PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Isnin, 12 April 2021

CARA PENYEDIAAN KOPI RADIX




Berapa ml air paling tepat digunakan untuk membuat secangkir kopi Radix? Jawapannya ialah 200ml.

Cawan......lain brand lain isipadunya. Ada yang saiz seperti dalam gambar begini dapat menampung 150ml air sahaja.
Tetapi jika anda menggunakan mug, isipadu penuh ialah 300ml. Jadi, anda perlu kurangkan airnya sahaja.
Jika tiada cawan yang khas, guna apa sahaja wadah, asalkan 200ml air ye. 😊
Cara menyediakan secangkir kopi Radix
1. Didihkan air. Apabila mendidih tunggu lagi 2 ke 3 minit mendidih. Gunakan cerek yang boleh diletakkan atas api dapur. Jika mahu lagi terbaik, bolehlah gunakan cerek tanah liat atau cerek kaca tahan panas.
2. Masukkan 1 sachet kopi Radix ke dalam cawan
3. Masukkan air mendidih sebanyak setengah cawan dahulu, kemudian kacau arah lawan jam 61 kali
4. Masukkan baki air, kacau 16 kali, arah lawan jam
Jika tidak mahu mengira, kacaulah sebanyak 10 kali selawat
Tujuannya ialah untuk memecahkan dinding selulosa 7 herba yang terdapat di dalam kopi Radix.
Apabila pecah molekul herba tubuh mendapat manfaat herbanya itu.
Rasa yang tepat bukanlah manis tetapi sedikit pahit. Inilah rasa kopi Radix yang betul dan menjadi ubat kepada tubuh. Jika kacau kurang dari 77 kali rasa kopi akan manis, herba tidak pecah. Yang diminum sekadar biasa-biasa sahaja.
Selepas mengopi jangan lupa minum secawan air mineral.
Alang-alang minum kopi Radix, biar minuman mu menjadi ubat buat tubuhmu. Gitu! Buat biar yang benar kan...
Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya buat sahabat sahabat HPA sedunia.
Catatan kopi Norashikin Hasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan