Selasa, 17 November 2020

BUNGA KANTAN | ETLINGERA ELATIOR

Bunga Kantan, nama saintifiknya ialah Etlingera elatior. Kalau mak-mak kita nak masak laksa, mak kita suruh belikan bunga laksa. Dulu ada juga orang menyebutnya dengan nama bunga siantan.

Pokok ini dikatakan bermanfaat dari akar sehinggalah bunganya. Di Malaysia bunganya didapati dalam warna putih, pink dan merah.

Bahagian bunga adalah antara yang paling banyak digunakan dalam masakan Melayu terutamanya. Antaranya ialah laksa, asam pedas dan nasi kerabu.

Bunganya yang berwarna merah bererti ia baik untuk jantung. Sesuatu yang baik untuk jantung bererti ia juga adalah pembasmi kolestrol. Untuk menjadikan ubat biasanya kaedah rebusan dilakukan.

Bunga kantan dimayang halus, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minum airnya untuk rawat demam, darah tinggi dan stroke.

Ada orang memanfaatkan daunnya untuk dijadikan daun herba mandian wanita selepas bersalin, dan daun yang membalut tungku batu.

Herba yang beraroma dapat memberikan ketenangan dan menghilangkan rasa sakit di kepala.

Batang pokok kantan pula ditumbuk, airnya diambil dan dilarutkan dengan air hangat dan diminum untuk turunkan panas badan, untuk kesegaran tubuh. Ada yang meminumnya ketika dalam pantang dicampur dengan madu. Subhanallah!

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional


Tiada ulasan:

Catat Ulasan