PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Isnin, 16 November 2020

MANFAAT TUNAS MAWAR DALAM PERUBATAN

Perasaan tumbuh-tumbuhan dikeluarkan dalam bentuk bau-bauan
Antara yang memberikan perasaan ialah bunga mawar. Bunga mawar putih ialah jantan. Bunga mawar merah ialah betina. 

Dalam bidang kimia, ros merah mempunyai sifat kejantanan. Ia mengandungi sulphur aktif. Manakala ros putih melambangkan kewanitaan di mana ia mempunyai sifat-sifat penerimaan (receptive). Gabungan kepada dua sifat warna ros putih dan merah melahirkan sifat seperti raksa (Alchemical mercury).

Kita banyak menggunakan bunga mawar untuk membentuk perasaan. Salah satu produk yang dihasilkan oleh Tn Hj Ismail bin Ahmad daripada bunga mawar ialah Wave. Wave boleh dibuat minum, paling cepat ialah melalui mata. 

Bunga mawar ada bau, bau itu ialah perasaan yang ditransferkan baunya. Manusia yang cerdik, dia akan ambil bau itu untuk membetulkan perasaan manusia. Ia tidak sia-sia.

Perasaan yang kita nak ialah tenang diiringi irama jantung yang tenang. Jantung tidak boleh terlalu cepat dan berdetak kuat. Ia perlu stabil. Bagaimana nak bantu jantung stabil? Kita perlu ambil bunga mawar. Masukkan air bunga mawar di dalam air atau botol 500 ml, goncang dan minum. Ia beri kesan kepada jantung.

Bunga mawar ada minyak sari (EO). Ia sedikit tetapi apabila kita masukkan di dalam air dan goncang 53x dia akan aktif, jadi kuat, apabila minum tidak jadi gastrik kerana otak di perut sudah di rawat dengan perasaan daripada bunga mawar.

Manusia yang terjejas kesihatannya itu kerana perasaan. Bukankah itu melibatkan tubuh halus? Bagaimana kita nak rawat? Kena guna kehalusan bau, aromaterapi. Sebab itu kita gunakan Wave. Titiskan di dalam air mineral 500 ml, baca al fatihah, goncang 53x. Minum. Untuk mendamaikan hati.

Di dalam perubatan homeopati pula, ekstak ros digunakan sebagai salah satu ramuan kerana mengandungi sulphur dan garam. Kedua-dua bahan ini juga membantu proses pengembangan dan kontraksi bagi wanita hamil yang hampir bersalin.

Dalam perubatan Jawi yang diasaskan oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, beliau mengajarkan kepada kita bahawa wanita hamil yang hampir bersalin harus dititiskan dengan titisan Wave bagi memudahkan bersalin. MaasyaAllah! Subhanallah.

Wave

Teh daripada bunga mawar juga dapat memberikan kesan tenang dan rasa mengantuk bagi sesetengah orang yang mengalami defisit tidur, namun bagi orang yang normal, teh bunga mawar memberikan manfaat vitamin C dan menerbitkan rasa gembira.


Manfaat tunas mawar antaranya ialah
  • Boleh dibuat teh
  • Boleh dibuat air basuhan wajah di waktu pagi
  • Boleh dibuat steam wajah
  • Boleh dibuat spray wajah
Jika anda ingin mendapatkan tunas mawar untuk dijadikan minuman, insyaAllah saya ada menjualnya. Ia adalah daripada tunas mawar dari Turkiye insyaAllah.


Bahan ramuan Rosebud Tea
Tunas Mawar
Berat bersih: > 15g
Jangka hayat : 6 bulan atau lebih
Cara penyimpanan : Sejuk dan kering
Tarikh pengeluaran :

Cara Penyediaan Rosebud Tea
1.Sediakan air panas di dalam bekas minuman.
2. Masukkan 3-5 kuntum tunas mawar
3.Tunggu beberapa minit sehingga ia kembang
4.Masukkan pemanis (gula batu/gula perang/madu/gula putih) jika suka.
Nota: Teh ini boleh diulang minum sehingga 3 kali dengan cara meletakkan air panas sahaja.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Norashikin Hasan
Penulis Siri Kuliah Herba Jawi HPA

HATI-HATI MENDAPATKAN RAWATAN ALTERNATIF

Amalan tilik menilik dan ramal meramal adalah dilarang keras dalam Islam. Terdapat pelbagai cara tilikan digunakan semasa mengubati pesakit antaranya mengubat dengan melihat tarikh lahir, nama ayah, nama ibu, alamat rumah, peta lokasi, ini adalah cabang daripada ilmu tilikan, ilmu falakiah iaitu ilmu nujum, ilmu perbintangan (horoskop).

Masyarakat umum perlu mengetahuinya agar tidak terjerumus dalam kaedah pengubatan yang batil akhirnya memakan diri sendiri kerana terperangkap tidak tahu jalan keluar walaupun sudah berpuluh-puluh tempat rawatan dikunjungi untuk mendapatkan rawatan.

Tilikan, ramalan dan scanning membawa maksud yang sama iaitu menyemak pesakit menggunakan kemahiran firasat yang dipelajari dan dibiasakan dengan latihan, yang melibatkan dakwaan boleh mengetahui perkara yang ghaib.

Perlu diingatkan bahawa, membacakan doa-doa dan ayat-ayat al Quran (ruqyah) kepada pesakit, ini adalah dibenarkan dalam Islam. Perawat/Peruqyah tidak mengetahui sedikit pun tentang apa yang mengganggu pesakit tetapi hanya membantu dengan lafaz-lafaz doa. Apabila pesakit bertanya, "Ada jin ke dalam badan saya?'' Perawat akan mengatakan "Saya tidak tahu, Allah maha Mengetahaui, saya hanya bantu dengan doa."

Sekiranya perawat mengatakan, "Setelah saya semak dengan ruqyah, ayat al quran dan doa tertentu, dengan kemahiran saya ini, terdapat simptom gangguan jin, kemungkinan ada jin dalam badan awak."

Atau menegaskan dengan , "simptom yang ada ini memberitahu bahawa terdapat gangguan jin pada diri awak. Mungkin sihir, jin, saka."

Berhati-hatilah kerana seorang perawat tidak boleh mendakwa dirinya kasyaf, tidak boleh mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib yang lalu dan akan datang, tidak boleh mendakwa dapat menentukan jumlah jin atau makhluk halus yang mengganggu dan menangkap serta membuang atau memindahkan jin atau makhluk halus tersebut. - Garis Panduan Amalan Pengubatan Islam, 2011, Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apabila seseorang perawat bercakap tentang sesuatu yang ghaib dan tidak diketahuinya secara yakin bererti dia telah berbohong dan ia bertentangan dengan ajaran Nabi SAW. - 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, 2017, Bahagian Penyelidikan JAIPK.

Larangan daripada dakwaan ini adalah menepati kaedah saa al-dhara'i'. Saad al dhara'i' dari segi istilah bermaksud menutup atau mencegah perkara-perkara yang dapat mendorong seseorang kepada hal yang dilarang dalam agama. Dengan erti kata yang lain, setiap perbuatan yang pada asalnya diizinkan tetapi datang sesuatu yang menyebabkan perbuatan itu seringkali bertukar menjadi mafsadah (keburukan).
Latihan dilakukan setiap kali menerima pesakit atau sesiapa sahaja yang ingin dirawat.

Kaedah tilikan, ramalan, dan imbasan ini dilakukan dengan pelbagai cara mengikut perguruan perawat itu. Antaranya ialah:

1. Dengan cara memandang muka pesakit atau mana-mana bahagian tubuh badan, lalu disebutkan: "awak ni kena sihir", atau "dalam badan awak ni ada 60 ekor jin dan dalam rumah awak pun ada 150 ekor jin", atau "awak ni tak kena apa-apa, sakit biasa saja"

2. Dengan mengira huruf nama pesakit dan ibunya lalu dikatakan awak kena sihir santau".

3. Dengan cara sembahyang hajat serta berdoa. Selepas tu diberitahu awak kena buatan orang".

4. Dengan memejamkan mata dan tafakkur dan kemudian disebutkan "awak ni kena buatan orang, sudah lama tapi awak tak sedar"

5. Dengan cara memotong limau, mencalitkan kapur di dahi,

6. Denga melihat menerusi daun sirih yang dijampi atau daun sirih yang diletakkan di dahi.

7. Dengan cara melihat garis-garis pada tapak tangan (palmistry) kemudian meramal masa depan, kewangan, rumahtangga, dan untung nasib.

8. Dengan menggunakan batang mancis yang ditabur lalu dipilih satu dua oleh pesakit lalu disebutkan: "awak kena sihir. Yang sihirkan bukan orang lain, adik awak/ahli keluarga awak sendiri".

9. Dengan menggunakan tasbih yang berpusing-pusing.

10. Dengan menggunakan al-Quran.

11. Dengan menggunakan jari telunjuk untuk mencari penyakit dan ayat-ayat al-Quran yang sesuai untuk digunakan bagi merawat pesakit. 

12. Dengan menggunakan bisikan di telinga.

13. Dengan menggunakan asap rokok.

14. Dengan menggunakan cara menurun. Istilah menurun ini juga disebut sebagai resapan roh, perantara dan mediator.

15. Dengan menggunakan keris, kayu tongkat, kayu buluh atau apa-apa senjata.

16. Dengan cara bakar kemenyan.

17. Dengan cara puja hajat.

18. Dengan cara mengalinkan buah kelapa, limau purut, telur dan sebagainya.

19. Dengan melihat nasib pada tafsir horoskop dan yang seumpama dengannya.

20. Dengan melihat bintang-bintang di langit dan apa yang ada pada alam kemudian dinisbatkan kepada nasib seseorang individu itu.

21. Dengan membacakan, menyebut, menulis huruf-huruf tunggal al Quran dengan jari

22. Dengan melihat alamat rumah, umur, dan alamat tempat kerja pesakit
 
Ini adalah termasuk dalam sihir, perawat ini merawat dengan menggunakan sihir tanpa ia sedari ataupun ia sedar. Ramai perawat mendakwa bahawa rawatan yang diberi oleh mereka adalah rawatan Islam, walaupun hakikatnya mereka sebenarnya telah terlibat dengan ilmu sihir tanpa sedar. Kita perlu jelas dengan hakikat ilmu sihir bahawa ia bukanlah rawatan Islam kerana ia adalah ilmu yang diajarkan oleh syaitan. Islam melarang merawat penyakit dengan sihir, merawat sihir dengan sihir. - (Isu-isu Berkaitan Aqidah & Syariah Dalam Pengubatan Tradisional dan Kontemporari, Dr Hj Jahed Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015)

Pada asasnya pengubatan ini mulia di sisi Allah, Nabi SAW mengajarkan doa-doa yang perlu diamalkan untuk melindungi diri dari ancaman manusia, haiwan berbisa, iblis, syaitan dan jin. Tetapi apabila sesuatu rawatan itu terkeluar daripada bingkai Al Quran dan Sunnah, terjadilah fitnah ke atas rawatan itu. Nauzubillah.

Dalam Islam tiada seorang pun yang tahu perkara ghaib melainkan hanya Allah. Firman Allah dalam surah an Naml, ayat 65:

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
 
“Katakanlah (Ya Muhammad) : Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang
ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”

Kata ilmuwan Arab, “Tukang-tukang tilik itu berbohong walaupun ia bercakap benar”

Pelbagai cara tilikan digunakan oleh perawat. Kini, ia tidak kelihatan menggunakan sesuatu yang kotor tetapi lebih moden dan mengikut peredaran zaman. Antara medium pengubatan yang digunakan perawat ialah sudu atau garpu logam, duit syiling, keris, buluh runcing, kemenyan, garfutala, kertas dan sebagainya bagi menyemak gelombang (aura) tubuh pesakit.

Jika mendatangi kepada perawat yang memiliki ciri-ciri tersebut, maka tinggalkanlah kaedah pengubatan mereka dan janganlah ulangi ke tempat begitu lagi. Mohonlah perlindungan daripada Allah akibat keterlajuran diri kerana tidak tahu ini.

Jumpa dengan ahli nujum (orang yang boleh menilik), Allah tolak amalannya selama 40 hari. Manakala kalau kita percaya dengan ahli nujum, maka kita jatuh kufur. Firman Allah dalam surah al Mulk ayat 2, "Allah menciptakan yang hidup dan mati untuk menguji siapa yang paling baik amalannya"

Penulis mengambil beberapa manfaat daripada ucapan Dr Zakir Naik yang ketika itu dalam dialog di universiti tempatan di Malaysia. Antara ucapan beliau ialah,  

"Hidup ini adalah ujian untuk akhirat. Jadi, itulah sebab Islam mengatakan, jangan pergi kepada tukang ramal. Jika kau telah melakukan kesalahan, lupakanlah, jangan kau fikirkan lagi. Cuba hidup secara normal, cuba cari apa yang benar. Apa yang harus dilakukan? Analisislah. Buatlah pencarian. Analisis kitab agama, cari mana kitab yang benar, yang akan memberimu ketenangan, kedamaian, ketenteraman fikiran. Baca kitab itu dan ikuti, dan lupakan apa yang dikatakan peramal kepadamu. Bahkan jika hal itu ternyata benar, tiada masalah. Lakukan apa yang kau rasakan benar dalam pencarianmu tentang bagaimana cara menjalani kehidupan. Quran ini adalah petunjuk terakhir dan penutup dari Tuhan untuk umat manusia. Ia diperuntukkan untuk semua umat manusia. Dan jika kau membaca kitab ini kau akan dapat merasai ketenangan."

pada minit ke 11.05 hingga akhir. 

Rujukan :
  1. 40 Soal Jawab Pengubatan Islam, Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak, 2017
  2. Isu-isu Berkaitan Akidah dan Syariah Dalam Perubatan Tradisional dan Komplementari, Dr.Hj Jahid Haji Sidek, Dr Mahyuddin Ismail, 2015
  3. Kertas kerja Penggunaan Hipnosis Dalam Latihan Minda Bawah Sedar : Satu Penilaian Dari Sudut Aqidah & Syariat, Mahyuddin b Ismail, UMP, 2019

==================================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

HERBA UNTUK KESIHATAN

BENARKAH GARAM BOLEH HALAU JIN?

 


Wallahualam

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Norashikin Hasan
Mantan Peruqyah Amatur

==================================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Rabu, 11 November 2020

KHASIAT TANAH TERBANG DALAM PENGUBATAN

Dalam pengubatan herba, ada jenis jenis tanah yang boleh dijadikan ubat penawar.

Pernah lihat sarang angkut-angkut?
Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada sebabnya ia berada di rumah-rumah kita.
Kerana kita pasti memerlukannya apabila sakit.

Antara manfaat sarang angkut-angkut ialah ia digunakan untuk meredakan bengkak, menyurutkan beguk, sawan tangis, rawatan kayap, bisul, kudis, nanah pada kulit.

Sarang angkut-angkut atau tanah terbang sifatnya sejuk kerana tanah sifatnya sejuk, meredakan radang. Daripada tanah kita diciptakan, kepada tanah kita kembali mencari penawar.

Ambil sarang angkut-angkut yang telah kosong. Jangan ambil yang masih ada anak atau telur serangga itu. Nanti kita menzalimi pula. Tunggu sehingga anak itu besar dan meninggalkan sarangnya.
Campurkan sedikit air.
Sapukan pada kulit atau pada tempat yang sakit.
Sapu pada belakang badan untuk turunkan panas badan.

Minum airnya jika bengkak, bisul, ketumbuhan dan nanah berada dalam tubuh.
Minum airnya juga untuk menurunkan panas perut dan sakit perut.
Biarkan tanah sarang ini mendap ke dasara gelas, kemudian baru diminum, biiznillah, insyaAllah.


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Isnin, 2 November 2020

POKOK KEMBOJA | PLUMERIA

Foto hasil bidikan penulis semasa di Terengganu
Bunga kemboja atau nama saintifiknya ialah Plumeria dari jenis Apocynaceae. Orang Inggeris menggelarnya sebagai Fragipani.

Kemboja merah hati, kemboja merah jambu, putih kuning, merah oren. Subhanallah...Harum sungguh baunya!

Baunya seakan-akan gabungan bunga ros dan bunga melur. Memang wangi. Kalau kat rumah, saya suka pewangi rumah seperti potpouri atau fragrance oil bunga kemboja. Baunya sangat menenangkan jiwa. Kemboja Bali bau wanginya sungguh 'eksotik' macam dalam spa!

Biasanya bunga bungaan yang cantik dan wangi, ia banyak manfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita. Apa sahaja yang warna warni pasti baik untuk emosi kita.

Wangian bunga-bungaan biasanya boleh dijadikan minyak wangi, serum wajah, toner wajah, untuk seri wajah. Ia mampu membangkitkan seri wajah seseorang, wajah kelihatan lebih segar, mekar, ceria dan sihat.

Kelopak bunga mawar atau ros misalannya boleh dimakan begitu sahaja. Jangan disembur racun rumpai pada pokok bunga mawar, melur dan seumpamanya.

Ambil bunga mawar tersebut, basuh habuk-habuk yang ada pada kelopak bunga dan boleh dikunyah. Ia bertujuan untuk menganjalkan dan meremajakan kulit.

Untuk buat mandi bunga sendiri bolehlah guna mawar merah, mawar putih, melur, cempaka, kemboja, lili, anggerik, melati dan sebagainya kemudia boleh letak hirisan limau purut. Bunga- bungaan untuk mandian biasanya diambil dari pohon yang tidak berduri. Tidak berduri agar kita tak terluka ketika mengambilnya.

Kalau boleh bukan bunga berwarna hitam kerana tujuan kita mahukan bunga yang warna warni untuk mandian ialah untuk membantu mengembalikan medan elektromagnetik tubuh seterusnya menghilangkan stress. Selamat mencuba!

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Selasa, 20 Oktober 2020

KOLAGEN UNTUK KECANTIKAN

Kajian mendapati bahawa kolagen daripada sisik ikan merah lebih baik daripada kolagen yang terdapat pada sarang burung walit. Ini berita gembira buat ahli HPA dan pengguna produk barangan Muslim. Pilihlah produk dari tangan umat Islam. InsyaAllah barokah!

Collagen sisik ikan yang digunakan dalam Radix Cocoa Collagen ini membantu mengembalikan kecantikan wajah serta menambah seri pada muka untuk kelihatan cantik dan muda.

Apabila berlaku peningkatan usia, kolagen dalam tubuh juga semakin berkurang. Faktor iklim dan suhu persekitaran juga mempengaruhi kolagen dalam tubuh badan.

1️. Membaikkan untuk peredaran darah.
2️. Pengambilan Radix Collagen menghasilakan kulit muka yang lebih cerah 
3️. Mood menjadi lebih baik.
4️. Menghilangkan selulit.
5️. Membantu membakar lemak untuk kelihatan lebih slim.

HPA mengeluarkan produk kolagen dari sisik ikan merah. Cocoa Collagen ini sesuai diminum oleh kanak-kanak dan dewasa. 

Cuma dalam banyak-banyak pengguna, pasti ada orang yang alergi dengan makanan laut. 5% orang alergi dengan seafood. Solusinya ialah diambil bersama kaspul antirac atau coscinium sehingga alergik itu hilang. Selagi tidak rawat penyakit, maka penyakit itu tidak hilang. Bila lagi dapat merasa Cocoa Radix Collagen yang sedap dan lazat ini jika tunggu alergik hilang? 

Pemberitahuan : Kolagen tidak boleh digunakan bersama air panas kerana ia akan musnah. 




Untuk pembelian Radix Cocoa Collagen HPA
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/cocoacollagenhpa untuk pembelian.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Isnin, 12 Oktober 2020

KUNYIT MAMPU MERAWAT PELBAGAI MASALAH RAHIM

Sesuatu herba rizom/umbisi yang berada di dalam tanah seperti kunyit, halia dan lengkuas, temu dan cekur, ia baik untuk rawatan rahim atau peranakan wanita malah baik juga untuk menurunkan darah tinggi.

Banyak jamu untuk wanita dihasilkan daripada kunyit. Begitu juga jamu untuk wanita selepas bersalin. Dulu-dulu anak gadis selepas habis haid akan diberikan minuman kunyit suam yang dicampur bersama gula merah. 

Daun kunyit boleh digunakan untuk mandian selepas bersalin. Kunyit pula untuk cyst, fibroid, dan ketumbuhan. Dalam art of healing, jika ambil kunyit mesti dicampur dengan lada hitam. Dalam kapsul curcumin ada serbuk lada hitam, ia perlu dicampur supaya ia lebih menghangatkan dan lebih berkesan.

Wanita keguguran diberikan superfood daripada susu kambing yang dicampurkan kunyit, serbuk lada putih dan halba. Disamping memberi tenaga, ia mengelakkan tubuh wanita itu kesejukkan.

Kunyit kuning - Warna kuning selain baik untuk hati ia juga baik untuk hormon, dan perut.

Makanan bagi pesakit kencing manis. Lada putih boleh guna untuk masalah kencing manis. Tubuh badan orang kencing manis akan jadi sejuk dingin, waktu malam ia jadi peradangan, sakit, ngilu dan sebagainya. Minuman bagi orang kencing manis ialah segelas susu kambing campur satu inci kunyit, sedikit serbuk lada putih dan sedikit halba. Ambil pada waktu pagi dan malam. Tubuh badan akan repair semula. Ini bukan merawat kencing manis tetapi ia adalah superfood untuk pesakit kencing manis.

Minyak saraf boleh disapu pada sekeliling pusat untuk stabilkan kencing manis, dengan syarat mesti ambil bersama kopi radix kunyit hitam.

Apabila ambil kunyit, mesti kena ambil dengan lada. Satu produk HPA yang dikeluarkan ialah Curcumin Plus. Ia adalah campuran lada putih dan kunyit. Ini adalah seni dalam sinergi. Jika kita ke India, kemudian kita lihat pula ayurvedic di Pakistan dan sebagainya, pengubatan ayuvedic, ubat-ubatan mereka mesti campurkan dengan lada hitam. Ia bertujuan untuk menghangatkan, untuk blood circulation.




Vertiligo ialah masalah kulit bertompok putih. Boleh guna lada putih yang dicampur kunyit dimakan untuk masalah kulit.

Jika pecah-pecah bibir disebabkan oleh masalah hormon, daun jotang kuda dipotong-potong, rebus bersama beberapa ruas kunyit. Minum, baik untuk masalah hormon, tokak lambung, perut, gastrik dan pencernaan.

Kunyit berkhasiat untuk darah tinggi. Jika darah haid tidak betul, kunyit di parut dan di minum airnya perahannya. Air kunyit baik juga untuk masalah prostat

Kunyit jika diambil banyak atau diambil setiap hari, ia akan membuatkan kulit atau muka menjadi kuning, tetapi pewarna kuning kunyit ini tidak kekal ia akan hilang. Panadol jika diambil dengan dos yang tinggi menyebabkan muka kita menjadi kuning.

Kunyit sebaik-baiknya kita ambil (tuai) ketika musim kering. Kunyit hitam digunakan untuk mengelakkan pembekuan darah (anti-coagulation).

Kunyit juga adalah sebagai makanan ayam. Ia adalah antibiotik bagi ayam agar tidak mudah diserang penyakit virus dan mati secara tiba-tiba, iaitu dengan cara memberikan air kunyit. Perubahan cuaca boleh menyebabkan kematian ayam.

Antara produk HPA yang menggunakan herba rizom ialah:

  • Kapsul Curcumin Plus
  • Kapsul Amada
  • Kapsul Kunyit Hitam
  • Kopi Radix Kunyit Hitam
  • Jahe Rambat
  • Madulia
  • Dan lain-lain lagi




KHASIAT KOPI RADIX KUNYIT HITAM
  • peningkatan tenaga & libido (prestasi seksual)
  • meningkat kekuatan otot & stamina.
  • anti diabetes (mengawal gula dlm darah)
  • resdung tahap kronik, alergik & kegatalan
  • anti- gastrik ulser.
  • penghadaman, sembelit , buasir.
  • rangsangan prestasi seksual (wanita) & monopous.
  • masalah obesiti.
  • migrain & sakit kepala.
  • penyakit kardiovaskular (strok & jantung).
  • anti kanser
  • anti stress
  • antioksidan tinggi


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760


Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional


























Khamis, 10 September 2020

DIY SCRUB UNTUK KULIT WAJAH

SCRUB WAJAH DENGAN SUMBER SEMULAJADI

Tips 1

Halba dikisar hingga menjadi serbuk.
Campurkan dengan aloevera dan 3 titis madu. Kelikatan hendaklah seperti paste.
Scrub lembut pada wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan sebentar paste scrub selama 5 minit.
Cuci bersih.
Kulit muka terasa sangat mulus dan fresh!
Tips 2
Serbuk tanah liat dicampur dengan aloevera dan setitis jus limau.
Scrub lembut pada wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan sebentar paste scrub selama 5 minit.
Cuci bersih.
Solusi untuk masalah kulit wajah berminyak!
Tips 3
Buah dragon fruit warna putih diambil isinya dan dilenyek menggunakan garpu.
Nak guna buah yang berwarna ungu juga tak mengapa, tapi nanti warna ungu pula kulit kan 🙂
Scrub lembut pada wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan sebentar paste scrub selama 5 minit.
Cuci bersih.
Solusi masalah kulit kering dan bergaris-garis.
Rasa anjal, suci sesuci lebaran!
Tips 4
Biji kacang soya yang telah dikisar jangan dibuang terus.
Ambil sedikit, campur dengan beberapa titis madu lebah kelulut.
Scrub lembut pada wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan sebentar paste scrub selama 5 minit.
Cuci bersih.
Untuk kulit normal agar lebih anjal, berseri-seri dan mulus.
Rasa so cute je pipi bernafas!
Tips 5
Halba yang dikisar jadi serbuk tadi, campur dengan putih telur dan 3 titis jus limau.
Jika kulit alergik dengan telur, gantikan dengan aleovera (tips 1)
Scrub lembut pada wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan sebentar paste scrub selama 5 minit.
Cuci bersih.
Untuk keanjalan kulit.
Rasa kulit lebih tegang selepas dicuci. Cubalah!
Tips 6
Serbuk kopi yang halus dicampur dengan sedikit madu.
Scrub lembut pada wajah dengan gerakan memutar.
Biarkan sebentar paste scrub selama 5 minit.
Cuci bersih.
Untuk merasakan ketenangan dari aroma kopi disamping membuang sel-sel kulit yang langka.
Kulit lebih bertenaga dan sihat!
Ok, selamat mencuba semua.
Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.
Norashikin Hasan

Ahad, 30 Ogos 2020

HAMIL SELEPAS MANDI AIR TASIK DAYANG BUNTING???



Wallahualam

Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Norashikin Hasan
Mantan Peruqyah Amatur

==================================================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional