PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Jumaat, 24 September 2021

SAKIT KENA BUATAN ORANG

Gambar contoh patung voodoo yang dinisbatkan kepada
orang yang ingin di sihir
Saka, sihir, buatan orang, santau, ia adalah kenyataan yang boleh menakut-nakutkan orang. Akibat daripada ucapan perawat begini, menjadikan keluarga pesakit itu hancur binasa sehingga ia menjadi pegangan sehingga mati. Ada keluarga yang percaya kepada kata-kata PERAWAT begini, kata-kata itu menjadi pegangannya maka berpecah belahlah persaudaraan di antara ahli keluarga itu.

Besarnya kesalahan-kesalahan PERAWAT dalam dunia pengubatan ini seandainya inilah matlamat pengubatannya. Pengubatan ini adalah dengan membantu manusia, memudahkan kerja manusia lainnya. Inilah matlamat pengubatan, bukan menambahkan kekeliruan, bukan pula menambah permusuhan.

Kalau sakit jangan sama sekali kita kata ini buatan orang, terlangkah batu, kayu, terlangkah di tempat-tempat jin. Kalaupun yang kita langkah itu memang tempat jin, Allah telah pisahkan dunia manusia dengan dunia jin. Maka pentingnya kita berdoa sebelum masuk hutan atau ke mana sahaja. Kita minta perlindungan daripada Allah.

Mengapa orang sesat dalam hutan? Kerana dia takabbur, dia sombong dengan Allah. Dia minta izin dengan selain Allah apabila masuk hutan, “Tok, nenek, izinkan anak cucu tumpang lalu”, Padahal Allah lah tempat kita minta pertolongan. Dia sombong dengan Allah, dia lupa bahawa Allah lah tempat berlindung segala-galanya. Ini berlaku kerana untuk muhasabah diri. Dalam masjidil haram pun boleh tersesat.

Apapun cara, jika cara itu terkeluar daripada cara Islam walaupun mata dan fikiran kata baik dan betul, kita tak mahu ia berlaku kerana itu ghurur – tipu daya.

Syaitan membiarkan kita selamat mencari jalan pulang setelah masuk ke dalam hutan kerana kita telah melakukan sesuatu yang kufur. Padahal, kita disarankan membaca doa-doa tertentu ketika masuk ke hutan, doa-doa yang ma’thur di pagi dan petang sebagai pelindung diri. Kita minta pertolongan daripada Allah.

Di dunia ini jin dapat melihat manusia, di akhirat nanti manusia pula boleh melihat bangsa jin ini. Di akhirat jin tidak boleh melihat manusia. Ghurur ialah tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar dalam menipu.

Manusia diciptakan di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Rasul diciptakan di kalangan manusia. Jin juga menjadikan Rasulullah SAW itu rasulnya. Jin juga merasulkan Nabi Muhammad SAW. Hendaklah kita minta berlindung hanya kepada Allah daripada melakukan perkara syirik.

Perawat hendaklah membawa kebergantungan pesakit kepada Allah. Tawasul guna Asma’ Ul Husna dengan amalan baik yang pernah kita lakukan. Meminta kepada Allah dengan bertawassul, kita meyakini bahawa pertolongan Allah akan datang selepas itu.

Apabila masuk dalam dunia pengubatan ini hendaklah banyak membaca doa. Dalam dunia pengubatan, kita mesti ada satu pembersihan. Hendaklah kita mendorong fikiran kita, apabila datang sesuatu penyakit, pasti ada penawarnya. Buanglah pemikiran yang mistik daripada diri kita dan keluarga kita meskipun mahkluk syaitan dan jin ini berada di mana-mana di sekeliling kita. 

Ilmu agama, ilmu tauhid iaitu ilmu mengenal Allah (ma’rifatullah) amat penting dipelajari agar kita dapat membezakan yang mana benar yang mana batil. Awwaluddin ma’rifatullah. Awal-awal agama itu ialah mengenal Allah.

Tidak dinafikan sihir itu memang wujud, memang berlaku di seluruh belahan dunia. Bukan orang Islam sahaja yang terdedah kepada sihir, orang non Muslim begitu juga. Allah kurniakan penawar dari sumber alam, Allah kurniakan doa, Allah kurniakan peluang untuk kita menimba ilmu. Agar kita termotivasi untuk menjaga dan merawat diri.

Jika belum sembuh dan tidak sembuh, maka itu adalah kehendak (qudrat) dan ketentuan (iradat) Allah. Allah beri ujian kepada hamba-hambaNYA sebagai tanda cinta sayang Allah. Allah berkehendak dan menentukan begitu supaya ada muhasabah, ada rasa kehambaan kepada Allah. Maka, hati menjadi lebih tenang tidak berdendam kepada manusia.

Seseorang yang ditimpa kerasukkan oleh jin, jika ia memilih untuk bersabar dengan ujian ini disamping mencari penawar untuk kesembuhan, maka ganjaran syurga adalah lebih berhak baginya. Pada Ketika hayat Rasullah SAW, ada seorang wanita yang mengalami gangguan spiritual.

قَالَ عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ: قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ: أَلاَ أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ؟ قُلْتُ: بَلَى، قَالَ: هَذِهِ المَرْأَةُ السَّوْدَاءُ، أَتَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: إِنِّي أُصْرَعُ، وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي، قَالَ: «إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الجَنَّةُ، وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ» فَقَالَتْ: أَصْبِرُ، فَقَالَتْ: إِنِّي أَتَكَشَّفُ، فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لاَ أَتَكَشَّفَ، فَدَعَا لَهَا

Atha’ bin Abi Rabah berkata: Ibn Abbas r.a. telah berkata kepadaku: “Adakah kamu mahu sekiranya aku tunjukkan kepadamu seorang wanita yang menjadi penghuni syurga?” Atha’ menjawab: “Sudah tentu aku ingin”. Ibn Abbas lalu berkata: “Wanita kulit hitam itu telah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sering kerasukan dan (ketika aku dirasuk), auratku sering terdedah. Doakanlah kepada Allah agar aku sembuh. Nabi SAW bersabda: Sekiranya kamu mahu, kamu bersabarlah dan kamu akan mendapat syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu. Lalu wanita itu berkata: Aku (pilih untuk) bersabar. Wanita itu berkata lagi: Sesungguhnya auratku sering terbuka (ketika aku dirasuk), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak terdedah. Maka Nabi berdoa untuknya”. Riwayat al-Bukhari (5652)

Berilah penawar daripada sumber yang Allah ciptakan untuk dijadikan ubat bagi penyakitnya. Carilah orang yang mahir dan ahli yang mahir dalam memberikan penawar untuk sakit yang dialami itu. 

Zaman ini hati-hati dengan perawat yang orang gelar dengan ustaz/ustazah. Dulu perawat begini adalah bomoh, pawang. Kini dipanggil ustaz kerana meruqyah menggunakan ayat Al Quran. Hanya ilmu lah yang dapat membezakan perawatan mereka memang benar atau batil. Yang benar, alhamdulillah. Yang batil, Nauzubillah, jauhilah.


Rujukan :
1. Sebahagian besar catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.
2. 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak, 2017
4. Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr.Hj Jahid Haji Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015
5. Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam, September 2011, Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari KKM



Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Ahad, 12 September 2021

MERAWAT JIN YANG SAKIT

Bolehkah manusia merawat jin yang sakit? Bagaimana hendak merawat jin sekiranya jin tidak kelihatan pada mata manusia. Ada orang mengatakan dia mampu melihat jin dan berbicara dengan jin. Malah boleh masuk ke alam jin.

Imam asy Syafie berkata jika seseorang itu mengaku boleh melihat jin, maka hendaklah ia mengucap kalimah laailaha illallah semula.

Imam As Syafii rahimahullah berkata: "Barang siapa mengaku mampu melihat jin (wujud aslinya) maka syahadahnya batal kerana yang mampu melihat jin (dalam bentuknya yang asal) hanyalah para Nabi dan Rasul." (Kitab Hiwal Ma'asy Syayathin Wa Tajribati Al Amaliyyah Fi Ikhraj Al Jan Wa Ibthal As Sihr.)

Dipetik dalam kitab Fathul Bari karangan Ibn Hajar al-Asqalani, turut menegaskan bahawa sesiapa yang mendakwa dapat melihat jin nescaya terbatal penyaksiannya, kecuali jika dia seorang Nabi.

Gambar sekadar contoh melihat dengan mata ketiga
Sebagai seorang perawat, atau sesiapapun, tidak boleh mudah-mudah mengatakan : 

“Aku melihat dalam tubuh kamu ada beberapa ekor jin….”, 

“Saya melihat di dalam rumah ini seperti ada simpulan sihir…”, 

“Anak puan tidak berjodoh kerana terkena sihir jin asyik, oleh itu puan kena lakukan begitu dan begini…”

"Dia didampingi oleh pendamping di kalangan roh wali Allah"

Kita menolak sangkaan sesetengah perawat yang mengatakan hal-hal tersebut kerana ia adalah pengubatan yang tidak benar di sisi Allah. Ia adalah ghurur iaitu tipu daya yang dilakukan oleh syaitan kepada perawat dan pesakit yang lemah aqidahnya.

Bagaimana pula jika kita menggunakan jin untuk mengubati jin? Kononnya kita menggunakan jin Islam. Kita yakin ada jin Islam, ada jin kafir. Untuk menjawab soalan ini, ulama telah berbincang. Ulama sepakat mengatakan; tidak boleh, jangan, jauhilah, larilah daripada menggunakan jin dalam perawatan walaupun jin Islam. Ulama menekankan konsep saad al dhara'i. Imam al-Qarafi mendefinisikan sadd az-zari’ah dengan maksud menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan. (Lihat Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq, 2/33)

Kerana ia akan terdedah dengan ghurur, tipu daya. Syaitan sangat-sangat pintar untuk menipu. Menggunakan jin untuk rawat manusia pun tidak boleh apatah lagi menggunakan jin untuk merawat jin. Kita tidak minta pertolongan dengan jin mahupun jin Islam.

Bagaimana jika seseorang itu menggunakan jin untuk merawat manusia? Ingin ditegaskan bahawa pengubatan yang benar adalah pengubatan yang menegakkan tauhid, ‘ubudiyyah lillahi wahdah, ud’uuni astajib lakum.

Jangan mudah-mudah mengaku boleh melihat jin. Jangan mudah-mudah memberitahu pesakit bahawa penyakitnya adalah kerana perbuatan sihir. Mengapa? Kerana syaitan ada di mana-mana dengan tugasnya menyesatkan manusia. Sesiapa sahaja boleh terkena tipu daya syaitan, hasutan dan belitan iblis meskipun tiada siapa yang mengenakan sihir kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang menjelaskan perihal jin dan syaitan berupaya memasuki tubuh manusia lalu merosakan hati insan melalui hadis Rasulullah:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإِنْسَانِ مَجْرَى الدَّم

“Sesungguhnya syaitan berjalan pada anak manusia seperti jalannya darah pada peredarannya”. Riwayat al-Bukhari (2038)

Nabi SAW menganjurkan kita berdoa dengan doa-doa yang ma’thur. Ulama telah menyusun doa-doa ma’thurat yang kita bacakan pagi dan petang sebagai perisai dan pelindungan buat diri kita.

Gambar sekadar contoh 
Membaca doa keluar rumah misalnya, Dari Anas bin Malik, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa:

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

"Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah, Baginda bersabda: “Maka pada saat itu dikatakan kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya. Lalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan (perlindungan).” (HR Abu Daud No: 4431) Status: Sahih


Sakit fizikal di anggap sihir buatan orang

Orang yang tidak terkena sihir pun sepintas lalu nampak seperti kena sihir. Contohnya: 
  1. Pesakit kencing manis, ia ada rasa letih, lemah, lesu, longlai dan lapar. Pada waktu malam ia merasa tubuhnya panas, berpeluh yang banyak, sukar untuk tidur malam, rasa tidak selesa, rasa resah dan murung, tenaga afrodisiak dan libidonya terganggu. 
  2. Pesakit batu dalam hempedu/batu karang, ia rasa seperti ada sesuatu di ruangan rumahnya yang memerhatinya. 
  3. Orang yang memiliki keracunan logam berat yang telah sampai ke otaknya, ia merasa seperti mendengar suara-suara halus manusia di sekelilingnya. 
  4. Orang yang makan kerang dan minum air limau, oren, lemon kesannya seperti santau kerana pertembungan dan tindakbalas logam dan vitamin C (asid askorbik) menjadikan darahnya keracunan yang serius.
  5. Orang yang terlalu banyak menerima suntikan pelalian (vaksin), atau penagih dadah yang menyuntik tubuhnya dengan dadah berbentuk cairan hampir setiap hari. Mereka akan mengalami perasaan tidak berguna, sedih, kemurungan dan ada yang tiba-tiba terjadi halusinasi dan sebagainya. Ini adalah serangan di jirim kelabu di bahagian otak kerana kimia asing yang masuk ke dalam tubuh.
Itu bukanlah sakit kerana sihir tetapi justeru kerana tubuhnya sudah beracun, berasid, mengakibatkan hormon terganggu dan seluruh sistem tubuh terganggu. Akhirnya menyebabkan penyakit berkaitan mental, yang jika tidak ditangani membawa kepada kelemahan spiritual (roh). InsyaAllah ada  penawarnya. Allah sudah sediakan ubatnya untuk manusia. 


Jika perawat tidak tahu untuk melakukan pengecaman (mendiagnosis), atau tidak diberitahu akan rekod penyakitnya, ia yakin akan mengatakan pesakit yang dirawat terkena sihir dan gangguan jin melalui simptom-simptom yang diceritakan. Bagaimana untuk mengetahui semua ini tanpa bekalan ilmu tambahan. 

Belajar ilmu tauhid, ilmu herba, ilmu perawatan lainnya yang sah di sisi syariat agar perawat ada ilmu pengetahuan tambahan supaya tidak tergelincir, supaya tidak tersalah mendiagnosis pesakit yang akhirnya memberi kesan sepanjang hayat pesakit itu. Kita tidak hanya belajar pengetahuan mengesan dan menghalau jin semata-mata tanpa meluruskan i'tiqad dan pegangan kita ubudiyyah lillahi wahdah.

Kita menggunakan wasilah penyembuhan dengan pelbagai kaedah seperti berbekam, urutan, herba, makanan, minuman. Juga menggunakan pengubatan melalui pintu-pintu yang ada pada tubuh untuk masuknya penawar. Boleh rujuk di sini 10 Pintu Pengubatan Pada Tubuh

Pengubatan Islam tidak terhad kepada pengubatan merawat orang kena gangguan jin sahaja. Tibbun Nabawi ialah pengubatan Nabi. Pengubatan Nabi mestilah berbingkaikan al Quran dan Sunnah. Gunakanlah apa sahaja penawar dan metodologi tetapi jangan menggunakan yang haram dan yang melanggar syariat.  

Tujuan belajar adalah justeru untuk:
  • Membentengi diri supaya perubatan itu datang dari Allah, bukan mendapatkan pertolongan ghaib yang ada unsur meminta pertolongan daripada jin. 
  • Mencapai matlamat ubudiyyah lillahi wahdah (pengabdian kepada Allah yang Esa) 
  • Mempromosikan Allah, bukan mempromosikan jin, mahkluk halus, sihir dan saka.
  • Mencari redha Allah
  • Mengelakkan diri terjerumus dalam tipu daya syaitan. 
Dengan ilmu yang dipelajari, kita tidak merasa bangga dan riak jika berjaya menyembuhkan penyakit kerana yang menyembuhkan itu ialah Allah. Kita juga tidak merasa sedih sekiranya ubat yang diberi tidak menyembuhkan malah pesakit meninggal dunia. Kerana kita telah memahami qudrat dan iradat Allah yang mengatur segalanya.

"Apakah syarat menjadi seorang perawat itu cukup pada diri kita? Kita kena ada amalan, wirid. Kena rawat diri sendiri, rawat nafsu kita sendiri, supaya kita tidak terjajah dengan jin dan amalan berjin. Berhati-hatilah dengan dirimu sendiri" - Tuan Haji Ismail bin Ahmad

Perubatan bukan mempromosikan sesuatu yang boleh menyebabkan pergaduhan. Perawat mengatakan tentang saka amalan keturunan nenek moyang. Implikasinya boleh memutuskan hubungan kekeluargaan misalnya anak dengan ibu bapa. Sangka buruk yang di mind set ke dalam pemikiran si anak oleh perawat mengakibatkan si anak ini tidak pulang menziarahi ibu bapa sampai akhir hayatnya. Akibat daripada mempercayai kata-kata perawat yang dikatakan boleh 'scan' ini. Maka berlakulah pemisahan.

Saka, sihir, buatan orang, santau, ini menakut-nakutkan orang. Akibat daripada ucapan kita itu, menjadikan keluarga pesakit itu hancur binasa sehingga ia menjadi pegangan sehingga mati.

Nauzubillahimindzalik.

Rujukan :
1. Sebahagian besar catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad.
2. 40Soal Jawab Pengubatan Islam, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak, 2017
4. Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr.Hj Jahid Haji Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional




Rabu, 1 September 2021

UBAT PENENANG GANGGUAN JIWA DARIPADA SERAI


Serai, nama saintifiknya ialah cymbopogon citratus. Baunya memberi ketenangan. Jarang sekali serai mengeluarkan bunga. Jika serai wangi ada bunga, serai kampung tiada bunga. Apabila diletakkan duit syiling satu sen pada bahagian akar serai, ia mengeluarkan bunga.

Jika ada bunga pada serai, bererti ada metal di bawahnya. Begitu kalau diletakkan wang syiling tembaga, ia akan mengeluarkan bunga. Bunga itu dibuat ubat. 



Ada 3 jenis serai iaitu :
  • Serai makan (serai makan/serai dapur)
  • Serai wangi
  • Serai hitam (jarang di temui)
Serai ada 3 bahagian iaitu daun, batang (perdu), dan akar. Perdu serai lebih tinggi khasiatnya. Rebus dan campur sedikit teh, minum. Ia sangat melegakan dan memberikan ketenangan. 

Serai sifatnya deuretik iaitu dingin dan memperbanyakkan air kencing. Jika minum air rebusan serai hendaklah minum air lebihsupaya tidak berlaku dehidrasi kerana banyak buang air kencing.

Serai telah lama digunakan secara tradisi oleh  masyarakat di dunia iaitu di Argentina, Brazil, Cuba, Egypt, Indonesia, Malaysia, USA, India dan Thailand.

Khasiat serai banyak digunakan untuk:
  • sakit tekak
  • hentikan muntaber
  • anti kejang
  • tahan sakit 
  • anti radang
  • demam
  • lawas kencing
  • ubat penenang 
  • jiwa tidak tenang/gangguan emosi
  • sakit ketika datang haid
  • menurunkan blood pressure
  • selesema
  • sakit sendi
  • anti peradangan
  • insomnia
  • melawaskan kencing
  • anti kejang buah pinggang
  • menyembuhkan luka dan patah tulang
  • menghalau ular
  • ubat gastrik
  • cholera
  • sakit kepala yang teruk
  • ubat penenang ketika sakit kerana ubatan kimia

Merawat kanser payudara dengan serai wangi:

Pucuk Serai Wangi + Daun Inai + Daun Timba Tasik + Daun Tapak Leman di rebus dan di sapu di tempat ganggren, kanser payu dara atau ganggren kencing manis. 

Mengatasi kelemahan selepas kimoterapi kanser :

Pesakit kanser yang sudah kimoterapi tiada bermaya dan tidak sanggup untuk kimoterapi seterusnya. Serai di gunakan untuk menghilangkan kesan sampingan kimoterapi. Jika ambil Teh Serai, tiada kesan lagi, malah terasa segar. Adakah ia menghilangkan ubat kimo tersebut? Tidak.... Ubat kimia dalam kimoterapi teras bekerja bahkan serai membantu. Serai adalah ubat kanser yang sangat baik. 


Serai adalah ubat penenang yang begitu mudah didapati. Dari dapur rumah sahaja. Ia mengilangkan kelesuan orang kencing manis dan pembekuan darah dijantung. Ia menggantikan ubat penenang kimia yang sudah tentu ada kesan sampingan yang boleh menyebabkan berlaku perkara-perkara untuk jangka masa panjang.

Selain teh serai yang dikeluarkan HPA, ada satu formulasi yang telah HPA keluarkan dan diberi nama OTS (On The Spot). Ia ubat penenang tahap tinggi, lebih tinggi daripada teh serai. Ia seperti tahap ubat bius yang memberi kesan mengantuk yang kuat. 

Kelebihan Ubat bius OTS

1. Mengatasi insomnia atau kesulitan tidur
2. Mengobati mual, kembung, dan masuk angin
3. Menambah nafsu makan
4. Melancarkan pencernaan
5. Meredakan nyeri otot dan sendi
6. Mengatasi asam lambung atau mag
7. Mengatasi suara parau
8. Meningkatkan kesehatan otak
9. Detoks Racun
10.Menyehatkan Kulit
11.Melancarkan peredaran darah
13. Mengontrol tekanan darah
14. Menjaga kekuatan tulang
15. Meningkatkan Imunitas Tubuh
16. Mengobati diabetes
17. Mencegah Anemia
18. Baik untuk kesehatan mata
19. Menangkal radikal bebas dan cegah kanker
20. Menghilangkan bau badan



 
Cara menggunakan OTS ialah spray di lengan, nadi, dan tengkuk serta leher. Sebentar sahaja akan datang rasa mengantuk.

Jika perut kembung dan masuk angin, spray di pusat atau perut. Sakit sendi dan otot, spray pada tempat sakit.

OTS juga boleh digunakan ketika ingin melakukan bekam. Spray pada tempat bekam bagi mengelakkan darah beku semasa bekam.

Semua kesan perawatan berlaku setelah tubuh direhatkan dengan dengan spray luar tubuh sahaja. Berikut adalah titik yang boleh dispray iaitu:
  1. 1 inci atas sedikit di antara celah ibu jari kaki dan jari telunjuk
  2. 1 inci di atas pergelangan kaki iaitu selepas lekuk di atas tumit
  3. Nadi tangan kiri dan kanan
  4. Lengan kiri
  5. Tulang rusuk bawah lengan kiri
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional