Isnin, 4 Oktober 2021

POKOK DUKUNG ANAK | PHILANTUS NIRURI

Philantus niruri
Kemas-kemas kebun mini laman rumah, terjumpa pokok ini. Ia boleh tumbuh di mana-mana sahaja. Di dalam setiap pasu bunga pasti ia tumbuh. Malah di celah-celah batu pun ia tumbuh. Biasanya didapati yang berbatang hijau dan merah. Di bawah tangkainya ada buah-buah kecil, ia adalah sejenis philantus.

Di Malaysia kita mengenalinya sebagai pokok dukung anak, manakala di Indonesia dikenali sebagai pokok meniran. Nama saintifik pohon ini ialah Philantus Niruri. Apapun nama diberi, kita akan mengenali lebih tepat dengan nama saitifiknya.

Ada beberapa spesis philantus. Antara yang sering ditemui ialah philantus niruri (amarus), philantus urinaria dan philantus debelis.

Foto yang dipaparkan ini ialah Philantus niruri, berbatang hijau dan berdaun bulat. Adapun philantus yang berbatang merah ialah philantus urinaria. Manakala philantus debelis berdaun sedikit tirus di hujungnya.

Pokok meniran/dukung anak/amin buah/phillanthus niruri dicabut dengan akarnya, direbus dan diminum untuk menurunkan darah tinggi. Jika demam kuning (liver), masak susu kambing api sederhana. Masukkan pokok meniran dalam susu yang dimasak itu, setelah mendidih, tuangkan ke dalam gelas. Biarkan ia suam seketika kemudian boleh diminum.

Memecahkan batu dalam hempedu, juga direbus bersama susu kambing, minum. InsyaAllah ia flush batu, selain daripada menggunakan minyak zaitun.

Pohon philantus niruri sangat baik untuk kesihatan antaranya ialah:
  • menurunkan tekanan darah tinggi
  • melegakan sakit pinggang - philantus niruri dalam 7 pokok+ akar pinang direbus, airnya diminum
  • menurunkan tahap kencing manis
  • mengurangkan sakit batu karang
  • merawat demam kuning
  • Batuk
  • Cirit birit
  • Gigitan berbisa - ditumbuk dan buat paste dan diletak pada tempat gigitan
  • Kudis buta/scbies - ditumbuk dan buat paste dan diletak pada tempat kudis dan gatal
Cara penyediaannya ialah keseluruhan pokok ini direbus termasuk bahagian akarnya. Airnya diminum suam. Terbaik jika dicampurkan madu lebah dalam air rebusan ini.

Philantus urinaria
Philantus debelis

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan