PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Khamis, 18 Julai 2024

WARKAH HATI TENTANG MURABBI (BHGN 3)

Indahnya bersama perjuangan ini

Jika seorang herbalis/perawat lupa sesuatu ubatan,
ada yang saling mengingatkan
ada yang saling beri bimbingan
ada yang saling membantu
ada yang saling memberi sokongan
Malah hasil didikan dan bimbingan Almarhum Murabbi Tn Hj Ismail b Ahmad, jawapan kita senada, sekata
Hanya sedikit beza pada ubatan dahulu dan kini sahaja
Kedua-duanya masih digunakan kita

Teringat kisah hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah
Setelah terbinanya masjid Quba,
Golongan Muhajirin dan Ansar bersaudara
Hasil persaudaraan itu membuahkan kasih sayang
Erti persaudaraan ini ialah seperti yang dikatakan oleh Muhammad al Ghazali supaya fahaman jahiliyyah itu dapat dibasmikan.
Maka, tidak ada keakraban melainkan di atas landasan Islam.

Menurut sirah, persaudaraan Muhajirin dan Ansar menyebabkan percantuman perasaan mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Orang-orang Ansar sangat mengambil berat terhadap saudara-saudara Muhajirin mereka. Manakala, orang-orang Muhajirin membalas kebaikan itu dengan menghargai kemurahan hati orang Ansar. Mereka tidak mengambil kesempatan dan tidak mengaut hasilnya melainkan sekadar yang selayak dengan penat lelah mereka sahaja

Benarlah persaudaraan ini mempunyai hikmah yang begitu unik, dan bijaksana, penyelesaian yang hebat bagi menyelesaikan banyak permasalahan yang dihadapi oleh orang-orang Islam.

MaasyaAllah, kita dapat merasakannya di dalam jemaah ini
Berkongsi rezeki, dan beramah mesra antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia dan beberapa negara lain
Sang Murabbi mempersaudarakan kita dengan begitu akrab sekali
Sehingga dalam setiap pertemuan dua negara ini
Kita belajar dalam kelas yang sama
Tidur di dalam asrama yang sama
Makan dalam dewan yang sama
Mandi dalam kamar mandi yang sama
Makan dan minum dengan juadah yang sama
Solat jemaah dan qiamullail bersama

Kata almarhum...
"Bisnes ini milik ummat"
"Kurangi bahagian ku, lebihkan bahagian mu"
Ertinya, almarhum guru mengajar dalam berurus niaga, ada sedekah, jangan lupa bersedekah
Berikan apa-apa hadiah yang kita boleh berikan kepada pembeli walaupun hanya satu sachet Kopi Radix
Tidak akan berkurang stok barangan kita jika kita memberi hadiah kepada pembeli
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk
Rezeki datang dari pelbagai arah

Ya, ini benar!
Kami melalui pengalaman ini.
Subhanallah!

Tidak terbayangkan kalau seorang perawat/herbalis itu hilang tempat rujukan
Tidak terbayangkan seorang perawat/herbalis itu sendirian tanpa pedoman dan motivasi harian

Bersama teman-teman seperjuangan sekurang-kurangnya mengingatkan kita dari tersungkur jatuh
Ada buku panduan dalam perubatan
Ada pegangan dan doktrin dalam perawatan
Pengubatan berbingkaikan Al Quran dan sunnah
Ada sumber rujukan yang jelas hasil karangan Murabbina Tn Hj Ismail b Ahmad

Ramai ahli HPA bertebaran di seluruh dunia, mereka mencatatkan nota ilmu mereka masing-masing yang diperolehi dari kuliah dengan almarhum guru kemudian mereka share ilmu tersebut ke muka buku terutamanya. Kemudian, grup-grup wasap, blog, website dan sebagainya

Apabila ada perawat/herbalis HPA ingin mencari info tentang sesuatu penyakit dan kaedah perawatannya, hanya perlu menaip kata kuncinya pada ruangan 'search' kemudian tekan 'enter'

Subhanallah, dengan satu kata kunci kita akan jumpa hasil nota teman-teman kita beberapa tahun lalu hingga saat ini, masih utuh dan sama seperti yang almarhum guru ajar bertahun-tahun lamanya

Ya Allah, rahmatilah kami
Rahmatilah perjuangan kami
Bantulah kami
Eratkanlah ukhuwah kami
Luruskanlah jalan kami
Amin ya Rabbal A'lamin

Ditulis oleh
Norashikin Hasan

#hpainternational
#rajakopiradix
#tnhjismailbahmadhpa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan