Bougainvillea boleh rawat senggugut?
Bougainvillea atau Pokok Bunga Kertas ini banyak dilihat di hampir setiap buah rumah. Warnanya yang menarik memikat hati kita untuk memilikinya sebagai tumbuhan hiasan di laman rumah.
Kena gaya, rumah nampak cantik bak berada di rumah kayangan kerana bunganya yang beropol dan berkepul-kepul umpama awan telah menutupi tembok-tembok rumah kita. Indah sekali bila dipandang.
Namun, tahukah anda, selain hiasan ia juga boleh dijadikan penawar untuk sakit senggugut?
Pokok ini tahan lasak terutama pada musim panas ia akan mengeluarkan bunga yang banyak sekali.
Warnanya akan tahan lama jika dibajai dengan baja POC. POC ialah baja organik cair. Caranya hanya disiram dengan air baja itu dua minggu sekali sahaja. Kemudian sembur pada dahan-dahannya.
Padanya terdapat duri-duri samada kecil atau besar. Dalam pengubatan herba, pohon ini ada pengenalan diri yang cuba ia sampaikan kepada kita. Iaitu duri. Sesuatu pohon yang berduri, sifatnya dingin dan mendinginkan keradangan.
Sakit senggugut ialah suatu yang panas di dalam rahim. Cara penyediaan penawar menggunakan Bougainvillea ialah, dahannya yang tua itu dipotong-potong, rebus dengan api sederhana, mendidih dan minum sekali sehari sehingga hilang sakit senggugut.
Biiznillah. Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan