Ahad, 2 Mei 2021

BEDAH BATIN (1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Kita merasa kesal, 
apabila pesakit terjerumus dalam kesyirikan, khurafat dan tahyul, 
apabil pesakit merasa ini pilihan terakhir untuk sembuh
apabila pesakit merasa inilah peluang terakhir, jalan terakhir
apabila pesakit percaya kepada ramai orang tanpa usul periksa hukum hakamnya.
akibat kekurangan ilmu,

keengganan mencari tahu,
dan kelemahan bergantung harap kepada Allah
tidak menghayati apa yang dimaksukan qudrat dan iradat Allah
akhirnya mereka memilih jalan pengubatan yang salah, batil, tidak halal malah haram di sisi Allah

Penulis ingin menyeru kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian

Mari kita tambah pengetahuan agar diri kita, ahli keluarga dan sahabat handai yang lain tidak terjerumus dengan pengubatan yang batil ini.

Agar mati kita bukan mati kufur akibat perbuatan kita sendiri

Rawatan bedah batin dan bedah ghaib adalah termasuk dalam ilmu sihir!




Jika tukang bedah ini tidak melakukan sihir, mereka lakukan silap mata atau penipuan untuk me-real-kan pembedahan itu.

Bedah batin atau bedah ghaib ia adalah sejenis sihir khayalan.

Ilmu bedah batin ini muncul dari Filipina pada tahun 1940-an diperkenalkan oleh Eleuterio Terte dan muridnya Tony Agpaoa iaitu anggota Kesatuan Spirtual Kristian Filipina. Sehingga hari ini Filipina menjadi sebuah pusat bedah batin terkenal di dunia. Ia juga berlaku dan terkenal di Brazil, dipelopori oleh pengamal amalan ritual yang berasal dari Afrika. Kemudian merebak ke Amerika dan Britain dan akhirnya ke seantero dunia.

Jika dilihat dalam screenshot yang disertakan di bawah ini. Ia dilakukan dengan tangan kosong, ada yang menggunakan alat bantuan untuk me-unik-kan lagi bentuk pembedahan ini.


Apabila selesai, kulit yang dibedah dibersihkan dan ditutup semula tanpa ada sebarang luka dan calar, hilang bau darah, hilang darahnya

Selain menggunakan peralatan untuk menampakkan darah atau bahan-bahan sihir, bedah batin juga dilakukan dengan isyarat tangan samada jari telunjuk atau tapak tangan yang di halakan ke bahagian anggota badan pesakit

Orang ramai atau ahli keluarga yang menyaksikan pembedahan tersebut sebenarnya telah tersihir dengan sihir khayalan tanpa mereka menyedarinya

Rawatan seperti ini terkait dengan tilikan juga kerana sebelum memulakan pembedahan batin, perawat akan mengesan (scan) bahagian anggota badan yang disyaki berpenyakit itu, tanpa menyentuh tubuh badan pesakit.

Tilikan adalah diharamkan dalam Islam!!

Amalan tilik menilik dilarang keras dalam Islam. Tidak ada seorang pun yang tahu perkara ghaib kecuali Allah!

Firman Allah dalam surah Al A'raf ayat 188,

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman."

Ayat diatas ialah wahyu yang turun untuk Nabi Muhammad saw jelaskan kepada umatnya bahawa baginda hanya pemberi peringatan, tidak boleh mengetahui hal-hal yang ghaib.

Perawat bedah batin ini, mereka scan dengan merasakan aura tubuh pesakit, gerak hati yang kuat hasil daripada kemahiran dan pengalaman yang lama diamalkan.

Mereka akan mengatakan pada tubuh pesakit itu terdapat itu dan ini, sekian dan sekian, jin, simpulan sihir, tapak sihir, bahan santau dan sebagainya.

Kaedah bedah batin nyata sekali menggunakan khadam ghaib iaitu jin atau syaitan.

Zaman kini perawat kaedah bedah batin tidak perlu lagi menggunakan khadam, alat bantuan bedah dan sebagainya tetapi menggunakan firasat mata batin, indera ke-6, mata ke-3, aura dan sebagainya. Ilmu ini tidak menepati maqasid syariah kerana menceroboh aqal dan roh manusia lain.


