Sabtu, 4 Julai 2020

POKOK GAHARU | AQUILARIA MALACCENSIS

Nama saintifik bagi pohon gaharu ialah Aquilaria malaccensis. Banyak terdapat di hutan tropika.
Subhanallah! Pohon ini diproses dari daunnya, bunganya, batangnya, kulit kayunya, rantingnya, bijinya, hinggalah ke akarnya dijadikan ubatan dan bahan kosmetik

Daunnya dijadikan teh hijau, berkhasiat dan sungguh menyegarkan! Serbuk daun ini yang halus dijadikan perisa aiskrim.

Daun gaharu yang diperam lebih dari 6 bulan (lagi lama lagi bagus) akan menjadikannya cuka. Inilah yang disebut cuka gaharu. Cuka gaharu baik untuk rawatan saraf, strok.

Jika dijadikan air suling daripada daun gaharu ini, maka ia sangat bermanfaat bagi mengatasi gout, kanser, alergi gatal, resdung dan sebagainya.

Biji daripada pohon gaharu ini dijadikan kopi baik untuk atasi kolestrol, toksik tubuh dan memberi kebaikkan kepada perut. Ia juga membantu pelawasan dan memberi deep sleeping. Orang insomnia jika minum kopi atau teh gaharu, maka ia dapat bantu merawat gejala insomnia itu. Tidur pun semakin lena dan nyenyak.

Kata Abu Hanifah, "Kayu gaharu yang paling baik untuk menggosok gigi kerana ia membuat lidah lebih fasih, membersihkan lidah, menghilangkan kelemahan yang timbul akibat penyakit, merangsang nafsu makan dan membersihkan otak. Ia lebih baik jika digunakan setelah dibasahkan dengan air mawar".

Terdapat beberapa hadith yang menyatakan kayu gaharu meningkatkan kefasihan berbicara. Al Haqidah menyatakan, "Apabila Rasulullah SAW bangun pada pagi hari, baginda biasanya membersihkan mulut dengan sepotong ranting kayu gaharu" (HR Al Bukhari)
.
.
Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO LAINNYA TENTANG GAHARU/AGARWOOD

Pohon gaharu terbaik dunia dipercayai didapati di Malaysia sehingga mendapat gelaran Malaysian liquid gold. Harga teras pohon ini boleh mencecah harga sekitar RM4300 hingga RM5800 sekilogram.

Kayu pohon gaharu digunakan untuk membuat wangian gaharu. Kayu ini dihancurkan dan dimasak di atas dapur khas selama tujuh hari.

Kemudian dihancurkan lagi untuk mengasingkan minyak dengan air suling, lalu dimasak selama 24 jam.

Daripada sebatang pohon gaharu yang tinggi dan besar itu, ia menghasilkan 48 ml minyak pati gaharu sahaja. Maka tidak hairanlah minyak pati ini harganya ribuan ringgit!

Saya pernah diberi minyak wangi ini, hanya secalit sahaja untuk memahami dan mengetahui baunya. Baunya agar keras tetapi setelah lama ia menjadi bau yang sangat lembut dan menenangkan fikiran. Lebih 48 jam wangian ini masih bertahan pada baju.

Sabda Nabi SAW, jika orang memberi minyak wangi jangan tolak. "Siapa yang ditawari minyak wangi, janganlah dia menolaknya. Kerana minyak wangi itu ringan diterima, dan baunya harum. (HR. Ahmad 8264, Nasai 5276 dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan pohon ini yang tak tertulis di sini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan