PIN POST
PERUBATAN JAWI
Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...
Memaparkan catatan dengan label Pengubatan Spraylogi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengubatan Spraylogi. Papar semua catatan
Khamis, 23 April 2026
Sabtu, 14 Mac 2026
POKOK TUTUP BUMI | ELEPHANTOPUS SCABER
Ada sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di sekeliling kita. Pokok tutup bumi, nama saintifiknya Elephantopus scaber yang dikaji mempunyai suatu bahan aktif iaitu Fisalin B.
Fisalin B ini ialah bahan aktif yang wujud di dalam tumbuhan.
Banyak kajian antarabangasa yang diterbitkan dalam National Library of Medicine menunjukkan bahawa bahan aktif Fisalin B berfungsi sebagai anti kanser dan mampu mencetuskan proses apoptosis sel.
Apoptosis ini ertinya sel kanser membunuh dirinya sendiri.
Jadi Fisalin B ini akan menggalakan tubuh mengaktifkan proses ini supaya sel yang bermasalah tidak terus hidup dan membiak.
Pokok Tutup Bumi atau dikenali juga dengan nama Tapak leman, orang tua-tua dahulu akan mengambilnya sebagai salah satu herba periuk orang perempuan selepas bersalin.
Sifatnya mengecutkan. Maka ia juga sangat baik untuk semua ketumbuhan terutama di rahim. Begitu juga ketumbuhan di prostat.
Produk herba yang dihasilkan oleh HPA daripada tumbuhan ini ialah Kapsul Fisalin B dan Fisalin B Spray.
Semoga info ini bermanfaat hendaknya.
Norashikin Hasan
Khamis, 15 Januari 2026
USUS BOCOR (LEAKY GUT)
USUS BOCOR (LEAKY GUT)
OLEH TN HJ ISMAIL B AHMAD
17 MEI 2022 KURSUS HERBALOGI ASEAN
1. Usus bertugas menyerap nutrisi daripada makanan dan minuman yang dikomsumsi setiap hari kemudian di bawa oleh darah ke seluruh tubuh.
2. Namun dalam kondisi usus bocor, usus tidak hanya menyerap gizi dari makanan dan minuman namun juga racun atau bakteria yang ada di dalamnya.
3. Akibatnya, segala zat yang berbahaya itu turut tersebar ke seluruh tubuh lewat sistem peredaran darah.
4. Usus bocor ertinya tiada asid HCL, apabila tiada HCL maka tiada good bacteria dan enzime dalam usus
5. Akibatnya akan berlaku sembelit, pendarahan di dalam usus, gastrik, angin, kembung dan pelbagai masalah usus yang lain
6. Ciri ciri fizikal orang usus bocor ialah kurus
7. Usus yang sihat mendatangkan tubuh yang sihat
8. Kita ada Detox Spray, ia ada garam. Sebelum makan kita spray Detox dahulu
9. Mengapa ambil herba pahit? Kerana ia mengeluarkan asid hidroklorik, untuk membunuh racun dalam perut
10. Herba pahit yang telah dibuang pahitnya, ZZ4 spray, guna untuk pemicu keluarnya asid HCL dalam perut
11. Asid HCL ialah asid yang diperlukan dalam tubuh. Jika tak keluar HCL maka bakteria baik semua mati
12. Penyebab bocor usus diantaranya mengkomsumsi makanan atau minuman yang mengandungi zat-zat pemicu reaksi negatif, seperti gluten, kedelai dan produk susu.
13. Orang Jepun buat kosmetik menggunakan soya, ada good bakteria, good yis
14. Jika perut masalah jangan ambil tepung, tempe, soya, susu, produk terigu/gluten
15. Usus bocor juga kerana ubat-ubatan tertentu, misalnya antibiotik, steroid, atau pereda rasa sakit yang dijual bebas.
16. Berapa ramai orang sihat tanpa kimia, dia sudah lupa bila kali terakhir dia ke hospital
17. Penyebab usus bocor juga adalah kerana penyakit auto immune
18. 10 Gejala Usus Bocor :
- Diare akut, sembelit, kembung, dan buang angin berlebihan
- Kurang gizi
- Sistem kekebalan tubuh lemah
- Sakit kepala, bingung, kehilangan daya ingat
- Rasa lelah berlebihan
- Masalah kulit, seperti ruam, jerawat, eksim
- Selalu ingin mengkonsumsi makanan dan minuman manis
- Nyeri pada persendian
- Depresi dan gelisah
- Penyakit autoimun, seperti lupus, rematik, penyakit Celiac atau Chron's19. Keadaan ini diyakini menjadi awal mula sindrom kelelahan kronis, masalah kulit, migrain, hingga kelainan kelenjar tiroid.
20. Ada pula andaian bahawa bakteri usu menyebabkan multiple sclerosis, fibromyalgia (rasa nyeri pada seluruh badan), bahkan autisme.
21. Ada beberapa faktor yang diyakini meningkatkan risiko kebocoran dinding usus, antara lain:
- Konsumsi obat pereda nyeri dalam jangka panjang
- Stres berpanjangan
- Konsumsi alkohol secara berlebihan
- Jumlah bakteria baik pada usus lebih sedikit dibandingkan bakteria jahat
- Pola makan tinggi gula, terutama yang mengandung fruktosa
- Peradangan jangka panjang pada tubuh
- Kekurangan vitamin A, min D, dan zinc
- Pertumbuhan jamur ragi pada usus yang tidak terkendali22. Selain berbagai faktor tersebut, anda juga lebih berisiko mengalami sindrom usus bocor bila menderita diabetes, penyakit celiac, atau irritable bowel syndrome (IBS).
23. Ini kerana, penyakit-penyakit tersebut membuat dinding usus lebih rentan membentuk celah.
24. Divertikulitis adalah penyakit peradangan parah pada kantung usus besar (divertikula).
25. Penyakit ini terjadi saat bagian lemah dari dinding usus besar tertekan, lalu membentuk kantung kecil dan meradang.
26. Seperti penyakit pencernaan lainnya, ada makanan yang bisa memperparah gejala
27. Divertikulitis sehingga menjadi pantangan bagi penderitanya.
28. Komplikasi Divertikulitis :
- Abses, yang timbul ketika terbentuk kumpulan nanah di dalam kantung usus (divertikula).
- Fistula, terjadi akibat terbentuknya saluran abnormal di antara usus besar dan kandung kemih, usus kecil, atau vagina.
- Obstruksi usus, yaitu penyempitan yang terjadi pada usus besar akibat peradangan, sehingga mengakibatkan tersumbatnya jalan keluar feses.
- Perforasi dan peritonitis, yaitu kondisi peradangan atau infeksi di dalam rongga perut (peritonitis) yang terjadi akibat robeknya divertikula (perforasi), sehingga isi usus tumpah ke dalam rongga perut
30. Perawatan menggunakan
- BUSRA
- CNIDA
- ALKALI
- TUJU ANGIN
- COLON CLEANSING
31. Kekurangan zink/seng mengurangi nafsu makan dan menyebabkan disfungsi lambung
32. Zink yang tinggi ada dalam moringga
Selasa, 11 November 2025
KANSER TIDAK MEMBUNUHMU
Semakin hari semakin banyak kisah yang lalu di wall FB saya berkaitan kanser. Kanser menyerang tanpa mengenal usia. Aduhai, sedih sekali hati ini mengenangkan... Jiwa ini meronta ingin membantu, tetapi......
Kadang-kadang mahu sahaja saya tulis di ruangan komen para pejuang kanser bahawa "kanser tidak membunuhmu, ada penawarnya". Tiba-tiba tidak tertulis kerana bimbang ada yang balas komen itu dengan mengatakan, "di sini bukan ruangan untuk menjual produk sampah"
Maka saya terhenti daripada menaip di ruangan komen pejuang-pejuang kanser itu.
Herba-herba khazanah alam Melayu dan di seluruh pelusuk dunia sangat bernilai tinggi, tidak pantas ia di hina! Allah yang menciptakannya, tidak pantas ia dicemuh sebagai 'sampah'.
Kadang-kadang hati berbicara... "biarlah pesakit datang mencari kita, jangan kita dikatakan terhegeh-hegeh mencari pesakit seperti mahu berniaga".
Tapi hati kecil ini tidak sampai hati terus diam melihat orang terus sakit tidak bertemu dengan penawar. Hati kecil ini cuba bersangka baik, "orang sakit bukan tidak mahu, tetapi mereka tidak tahu dan tidak dapat maklumat".
Bagi sesetengah orang akan mengatakan "hanya pejuang kanser sahaja yang tahu sakitnya menghadapi kanser, orang lain janganlah judge dan bagi pandangan kalau bukan doktor"......
Tetapi.... pesan guru tersemat dalam sanubari ini
"Berjatuhan satu persatu. Lekas bantu segera teman-teman. Jangan diam (tentang herba kita) meskipun kita di hina"
"Jadilah perawat berhati emas"...
Maka di sini saya menulis.....
Semoga masih ada harapan untuk pejuang kanser terus berjuang dan kembali sembuh seperti sediakala setelah bertahun-tahun belum sembuh.
Kerana dalam lipatan pengalaman sahabat-sahabat herbalis yang melakukan perawatan, pesakit kanser yang telah menjalani lebih daripada 20 sesi kimoterapi juga menemui sinar harapan. Pesakit kanser tahap 4 juga sembuh total.
Kimo itu sungguh menyakitkan dan ia membunuh segala perasaan ingin hidup, mental down, emosi terganggu berterusan. Hanya spiritual (rohani) yang kuat, ia masih bangkit redha dan pasrah dengan ujian dan ketentuan Allah. Pesakit kanser mengatakan..."kalaulah aku tahu ada pengubatan kanser yang sungguh tidak menyakitkan, sudah pasti aku tidak perlu melalui semua ini"....
Mengambil pesan guru, "kanser tidak membunuhmu".... sudah cukup memberikan harapan buat pesakit kanser untuk merasa masih ada peluang untuk sembuh total.
Apakah penawar untuk kanser?
Penawar untuk kanser ialah segala sesuatu herba yang boleh menambah oksigen di dalam badan. Bertambah oksigen, hilanglah kanser. Ertinya herba untuk perawatan asma/lelah juga adalah herba untuk kanser. Herba terbaik ialah dalam bentuk jus atau cecair. Namun, ia perlu disinergikan dengan herba nutrisi agar tubuh kuat untuk melawan kanser.
Saya merasa bersyukur kerana almarhum guru meninggalkan khazanah ilmu pengubatan agar ia mudah digunakan di akhir zaman ini. Herba dalam bentuk cecair spray sahaja. Sungguh luar biasa! Ia jauh lebih berkesan berbanding bentuk kapsul.
Kalaupun kapsul itu digunakan, almarhum guru mengajarkan teknik rebus, dan goncangan. Maka herba kapsul yang ada haruslah direbus atau digoncang di dalam air lalu diminum. Subhanallah!
Dalam HPA, produk untuk kanser terlalu banyak maasyaAllah. Apabila terpadannya penyakit dengan penawar, maka hilanglah penyakit itu. Subhanallah! Cubalah wahai teman-teman, jangan gusar. Kalaupun ia tidak serasi, kita boleh cuba yang lain. Herba yang tidak serasi itu tidak pun mendatangkan kerugian kerana padanya sudah ada antioksidan dari vitamin dan mineral yang wujud secara semulajadi.
Apa herba untuk perawatan kanser?
Antara herba yang digunakan untuk perawatan kanser ialah Pecah beling, kelor, sireh, habbatussauda, qustus hind, rawan ikan hiu, akar pohon bajakah, ubi kayu hitam, gelombang bunga, propolis, benalu langsat, dedalu, akar kuning, ulam raja, dan banyak lagi. Tak perlu ambil semua, tetapi boleh cuba semua peringkat demi peringkat.
Produk herba HPA yang mengandungi herba-herba perawatan kanser ialah Shark Cartilage, Bajakah, C Nida, Plantisol, NK, KPP, HGHT, Wave, Moringga, Antirac, LBO, MBO, BR, Roselle, Spirulina, Alkali Super, TLD dan sebagainya. Tidak perlu ambil semua tetapi boleh cuba semua peringkat demi peringkat
Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya.
Norashikin Hasan
Selasa, 8 Julai 2025
ASIDOSIS, KANSER & HIPOKSIA
Orang yang ada kanser kebiasaannya bacaan SpO2 (saturasi oksigen) bawah pada 90%. Begitu juga bagi semua penyakit kronik yang lain.
Ini ialah oximeter.
Oximeter digunakan untuk cek tahap oksigen dalam darah kita. Kita boleh cek sendiri dengan alat ini.
Bacaan SpO2 (saturasi oksigen)
Normal 95%- 100%
Jika bawah pada 90% itu menunjukkan berlakunya hipoksemia. Perlu rawatan segera. Jika rendah, ia akan menghadapi masalah sukar bernafas (tak cukup nafas), peparu atau jantung.
Bacaan PR bpm (pulse rate beats per minute)
Normal dewasa 60-100 bpm
Semalam kita bincangkan hipoksia sebagai penanda aras bahawa tubuh badan seseorang itu berasid.
Asidosis menjadikan tubuh seseorang keradangan dan mengundang pelbagai penyakit. Jika anda dapat bacaan oksigen bawah pada 90%, lekas-lekas rawat diri.
Bagaimana cara paling cepat untuk bantu pertambahan oksigen dalam darah?
Jika oksigen kurang di bahagian otak, kita perlu menghantarnya dalam bentuk cecair yang mampu terus sampai ke otak. Salah satunya titisan Wave yang dititiskan ke dalam mata. Ia terus ke otak iaitu pusat saraf.
Jika dilihat sering kepenatan selepas bercakap, naik tangga, dan berjalan, ini perlu kepada herba berbentuk minyak dan semburan air herba. Herba berbentuk minyak dan semburan cecair herba di dalam mulut, muka, leher, tulang belakang membantu supply oksigen dalam darah kerana resapan terus melalui kulit. Ia cepat kerana tidak perlu melalui proses dalam pencernaan.
Lakukan bekam, minum jus hijau, minum air mineral, riadah ringan sehingga keluar peluh. Biiznillah.
Setelah 3 hari istiqamah, cek semula kadar oksigen dalam darah menggunakan alat ini (Oximeter) insyaallah bacaan oksigen meningkat naik ke paras normal. Subhanallah!
Herba hipoksia - CAS, ZZ4, Moringga, Qustus Hindi, Habbatus Sauda, HGH, Wave, BR, HB, Superbrain, Alkali Super, Tuju Angin, Spirulina, An Nafiz Spray.
Norashikin Hasan
Pensyarah Herbalis Perubatan JAWI HPA
Penulis siri Kuliah Herba JAWI
Jumaat, 4 Julai 2025
PENYAKIT KAUM SADUM
Penyakit kaum Sadum sedang berleluasa di tanah majoriti umat Islam hari ini. Kita tertanya-tanya apakah bencana yang bakal menimpa kita nanti?
Sebuah catatan dari kuliah almarhum Tuan Hj Ismail b Ahmad, beliau menyebutkan bahawa....
"Orang lelaki yang mendatangi seseorang (samada) wanita yang tidak halal (atau lelaki (sadum), boleh berlaku tekanan pada jantung kerana hidupnya tidak tenang. Ibarat seekor kucing yang sedang menikmati makanan. Ketika kucing itu makan, ia akan melihat sekeliling." Bagaimana manusia makan tidak kenyang, tidak tenang dan mata melilau melihat sekeliling?
Langit tanpa sempadan mencipta 1000 kerosakan yang tidak ada solusinya.
Kerosakkan pada akal dan jiwa manusia tidak kira usia
Dari anak kecil hingga dewasa
Anak sekolah bercerita kepada sang ibu bagaimana rakan sekelasnya mengajarkan cara untuk melakukan hubungan kaum sadum
Sang ibu istighfar, tepuk dada, tepuk dahi dan kembalikan segala kebergantungan kepada Allah
Sang ibu bercerita pula kepada sang ayah...
Termenung sejenak...
Terdiam...
Kemudian tertanya-tanya, apakah lingkungan anak sudah tidak selamat lagi
Anak generasi hari ini, apabila terlintas segala persoalan.... mereka akan mencari jawapan di dunia maya
Lalu terbentang luas segala jawapan di depan mata, kemudian ia melekat di dalam otak. Sukar sekali men'delete'nya
Tanpa didikan, tegahan, dan larangan anak-anak akan terus hanyut tanpa pengetahuan kita.
Apabila mereka meningkat remaja, mereka teringin untuk mencuba hanya sekadar suka-suka demi merawat rasa tekanan dan duka.
Penting ilmu Tarbiyyatul Aulad, disamping pemakanan yang baik, itulah cara terbaik pencegahan yang boleh kita lakukan. Biarlah dikatakan kolot...
Anak-anak dapat membezakan batas baik dan buruk lalu mengelakkan agar cerita-cerita rafas berlegar-legar di kalangan rakan-rakannya
Namun, sifat dominan sesetengah rakan sekolah membuatkan anak kita berlepas diri dan menghidarinya, lalu menyendiri tiada rakan yang mahu mendekati
Semoga Allah pelihara kita, keluarga kita dan generasi kita.
Jangan lupa titiskan wave di dalam kedua-dua belah mata anak-anak. Agar otak mendapat cukup oksigen.
Jangan lupa spraykan Superbrain di dalam mulut, minuman dan wajah. Agar minda cerdas, fikiran jernih dan tingkahlaku yang baik.
Jangan lupa spraykan Anxiety Spray agar jiwa anak-anak lebih tenang menghadapi mehnah dan tribulasi zaman
Norashikin Hasan
Jumaat, 28 Mac 2025
Sabtu, 7 September 2024
Jumaat, 6 September 2024
GANGGUAN MEDAN ELEKTROMAGNETIK TUBUH
Suatu hari seorang ibu datang berjumpa saya. Mengadu hal suaminya tidak dapat tidur selama tiga malam sejak bertukar shif kerja.
Saya bertanya, "suami ibu kerjanya bagaimana?"
Katanya, suaminya bekerja technician bangunan.
Si ibu ini sangat risau kerana dia percaya suaminya tidak boleh tidur mungkin kerana ada 'sesuatu' yang mengikutinya balik ke rumah sehingga tidak boleh tidur selama tiga malam berturut-turut. Suaminya menjadi panas baran dan meningkat naik tekanan darah kerana tidak tidur.
Si ibu meminta nasihat apakah ada air doa yang boleh dia gunakan untuk merawat masalah tidur suaminya.
Saya berikan seuncang tunas bunga mawar Turkiye dan sedikit garam bukit. Saya ajarkan cara penyediaan teh bunga mawar padanya:
1. Letakkan 7 hingga 9 kuntum tunas bunga mawar ke dalam segelas air panas mendidih
2. Tutupkan gelas tersebut beberapa minit
3. Setelah beberapa minit, masukkan 2 sudu makan madu lebah dan secubit kecil garam bukit.
4. Bacakan al Fatihah, kacau teh ini sehingga sebati.
5. Minum suam.
Kemudian, saya minta si ibu ini menyediakan air rendaman kaki untuk suaminya. Satu baldi air suam diletakkan dengan segenggam garam bukit. Kacau lawan arah jam. Siap untuk rendaman kaki.
Maknanya, selepas minum teh tunas mawar tadi, masukkan kedua-dua belah kaki hingga atas sedikit buku lali ke dalam air larutan garam. Sambil-sambil itu, tekan-tekan tapak kaki si suami itu dengan jari si ibu ketika tapak kaki suaminya masih lagi terendam di dalam air rendaman.
Begitu saya ajarkan.
Maka, pulanglah si ibu ini dan terus mengaplikasikan kaedah yang telah diajarkan.
Petang itu, si ibu tadi wasap saya dan beritahu sebaik sahaja minum teh tunas mawar, suaminya mula menguap. Kemudian ketika beberapa minit merendam kaki ke dalam air garam bukit, dia merasa mengantuk yang amat sangat. Belum sempat ditekan tapak kakinya. Dia minta untuk masuk tidur. Tidurnya lena sekali dari pagi hingga ke petang.
Tiga hari berikutnya saya bertanya, apakah malam sudah boleh tidur? Jawab si ibu tadi, alhamdulillah syukur sudah boleh tidur dengan lena sehingga hari ini tiada lagi gangguan tidur. Peristiwa ini sudah tiga tahun berlalu.
Begitulah, apabila terpadan penyakit dengan penawar, maka terawatlah penyakitnya. Ia bukanlah kerana gangguan 'sesuatu' yang mengikut balik ke rumah.
Sebenarnya ia adalah gangguan medan elektromagnetik pada otak. Dalam pengubatan herba, gangguan gelombang dan medan otak kita gunakan garam bukit.
Dalam pengubatan HPA, kita berikan salah satu atau dua daripada berikut
1. Wave - daripada sumber bunga mawar kawasan pergunungan yang sejuk. Dititis ke dalam kedua-dua belah mata agar ia terus sampai ke pusat saraf untuk memulihkan gelombang otak (MEM)
2. Garam bukit Himalaya
3. Kopi Radix Himalaya
4. E-Spray - daripada sumber garam gunung. Disemburkan di belakang telinga (tulang mastoid)
5. Deep C Spray - daripada sumber garam gunung berusia jutaan tahun, disemburkan di dalam air minuman
MaasyaAllah Subhanallah!
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Ahad, 4 Ogos 2024
Khamis, 6 Jun 2024
Rabu, 5 Jun 2024
Ahad, 14 April 2024
Sabtu, 13 April 2024
Jumaat, 12 April 2024
Khamis, 11 April 2024
Rabu, 10 April 2024
Langgan:
Catatan (Atom)