Setelah mendapat petunjuk hasil daripada maklumat scan cara batin itu, serta mendengar keluhan pesakit, maka perawat akan lakukan pembedahan batin di tempat yang dikatakan sakit itu.

Zaman kini kaedah bedah yang menampakkan darah sudah tidak berapa famous lagi seperti dahulu. Kerana ramai orang takut tengok warna darah itu! Tukang bedah batin sudah advance!

Kini, ramai orang lebih percaya bedah batin tanpa ada darah kerana ia dilakukan dengan hanya menggunakan isyarat tangan atau anggota badan perawat sahaja.

Tiba-tiba pembedahan itu selesai dan pesakit merasa lega. Ini hanyalah tipu daya iblis, jin dan syaitan ke atas pesakit dan perawat.

Pesakit tidak merasakan kesakitan seolah-olah seperti dibius.

Antara rawatan yang dikatakan pembedahan batin ialah:
  • Mengeluarkan pelbagai objek daripada tubuh pesakit contohnya batu karang padahal itu hanya sihir khayali sahaja
  • Mengeluarkan kaca, objek tajam, pisau, paku dan sebagainya dari mulut, dan kulit, pesakit
  • Menggolekkan atau menyapukan sesuatu pada tubuh pesakit menggunakan bahan seperti telur, limau nipis, buah kelapa dan lain-lain kemudian 'penyakit' yang terdapat pada tubuh pesakit masuk ke dalam bahan itu. Apabila dibuka bahan itu keluar darah atau bahan sihir.
  • Menarik simpulan sihir dari tubuh pesakit secara ghaib dengan tangan kosong tanpa menyentuh tubuh pesakit. Gerak dan isyarat tangan seperti orang sedang bersilat. Apabila anda perhatikan orang sedang buka langkah silat, anda akan melihat pesilat menarik nafas, menghembus nafas dengan lembut, menggenggam tangan dan melepaskan dengan lembut dan sebagainya. Begitulah gayanya kaedah batin yang lebih popular pada masa ini.
وَيَوۡمَ يَحۡشُرُهُمۡ جَمِيعٗا يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ قَدِ ٱسۡتَكۡثَرۡتُم مِّنَ ٱلۡإِنسِۖ وَقَالَ أَوۡلِيَآؤُهُم مِّنَ ٱلۡإِنسِ رَبَّنَا ٱسۡتَمۡتَعَ بَعۡضُنَا بِبَعۡضٖ وَبَلَغۡنَآ أَجَلَنَا ٱلَّذِيٓ أَجَّلۡتَ لَنَاۚ قَالَ ٱلنَّارُ مَثۡوَىٰكُمۡ خَٰلِدِينَ فِيهَآ إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُۗ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٞ (١٢٨)

Dan (ingatlah) pada hari ketika Dia mengumpulkan mereka semua (dan Allah berfirman), "Wahai golongan jin! Kamu telah banyak (menyesatkan) manusia." Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata, "Ya Tuhan, kami telah saling mendapatkan kesenangan1 dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang." Allah berfirman, "Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain." Sungguh, Tuhanmu Mahabijaksana, Maha Mengetahui. (Surah Al An'am : 128)

Bagi yang pernah terjebak samada sebagai orang yang di rawat atau orang yang merawat, insyaAllah masih ada peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Jika anda tidak tahu, Mohonlah ampun kepada Allah. Istighfar. Bertaubat dengan sesungguhnya. Tambah ilmu pengetahuan terutama sekali pengajian aqidah dan tauhid.

Apabila ada asas ilmu tauhid kita dapat membezakan dengan jelas yang haq dan yang batil tanpa perlu ada title Master atau PhD.

Pelbagai kekeliruan dalam perubatan tradisional yang didakwa berasal atau selari dengan ajaran Islam merebak dan menyelinap masuk ke dalam masyarakat tanpa disedari.

Inilah yang dinamakan ghurur, tipu daya, talbis Iblis. Manusia diperdaya dan terpedaya. Akhirnya aqidah menjadi taruhan dan iman tergadai.

Innalillahiwainnailaihirajiun.

Semoga anda mendapat sesuatu daripada perkongsian ini.

InsyaAllah. Nantikan perkongsian seterusnya. 

Wallahualam

Norashikin Hasan
Mantan Peruqyah Amatur

======================================================
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan