PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Ahad, 5 Julai 2020

Cantik Berseri Kerana Bercakap Dengan Bulan?

Dulu-dulu wanita Melayu nak cantik mereka lihat bulan kemudian "berkata-kata" dengan bulan. Ada yang berkata-kata sambil melihat wajah dalam air tempayan, kemudian celup kan tangan dalam air tempayan, sapu pada wajah.

Rupanya tanpa mereka sedari, mereka berkata-kata dengan jampi serapah di alam Melayu yang mungkin masih ada orang amalkan hingga kini.

Jampi serapah itu adalah amalan nenek moyang yang belum sampai kepada mereka ajaran Islam yang jelas

Mereka amalkan turun temurun, memang berhasil
Wajah berseri, bercahaya bak bulan purnama

Tetapi setelah sampai kepada mereka ajaran Islam, aqidah mereka semakin benar
Mereka meninggalkan amalan "bercakap-cakap" dengan bulan itu
Kerana mereka sudah tahu dan menyedari ia adalah amalan berjin

Mereka mengamalkan doa-doa pilihan daripada Al Quran Dan hadis Nabi SAW,
Nabi SAW ajarkan kepada kita doa ketika melihat wajah di cermin iaitu

ﺍﻟﻠَّـﻬُﻢَّ ﻛَﻤَﺎ ﺣَﺴَّﻨْﺖَ ﺧَﻠْﻘِﻲ ﻓَﺤَﺴِّﻦْ ﺧُﻠُﻘِﻲ

“Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.”

"Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku." Hadith Sahih - Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban

Ilmu Islam yang sampai kepada mereka dapat mengeluarkan mereka daripada amalan syirik dan khurafat

Kita ada banyak cara untuk nampak berseri
Nak nampak muda remaja, kita disarankan untuk lebihkan makan buah-buahan, sayur sayuran, dan herba
Kerana ia menambahkan tenaga, sekali sekala makan ikan, ayam dan daging
Daging terbaik ialah daging kambing

Kalau kaum China mereka mengambil hempedu kambing diambil setahun sekali untuk cuci darah agar jadi muda belia, tetapi kita tidak perlu ambil hempedu kambing, berbekam secara rutin juga boleh menjadikan tubuh badan lebih muda dari usia

Mandian spa bunga di rumah sebulan sekali, wajah ceria kerana mandian bunga merangsang hormon kita
Itu sahaja kalau betul-betul nak cantik berseri dalaman dan luaran

Makanan yang barokah itu ialah yang halal, baik, suci dan dari wang yang halal
Makanan barokah, memberi kebaikkan untuk tubuh
Tumbuhlah rambut, daging, darah, tulang, tisu, otot dan sebagainya dari yang barokah

Cerdas tubuh, berserilah wajah, cerdaslah minda
Nak cantik ada cara yang barokah,

Semoga kita tidak terjerumus dengan syubhah, tidak taiyyib, dan yang paling takut ialah syirik kepada Allah

Na'uzubillah..

Norashikin Hasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan