Khamis, 15 April 2021

FROZEN FOOD PAK HAJI (FFPH)

KELEBIHAN AYAM ORGANIK HPA...

Ayam Organik HPA dikeluarkan oleh HPA FARM, diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan di dalamnya. Tambahan herba-herba terpilih dicampur dalam makanan ayam bagi menghasilkan ayam yang berkualiti, enak dan berkhasiat. Herba-herba tersebut adalah seperti daun mambu, habbatus sauda’, bawang putih, halia, kunyit dan pandan.. Pemakanan ayam yang dirumus khas mengandungi sumber protein yang tinggi bagi membantu tumbesaran yang maksimum. Makanan ayam tersebut dirumus dari jagung dan protein ikan. Ayam ini disembelih dan diproses mengikut sistem GMP. Kebersihan ayam yang diproses sangat dititikberatkan. Proses sembelihan mengikut syarak adalah diamalkan bagi menjamin daging yang halal dimakan oleh seluruh umat Islam. Tetapi apa yang penting sekali adalah ayam organik HPA tidak disuntik dengan hormon atau apa-apa ubatan untuk menggalakkan pembesarannya.

Kelebihan Ayam Organik HPA

1. AYAM ORGANIK HPA MEMPUNYAI KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI.

2. AYAM ORGANIK HPA DIBERI MAKAN DAUN MAMBU YANG BAIK UNTUK KESIHATAN.

3. MAKANAN AYAM ORGANIK INI TERDIRI DARIPADA EKSTRAK HERBA YANG KAYA DENGAN BAHAN ANTIKANSER DAN ANTIOKSIDA SEPERTI HALIA, KUNYIT,PANDAN.

4. TANPA PENGGUNAAN ANTIBIOTIK, TIDAK MENGGUNAKAN HORMON, BETA ANGONIST DAN SALBUTAMOL.

5. AYAM ORGANIK INI JUGA TIDAK DISUNTIK APA-APA HORMON, VAKSIN ATAU ANTIBIOTIK.

6. DISEMBELIH MENGIKUT SYARAK YANG SENTIASA DIPANTAU OLEH PANEL SYARIAH HPA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan