Isnin, 1 Jun 2020

PEGAGA | CENTELLA ASIATICA

Tumbuhan Pegaga tersenarai dalam 20 herba terbaik dunia. Nama saintifik pegaga ialah Centella Asiatica

Antara kelebihannya ialah ia sangat ampuh membantu detoksifikasi, anti piretik (membuang panas/demam), membantu menurunkan paras kolesterol, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menstabilkan tekanan darah, memberikan keremajaan pada kulit.

Di Malaysia, pegaga lebih banyak diketahui sebagai herba makanan ulam. Cicah sambal belacan, budu, cencaluk pun sedap. Ada yang blend dan buat air. Subhanallah memang sangat berkhasiat.

Ini khazanah alam daripada Yang Maha Agung untuk hamba hambaNya yang kita sungguh bertuah memilikinya di bumi ini.

Daripada bentuk pegaga ia memberi satu pengenalan kepada kita.

Dalam pengubatan herba kita sebut sebagai signature of cure.

Bagi orang yang mempelajari ilmu herba, bentuknya yang bulat itu memberi maklumat bahawa ia baik untuk otak iaitu pusat segala sistem saraf manusia.

Bagi pesakit strok yang sering kita rawat, kita memberikan herba daripada pegaga pada peringkat awal agar sistem saraf dapat dipulihkan.

Ia sangat baik untuk meningkatkan kesihatan saraf.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO LAINNYA

Pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir kanak-kanak dan dikatakan dapat membantu peredaran darah serta meningkatkan kesihatan kulit.

Pegaga sangat banyak digunakan dalam industri kosmetik dan kecantikan.

Secara semula jadi, ia telah membantu mengekalkan kualiti kulit muda dan minda yang jernih.

Apa yang dilakukan oleh tumbuhan yang hebat ini ialah meningkatkan pengeluaran kolagen dan fibronektin yang membawa kepada peningkatan keanjalan dan keremajaan kulit, dan juga meningkatkan hubungan otak.

Kita sekarang memahami sains di sebalik faedah yang diketahui oleh generasi sebelum kita dari pengalaman.

Pegaga juga adalah tonik untuk otak sehingga setiap pelajar harus memilikinya setiap hari, dan kebanyakan orang dewasa dapat melindungi otak yang sudah tua dengan memakannya juga.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan