Ahad, 17 Mei 2020

POKOK BUNGA CINA | GARDENIA AUGUSTRA

Pokok hiasan yang miliki khasiat pengubatan. Subhanallah!

Ini adalah pokok bunga kaca piring. Bunganya wangi. Nama lainnya ialah pokok bunga cina, melur cina. Nama saintifiknya ialah Gardenia Augustra/Gardenia Jasminoides. Orang Inggeris menyebutnya sebagai Jasmin Rose atau Cape Jasmin.

Khasiatnya ada pada daun, bunga, buah dan akarnya. InsyaAllah.

Daun bunga cina boleh digunakan untuk rawat masalah sembelit, ulser mulut, demam, turunkan panas badan, sejuknya boleh mengalahkan air ais.

Demam
Ambil daunnya, kemudian diramas ramas di dalam sebekas air. Guna air ramasan ini untuk basuh dan jeram pada kepala yang demam. Jeram 7 kali sehari sehingga 7 hari. Bila menggigil, itu tandanya orang demam itu akan tidur dengan nyenyak kerana panas sudah keluar. Air ramasan daun ini juga boleh diminum untuk turunkan panas.

Sariawan (ulser mulut/pecah bibir)
Ambil air ramasan daun ini yang telah didiamkan selama 10 minit, kemudian dicampur dengan madu. Minum 2 kali sehari. Tujuan ia didiamkan sebentar ialah untuk membiarkan ia memekat secara alami.

Sembelit
Ambil tiga biji buahnya, tumbuk, kemudian campur air. Hanya airnya sahaja diminum. Insyaallah.

Minyak wangi
Bunganya yang wangi dijadikan idea bahan pewangi. Tidak hairan jika kita pernah menghidu wangian yang diberi nama Jasmin. Subhanallah wangi.

Mungkin ada beberapa lagi khasiat pokok ini yang tidak tertulis di sini. Melalui beberapa rujukan lain, ia boleh digunakan untuk rawatan kencing manis dan perancang kehamilan. Wallahualam.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan