Beras adalah bijirin paling bergizi selepas gandum
Beras terbaik ialah beras macam orang dulu-dulu, iaitu beras yang masih kelihatan warna perangnya
Ada hadis terkenal daripada Aisyah r.a yang menyatakan,
"Beras mempunyai daya penyembuh dan tidak mengandungi sumber penyakit"
Hadis ini merujuk kepada jenis beras macam orang dulu-dulu
Beras sekarang berwarna putih bersih. Telah dibersihkan sebersih-bersihnya sehingga warna perang itu turut 'dibersihkan'.
Di manakah letakknya kebaikkan beras?
Kebaikkan beras itu terletak pada tanah tempat ia tumbuh
Kemudian dilihat pula pada warnanya
Beras, ubatnya ada pada hampasnya
Beras adalah antara sumber karbohidrat. Karbohidrat pula adalah sumber glukosa kepada tubuh badan manusia. Tanpa glukosa tubuh akan lesu dan letih.
Cuma, karbohidrat apabila diambil berlebihan akan meningkatkan gula dalam darah. Kesan jangkamasa panjang mengakibatkan terjadinya sindrom metabolik (Insulin Resistance Syndrome) yang akhirnya akan menyebabkan seseorang mengidap penyakit kencing manis (Diabetis Mellitus) dan masalah kegemukan (obesiti).
Apa lagi sumber karbohidrat?
Antaranya jenis ubi-ubian seperti ubi kentang, ubi keledek, ubi kayu, gandum dan lain-lain lagi.
Dalam pengubatan herba, kita berkongsi info kepada pengidap kencing manis. Pengubatan herba menyatakan penghidap kencing manis hendaklah mengurangkan pengambilan nasi, tidak melebihi 20 suap sehari.
Tanda-tanda yang dapat kita lihat bahawa seseorang itu menghidap kencing manis ialah 5L. Apakah 5L itu? Ia adalah
Letih
Lesu
Longlai
Lemah
Lupa
Selain itu penghidap kencing manis biasanya emosi mereka begitu sensitif, resah gelisah, tidak boleh tidur malam kerana suhu badan yang panas, sering berpeluh dan kerap buang air kecil, sering kehausan. Bagi penghidap kencing manis, ini bukan masalah gangguan jin dan syaitan ya, ini adalah kesan lebihan gula dalam darah. Take note!
Maka,pengubatan herba menjelaskan bahawa ubat yang paling baik untuk penghidap kencing manis ialah yang lebih kepada rasa pahit, berwarna hitam dan hijau.
Kencing manis adalah bersifat panas. Maka, herba yang berwarna hitam, hijau dan pahit adalah bersifat sejuk.
Makanan berwarna hitam contohnya jantung pisang, anggur hitam, ayam hitam, beri hitam, minyak habbatussauda yang lebih gelap warnanya, madu hitam dan sebagainya.
Warna hijau adalah merujuk kepada jus hijau. Jus hijau diminum minima 3 kali seminggu. Terbaik jika dapat minum segelas setiap hari. Jus hijau tanpa gula. Epal, daun saderi, brokoli contohnya, epal, avokado, belimbing besi diblend dengan segelas air mineral kemudian diminum airnya sahaja. Lakukan setiap hari untuk kesan yang lebih baik. Ini dapat menurunkan paras gula dalam darah sehingga ke tahap normal jika dilakukan terapi jus hijau ini sehingga enam bulan ke atas.
Baik,selamat mencuba!
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan