PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Selasa, 26 November 2024

RADIX MUDA PLUS

Growth hormone dihasilkan dengan jayanya ketika usia 1 hingga 20 tahun. Setelah usia itu, paras GH akan menurun dan semakin kekurangan seiring dengan pertambahan usia. Metabolisma tubuh juga semakin menurun. Tanpa superfood, dan functional food, tubuh menjadi lemah dan daya tahan (imuniti) tubuh menurun.

Tahukah anda kopi Radix Muda Plus terdapat GH di dalamnya? Ia adalah superfood (drink) hasil sinergi herba yang bukan calang-calang. Maka sebab itulah kita selalu syorkan pengambilannya.

Bolehkah di minum setiap hari?
Boleh.
Jika demam virus, ambil 3 sachet sehari sudah memadai, biiznillah esok negatif.
Adakah Kopi Radix Muda Plus kategori herba panas?
Tidak, ia kategori herba sejuk, malah seimbang. Jika diambil oleh orang yang tubuh sejuk ia seimbangkan suhu tubuh. Jika diambil oleh orang yang tubuh panas ia juga seimbang kan suhu tubuh. Itulah hasil kepakaran herba oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad.
MaasyaAllah Subhanallah.
Adakah orang sakit boleh minum kopi ini?
Sememangnya ia dibuat khusus sebagai minuman orang sakit. Supaya tubuh dapat menangani tekanan, tambah tenaga, kurangkan rasa letih dan semestinya tambah fungsi sistem imun.
Orang yang ada masalah buah pinggang, DM, obes, masalah liver, darah tinggi, darah rendah, demam virus dan lain-lain insyaallah akan merasa hairan dengan perubahan baik pada tahap kesihatan
Daripada lemah tak bertenaga jadi lebih bertenaga malah bersemangat.
Daripada terbaring jadi boleh bangun berjalan nak buat kerja.
Jangan bimbang, orang sihat pun boleh minum
Hadza min faddhli Rabbi

Apa bahan kandungan di dalam kopi Radix Muda Plus sehingga ia benar-benar Kopi superfood?:
  • Tongkat Ali Putih
  • Siberian Ginseng
  • Dan 7 herba lain



Gabungan ini menjadikan ia sebagai kopi superfood yang lazat rasanya dengan aroma seperti kopi yang dipanggang dengan herba akar kayu. Superb!!!
Jangan tunggu lama-lama
Ilmu telah disampaikan
Anda bukan tidak mahu, sebenarnya anda tidak tahu
Hadiahkan buat diri sendiri, pasangan tercinta, ibu ayah, dan ahli keluarga sebagai hadiah terbaik buat mereka
Bagi yang serius ingin dapatkan boleh PM saya di link ini untuk info lanjut:
Norashikin Hasan

Ahad, 20 Oktober 2024

SOAL JAWAB KOPI RADIX (5)

SOAL JAWAB KOPI RADIX (4)

SOAL JAWAB KOPI RADIX (3)

SOAL JAWAB KOPI RADIX (2)

SOAL JAWAB KOPI RADIX (1)

TONGKAT ALI MENGUATKAN TULANG DAN IMUNITI

MENGKUDU UNTUK DEEP SLEEPING

SPIRULINA SI ALGA BIRU

BUAH MERAH DARI PAPUA - PANDANUS CONOIDEUS

Khasiat Buah Merah

Buah merah terkenal kaya dengan nutrisi dan sebatian bioaktif yang dipercayai memberikan pelbagai manfaat kesihatan, seperti:

Antioksidan: Buah merah mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, terutamanya beta-karotena, yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Asid Lemak Penting: Kaya dengan asid oleik dan asid linoleik, yang penting untuk menjaga kesihatan jantung serta mengurangkan tahap kolesterol.

Vitamin dan Mineral: Mengandungi vitamin C, vitamin E, serta pelbagai mineral seperti kalium dan zat besi, yang baik untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Antikanser: Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak buah merah mempunyai potensi sebagai agen antikanser, terutamanya dalam menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.

Anti-radang: Buah merah juga dikaitkan dengan sifat anti-radang, yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan keradangan seperti arthritis.


Penggunaan Moden

Pada masa kini, ekstrak buah merah banyak digunakan dalam suplemen kesihatan dan produk herba. Banyak kajian telah dilakukan untuk menilai potensi buah merah sebagai rawatan semula jadi untuk penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, dan kanser. Ekstrak minyak buah merah juga telah diolah menjadi suplemen dalam bentuk kapsul dan minyak esensial.

Potensi Penyelidikan

Kajian saintifik mengenai manfaat buah merah masih berada pada peringkat awal, tetapi hasil awal menunjukkan bahawa buah merah mempunyai kandungan fitokimia yang kaya dan potensi besar dalam bidang kesihatan, terutamanya dalam aspek antioksidan dan anti-radang. Penyelidikan lanjut terus dilakukan untuk memahami dengan lebih mendalam manfaat buah merah terhadap kesihatan manusia, termasuk penggunaannya dalam pencegahan dan rawatan penyakit serius.<center>


ASAM GELUGUR UNTUK KURUSKAN BADAN

KANGKUNG SEBAGAI PELAWAS

FAKTA MENARIK POHON ZAITUN

Jumaat, 6 September 2024

GANGGUAN MEDAN ELEKTROMAGNETIK TUBUH

Suatu hari seorang ibu datang berjumpa saya. Mengadu hal suaminya tidak dapat tidur selama tiga malam sejak bertukar shif kerja.

Saya bertanya, "suami ibu kerjanya bagaimana?"
Katanya, suaminya bekerja technician bangunan.
Si ibu ini sangat risau kerana dia percaya suaminya tidak boleh tidur mungkin kerana ada 'sesuatu' yang mengikutinya balik ke rumah sehingga tidak boleh tidur selama tiga malam berturut-turut. Suaminya menjadi panas baran dan meningkat naik tekanan darah kerana tidak tidur.
Si ibu meminta nasihat apakah ada air doa yang boleh dia gunakan untuk merawat masalah tidur suaminya.
Saya berikan seuncang tunas bunga mawar Turkiye dan sedikit garam bukit. Saya ajarkan cara penyediaan teh bunga mawar padanya:
1. Letakkan 7 hingga 9 kuntum tunas bunga mawar ke dalam segelas air panas mendidih
2. Tutupkan gelas tersebut beberapa minit
3. Setelah beberapa minit, masukkan 2 sudu makan madu lebah dan secubit kecil garam bukit.
4. Bacakan al Fatihah, kacau teh ini sehingga sebati.
5. Minum suam.
Kemudian, saya minta si ibu ini menyediakan air rendaman kaki untuk suaminya. Satu baldi air suam diletakkan dengan segenggam garam bukit. Kacau lawan arah jam. Siap untuk rendaman kaki.
Maknanya, selepas minum teh tunas mawar tadi, masukkan kedua-dua belah kaki hingga atas sedikit buku lali ke dalam air larutan garam. Sambil-sambil itu, tekan-tekan tapak kaki si suami itu dengan jari si ibu ketika tapak kaki suaminya masih lagi terendam di dalam air rendaman.
Begitu saya ajarkan.
Maka, pulanglah si ibu ini dan terus mengaplikasikan kaedah yang telah diajarkan.
Petang itu, si ibu tadi wasap saya dan beritahu sebaik sahaja minum teh tunas mawar, suaminya mula menguap. Kemudian ketika beberapa minit merendam kaki ke dalam air garam bukit, dia merasa mengantuk yang amat sangat. Belum sempat ditekan tapak kakinya. Dia minta untuk masuk tidur. Tidurnya lena sekali dari pagi hingga ke petang.
Tiga hari berikutnya saya bertanya, apakah malam sudah boleh tidur? Jawab si ibu tadi, alhamdulillah syukur sudah boleh tidur dengan lena sehingga hari ini tiada lagi gangguan tidur. Peristiwa ini sudah tiga tahun berlalu.
Begitulah, apabila terpadan penyakit dengan penawar, maka terawatlah penyakitnya. Ia bukanlah kerana gangguan 'sesuatu' yang mengikut balik ke rumah.
Sebenarnya ia adalah gangguan medan elektromagnetik pada otak. Dalam pengubatan herba, gangguan gelombang dan medan otak kita gunakan garam bukit.
Dalam pengubatan HPA, kita berikan salah satu atau dua daripada berikut
1. Wave - daripada sumber bunga mawar kawasan pergunungan yang sejuk. Dititis ke dalam kedua-dua belah mata agar ia terus sampai ke pusat saraf untuk memulihkan gelombang otak (MEM)
2. Garam bukit Himalaya
3. Kopi Radix Himalaya
4. E-Spray - daripada sumber garam gunung. Disemburkan di belakang telinga (tulang mastoid)
5. Deep C Spray - daripada sumber garam gunung berusia jutaan tahun, disemburkan di dalam air minuman
MaasyaAllah Subhanallah!
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maksudnya : Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Surah Ar Rahman : 13)



