Jumaat, 10 Julai 2020

KELOR | MORINGGA OLEAFEIRA

Dalam pengubatan herba, kita tidak akan lupakan daun kelor. Nama lainnya ada yang menyebut remunggai dan moringga. Nama saintifiknya pula ialah Moringa oleafeira.

Daun ini adalah jawapan dan solusi kepada anda atau anak-anak yang tak gemarkan sayuran!

Kulit kayu, getah, akar, daun, biji dan bunga telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Kini, daunnya dikisar dan dimasukkan dalam kapsul sebagai suplemen harian. Kita berikan kepada mereka yang kekurangan gizi akibat malnutrisi. Buka kapsul masukkan dalam masakan mee goreng, sup dan menu lain-lain.

Anak-anak tak suka makan sayur, kita buka kapsul, masukkan dalam sup, cucur/cekodok, menu harian mereka. Siap!

Kelor/Moringa mengandungi lebih tinggi kandungan kalsium berbanding susu, ianya sangat baik bagi membina tulang yang kuat serta boleh meningkatkan aktiviti metabolik badan.

Tubuh kita sukar lagi menyerap kalsium daripada susu bila umur lebih dari 21 tahun. Maka sumber kalsium boleh didapati daripada daun kelor ini. Jangan tidak percaya bahwa kalsium juga ada dalam tumbuh-tumbuhan.

Fakta nutrisi daun kelor segar (basah) memberi manfaat:
4 x lebih Vitamin A dalam carrot
7 x lebih vitamin C orange
4 x kalsium susu
3 x pottasium dalam pisang
3/4 x zat besi dalam bayam
2 x protien yogurt

Jika daun ini dikeringkan ia juga ada khasiatnya:
10 x vitamin A dalam carrot
1/2 vitamin C orange
17 x kalisum susu
15 x pottasium
25 x zat besi dalam bayam
9 x protein yogurt

Vitamin C dan vitamin E dalam kandungan Moringa bertindak sebagai antioksidan. Kajian menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang.

Maka, tidak hairan jika pokok kelor digunakan untuk memerangi kekurangan zat makanan, terutama di kalangan bayi dan ibu menyusu. Oleh kerana moringa tumbuh subur di persekitaran gersang dan separa kering, ia boleh menjadi sumber makanan berkhasiat yang serba boleh sepanjang tahun.

Daun kelor telah dicadangkan sebagai sumber makanan yang kaya zat besi untuk mengatasi kekurangan zat besi. - Oduro I, Ellis WO, Owusu D (2008). "Nutritional potential of two leafy vegetables: Moringa oleifera and Ipomoea batatas leaves". Scientific Research and Essay. 3 (2).

Didalam bidang perubatan, Moringa telah dikenal berkesan untuk rawatan penyakit kulit, menurunkan tekanan darah, mengurangkan bengkak, menyembuh ulcer gastrik, menurunkan gula darah dan melegakan sistem saraf badan.

Mengapa bila ambil makanan baik, ia pasti akan membawa kepada kecantikkan kulit?

Kerana setiap makanan yang diambil dari alam semulajadi adalah baik untuk pertumbuhan tubuh.

Ia menjadi sel, kulit, darah, tulang, rambut, gigi, otot dan lain-lain.
.
.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan