Ahad, 12 September 2021

MERAWAT JIN YANG SAKIT

Bolehkah manusia merawat jin yang sakit? Bagaimana hendak merawat jin sekiranya jin tidak kelihatan pada mata manusia. Ada orang mengatakan dia mampu melihat jin dan berbicara dengan jin. Malah boleh masuk ke alam jin.

Imam asy Syafie berkata jika seseorang itu mengaku boleh melihat jin, maka hendaklah ia mengucap kalimah laailaha illallah semula.

Imam As Syafii rahimahullah berkata: "Barang siapa mengaku mampu melihat jin (wujud aslinya) maka syahadahnya batal kerana yang mampu melihat jin (dalam bentuknya yang asal) hanyalah para Nabi dan Rasul." (Kitab Hiwal Ma'asy Syayathin Wa Tajribati Al Amaliyyah Fi Ikhraj Al Jan Wa Ibthal As Sihr.)

Dipetik dalam kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al-Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali jika dia seorang Nabi.

Gambar sekadar contoh melihat dengan mata ketiga
Sebagai seorang perawat, atau sesiapapun, tidak boleh mudah-mudah mengatakan : 

“Aku melihat dalam tubuh kamu ada beberapa ekor jin….”, 

“Saya melihat di dalam rumah ini seperti ada simpulan sihir…”, 

“Anak puan tidak berjodoh kerana terkena sihir jin asyik, oleh itu puan kena lakukan begitu dan begini…”

"Dia didampingi oleh pendamping di kalangan roh wali Allah"

Kita menolak sangkaan sesetengah perawat yang mengatakan hal-hal tersebut kerana ia adalah pengubatan yang tidak benar di sisi Allah. Ia adalah ghurur iaitu tipu daya yang dilakukan oleh syaitan kepada perawat dan pesakit yang lemah aqidahnya.

Bagaimana pula jika kita menggunakan jin untuk mengubati jin? Kononnya kita menggunakan jin Islam. Kita yakin ada jin Islam, ada jin kafir. Untuk menjawab soalan ini, ulama telah berbincang. Ulama sepakat mengatakan; tidak boleh, jangan, jauhilah, larilah daripada menggunakan jin dalam perawatan walaupun jin Islam. Ulama menekankan konsep saad al dhara'i. Imam al-Qarafi mendefinisikan sadd az-zari’ah dengan maksud menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan. (Lihat Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq, 2/33)

Kerana ia akan terdedah dengan ghurur, tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar untuk menipu. Menggunakan jin untuk rawat manusia pun tidak boleh apatah lagi menggunakan jin untuk merawat jin. Kita tidak minta pertolongan dengan jin mahupun jin Islam.

Bagaimana jika seseorang itu menggunakan jin untuk merawat manusia? Ingin ditegaskan bahawa pengubatan yang benar adalah pengubatan yang menegakkan tauhid, ‘ubudiyyah lillahi wahdah, ud’uuni astajib lakum.

Jangan mudah-mudah mengaku boleh melihat jin. Jangan mudah-mudah memberitahu pesakit bahawa penyakitnya adalah kerana perbuatan sihir. Mengapa? Kerana syaitan ada di mana-mana dengan tugasnya menyesatkan manusia. Sesiapa sahaja boleh terkena tipu daya syaitan, hasutan dan belitan iblis meskipun tiada siapa yang mengenakan sihir kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang menjelaskan perihal jin dan syaitan berupaya memasuki tubuh manusia lalu merosakan hati insan melalui hadis Rasulullah:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّم

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya”. Riwayat al-Bukhari (2038)

Nabi SAW menganjurkan kita berdoa dengan doa-doa yang ma’thur. Ulama telah menyusun doa-doa ma’thurat yang kita bacakan pagi dan petang sebagai perisai dan pelindungan buat diri kita.

Gambar sekadar contoh 
Membaca doa keluar rumah misalnya, Dari Anas bin Malik, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah, Baginda bersabda: “Maka pada saat itu dikatakan kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya. Lalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan (perlindungan).” (HR Abu Daud No: 4431) Status: Sahih


Sakit fizikal di anggap sihir buatan orang

Orang yang tidak terkena sihir pun sepintas lalu nampak seperti kena sihir. Contohnya: 
  1. Pesakit kencing manis, ia ada rasa letih, lemah, lesu, longlai dan lapar. Pada waktu malam ia merasa tubuhnya panas, berpeluh yang banyak, sukar untuk tidur malam, rasa tidak selesa, rasa resah dan murung, tenaga afrodisiak dan libidonya terganggu. 
  2. Pesakit batu dalam hempedu/batu karang, ia rasa seperti ada sesuatu di ruangan rumahnya yang memerhatinya. 
  3. Orang yang memiliki keracunan logam berat yang telah sampai ke otaknya, ia merasa seperti mendengar suara-suara halus manusia di sekelilingnya. 
  4. Orang yang makan kerang dan minum air limau, oren, lemon kesannya seperti santau kerana pertembungan dan tindakbalas logam dan vitamin C (asid askorbik) menjadikan darahnya keracunan yang serius.
  5. Orang yang terlalu banyak menerima suntikan pelalian (vaksin), atau penagih dadah yang menyuntik tubuhnya dengan dadah berbentuk cairan hampir setiap hari. Mereka akan mengalami perasaan tidak berguna, sedih, kemurungan dan ada yang tiba-tiba terjadi halusinasi dan sebagainya. Ini adalah serangan di jirim kelabu di bahagian otak kerana kimia asing yang masuk ke dalam tubuh.
Itu bukanlah sakit kerana sihir tetapi justeru kerana tubuhnya sudah beracun, berasid, mengakibatkan hormon terganggu dan seluruh sistem tubuh terganggu. Akhirnya menyebabkan penyakit berkaitan mental, yang jika tidak ditangani membawa kepada kelemahan spiritual (roh). InsyaAllah ada  penawarnya. Allah sudah sediakan ubatnya untuk manusia. 


Jika perawat tidak tahu untuk melakukan pengecaman (mendiagnosis), atau tidak diberitahu akan rekod penyakitnya, ia yakin akan mengatakan pesakit yang dirawat terkena sihir dan gangguan jin melalui simptom-simptom yang diceritakan. Bagaimana untuk mengetahui semua ini tanpa bekalan ilmu tambahan. 

Belajar ilmu tauhid, ilmu herba, ilmu perawatan lainnya yang sah di sisi syariat agar perawat ada ilmu pengetahuan tambahan supaya tidak tergelincir, supaya tidak tersalah mendiagnosis pesakit yang akhirnya memberi kesan sepanjang hayat pesakit itu. Kita tidak hanya belajar pengetahuan mengesan dan menghalau jin semata-mata tanpa meluruskan i'tiqad dan pegangan kita ubudiyyah lillahi wahdah.

Kita menggunakan wasilah penyembuhan dengan pelbagai kaedah seperti berbekam, urutan, herba, makanan, minuman. Juga menggunakan pengubatan melalui pintu-pintu yang ada pada tubuh untuk masuknya penawar. Boleh rujuk di sini 10 Pintu Pengubatan Pada Tubuh

Pengubatan Islam tidak terhad kepada pengubatan merawat orang kena gangguan jin sahaja. Tibbun Nabawi ialah pengubatan Nabi. Pengubatan Nabi mestilah berbingkaikan al Quran dan Sunnah. Gunakanlah apa sahaja penawar dan metodologi tetapi jangan menggunakan yang haram dan yang melanggar syariat.  

Tujuan belajar adalah justeru untuk:
  • Membentengi diri supaya perubatan itu datang dari Allah, bukan mendapatkan pertolongan ghaib yang ada unsur meminta pertolongan daripada jin. 
  • Mencapai matlamat ubudiyyah lillahi wahdah (pengabdian kepada Allah yang Esa) 
  • Mempromosikan Allah, bukan mempromosikan jin, mahkluk halus, sihir dan saka.
  • Mencari redha Allah
  • Mengelakkan diri terjerumus dalam tipu daya syaitan. 
Dengan ilmu yang dipelajari, kita tidak merasa bangga dan riak jika berjaya menyembuhkan penyakit kerana yang menyembuhkan itu ialah Allah. Kita juga tidak merasa sedih sekiranya ubat yang diberi tidak menyembuhkan malah pesakit meninggal dunia. Kerana kita telah memahami qudrat dan iradat Allah yang mengatur segalanya.

"Apakah syarat menjadi seorang perawat itu cukup pada diri kita? Kita kena ada amalan, wirid. Kena rawat diri sendiri, rawat nafsu kita sendiri, supaya kita tidak terjajah dengan jin dan amalan berjin. Berhati-hatilah dengan dirimu sendiri" - Tuan Haji Ismail bin Ahmad

Perubatan bukan mempromosikan sesuatu yang boleh menyebabkan pergaduhan. Perawat mengatakan tentang saka amalan keturunan nenek moyang. Implikasinya boleh memutuskan hubungan kekeluargaan misalnya anak dengan ibu bapa. Sangka buruk yang di mind set ke dalam pemikiran si anak oleh perawat mengakibatkan si anak ini tidak pulang menziarahi ibu bapa sampai akhir hayatnya. Akibat daripada mempercayai kata-kata perawat yang dikatakan boleh 'scan' ini. Maka berlakulah pemisahan.

Saka, sihir, buatan orang, santau, ini menakut-nakutkan orang. Akibat daripada ucapan kita itu, menjadikan keluarga pesakit itu hancur binasa sehingga ia menjadi pegangan sehingga mati.

Nauzubillahimindzalik.

Rujukan :
1. Sebahagian besar catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.
2. 40Soal Jawab Pengubatan Islam, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak, 2017
4. Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr.Hj Jahid Haji Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional




Tiada ulasan:

Catat Ulasan