Khamis, 18 Julai 2024

WARKAH HATI TENTANG MURABBI (BHGN 3)

Indahnya bersama perjuangan ini

Jika seorang herbalis/perawat lupa sesuatu ubatan,
ada yang saling mengingatkan
ada yang saling beri bimbingan
ada yang saling membantu
ada yang saling memberi sokongan
Malah hasil didikan dan bimbingan Almarhum Murabbi Tn Hj Ismail b Ahmad, jawapan kita senada, sekata
Hanya sedikit beza pada ubatan dahulu dan kini sahaja
Kedua-duanya masih digunakan kita

Teringat kisah hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah
Setelah terbinanya masjid Quba,
Golongan Muhajirin dan Ansar bersaudara
Hasil persaudaraan itu membuahkan kasih sayang
Erti persaudaraan ini ialah seperti yang dikatakan oleh Muhammad al Ghazali supaya fahaman jahiliyyah itu dapat dibasmikan.
Maka, tidak ada keakraban melainkan di atas landasan Islam.

Menurut sirah, persaudaraan Muhajirin dan Ansar menyebabkan percantuman perasaan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Orang-orang Ansar sangat mengambil berat terhadap saudara-saudara Muhajirin mereka. Manakala, orang-orang Muhajirin membalas kebaikan itu dengan menghargai kemurahan hati orang Ansar. Mereka tidak mengambil kesempatan dan tidak mengaut hasilnya melainkan sekadar yang selayak dengan penat lelah mereka sahaja

Benarlah persaudaraan ini mempunyai hikmah yang begitu unik, dan bijaksana, penyelesaian yang hebat bagi menyelesaikan banyak permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Islam.

MaasyaAllah, kita dapat merasakannya di dalam jemaah ini
Berkongsi rezeki, dan beramah mesra antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dan beberapa negara lain
Sang Murabbi mempersaudarakan kita dengan begitu akrab sekali
Sehingga dalam setiap pertemuan dua negara ini
Kita belajar dalam kelas yang sama
Tidur di dalam asrama yang sama
Makan dalam dewan yang sama
Mandi dalam kamar mandi yang sama
Makan dan minum dengan juadah yang sama
Solat jemaah dan qiamullail bersama

Kata almarhum...
"Bisnes ini milik ummat"
"Kurangi bahagian ku, lebihkan bahagian mu"
Ertinya, almarhum guru mengajar dalam berurus niaga, ada sedekah, jangan lupa bersedekah
Berikan apa-apa hadiah yang kita boleh berikan kepada pembeli walaupun hanya satu sachet Kopi Radix
Tidak akan berkurang stok barangan kita jika kita memberi hadiah kepada pembeli
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk
Rezeki datang dari pelbagai arah

Ya, ini benar!
Kami melalui pengalaman ini.
Subhanallah!

Tidak terbayangkan kalau seorang perawat/herbalis itu hilang tempat rujukan
Tidak terbayangkan seorang perawat/herbalis itu sendirian tanpa pedoman dan motivasi harian

Bersama teman-teman seperjuangan sekurang-kurangnya mengingatkan kita dari tersungkur jatuh
Ada buku panduan dalam perubatan
Ada pegangan dan doktrin dalam perawatan
Pengubatan berbingkaikan Al Quran dan sunnah
Ada sumber rujukan yang jelas hasil karangan Murabbina Tn Hj Ismail b Ahmad

Ramai ahli HPA bertebaran di seluruh dunia, mereka mencatatkan nota ilmu mereka masing-masing yang diperolehi dari kuliah dengan almarhum guru kemudian mereka share ilmu tersebut ke muka buku terutamanya. Kemudian, grup-grup wasap, blog, website dan sebagainya

Apabila ada perawat/herbalis HPA ingin mencari info tentang sesuatu penyakit dan kaedah perawatannya, hanya perlu menaip kata kuncinya pada ruangan 'search' kemudian tekan 'enter'

Subhanallah, dengan satu kata kunci kita akan jumpa hasil nota teman-teman kita beberapa tahun lalu hingga saat ini, masih utuh dan sama seperti yang almarhum guru ajar bertahun-tahun lamanya

Ya Allah, rahmatilah kami
Rahmatilah perjuangan kami
Bantulah kami
Eratkanlah ukhuwah kami
Luruskanlah jalan kami
Amin ya Rabbal A'lamin

Ditulis oleh
Norashikin Hasan

#hpainternational
#rajakopiradix
#tnhjismailbahmadhpa

Isnin, 8 Julai 2024

WILL POWER


"Saat perang Uhud ketika pasukan Muslim sudah sangat lemah dan penuh luka, Rasulullah SAW mendengar akan ada penyerangan dari pihak musuh. Kemudian Rasulullah SAW membangkitkan semangat atau kekuatan fitrah dari pasukan Muslim, maka pasukan Muslim kembali merasa mendapat kekuatan.

Kekuatan itulah yang saat ini dikenal dengan nama 'Will Power'.

Akan tetapi Will Power belum lagi digunakan dalam pengobatan masa kini. Pengobatan sekarang masih sangat bergantung kepada kekuatan obat. Jika kita belajar dari Rasulullah SAW maka yang perlu kita lakukan ketika menghadapi seorang pasien adalah membangkitkan Will Power, sehingga memiliki semangat dan bersabar dalam menghadapi penyakitnya.

Ucapan Rasulullah SAW kepada seseorang yang sakit adalah ucapan Laa Ba'tsa (tidak ada apa- apa), sehingga akan timbul harapan pada pesakit tersebut."

Sumber : Tn Haji Ismail b Hj Ahmad, Kitab Perubatan JAWI HPA, 2018

Khamis, 13 Jun 2024

WARKAH HATI TENTANG MURABBI (BHGN 2)


Sebahagian orang bertanya...
Kuliah apa yang dihadiri dari pagi sampai lewat malam?
Apakah tidak kelelahan?
Aneh sungguh belajar begitu lama!
Apakah boleh masuk ke otak ilmu-ilmunya?
Bilakah masa rehatnya?
..........................
Sang murabbi mengajar kita untuk sehati dan sekata
Malah memberikan setiap daripada kita pil kesabaran
Sabarlah....Berpijak di mana sahaja,
Rapat ke tanah, jangan goyah
Walau 1000 tahun lagi pegangan dan kata kita sama
Sehingga orang tahu bila kita bicara, bicara kita sama
Sehingga orang kenal, kita adalah pejuang HPA
Kalau orang bertanya suatu perkara, jawapan kita sama
Itulah ajaran sang murabbi
Orang tanya apa bahan di dalam kopi Radix?
Jawapan kita sama... "7 herba"
Kata sang murabbi...
"Kita tidak boleh menyalahkan herba lain tetapi kita harus yakin bahawa herba kitalah yang terbaik "...
Orang tanya tentang.....
Ubat sakit angin, jawab kita sama
Ubat sakit kulit, jawab kita sama
Ubat sakit ketagihan, jawab kita sama
Ubat sakit jiwa, jawab kita sama
Ubat untuk lelaki, ubat untuk wanita..
Jawab kita juga sama
Kerana kita ada daftar ubat-ubatan kita...
Kerana kita ada daftar herba-herba kita....
Spraylogi di tangan kita
Subhanallah!
Kata sang murabbi...
"Berjatuhan satu persatu. Lekas bantu segera teman-teman. Jangan diam (tentang herba kita) meskipun kita di hina"....
Subhanallah!
Orang bertanya lagi.....
Bekam untuk apa?
Ujitis untuk apa?
Refleksologi itu apa?
PTB itu bagaimana?
Akupuntur untuk apa?
Mengapa Fashdu?
Terapi rotan itu di mana?
Mengapa Terapi lebah?
Jawapan kita seia dan sekata.
Kerana kita ada kaedah dan metode perawatan JAWI
Kita ada metode Herbalogi JAWI
Kita ada metode Spraylogi JAWI
Subahanallah!
Ketika orang bertanya lagi.......
Baja pohon? jawab kita POC
Antihama pohon? jawab kita Antihama
Antivirus pohon? jawab kita Antivirus
Malah kita juga ada Pestisida-R organik!
Cara halau tikus, jawab kita No Tikus Lagi
Cara lebatkan buah, kita ada ilmunya
Cara banyakkan telur ayam, kita ada ilmunya
Cara gemukkan ternakan, ilmunya di tangan kita
Kerana kita ada Pertanian Hidayah!
Kata sang murabbi...
"Andai aku sudah tiada, jangan tinggalkan petani-petaniku"...
Kasihnya sang murabbi pada petani
Diciptanya sebuah pegangan untuk panduan para petani
Agar saling bertolong-tolongan
Itulah Pertanian Hidayah
Subhanallah, Maasyallah!
Itulah kerinduan tak pernah henti.....
Tidak kenal maka tidak cinta
Apabila cinta ertinya rela berkorban
Berkorban harta dan nyawa
Berkorban masa dan tenaga
Nasihat dan motivasi sang murabbi...
"Belajar jangan sampai rasa bosan. Involve di dalam pengubatan herba, orang yang belajar herba mesti ada peningkatan ilmu setiap hari"
Oleh itu terbit keihlasan menghadiri majlis ilmu
Hanya kerana cinta dan rindu
Cinta pada kalam murabbi
Rindu pada bahasa cinta sang murabbi
Walau jauh beribu batu
Namun dek kerana rindu
Kita sanggup berlayar atas gelombang lautan
Kita sanggup terbang di langit awan
Kita rela meredah onak dan duri
Musafir dan kembara
Demi menadah ilmu dari sang murabbi
Bersama teman-teman seperjuangan se-Nusantara
Tarbiyyah sang murabbi menjadikan kita sama dan senada
Sama dalam matlamat dan tujuan
Senada dalam rentak dan perjuangan
Mermartabatkan ekonomi umat
Perniagaan ini adalah perniagaan ummah
Memperjuangkan tibbun Nabawi
Kalimat yang sering menjadi hiburan buat kita
'Bahu membahu kita bangun niaga ini'
'Jadikan umat sihat dan mandiri'
'Kita bekerja dengan keimanan kita'
'Bila ada 1000 Mujahid Akulah Satu Di Antaranya'
Apabila kita berhimpun bersama kita merasa indah dan kuat
Pertemuan dan perpisahan kerana Allah
Kata-kata semangat dan motivasi sang murabbi terngiang-ngiang di telinga
Maka terjawablah sudah....
Apa yang dipelajari dari pagi sampai lewat malam
Setiap pertemuan dengan sang murabbi
Selalu ada ilmu, pesanan, nasihat dan senda gurau
Begitu banyak
Tidak cukup sehari
Lalu ikut lagi di lain hari,
Begitulah setiap hari, minggu, bulan dan tahun
Tidak pernah jemu
Adakalanya tazkirah dan tazkiyyah
Sehingga membuat hati menangis
Tak kurang juga air mata halus menitis
Rindu yang tak pernah berhenti
-------------------------------------------------------------
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]
----------------------------------------------------------------------
Nukilan
Norashikin Hasan
Tg Malim Perak
13.06.2024
8.14 pm

Rabu, 22 Mei 2024

WARKAH HATI TENTANG MURABBI (BHGN 1)



Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
Allah SWT mengangkat martabat seorang guru, murabbi yang benar-benar ikhlas menyampaikan ilmu dengan kedudukan yang tinggi meskipun seorang guru itu telah lama meninggalkan kita.
Sehari dua ini kita merenung
Renungan fikir dan zikir
Kita cuba memuhasabah dan mengintropeksi diri sendiri
Kita ini tiada apa
Manusia biasa yang sering ada kelemahan
Ilmu, kemahiran, pengalaman, harta, keluarga, umur, kesihatan
Kesemuanya adalah pinjaman dari Allah
Kita takut tidak ada bekal yang dapat di bawa setelah mati
Lalu kita hanya penuhi hantaran-hantaran kita di dinding muka buku ini dengan hal-hal ilmu dan perkongsian dari guru kita yang dapat berbuah dengan buah yang barakah
Yang buah hasilnya dapat kita panen sama-sama di akhirat nanti
Kerinduan kepada guru terubat jua dengan memenuhi ruangan muka buku dengan suara dan penyampaian almarhum guru terutama almarhum Tn Hj Ismail b Hj Ahmad yang terlalu banyak jasanya kepada kita.
Guru yang memimpin aqal, dan jiwa kita hanya mengharapkan redha Allah semata-mata.
Guru yang memimpin akhlak kita semua untuk mencontohi akhlaknya Rasulullah SAW.
Malah yang lebih utama menyuntik kefahaman aqidah yang benar bergaris lurus Al Quran dan Sunnah.
Seringkali almarhum guru melarang kita untuk masuk ke dalam landasan Allah. Kerana almarhum guru takut kita tergelincir dengan aqidah yang salah.
Dikatakan oleh Imam Al-Mawardi di dalam Kitabnya:
وَمِنْ آدَابِهِمْ: أَنْ يَقْصِدُوا وَجْهَ اللَّهِ بِتَعْلِيمِ مَنْ عَلَّمُوا وَيَطْلُبُوا ثَوَابَهُ بِإِرْشَادِ مَنْ أَرْشَدُوا، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَعْتَاضُوا عَلَيْهِ عِوَضًا، وَلَا يَلْتَمِسُوا عَلَيْهِ رِزْقًا
Maksudnya: “Antara adab-adab mereka (guru) adalah menjadikan matlamat mendapat keredhaan Allah dengan mengajar sesiapa yang mereka ajar, mengharapkan ganjaran Allah SWT dengan memberi tujuk ajar kepada mereka yang diberi tunjuk ajar tanpa mengharapkan gantian dan tanpa mengharapkan rezeki daripadanya”. [Lihat: Adab dunia dan agama, 83]
Kami merindui kalammu wahai guru,
kami merindui nasihat-nasihatmu
Kami merindukan ucapan salammu setiap hari di corong telefon android
Ketika menulis warkah hati ini, pelupuk mata basah dengan rembesan air mata kerinduan
Wahai guru, ketika hayatmu, kau tidak pernah lupa kepada semua anak-anak didikmu dan sesiapa sahaja
Meskipun sedikit yang mahu mendapatkan manfaat, kau terus menyampaikan ilmu dan nasihat
Kita mahu bersama Nabi Muhammad SAW di akhirat nanti, kita juga mahu bersama guru-guru kita di kalangan umat ini, yang dihimpunkan juga bersama orang-orang yang soleh
Tetapi kita merasa tidak cukup amalan untuk bersama-sama mereka nanti, namun kita berdoa dan terus bermunajat
"Ya Allah, luruskan niat kami, ikhlaskan hati-hati kami, mudahkan urusan kami, bantulah kami dalam perjuangan ini meski kami tinggal seorang dan sendiri. Ketika kami merasa sendirian, janganlah Kau tinggalkan kami Ya Allah. Kami tidak kuat untuk berjuang tanpa kekuatan yang Kau berikan Ya Allah. Dampingkanlah kami dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang memahami jalan juang untuk menuju mardhatillah Mu ya Allah"
Kalaulah esok ajal kita, biarlah laman muka buku kita ini bermakna buat sesiapa sahaja yang ingin mengambil manfaat daripadanya
Semoga laman muka buku ini menjadi lahan perjuangan dan dakwah
Biar ia barakah yang berantai-rantai tanpa henti
Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kekuatan kepada para guru yang masih hidup dan mengampunkan dosa-dosa kepada guru-guru kita yang telah pergi. Amin ya Rabbal A'lamin.
Nukilan
Tg Malim Perak
22.05.2024

10.00 pm 

Sabtu, 4 Mei 2024

3 PESANAN PAK HAJI


Pak Haji Ismail b Ahmad (juga dikenali dengan panggilan Ayah Haji oleh anak-anak tahfiz) menyampaikan tiga pesanan kepada anak-anaknya. Pesanan tersebut berbunyi begini ;

𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚, kita mestilah ada keihklasan yang tinggi. Apabila kita membuat kebaikkan jangan mengharapkan kebaikkan kita itu dibalas. Biarkan kebaikkan itu sampai kepada semua orang. Umpama menanam tanaman tanpa mengharapkan hasil panen (tuai)
𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚, kita hendaklah menang tetapi tidak boleh ada pihak yang merasa dikalahkan. Biarkan semua orang merasa menang. Jika ada pihak yang merasa dikalahkan ertinya ia mencipta musuh yang banyak. Kalau tidak ada pihak yang rasa dikalahkan maka musuh akan bertukar menjadi kawan.
𝐊𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚, hidup kita ini mesti ada karya yang ditinggalkan yang dapat dinikmati oleh semua orang.
Itulah pesanan Pak Haji Ismail bin Ahmad yang dipetik daripada nasihat Sunan Kalijaga. Ia juga menjadi nasihat buat kami semua setiap kali mendengarkan kuliah-kuliahnya.
Foto : 2021, Pondok Pak Haji di Pusat Tahfiz Sains Pertanian Al Quran, Yan, Kedah