Ahad, 19 Disember 2021

DIDAMPINGI ROH WALI ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim....

Seorang yang bertemu dengan kami mengatakan bahawa pada dirinya ada roh wali Allah yang
mendampinginya dan dapat memberinya petunjuk demi petunjuk tentang apa yang akan berlaku esok hari, atau hari hari yang mendatang.

Dia menyedari roh wali Allah ada dengannya setelah merujuk kepada orang yang mendakwa boleh mengubat penyakit.

Lama sekali, bertahun-tahun dia meyakini ada roh wali Allah mendampinginya dan sering membisikkan kepadanya untuk berbuat kebaikkan.

Foto sekadar contoh

Apa yang berlaku akhirnya ia menjadi syak wasangka kepada persekitaran, was-was untuk berhadapan dengan orang ramai, terlalu berwaspada untuk menerima hadiah pemberian orang lain kerana takut terkena sihir.
.
.
.
Ini adalah sedikit daripada kisah yang berlaku di kalangan pesakit kami.

Ramai orang tersalah anggap, mereka menyangka itu adalah roh ulama, wali Allah dan akhirnya menganggap dirinya bertuah dan terpilih, malah mendakwa telah mencapai tahap kerohanian yang tinggi yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Sebenarnya anggapan sedemikian adalah silap dan tidak benar.

Apabila seseorang meninggal dunia, maka jasad dan rohnya terpisah dan dibawa ke suatu alam yang memisahkan antara hidup di dunia dengan kehidupan akhirat kelak.

Roh manusia yang meninggal dunia tidak akan kembali semula ke dunia.

Baik ia adalah roh ibu bapa, nenek moyang, ulama, wali Allah dan sebagainya.

Kita beriman kepada firman Allah hadis Nabi SAW yang mengatakan dalam surah Al Mukminin ayat 99-100:

حَتّٰٓى اِذَا جَاۤءَ اَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُوْنِ


99. (Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia),


لَعَلِّيْٓ اَعْمَلُ صَالِحًا فِيْمَا تَرَكْتُ كَلَّاۗ اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۗ وَمِنْ وَّرَاۤىِٕهِمْ بَرْزَخٌ اِلٰى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ

100. agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.” Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan.


Ibnu Kathir ketika menafsirkan perkataan barzakh yang disebutkan dalam ayat tersebut, beliau menukilkan beberapa pandangan para ulama. Di antaranya, Mujahid menyebut bahawa barzakh adalah dinding antara dunia dengan akhirat.

Muhammad Bin Ka’ab menyebut bahawa barzakh adalah alam di antara dunia dan akhirat. Mereka yang mati tidak bersama ahli dunia dan tidak pula seperti keadaan di akhirat di mana akan diberikan ganjaran syurga mahupun neraka. (Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azim, 3/311).

Maka jelaslah bahawa Allah tidak akan sekali-kali membenarkan roh orang yang telah mati kembali ke dunia untuk berurusan dengan orang yang masih hidup di dunia.
.
.
.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan