Jumaat, 7 Mei 2021

BEDAH BATIN (2)

Foto sekadar hiasan. Foto diambil dari https://ms.socialpsychologytypes.com/2938437-depression...
Bismillahirrahmanirrahim....

"Salam kak, minta tolong kak. Saya tak tahan sakit dan gatal merenyam setiap waktu malam. Tak boleh tidur. Saya stress sangat kak sampai menangis. Tolong scan saya kak, kalau ada jin yang duduk dalam badan saya, dan kalau boleh tolonglah tarik keluar jin ni kak. Saya rasa macam nak mati dibuatnya".
Saya sering terima wasap atau phonecall begini.

Saya jelaskan kepada pesakit bahawa dalam pengubatan apa pun, scan jarak jauh begini amat dilarang keras dalam Islam. Tetapi Islam membenarkan untuk mendoakan orang lain walau jarak yang jauh memisahkan.

Saya bertanya kepada pesakit...

"Bagaimana awak boleh rasa yang kalau-kalau jin ada dalam badan awak?"

Pesakit memaklumkan bahawa beliau telah pergi berubat dengan orang yang dipercayai boleh mengubat dan meruqyah pesakit di kampungnya.

Perawat tersebut hanya membacakan ayat-ayat Al Quran kemudian scan menggunakan tapak tangan, lalu membuat isyarat mencabut atau menarik sesuatu dari tubuh badan pesakit.

Sebaik pulang ke rumah, pesakit merasa lega untuk beberapa tempoh.

Kata orang yang mengubat itu, ada jin yang berpenyakit kulit berada dalam badannya.

Maka, itulah punca gatal yang dideritainya selama ini dan akan sentiasa merasa gatal.

Saya katakan kepada pesakit, itu adalah dakwaan yang tidak benar.

Perawat itu telah melakukan TILIKAN dan BEDAH BATIN.

TILIKAN, contohnya ia mengatakan "Saya melihat dalam badan kamu ada jin, sudah lama tapi kamu tak mengetahuinya"

TILIKAN dan RAMALAN adalah haram disisi Islam.

Ia termasuk dalam ilmu sihir.

Sabda Nabi SAW,

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

"Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal (tukang tilik), lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW." Riwayat Ahmad (9171)

"Barangsiapa yang datang berjumpa bomoh dan tukang tilik, lalu ia bertanya tentang sesuatu, dan ia membenarkannya, maka ibadah solatnya tidak akan diterima selama 40 malam" - Riwayat Muslim (5957)

Tidak boleh melakukan ramalan tentang buruk atau baik pada masa akan datang dan tidak harus menyatakan pada ramalan yang telah lalu dengan cara tebakan (teka-teka), tenung dan lain-lain. - GP Siri 2, Cetakan Pertama 2015, Bhgn Fatwa Jab Mufti Negeri Pulau Pinang

BEDAH BATIN iaitu cuba mengeluarkan 'penyakit' dengan membuat isyarat mencabut atau menarik keluar simpulan atau jin itu.

Kaedah ini juga termasuk dalam ilmu sihir!

Antara ciri-ciri perawatan yang hendaklah ditinggalkan ialah apabila orang yang mengubat itu mendakwa dapat menentukan jumlah jin atau makhluk halus yang mengganggu dan menangkap serta membuang atau memindahkan jin atau makhluk halus tersebut. - GP Pengubatan Islam 2011, KKM, Bhgn Perubatan Tradisional dan Kontemporari

Kemudian, pesakit ini mengatakan, "Perawat yang merawat saya tu begitu baik sekali, dia membaca ayat-ayat al Quran dan zikir-zikir sahaja. Tidak mungkin perawat itu mengubat dengan cara yang salah."

Saya menjelaskan, "Pengubatan apa pun yang diamalkan oleh seorang Muslim, tidak boleh mengamalkan kaedah begini biarpun perawat memakai jubah, berkopiah, bertudung labuh, berniqab, berperibadi yang lemah lembut, sopan santun dan sebagainya."

Saya mohon maaf banyak-banyak, saya ingin memetik sebuah petikan daripada buku Isu-Isu Berkaitan Aqidah dan Syariah Dalam Perubatan Traditional dan Komplementari, Siri 1, 2015 terbitan Universiti Malaysia Pahang iaitu...

"Ramai orang mendakwa bahawa rawatan yang diberikan oleh mereka adalah rawatan Islam, walaupun hakikatnya mereka sebenarnya telah terlibat dan mengamalkan ilmu sihir tanpa sedar."

Saya memohon kepada Allah agar saya, pesakit ini dan semua umat Islam terselamat dari terjerumus dan terpengaruh dengan pengubatan yang meragukan.

Saya katakan kepadanya, insyaAllah setiap penyakit ada penawarnya, yakin kepada pertolongan Allah. Pasti ada kesembuhan.

Setelah berbual-bual, bertanyakan aktiviti harian, makanan dan minumannya, rekod kesihatan terkini dan sebagainya.

Diagnosis doktor mengatakan pesakit mengalami masalah kulit iaitu psoriasis.

Dalam pengubatan alopati, psoriasis tidak diketahui berpunca daripada apa, pesakit diberikan krim khas bagi mengurangkan gejala.

Kes diklasifikasikan sebagai psoriasis.

Bukanlah jin yang sakit kulit berada dalam tubuh pesakit ini, tetapi ia adalah penyakit kulit serius iaitu psoriasis.

Hapuskan kepercayaan mistik dan kurafat. Mempercayainya hanya merugikan masa depan, wang dan tenaga ke jalan yang salah.

Dalam pengubatan herba HPA, kes begini diberikan HGH dan titisan Wave, serbuk tanah liat untuk disapu bagi mengurangkan keradangan.

Disamping itu pesakit hendaklah mengamalkan kapsul Deep C untuk proses kilasi, haruan pasir, spirulina dan moringga. Kesemuanya untuk penyembuhan kulit.

Subhanallah, satu kesaksian demi kesaksian telah membuktikan penyakit kulit boleh dirawat dengan herba. Selain itu ikhtiar berdoa memohon pertolongan dan kesembuhan daripada Allah. Biiznillah

--------------------------------------

Semoga anda mendapat sesuatu daripada perkongsian saya kali ini.

Mohon jangan dicopy paste. Hargailah penulisan ini. Bersama kita membanteras plagiarisme. Penat saya mengarang akhirnya anda copy dan paste di wall anda. Kasihan saya.

Ampun maaf dipinta.

Wallahualam

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Norashikin Hasan
Mantan Peruqyah Amatur

==================================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan