Khamis, 19 Jun 2014

MINYAK ZAITUN PALESTIN HPA

Minyak Zaitun Palestin HPA
Dalil Al-Quran tentang Minyak Zaitun:

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Dalil Hadis tentang Minyak Zaitun


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

Konsep Cahaya ( Sudut Fizik)
Cahaya matahari ialah kehidupan. Tiada Cahaya Matahari, tiadalah kehidupan.Bila cahaya melalui matahari, kena ke daun, maka berlaku proses Fotosentisis.Membuat tenaga dan tenaga di perlukan manusia. Melalui proses itu memberi tenaga pada Minyak Zaitun. Di dalam minyak zaitun mempunyai Cahaya.

Negara Albania rakyatnya sihat walaupun tiada makanan kerana di rumah mereka ada pohon zaitun. Minyak Zaitun Ekstra Dara biasa kita kenali juga denan nama Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Mengapa ekstra dara? Kerana ia tidak melalui proses pemanasan, ia dihasilkan dengan teknik 'coldpress' iaitu perahan sejuk tanpa haba.

Nabi s.a.w bersabda: “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar daripada pohon yang diberkati” - (Riwayat Tirmizi)

“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini membuktikan yang buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah 
zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria. 

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Perubatan Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik umpama ia menjadi ikhtiar dalam menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Antara khasiat dan kebaikkan minyak zaitun yang ramai ingin tahu : 
  • meningkatkan kesihatan kuku
  • membantu mencegah penyakit batu karang
  • melambatkan penuaan sel-sel kulit dan melembutkan kulit
  • mengurangkan risiko penyakit nyanyuk (Alzhimer) untuk warga tua
  • memiliki ciri-ciri pencegahan iaitu anti kanser, anti oksidan, anti kolestrol
  • mencegah penyumbatan pembuluh darah (arterioklerosis)
  • mencegah penyakit kardiovaskular
  • mengelakkan dan merawat sembelit
  • merawat gastrik
  • merawat migrain
  • mengurangkan dan merawat resdung
  • memecahkan batu karang, batu hempedu
  • menghindari serta merawat gout
  • merawat artritis
  • merendahkan kolestrol dalam darah
  • menghilangkan parut
  • mengilatkan rambut
  • melembapkan kulit
  • membantu pertumbuhan tulang khususnya bagi kanak-kanak
  • mematikan kutu di kepala


Untuk pembelian Minyak Zaitun HPA,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/minyakzaitunhpa untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan