Nabi
Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah iaitu pada 20
April 571 Masihi, hari Isnin. Dinamakan tahun gajah kerana pada tahun
kelahiran Nabi itulah berlakunya peristiwa tentera bergajah yang
dipimpin oleh Abrahah menyerang Baitullah (Kaabah). Namun serangan itu
telah digagalkan oleh Allah dengan menghantar burung ababil untuk
menghancurkan tentera bergajah itu. Peristiwa ini terakam didalam A
Quran ;
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ
Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berduyun-duyun. Yang
melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah liat yang dibakar. Sehingga mereka jadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat). (surah Al-Fil: 3-5).
SEJARAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW
Sumber : Media Massa
Keajaiban yg berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:
1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain
2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
3. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)
4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. :-
1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Isa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.
2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.
3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.
5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah.
Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."
6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.
8. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir:
1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.
2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,
3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.
5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.
Senyuman Perpisahan & Detik Kewafatan Rasullullah ᴴᴰ - Ustaz Don, Ustaz Harun Din, Ustaz Kazem
=========================================================================
Marilah kita luangkan sejenak beberapa saat untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW junjungan mulia.
SELAWAT MAULIDUR RASUL
CINTA NABI BERERTI CINTA UNTUK MENGAMALKAN SUNNAH BAGINDA MESKIPUN SEDIKIT, ASALKAN TIDAK MENINGGALKANNYA.
"Sesungguhnya
aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama
kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah
Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)
Sunnah Nabi ada tiga bentuk; 1. Perkataan Nabi, 2. Perbuatan Nabi, 3. Iqrar (perakuan) Nabi. Kita sudah maklum sunnah perkataan dan perbuatan. Namun yang sangat penting untuk dihayati adalah sunnah perakuan Nabi sallallahu’alaihiwasallam kerana ramai yang tidak memahaminya.
Perakuan Nabi bererti Nabi tidak melakukan, dan tidak berkata apa-apa tentangnya. Sebaliknya Nabi membiarkan apa yang dilakukan pada zaman Baginda atau diam terhadap perbuatan yang dilakukan oleh sahabah.
1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith]
2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
Sunnah Nabi ada tiga bentuk; 1. Perkataan Nabi, 2. Perbuatan Nabi, 3. Iqrar (perakuan) Nabi. Kita sudah maklum sunnah perkataan dan perbuatan. Namun yang sangat penting untuk dihayati adalah sunnah perakuan Nabi sallallahu’alaihiwasallam kerana ramai yang tidak memahaminya.
Perakuan Nabi bererti Nabi tidak melakukan, dan tidak berkata apa-apa tentangnya. Sebaliknya Nabi membiarkan apa yang dilakukan pada zaman Baginda atau diam terhadap perbuatan yang dilakukan oleh sahabah.
1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith]
2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:
"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.
100 سنة ثابتة
Kumpulan
Seratus Macam Sunnah Nabi
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّ
اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ،
وَمَا تَقَرَّبَ إِليَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ
عَلَيْهِ ، وَمَا زَالَ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ باِلنَّوَافِلِ حَتَّى
أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ: كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ ،
وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا ،
وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا ، وَإنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ
اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ ، وَمَا تَرَدَّدْتُ فِيْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ
تَرَدُّدِيْ عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ ، يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَ أَنَا أَكْرَهُ
مُسَاءَتَهُ )) [ رَوَاهُ الْبُخَارِي:6502]
Diriwayatkan dari Abu Hurairah - radhiyallahu ‘anhu - ia berkata:
Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam-. telah bersabda: “Sesungguhnya
Allah ta’ala berfirman: “Barangsiapa yang memusuhi salah seorang
wali-Ku, maka Aku telah mengumumkan peperangan kepadanya, dan tidaklah
seorang hamba mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan sesuatu pekerjaan
yang lebih Aku sukai dari apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan
hamba-Ku tidak henti-hentinya mengerjakan amalan-amalan sunnah
(melengkapi amalan-amalan fardhu) sehingga Aku mencintainya, dan jika
Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dengannya
ia mendengar, dan penglihatannya yang dengannya ia melihat, dan
tangannya yang dengannya ia melakukan pekerjaan, dan kakinya yang
dengannya ia melangkah, dan jika ia meminta niscaya Aku kabulkan, dan
jika ia mohon perlindungan niscaya Aku akan melindunginya, dan tidak
pernah Aku enggan sedikitpun terhadap pekerjaan yang Aku lakukan seperti
keengganan-Ku ketika mencabut nyawa orang yang beriman, ia membenci
(kesulitan) dalam menghadapi kematian, sedangkan Aku tidak suka
menyiksanya (ketika ajalnya datang menjelang).” (HR. Bukhari).
1. Tidur dalam keadaan berwudhu
2. Membaca surah al Ikhlash, al Falaq, dan an Naas sebelum tidur
3. Membaca takbir dan tasbih sebelum tidur
4. Berdoa ketika terbangun saat tidur
5. Berdoa ketika bangun dari tidur dengan doa yang datang dari Nabi
Beberpa Sunah Wudlu dan Shalat
6. Madhmadhah (berkumur) dan istinsyaq (mengirup air kedalam hidung) dengan satu cidukan air
7. Berwudhu sebelum mandi
8. Membaca tasyahhud setelah berwudhu
9. Hemat dalam penggunaan air
10. Shalat dua rakaat setelah berwudhu
11. Mengulangi apa yang diucapkan oleh muadzin, lalu bershalawat kepada Nabi
12. Banyak bersiwak
13. Bersegera pergi ke masjid
14. Pergi ke masjid dengan berjalan kaki
15. Bergegas menuju shalat dengan tenang dan berwibawa
16. Doa masuk dan keluar masjid
17. Shalat menggunakan sutrah (pembatas tempat sujud)
18. Iq’a di antara dua sujud
19. Tawarruk pada tasyahud yang kedua
20. Memperbanyak doa sebelum salam
21. Melaksanakan shalat sunnah rawatib
22. Shalat Dhuha
23. Qiyamullail
24. Shalat Witir
25. Shalat di atas dua sandal (Jika diyakini kesucian keduanya dari najis)
26. Shalat di masjid Qubba
27. Melaksanakan shalat sunnah di rumah
28. Shalat Istikharah
29. Diam di mushalla (tempat shalat) setelah shalat fajar sampai terbitnya matahari
30. Mandi pada hari Jum’at
31. Bergegas menuju shalat Jum’at di awal waktu
32. Mencari saat mustajab pada hari Jum’at
33. Pergi menuju shalat ‘Ied melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain
34. Shalat jenazah
35. Ziarah kubur
Sunnah-sunnah Puasa
36. Sahur
37. Menyegerakan ifthar (berbuka), setelah benar-benar terbenamnya matahari
38. Mendirikan malam-malam Ramadhan
39. I’tikaf di bulan Ramadhan, khususnya pada sepuluh hari terahir
40. Puasa enam hari di bulan Syawwal
41. Puasa tiga hari setiap bulan
42. Puasa hari ‘Arafah
43. Puasa ‘Asyura (10 Muharram)
Sunnah-sunnah Safar
44. Memilih kepala rombongan
45. Bertakbir ketika menanjak dan bertasbih tatkala menurun
46. Doa singgah di sebuah tempat
47. Singgah di masjid terlebih dahulu ketika datang dari safar
Sunnah-sunnah Pakaian dan Makanan
48. Berdoa ketika memakai baju baru
49. Memakai sandal dengan kaki kanan
50. Membaca basmalah ketika akan makan
51. Mengucapkan hamdalah setelah makan dan minum
52. Duduk ketika minum
53. Berkumur setelah minum susu
54. Tidak mencela makanan
55. Makan dengan tiga jari
56. Minum dan berobat dengan air zamzam
57. Makan sebelum shalat ‘Iedul Fitri
Dzikir dan do'a
58. Banyak membaca al Qur’an
59. Membaguskan suara saat membaca al Qur’an
60. Mengingat Allah di setiap waktu
61. Tasbih
62. Mendoakan orang yang bersin
63. Mendoakan orang yang sakit
64. Meletakan tangan di atas anggota badan yang sakit disertai dengan doa
65. Membaca doa ketika mendengar suara ayam jantan berkekuyuruk dan berlindung (kepada Allah) ketika mendengar ringkikan keledai
66. Membaca doa ketika turun hujan
67. Berzikir kepada Allah tatkala akan masuk ke dalam rumah
68. Zikir kepada Allah dalam majlis
69. Membaca doa ketika masuk ke dalam tempat buang hajat
70. Berdoa ketika angin bertiup dengan kencang
71. Mendoakan kaum muslimin secara tersembunyi (tanpa sepengetahuan mereka)
72. Berdoa tatkala tertimpa musibah
73. Menebarkan salam
Beberapa macam sunnah
74. Menuntut ilmu
75. Mohon izin masuk (ke dalam kamar atau rumah seseorang) sebanyak tiga kali
76. Tahnik anak yang baru lahir
77. Akikah untuk anak yang baru dilahirkan
78. Membuka sebagian anggota badan agar terkena air hujan
79. Menjenguk orang sakit
80. Senyum
81. Saling berkunjung karena Allah ta’ala
82. Seseorang menyampaikan kepada saudaranya bahwa ia mencintainya
83. Menahan (menutup mulutnya dengan tangan) pada saat menguap
84. Berbaik sangka kepada orang
85. Membantu keluarga dalam pekerjaan rumah tangga
86. Sunnah-sunnah fitrah
87. Menyantuni anak yatim
88. Menjauhi sifat pemarah
89. Menangis karena takut kepada Allah
90. Shadaqah jariyah
91. Membangun masjid
92. Mudah dalam menjual dan membeli
93. Menyingkirkan sesuatu yang membahayakan dari jalan
94. Shadaqah
95. Memperbanyak amal saleh pada sepuluh Dzulhijjah
96. Membunuh cicak
97. Melarang seseorang agar tidak membicarakan setiap apa yang ia dengar
98. Mengharapkan pahala dan keridhaan Allah ketika menafkahi keluarga
99. Lari-lari kecil saat thawaf
100. Mengerjakan amal saleh secara kontinyu walaupun sedikit
Jika tidak dapat lakukan semua, lakukanlah satu persatu, sedikit demi sedikit sehingga terbiasa dalam kehidupan. Mudah-mudahan sunnah yang kita amalkan menjadi syafaat di akhirat kelak. Insyaallah. Rugilah kita apabila tidak mendapat syafaat daripada nabi saw sedangkan baginda adalah nabi akhir zaman yang begitu mencintai dan merindui umatnya.
Sebagai
permulaan, kita mungkin boleh mengamalkan 7 sunnah ini dahulu :



Tiada ulasan:
Catat Ulasan