Madu cuka nipah diambil selepas makan bukannya sebelum makan. Cuka sangat baik untuk menurunkan kolesterol tetapi jika tidak betul pengambilanya ia akan merosakan gigi. Oleh sebab itu cuka perlu dicampur dengan madu dengan kadar (95: 5) hanya 5% cuka sahaja yang dicampur dalam madu untuk mengelakan kesan negative pada gigi.

Setiap malam,kumur dengan air garam sebelum tidur,insyaAllah gigi anda akan kuat sampai ke usia tua. Tidak ada herba sekuat cuka madu yang dapat mengeluarkan plak di dinding arteri bagi mengelakan serangan jantung.

Post ini di edit semula pada tarikh 28 Ogos 2021
====================================

Untuk pembelian Cuka HPA,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/cukahpa untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi,dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760/bookingrawatan

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubungi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional















Sabtu, 28 April 2018

SERBUK TANAH LIAT PUTIH HPA


Tanah liat telah digunakan dalam perubatan sejak ribuan tahun dahulu. 30 kaki di bawah bumi. Ubat terbaik untuk manusia berasal dari tanah. Herba organik berasal dari tanah. Selain digunakan sebagai alat untuk bertayamum, ia juga mampu membersihkan kulit dari sebarang kotoran, bakteria dan virus. Di sinilah titik tolak daripada ilmu pengubatan melalui tanah.

Kajian saintifik terhadap bakteria dan virus yang ada pada babi menggunakan sumber daripada tanah. Inilah mengapa Islam mengajar umatnya membersihkan diri dari najis daripada haiwan seperti babi dan anjing dengan menggunakan tanah. 

Serbuk tanah liat HPA adalah antara materia medica yang digunakan dalam perawatan keracunan makanan, keracunan logam berat, simptom santau seperti batuk berdarah dan muntaber, penyakit kulit yang tidak diketahui punca dan sebagainya.

Herba mesti ada di setiap buah rumah sebagai ikhtiar kecemasan untuk seisi keluarga.

Antara Fungsi SERBUK TANAH LIAT PUTIH 
  • Mengatasi masalah jerawat dan kulit berminyak.
  • Mengurangkan jeragat dan kutil.
  • Menghilangkan ruam dan kegatalan badan.
  • Menghilangkan bau busuk badan dan ketiak.
  • Mereda dan mengurangkan bengkak serta racun seperti gigitan serangga dan lebah.
  • Digunakan untuk samak dan tayamum bagi yang beragama Islam.
  • Menghilangkan bakteria dan cacing dalam perut haiwan peliharaan seperti kucing, lembu dan sebagainya dengan diberi minum air tanah liat putih.
  • Menghilangkan bau busuk bilik air dan tandas.
  • Menghilangkan panau dan kurap.
  • Meredakan demam.
  • Memberhenti serta mengeringkan luka untuk manusia mahupun binatang.
  • Memberhentikan pendarahan luka.
  • Melega dan menyejukkan kulit yang terkena minyak panas.
  • Mengurang dan menghilangkan ekzema untuk semua jenis kulit dan peringkat umur.
  • Melega dan menyejukkan perut yang panas ketika hamil.
  • Sebagai pengganti sabun mandi yang mengandungi campuran bahan kimia.
  • Boleh dijadikan masker wajah, luhur badan serta rendaman kaki dan badan bagi meneutralkan logam dan benda asing dalam badan.
  • Mereda dan merawat pesakit kencing manis.
  • Mengurangkan kegatalan cacar air dan gigitan nyamuk.


Selain itu, TANAH LIAT PUTIH baik untuk rawatan penyakit berikut: 
  • Luka 
  • Radang 
  • Demam Panas menjalar ke tulang belakang 
  • Sakit sendi, gout 
  • Sakit dada 
  • Sakit pinggang 
  • Sakit tulang 
  • Sakit kepala, migrain 
  • Bengkak susu 
  • Sakit saraf (kebas-kebas bg pesakit kencing manis) 
Cara penggunaan 

1. Bismillah, selawat, 
2. Bancuh dengan air guna jari arah lawan jam. 
3. Sapukan pada tempat sakit, bengkak atau panas. 
4. Minum airnya untuk sakit perut, senggugut atau masalah keracunan. 

InsyaaAllah, 

Kita berikhtiar, Allah yang beri kesembuhan dengan asbab bahan-bahan ciptaanNya yang kita gunakan dalam merawat penyakit. 

Untuk pembelian serbuk tanah liat,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/serbuktanahliat untuk pembelian.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

BAGAIMANA MENGETAHUI KEBERKESANAN SESUATU HERBA?




KAEDAH MEMBUATKAN HERBA JADI CEPAT BERKESAN 
OLEH TN HAJI ISMAIL B AHMAD




Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi,dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan


MENGAPA W.H.O TIDAK MENGIKTIRAF MAKANAN SUNNAH?




Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi,dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan