Jumaat, 24 September 2021

SAKIT KENA BUATAN ORANG

Gambar contoh patung voodoo yang dinisbatkan kepada
orang yang ingin di sihir
Saka, sihir, buatan orang, santau, ia adalah kenyataan yang boleh menakut-nakutkan orang. Akibat daripada ucapan perawat begini, menjadikan keluarga pesakit itu hancur binasa sehingga ia menjadi pegangan sehingga mati. Ada keluarga yang percaya kepada kata-kata PERAWAT begini, kata-kata itu menjadi pegangannya maka berpecah belahlah persaudaraan di antara ahli keluarga itu.

Besarnya kesalahan-kesalahan PERAWAT dalam dunia pengubatan ini seandainya inilah matlamat pengubatannya. Pengubatan ini adalah dengan membantu manusia, memudahkan kerja manusia lainnya. Inilah matlamat pengubatan, bukan menambahkan kekeliruan, bukan pula menambah permusuhan.

Kalau sakit jangan sama sekali kita kata ini buatan orang, terlangkah batu, kayu, terlangkah di tempat-tempat jin. Kalaupun yang kita langkah itu memang tempat jin, Allah telah pisahkan dunia manusia dengan dunia jin. Maka pentingnya kita berdoa sebelum masuk hutan atau ke mana sahaja. Kita minta perlindungan daripada Allah.

Mengapa orang sesat dalam hutan? Kerana dia takabbur, dia sombong dengan Allah. Dia minta izin dengan selain Allah apabila masuk hutan, “Tok, nenek, izinkan anak cucu tumpang lalu”, Padahal Allah lah tempat kita minta pertolongan. Dia sombong dengan Allah, dia lupa bahawa Allah lah tempat berlindung segala-galanya. Ini berlaku kerana untuk muhasabah diri. Dalam masjidil haram pun boleh tersesat.

Apapun cara, jika cara itu terkeluar daripada cara Islam walaupun mata dan fikiran kata baik dan betul, kita tak mahu ia berlaku kerana itu ghurur – tipu daya.

Syaitan membiarkan kita selamat mencari jalan pulang setelah masuk ke dalam hutan kerana kita telah melakukan sesuatu yang kufur. Padahal, kita disarankan membaca doa-doa tertentu ketika masuk ke hutan, doa-doa yang ma’thur di pagi dan petang sebagai pelindung diri. Kita minta pertolongan daripada Allah.

Di dunia ini jin dapat melihat manusia, di akhirat nanti manusia pula boleh melihat bangsa jin ini. Di akhirat jin tidak boleh melihat manusia. Ghurur ialah tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar dalam menipu.

Manusia diciptakan di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Rasul diciptakan di kalangan manusia. Jin juga menjadikan Rasulullah SAW itu rasulnya. Jin juga merasulkan Nabi Muhammad SAW. Hendaklah kita minta berlindung hanya kepada Allah daripada melakukan perkara syirik.

Perawat hendaklah membawa kebergantungan pesakit kepada Allah. Tawasul guna Asma’ Ul Husna dengan amalan baik yang pernah kita lakukan. Meminta kepada Allah dengan bertawassul, kita meyakini bahawa pertolongan Allah akan datang selepas itu.

Apabila masuk dalam dunia pengubatan ini hendaklah banyak membaca doa. Dalam dunia pengubatan, kita mesti ada satu pembersihan. Hendaklah kita mendorong fikiran kita, apabila datang sesuatu penyakit, pasti ada penawarnya. Buanglah pemikiran yang mistik daripada diri kita dan keluarga kita meskipun mahkluk syaitan dan jin ini berada di mana-mana di sekeliling kita. 

Ilmu agama, ilmu tauhid iaitu ilmu mengenal Allah (ma’rifatullah) amat penting dipelajari agar kita dapat membezakan yang mana benar yang mana batil. Awwaluddin ma’rifatullah. Awal-awal agama itu ialah mengenal Allah.

Tidak dinafikan sihir itu memang wujud, memang berlaku di seluruh belahan dunia. Bukan orang Islam sahaja yang terdedah kepada sihir, orang non Muslim begitu juga. Allah kurniakan penawar dari sumber alam, Allah kurniakan doa, Allah kurniakan peluang untuk kita menimba ilmu. Agar kita termotivasi untuk menjaga dan merawat diri.

Jika belum sembuh dan tidak sembuh, maka itu adalah kehendak (qudrat) dan ketentuan (iradat) Allah. Allah beri ujian kepada hamba-hambaNYA sebagai tanda cinta sayang Allah. Allah berkehendak dan menentukan begitu supaya ada muhasabah, ada rasa kehambaan kepada Allah. Maka, hati menjadi lebih tenang tidak berdendam kepada manusia.

Seseorang yang ditimpa kerasukkan oleh jin, jika ia memilih untuk bersabar dengan ujian ini disamping mencari penawar untuk kesembuhan, maka ganjaran syurga adalah lebih berhak baginya. Pada Ketika hayat Rasullah SAW, ada seorang wanita yang mengalami gangguan spiritual.

قَالَ عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ: قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ؟ قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: هَذِهِ المَرْأَةُ السَّوْدَاءُ، أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: إِنِّي أُصْرَعُ، وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي، قَالَ: «إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الجَنَّةُ، وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ» فَقَالَتْ: أَصْبِرُ، فَقَالَتْ: إِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ، فَدَعَا لَهَا

Atha’ bin Abi Rabah berkata: Ibn Abbas r.a. telah berkata kepadaku: “Adakah kamu mahu sekiranya aku tunjukkan kepadamu seorang wanita yang menjadi penghuni syurga?” Atha’ menjawab: “Sudah tentu aku ingin”. Ibn Abbas lalu berkata: “Wanita kulit hitam itu telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sering kerasukan dan (ketika aku dirasuk), auratku sering terdedah. Doakanlah kepada Allah agar aku sembuh. Nabi SAW bersabda: Sekiranya kamu mahu, kamu bersabarlah dan kamu akan mendapat syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu. Lalu wanita itu berkata: Aku (pilih untuk) bersabar. Wanita itu berkata lagi: Sesungguhnya auratku sering terbuka (ketika aku dirasuk), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak terdedah. Maka Nabi berdoa untuknya”. Riwayat al-Bukhari (5652)

Berilah penawar daripada sumber yang Allah ciptakan untuk dijadikan ubat bagi penyakitnya. Carilah orang yang mahir dan ahli yang mahir dalam memberikan penawar untuk sakit yang dialami itu. 

Zaman ini hati-hati dengan perawat yang orang gelar dengan ustaz/ustazah. Dulu perawat begini adalah bomoh, pawang. Kini dipanggil ustaz kerana meruqyah menggunakan ayat Al Quran. Hanya ilmu lah yang dapat membezakan perawatan mereka memang benar atau batil. Yang benar, alhamdulillah. Yang batil, Nauzubillah, jauhilah.

Berikut adalah garispanduan amalan pengubatan Islam untuk rujukan kita semua agar tidak terjerumus dengan pengubatan yang salah dan terkeluar dari maqasid syariah.
 





Rujukan :
1. Sebahagian besar catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.
2. 40Soal Jawab Pengubatan Islam, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak, 2017
4. Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr.Hj Jahid Haji Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015



Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan