| Sirah Nabawiyah,Safiyyu Al Rahman Al Mubarakfuri. Edisi Bahasa Malaysia |
| Sirah Nabawiyah,Safiyyu Al Rahman Al Mubarakfuri. Edisi Bahasa Indonesia |
Keluarga
Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم
1. Khadijah
binti Khuwailid (wafat 3 SH)
2. Zainab
binti Khuzaimah (wafat 1 SH)
3. Aisyah
binti Abu Bakar (wafat 57 H)
4. Hafsah
binti Umar (wafat 45 H)
5. Juwairiah
binti Harits bin Abu Dhirar (wafat 56 H)
6. Maimunah
binti Harits (wafat 50 H)
7. Saudah
binti Zam`ah (wafat 23 H)
8. Sofiah
binti Huyai bin Akhtab (wafat 50 H)
9. Ummu
Habibah binti Abu Sofyan (wafat 44 H)
10. Ummu
Salamah (wafat 57 H)
11. Zainab
binti Jahsy (wafat 20 H)
12. Asma’
binti al Nu’man al Kindiyah (diceraikan sebelum digauli)
13. Umrah
binti Yazid al Kilabiyah (diceraikan sebelum digauli)
Hamba Wanita
Rasulullah (yang digauli Nabi saw)
1. Mariyah
al Qibtiyyah
2. Raihanah
binti Zaid al Nadriyyah atau al Qarziyyah
3. Jamilah
4. Seorang
lagi tidak dapat dipastikan namanya (hadiah dari Zainab al Jahsy)
Putera-Puteri Nabi
1. Al- Qasim
bin Muhammad
2. Zainab
binti Muhammad (wafat 8 H.)
3. Ruqayyah
binti Muhammad (wafat 2 H)
4. Ummu
Kultsum (wafat 9 H)
5. Fatimah
Az-Zahra (wafat 11 H)
6. Abdullah
bin Muhammad (meninggal ketika kecil)
7. Ibrahim
bin Muhammad (wafat 10 H ketika kecil)
Cucu-cucu Nabi
1. Abdullah
bin Usman bin Affan (Putra Ruqayyah)
2. Ali bin
Abul Ash (Putra Zainab.meninggal ketika kecil.)
3. Hasan bin
Ali bin Abu Talib (3-50 H.)
4. Husain
bin Ali bin Abu Talib (4-61 H)
5. Zainal
Abidin (wafat 93H)
6. Ummi
Kultsum binti Ali bin Abu Thalib (wafat.75H)
Bapa Saudara Nabi
1. Abbas bin
Abdul Mutalib (wafat 32 H)
2. Abu
Thalib bin Abdul Muthalib (wafat 3 SH)
3. Hamzah
bin Abdul Mutalib (wafat 3 H)
RUMAHTANGGA
RASULULLAH SAW
AHLI
KELUARGA Nabi saw semasa di Mekah dan sebelum hijrah terdiri daripada Nabi saw,
isterinya Khadijah binti Khuwailid yang dinikahinya ketika baginda berusia dua
puluh lima tahun dan Khadijah berusia empat puluh tahun. Semasa bersama
Khadijah, Nabi saw tidak pernah berkahwin dengan isteri yang lain. Hasil
perkongsian hidup dengan Khadijah, baginda dikurniakan beberapa orang putera
dan puteri. Putera-puteranya tidak seorang pun yang hidup . Sementara puterinya
Zainab, Ruqayah, Ummu Kalthum dan Fatimah. Zainab berkahwin dengan sepupu
sebelah ibunya iaitu Abu al ‘As bin al Rabi’ sebelum hijrah. Ruqayyah dan Ummu
Khulthum berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan seorang selepas seorang (iaitu
Uthman menikahi Ummu Kulthum selepas kematian Ruqayyah). Fatimah berkahwin
dengan Ali bin Abi Talib semasa jarak masa antara Peperangan Badar dan Uhud.
Fatimah telah melahirkan al Hasan, al Husain, Zainab dan Ummu Kulthum.
Seperti
yang dimaklumi Nabi saw diberikan kekhususan daripada umatnya di mana baginda
boleh berkahwin lebih dari empat orang isteri kerana berbagai-bagai sebab.
Justeru, isteri-isteri baginda melalui perkahwinan ialah seramai tiga belas
orang. Di kalangan mereka ada sembilan orang yang masih hidup semasa kewafatan
Rasulullah saw sementara dua orang meninggal dunia semasa hayat baginda iaitu
Khadijah dan Zainab bint Khuzaimah (Ummu al Masakin) iaitu ibu orang-orang
miskin. Dua orang yang dikahwininya tidak digauli oleh baginda. Berikut ialah
senarai nama-nama isteri baginda dan sedikit latar belakang berkaitan mereka.
ISTERI-ISTERI NABI MUHAMMAD SAW
1. Khadijah Al
Khuwailid Al Asadiyah ra.
Khadijah adalah seorang ahli
peniagaan Makkah dari keluarga yang dihormati. Khadijah adalah isteri pertama
Rasulullah saw. Beliau berkawin dengan Nabi saw ketika berusia 40 tahun dan
ketika itu Nabi saw berumur 25 tahun. Khadijah telah melahirkan 6 orang anak
hasil perkahwinan mereka. Khadijah adalah orang yang pertama beriman kepada
Rasulullah saw. Dia banyak membantu Nabi saw dalam usaha dakwah Islam peringkat
awal di Makkah. Saidina Ali pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda
,” Sebaik- baik wanita di zaman itu ialah Maryam anak Imran dan sebaik-baik
wanita di zamannya adalah Khadijah anak Khuwailid. Khadijah meninggal dunia
pada tahun kesepuluh selepas kenabian dan digelar tahun kesedihan kerana pada
tahun itu juga Abu Talib bapa saudara Nabi saw meninggal dunia.
2. Saudah binti
Zam’ah Al Amiriyah Al Quraisiyah ra
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin
dengan Saudah setelah wafatnya Khadijah 3 tahun iaitu pada usia 55 tahun.
Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin Amr. Saudah
dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke
Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka
nabi Muhammad s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi
perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.Acara
perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara
dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham. Selepas
Rasulullah saw mengahwini Saudah , ramai daripada kaumnya memeluk Islam.
3. Aisyah binti Abu
Bakar As Siddiq
Akad nikah diadakan di Mekah
sebelum Hijrah, tetapi setelah wafatnya Khadijah dan setelah nabi Muhammad
s.a.w. berkahwin dengan Saudah. Ketika itu Aisyah berumur 6 tahun. Rasulullah
tidak bersama dengannya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke
Madinah. Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara nabi Muhammad s.a.w.
berumur 53 tahun. Aisyah adalah isteri nabi Muhammad s.a.w. yang tunggal yang
dikahwininya semasa gadis. Upacara dilakukan oleh ayahnya Abu Bakar dengan mas
kahwin 400 dirham. Aisyah adalah seorang yang cerdik. Menjadi kebiasaan bagi
muslimat pada masa itu bertanyakan Aisyah tentang masalah agama. Aisyah banyak
meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah saw. Beliau adalah seorang yang faqih di
kalangan sahabat. Hingga dikatakan jika dikumpulkan semua ilmu di kalangan
Ummul Mukminin maka ilmu Aisyah melebihi mereka semua. Satu peristiwa besar
menimpa Aisyah iaitu fitnah yang dilakukan oleh orang munafik terhadap dirinya
yang dikenali sebagai hadith ifkh ( berita bohong ). Keluarga Rasulullah saw
dan seluruh umat Islam Madinah menanggung beban perasaan yang amat berat
sehinggalah Allah menurunkan wahyu menyucikan Aisyah. Rasulullah saw wafat
ketika Aisyah berusia 18 tahun dan dia sendiri meninggal pada usia 63 tahun.
4. Hafsah binti Umar
Al Khattab
Hafsah seorang janda. Suami
pertamanya Khunais bin Hudhafah al-Sahmiy yang meninggal dunia selepas Perang
Badar. Beliau telah berhijrah ke Habsyah sebelum Madinah. Semasa perang Uhud,
Hafsah turut serta bersama suaminya Khunais. Hafsah merawat tentera yang
terluka. Khunais syahid dalam perang Uhud. Bapanya Umar mempelawa Abu Bakar
berkahwin dengan Hafsah, tetapi Abu Bakar tidak menyatakan sebarang persetujuan
dan Umar mengadu kepada nabi Muhammad s.a.w.. Lalu baginda mengambil Hafsah
yang ketika itu berusia 18 tahun sebagai isteri. Hafsah sangat rapat dengan
Aisyah ra.
5. Zainab binti
Khuzaimah
Dia adalah isteri kepada Ubaidah
bin Al Harith sebelum berkahwin dengan Nabi saw. Zainab juga dikenali sebagai
Ummu al Masakin. Berkahwin Nabi saw. ketika berusia 60 tahun dan meninggal 2
tahun kemudian.
6. Ummu Salamah Hindun
binti Abi Umaiyah ra
Namanya ialah Hindun binti Abi
Umayyah. Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama
Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara
sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu nabi Muhammad s.a.w.
melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur
turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.
Lamaran kali kedua nabi Muhammad s.a.w. diterimanya dengan mas kahwin sebuah
tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung. Dia memeluk Islam bersama suaminya
Abdullah bin Abdul Asad. Ummu Salamah digelar Perempuan Dua Hijrah , kerana ia
berhijrah dua kali ke Madinah. Hijrah yang pertama gagal kerana dihalang oleh
kaumnya. Setelah suaminya meninggal dunia di Madinah, Rasulullah saw
mengahwininya.
7. Juwairiyah binti Al
Harith
Ayah Juwairiyah ialah ketua
puak Yahudi Bani al-Mustaliq yang telah
mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang
al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Juwairiyah (Barrah) telah ditawan
oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah
dengan 9 tahil emas Barrah mengadu kepada Nabi saw. Baginda sedia membayar
mukatabah tersebut dan seterusnya mengahwininya. Sebaik sahaja Rasulullah saw.
berkahwin dengan Juwairiyah, semua sahabat membebaskan tawanan Yahudi dengan
menganggap semua mereka adalah ipar Nabi saw bagi menghormati Rasulullah saw.
Aisyah mengatakan dia tidak mengetahui ada orang lain yang lebih membawa
kebaikan kepada kaumnya seperti Juwairiyah.
8. Ummu Habibah binti
Abu Sofyan
Nama beliau Ramlah dan adalah
anak Abu Sufyan pemimpin Quraisyh. Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya
Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy saudara kepada Zainab binti Jahsy. Ummu
Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke Habsyah. Setelah beberapa
lama di Habsyah, suaminya Ubaidillah telah keluar dari Islam dan memeluk
Nasara, dan meninggal di sana. Ummu Habibah tetap dengan Islam. Ubaidullah
meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah
kehilangan tempat bergantung. Rasulullah
saw. telah menghantar utusan dan menyuruh Najasyi Raja Habsyah mengawinkan Ummu
Habibah dengannya. Melalui al Najashi,
Nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan
oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al
Najashi bagi pihak Nabi.
9. Maimunah Binti
Harith
Maimunah binti Al Harith Al
Hilaliyyah telah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah saw.
Ketika berkahwin dengan Nabi saw usianya
30 tahun. Beliau meninggal dunia ketika berusia 80 tahun dan adalah isteri
Rasulullah saw yang paling akhir meninggal.
10. Safiyah binti Huyay
bin Akhtab
Safiyah anak kepada Huyay, adalah
anak pemimipin Yahudi dari Bani Nadhir
iaitu ketua puak Bani Quraizah dari
keturunan Nabi Harun a.s. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah
ditawan dan mati dalam perang itu. Safiyah menjadi tawanan selepas perang
Khaibar kerana orang Yahudi khianat dalam perang Ahzab. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan,
Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w. Safiyyah
meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H
(ada yang mengatakan 52H). Beliau dikebumikan di al Baqi’. Oleh kerana
menghormati Safiyah anak ketua Bani Nadir Rasulullah saw. memberi pilihan
samada ia kekal dengan agama Yahudi dan pulang kepada kaumnya atau menerima
Islam dan berkahwin dengan Rasulullah saw. Safiyah telah memilih berkahwin
dengan Nabi saw.
11. Zainab binti Jahsy
Zainab merupakan isteri kepada
Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat
nabi Muhammad s.a.w. setelah dimerdekakan. Beliau dilahirkan di kalangan
keluarga terhormat Quraisy iaitu cucu Abdul Muttalib dan berkahwin dengan Nabi saw pada tahun 5
Hijrah. Rasulullah saw telah mengahwinkan Zainab dengan Zaid bin Harithah iaitu
anak angkatnya. Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia
kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan
Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh nabi Muhammad
s.a.w. Setelah selesai edah Allah memerintahkan Rasulullah saw mengahwini
Zainab untuk mengajar umat Islam bahawa boleh mengahwini janda anak
angkat. Upacara perkahwinan dilakukan
oleh al-Abbas bin Abd al-Muttalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi
pihak nabi Muhammad s.a.w. Zainab adalah
seorang yang sangat kuat beribadat sehingga ia menggantungkan tali dirumahnya.
Apabila ia penat bersembahyang atau mengantuk maka ia akan bergantung pada tali
itu supaya ia boleh terus berdiri. Zainab juga adalah seorang yang pemurah.
Pernah berlaku apabila Saidina Umar memberikan sebahagian dari ghanimah perang
terhadap Parsi . Maka Zainab pun menyuruh hambanya menyenaraikan semua orang
miskin di Madinah lalu dibahagikan kepada mereka harta itu berjumlah 80 dinar.
Zainab adalah isteri Nabi saw yang pertama mengiringinya setelah kewafatan Nabi
saw.
12. Asma’ binti al Nu’man
al Kindiyah (diceraikan)
Asma' telah berkahwin dengan nabi
Muhammad s.a.w. tetapi diceraikan oleh baginda dan dihantar pulang kepada
keluarganya sebelum hidup bersama kerana Asma mengidap penyakit sopak.
13. Umrah binti Yazid al
Kilabiyah (diceraikan)
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin
dengan Umrah ketika Umrah baru sahaja memeluk agama Islam. Umrah telah
diceraikan oleh Nabi Muhammad dan dipulangkan kepada keluarganya setelah
diceraikan.
WANITA DI KALANGAN HAMBA RASULULLAH SAW
1. Mariah Al Qibtiah
Pada mulanya Mariah adalah
seorang hamba yang dihadiahkan oleh raja Mesir, Mauquqis yang beragama Nasrani
kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw telah memerdekakanya kemudian
mengahwininya. Mariah telah melahirkan Ibrahim tetapi meninggal semasa kecil.
Beliau meninggal lima tahun selepas kewafatan Rasulullah saw semasa Khalifah
Muawiyah bin Abi Sufyan, kampung kelahiran Mariah telah dikecualikan dari
sebarang cukai sebagai menghormati isteri Rasulullah saw.
2. Raihanah binti
Zaid al Nadriyyah atau al Qarziyyah
Raihanah adalah dari kalangan
orang-orang tawanan Bani Quraizah. Lalu Rasulullah memilihnya untuk dirinya.
Ada juga yang menyatakan, bahkan dia adalah salah seorang isteri Rasulullah saw
yang dimerdekakan, kemudian dikahwininya. Pendapat yang pertama dipilih oleh
Ibn al Qayyim. Abu ‘Ubaidah menyebutkan bahawa ada dua orang lagi hamba wanita
Rasulullah saw iaitu Jamilah yang dimilikinya secara tawanan perang dan seorang
lagi yang dihadiahkan kepadanya oleh Zainab binti Jahsy.
Penulis buku Sirah
Nabawiyah,Safiyyu Al Rahman Al Mubarakfuri berpendapat isu tentang prinsip
poligami tidak perlu dibincangkan. Siapa yang melihat kepada cara hidup
orang-orang Eropah yang terlalu menentang poligami, kemudian membandingkan
dengan insiden-insiden malang yang mereka alami, skandal dan jenayah-jenayah
keji yang mereka lakukan serta bala bencana dan keadaan tidak menentu dalam
masyarakat mereka akibat tersasar daripada prinsip ini, maka keadaan itu sudah
cukup memadai untuk kita memahami tentang hikmah di sebalik poligami itu. Cara
kehidupan orang Eropah itu sendiri adalah bukti paling jelas tentang keadilan
prinsip poligami ini. Sesungguhnya dengan melihat kepada kehidupan mereka yang
porak peranda akan menjadi iktibar bagi mereka yang mahu menggunakan akal
fikiran.
Rujukan
1. Profesor Madya Dr. Ishak Mohd. Rejab, 'Rasulullah Sebagai Ketua Keluarga', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1988.
2. Sirah Nabawiyah,Safiyyu Al Rahman Al Mubarakfuri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah Anjuran Rabitah Al ‘Alam Al Islami, Cetakan Ketiga 2008.
3. http://ahlulhadiits.wordpress.com/2007/11/08/keluarga-rasulullah
4. http://www.scribd.com/doc/39926935/Silsilah-Keluarga-Nabi-Muhammad-SAW
1. Profesor Madya Dr. Ishak Mohd. Rejab, 'Rasulullah Sebagai Ketua Keluarga', Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1988.
2. Sirah Nabawiyah,Safiyyu Al Rahman Al Mubarakfuri, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah Anjuran Rabitah Al ‘Alam Al Islami, Cetakan Ketiga 2008.
3. http://ahlulhadiits.wordpress.com/2007/11/08/keluarga-rasulullah
4. http://www.scribd.com/doc/39926935/Silsilah-Keluarga-Nabi-Muhammad-SAW

Tiada ulasan:
Catat Ulasan