Isnin, 10 Mei 2021

ILMU SCANNING

Gambar sekadar contoh melihat dengan mata ketiga
Bismillahirrahmanirrahim. Seorang ibu datang ke tempat saya dan terus bercerita tanpa basa-basi lagi.

"Nak, makcik kena santau orang. Dah lebih setahun badan makcik tak kebah-kebah dari bisul, seluruh badan rasa gatal dan sakit. Ada ke ubat untuk makcik makan bagi hilang santau ni. Benda ghaib boleh ke makcik rawat dengan ubat? Tolong makcik, makcik dah buntu"

Saya mendengar makcik ini bercerita.

Saya tanya,
"Makcik, macam mana makcik dapat tahu yang makcik di santau orang?"

Makcik itu menjawab,
"Makcik tanya kawan-kawan makcik yang pandai mengubat orang, yang boleh scan, mereka kata makcik kena santau, orang yang tak puas hati dengan makcik tu hantar santau melalui angin guna khidmat bomoh"

Saya cuba menenangkan makcik ini.
"Makcik, insyaAllah, makcik akan sembuh dengan izin Allah. Saya yakin makcik akan sembuh jika makcik istiqamah untuk rawat diri. Setiap penyakit pasti ada ubat, ini janji Allah kepada hamba-hamba-NYA"

Makcik itu mengerutkan dahi. Katanya dia tidak pernah diberitahu begitu. Apa yang diberitahu oleh rakan-rakannya ialah santau tak dapat diubati dengan begitu mudah. Kena jumpa orang yang mahir keluarkan bahan-bahan santau yang ada dalam badan. Paku, jarum, serbuk besi dan sebagainya. Makcik ini resah gelisah dan bimbang.

Saya mendengar cerita makcik ini kemudian saya cuba bantu dengan apa sahaja kemahiran dan pengetahuan yang ada.

Adab mengubat begitulah, orang datang minta bantuan, kita bantu tolong sedaya yang boleh sebagai ikhtiar. Selebihnya kerja Allah.

Kita tidak menafikan, dalam dunia pengubatan, sihir dan santau memang wujud.

Saya memberikan herba berkaitan dengan permasalahan yang dihadapinya.

Saya cuba meyakinkan bahawa penyakitnya boleh sembuh dengan izin Allah.

Saya minta makcik ini habiskan ubat herba yang diberikan untuk tempoh seminggu hingga sebulan.

Setiap seminggu saya bertanya khabarnya makcik ini.

Setelah sebulan makcik ini datang berjumpa saya dengan wajah yang lebih ceria.

Makcik ini yang baya-baya ibu saya terus menyinsing lengan baju dan menunjukkan kesan parut bisul yang pernah dilaluinya sudah pulih.

Saya melihatnya dan senyum.

Saya katakan kepada makcik itu,
"Alhamdulillah berkat ikhtiar makcik. Bisul makcik sudah hilang. Bukan saya yang rawat makcik, tapi ini ikhtiar makcik untuk sembuh, dan Allah sembuhkan. Seandainya makcik masih minta pendapat kawan-kawan yang boleh scan sekali imbas, dua kali imbas, saya tidak pasti penyakit ini selesai bila."

Makcik tu pun bertanya, "Nak, sebenarnya apa penyakit makcik ni nak?"

Saya cuba jelaskan,
"Sebenarnya daripada perbualan kita tempoh hari, saya membuat sedikit catatan diagnosa, maklumat pemakanan, rekod kesihatan makcik, di situ saya dapat sedikit maklumat bahawa tubuh makcik terlalu berasid, kami sebut sebagai asidosis. Ia ganggu hormon juga. Jadi dalam pengajian herba kami, kes begini kami berikan herba sekian dan sekian"

Melalui perbualan kami sebelum itu, dapat direkodkan bahawa makcik ini menghidap darah tinggi, dan kolestrol. Belum pernah berbekam sepanjang hayatnya (sampah metabolise di-recycle selama bertahun-tahun), saya catatkan makanan yang digemari, kali terakhir berurut badan ialah selepas melahirkan anak bongsu 16 tahun yang lalu.

Makcik tu bertanya lagi, "Jadi yang santau makcik tu macam mana nak?"
Saya menjelaskan,
"Dalam ilmu herba, santau ialah istilah yang digunakan oleh orang dahulu kala, nenek moyang kita bagi merujuk kepada racun, bakteria yang membunuh, telur cacing yang sangat toksik, virus dan sesuatu yang begitu kotor seperti kencing tikus. Orang dulu-dulu, belum wujud perkataan bakteria virus, mereka menyebutnya sebagai santau"

"Oleh itu, dalam pengubatan herba, tubuh asidosis atau tubuh yang sangat berasid dibantu pulih dengan mengalkalikannya, kemudian diikuti dengan herba-herba sokongan yang lain seperti herba nutrisi, herba supplement, dan herba ubatan jika perlu.

"Makcik tak perlu bimbang lagi ya, bukanlah sihir santau yang menyebabkan bisul-bisul pada tubuh makcik. Seandainya benar pun santau begitu, kami tetap akan memberikan ubatan yang sama kerana pengubatan kami meyakini setiap penyakit ada penawarnya"

Makcik itu berasa lega, tenang jiwanya dan lebar senyumannya.

Berkali-kali dia megucapkan,
"Ya Allah, syukur"
"Ya Allah, leganya rasa di hati, sakit ini bukan buatan orang"
"Ya Allah alhamdulillah sembuh"

Makcik ini berhasrat untuk berjumpa kawan-kawannya bagi memberitahu berita gembira yang dia sudah pulih daripada bisul-bisul.

Kes diklasifikasikan sebagai asidosis yang berpunca daripada masalah kesihatan dan gaya hidup. Bukan santau yang dihantar oleh bomoh.
------------------------------------------------

SCANNING, TILIKAN & RAMALAN adalah amalan yang membawa maksud sama iaitu menyemak pesakit yang melibatkan dakwaan boleh mengetahui perkara yang ghaib.
 
Akibat maklumat yang diperolehi secara ghaib, manusia boleh berpecah belah kerana mempercayainya, memutuskan silaturrahim, mendatangkan kegelisahan dan kemurungan, memusnahkan harapan, masa hadapan, wang dan tenaga manusia lain ke jalan yang salah.

Amalan tilik menilik dilarang keras dalam Islam. Tidak ada seorang pun yang tahu perkara ghaib kecuali Allah!

Friman Allah dalam suran An Nam'l ayat 65

قُلْ لَّا يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ الْغَيْبَ اِلَّا اللّٰهُ ۗوَمَا يَشْعُرُوْنَ اَيَّانَ يُبْعَثُوْنَ

Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.

Apabila seseorang perawat bercakap tentang sesuatu yang ghaib dan tidak diketahuinya secara yakin bererti dia telah berbohong dan ia bertentangan dengan ajaran Nabi SAW. - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, 2017, Bahagian Penyelidikan JAIPK.

Wallahua'lam.

Penceritaan di atas adalah sekadar perkongisan pengalaman penulis untuk menjadi rujukan dan panduan kepada sahabat-sahabat HPA khususnya dan orang ramai umumnya.

Pemberian ubat-ubatan adalah berpandukan apa yang dipelajari melalui latihan, kursus, seminar, pengajian, yang menjadi amalan pengubatan Jawi HPA.
 
Kami tidak mengatakan ia adalah bagus untuk semua orang. Kami juga tidak mengatakan semua orang mesti memilih ubatan HPA.
 
Maka dalam perkongsian di atas, tidak disebutkan nama ubat yang diberikan bagi mengelakkan dakwaan ingin berniaga atau melariskan perniagaan.
 
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
 
Jika anda inginkan perkongsian seterusnya, komen sebarang emoji di ruangan komen di bawah.
Tekan Like & Share tanda sokongan anda.
 
Sokongan anda memberi motivasi untuk saya terus berkongsi. Terima kasih didahulukan.

Mohon jangan dicopy paste. Hargailah penulisan pengalaman ini. Bersama kita membanteras plagiarisme. Jika anda ingin copy paste jangan lupa letakkan nama penulis asal sebagai amanah ilmu. 

Ampun maaf dipinta.



Wallahualam

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Norashikin Hasan
Mantan Peruqyah Amatur

==================================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan