PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Ahad, 21 Jun 2020

ANGGUR | VITIS VINIFERA

Ada 3 warna anggur, iaituAnggur hijau
Anggur merah
Anggur hitam

Anggur merah dan hitam lebih banyak khasiatnya.
Antioksidan. Bererti anti radikal bebas dalam tubuh.

Nak buat minyak, guna biji anggur dari anggur hitam kerana kesannya dalam pengubatan lebih kuat. Cara yang paling biasa ialah, biji anggur hitam dimasak di dalam minyak zaitun dengan api perlahan. Slow cook.

Bila jadi minyak, ia ada 50 kali ganda Vitamin E dan 20 kali ganda Vitamin C.

Vitamin E adalah untuk masalah jantung.

Minyak biji anggur juga digunakan untuk penyakit barah payudara.

Ibu hamil yang kekurangan darah sebaiknya di beri makan anggur hitam kerana kandungan zat besi yang tinggi, kulit bayi jadi cantik, juga cerdik

Jika anak-anak makan kismis waktu malam, ia tidak akan merosakkan gigi

Ketika ambil atau makan anggur digalakkan membaca surah Al-A'laq

Jika anggur dikeringkan, ia disebut sebagai kismis. Tiada anggur hitam, boleh amalkan kismis hitam, baik untuk minda.

Orang Strok, sangat baik minum jus anggur atau softgel minyak biji anggur. Nak buat jus anggur, terbaik jika guna fruit processor.

Biji buah anggur boleh di makan sekali dengan buahnya. Bila buat jus blend dengan bijinya. Kerana pada bijinya juga ada penawar, berbeza dengan epal kerana biji epal beracun.

Buah anggur, biji anggur, minyak biji anggur, kismis hitam boleh dijadikan amalan baik kepada orang sihat mahupun sakit.

Anggur disebut sebanyak 12 kali di dalam Al-Quran.

Allah S.W.T berfirman di dalam surah Al-An’aam ayat 99, iaitu

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman".

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Jumaat, 5 Jun 2020

POKOK BUNGA KERTAS | BOUGAINVILLEA

Bougainvillea boleh rawat senggugut?

Bougainvillea atau Pokok Bunga Kertas ini banyak dilihat di hampir setiap buah rumah. Warnanya yang menarik memikat hati kita untuk memilikinya sebagai tumbuhan hiasan di laman rumah.

Kena gaya, rumah nampak cantik bak berada di rumah kayangan kerana bunganya yang beropol dan berkepul-kepul umpama awan telah menutupi tembok-tembok rumah kita. Indah sekali bila dipandang.

Namun, tahukah anda, selain hiasan ia juga boleh dijadikan penawar untuk sakit senggugut?

Pokok ini tahan lasak terutama pada musim panas ia akan mengeluarkan bunga yang banyak sekali.

Warnanya akan tahan lama jika dibajai dengan baja POC. POC ialah baja organik cair. Caranya hanya disiram dengan air baja itu dua minggu sekali sahaja. Kemudian sembur pada dahan-dahannya.

Padanya terdapat duri-duri samada kecil atau besar. Dalam pengubatan herba, pohon ini ada pengenalan diri yang cuba ia sampaikan kepada kita. Iaitu duri. Sesuatu pohon yang berduri, sifatnya dingin dan mendinginkan keradangan.

Sakit senggugut ialah suatu yang panas di dalam rahim. Cara penyediaan penawar menggunakan Bougainvillea ialah, dahannya yang tua itu dipotong-potong, rebus dengan api sederhana, mendidih dan minum sekali sehari sehingga hilang sakit senggugut.

Biiznillah. Insyaallah.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Isnin, 1 Jun 2020

PEGAGA | CENTELLA ASIATICA

Tumbuhan Pegaga tersenarai dalam 20 herba terbaik dunia. Nama saintifik pegaga ialah Centella Asiatica

Antara kelebihannya ialah ia sangat ampuh membantu detoksifikasi, anti piretik (membuang panas/demam), membantu menurunkan paras kolesterol, mempercepatkan proses penyembuhan luka, menstabilkan tekanan darah, memberikan keremajaan pada kulit.

Di Malaysia, pegaga lebih banyak diketahui sebagai herba makanan ulam. Cicah sambal belacan, budu, cencaluk pun sedap. Ada yang blend dan buat air. Subhanallah memang sangat berkhasiat.

Ini khazanah alam daripada Yang Maha Agung untuk hamba hambaNya yang kita sungguh bertuah memilikinya di bumi ini.

Daripada bentuk pegaga ia memberi satu pengenalan kepada kita.

Dalam pengubatan herba kita sebut sebagai signature of cure.

Bagi orang yang mempelajari ilmu herba, bentuknya yang bulat itu memberi maklumat bahawa ia baik untuk otak iaitu pusat segala sistem saraf manusia.

Bagi pesakit strok yang sering kita rawat, kita memberikan herba daripada pegaga pada peringkat awal agar sistem saraf dapat dipulihkan.

Ia sangat baik untuk meningkatkan kesihatan saraf.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.


INFO LAINNYA

Pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir kanak-kanak dan dikatakan dapat membantu peredaran darah serta meningkatkan kesihatan kulit.

Pegaga sangat banyak digunakan dalam industri kosmetik dan kecantikan.

Secara semula jadi, ia telah membantu mengekalkan kualiti kulit muda dan minda yang jernih.

Apa yang dilakukan oleh tumbuhan yang hebat ini ialah meningkatkan pengeluaran kolagen dan fibronektin yang membawa kepada peningkatan keanjalan dan keremajaan kulit, dan juga meningkatkan hubungan otak.

Kita sekarang memahami sains di sebalik faedah yang diketahui oleh generasi sebelum kita dari pengalaman.

Pegaga juga adalah tonik untuk otak sehingga setiap pelajar harus memilikinya setiap hari, dan kebanyakan orang dewasa dapat melindungi otak yang sudah tua dengan memakannya juga.