Khamis, 13 Ogos 2020

HERBA ANTI HISTAMIN UNTUK RAWATAN ALERGIK

Simptom alergik makanan bukan sahaja gatal pada kulit, malah bagi sesetengah orang berlaku bengkak dalam telinga, bengkak lidah, bengkak bibir, mata gatal, bengkak, berair dan merah.

Jika dilihat, kesan itu tampak pada kawasan kepala kan? Kawasan kepala yang meliputi mata, telinga, lidah, bibir, mulut.

Jika dilakukan diagnosis Iridologi, kita dapat mengenalpasti sejauh mana 'racun' itu telah pergi. Samada masih baru atau sudah lama ia bertumpuk di dalam tubuh dan menjadi bom jangka yang hanya menanti masa untuk meletus!... Ini dapat dilihat pada bacaan Scurf Rim dan Radii Solaris (heavy metal) pada iris mata.

Ammar si anak saya tahun lalu (2019) pernah bengkak lidahnya sehingga tidak boleh bercakap. Lidahnya membesar sehingga terkeluar lebih dari giginya. Kasihan melihatnya tak boleh tidur malam kerana ketidakselesaan yang dialami. Telinga pula berdengung kesan bengkak lidah itu. Setelah dikenalpasti, ia adalah kesan daripada makan udang sahaja. Walhal sebelum itu tiada masalah apabila makan udang dan seafood lainnya. Ini bererti pasti ada sesuatu yang trigger alergik tersebut.

Dua tahun sebelum itu kes sama berlaku (alergik), dua kali pada tahun yang sama (2017), Ammar bengkak matanya seperti disengat lebah. Bila diselidik, puncanya ialah pada snack jajan yang diberikan oleh sanak saudara. Semak ingredient memang tiada masalah, cuma ada perisa ayam. Tetapi pada usia tujuh tahun waktu itu, jajan itu adalah pertama kali dicubanya ketika berkumpul dengan saudara di kampung nenek. Terus bengkak matanya. Setelah dikenalpasti, Ammar alergik pada ayam. Kami tidak makan ayam pasar, kecuali ayam organik.

Untuk kes kes ini, saya berikan penawar kepada kesan racun itu. Dalam masa 24 jam bengkak itu reda dan tidak berulang lagi.

Ya, penyembuhan bagi setiap orang mungkin berbeza, bagi orang yang tidak ramah atau belum jinak dengan herba makanan ubat, tempoh penyembuhan mungkin mengambil masa. Bagi tubuh yang jinak, friendly, dan mesra herba dalam kehidupan seharian, apa sahaja penawar herba akan memberikan kesan yang cepat terutama pada kanak-kanak, InsyaAllah.

Dalam pengubatan herba HPA kita ada penawar yang boleh menawarkan racun/toksik yang membawa kepada alergi tersebut.

Pengubatan herba melihat kepada causative treatment, bukan simptomatic treatment.

Causative treatment dengan merawat 'punca' berlakunya masalah pada tubuh. Bererti, merawat akar permasalahan tubuh maka terawat lah simptom penyakit yang tampak di luaran tubuh itu secara tidak lansung.

Simptomatic treatment ialah merawat masalah yang terlihat secara luaran. Kaedah ini akan sembuh sementara tetapi tidak pulih sepenuhnya kerana 'racun' atau 'toksik' masih belum 'ditawarkan'. Maka potensi untuk kesan alergik itu berulang tetap ada dan bertumpuk/berhimpun dari dalam.

Dalam masa yang sama, pengumpulan toksik sekian lama ini membawa kepada permasalahan lain pula seperti kecacingan, resdung (sinusitis), pening, sakit kepala, jerawat, bintik pada wajah, bintik merah pada badan, adakala sakit perut tiba-tiba, lenguh otot kaki, nafas berbau dan jika ia kronik ia akan membawa kepada masalah buasir dan sebagainya. Semuanya berlaku tanpa kita sedari penyebabnya.

Baik, untuk kes-kes alergik, antara ubat herba yang kita cadangkan ialah (mengikut turutan keutamaan)
1. Antirac + minyak habbatus Sauda + teh pegaga
2. Coscinium plus + minyak habbatus Sauda + teh pegaga
3. Coscinium plus + Antirac + teh pegaga
4. Coscinium plus + teh pegaga + madu asli
5. Coscinium plus + teh pegaga
6. Coscinium plus + Ficus + minyak but-but (masalah resdung kronik sehingga menyebabkan buasir) sapukan minyak but-but pada bahagian rektum.

Terdapat antibiotik alami di dalam kapsul Coscinium Plus. Pada awal penghasilan ubat ini sekitar tahun 90-an lalu, ujikaji makmal telah menemukan bahan antibiotik di dalam kapsul ini. Makmal menyangkakan ada bahan kimia antibiotik yang hanya boleh diberikan oleh doktor perubatan yang berdaftar sahaja. Antibiotik tidak boleh dijual atau diberikan oleh sembarangan orang. Mengapa ia ada di dalam ubat herba Coscinium ini?

Rupa-rupanya, bahan antibiotik itu adalah dari pohon di dalam hutan, iaitu akar pohon periuk kera spesis Nepenthes gracilis. Terdapat ratusan spesis periuk kera, tetapi akar periuk kera inilah yang paling sesuai dijadikan ubat bagi masalah alergik dan sinusitis. Alergik pada makanan, debunga dan habuk boleh diberikan kapsul coscinium ini. Ia adalah antibiotik alami. Dari sumber alam.

Selain itu, terdapat juga akar mengkunyit (coscinium blumeanum) dan akar rumput rusiga (rhynchospora corymbosa). Umum mengetahui bahawa akar mengkunyit tidak asing lagi dalam pengubatan herba Melayu untuk merawat pelbagai penyakit. Daripada sumber akar tumbuhan, terdapat mineral yang tinggi dan itulah sumber vitamin C. Vitamin C mengandungi bioflavonoid yang digunakan untuk menambah keberkesanan herba.

Ada herba yang boleh diambil secara tunggal, ada herba yang perlu disinergikan.

Maka sebab itulah kapsul ini diberi nama coscinium plus. 'Plus' ialah 'tambahan' herba lain sebagai sinergi kepada herba makanan ubat itu. Jika ia kurang, maka ia saling menguatkan. Jika ia berlebihan, maka ia dapat menghalang kesan sampingan. Sinergi herba sangat membantu dalam permasalahan pada tubuh.

Tujuan sinergi ini adalah untuk
1. mempercepatkan keberkesanan ubat
2. mengurangkan kekerasan ubat
3. mengelakkan kesan sampingan

Pada peringkat awal pengambilan ubat ini, kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yang dikatakan direction of cure. Namun, ia hanya bersifat sementara. Penghidap alergi adalah dinasihatkan untuk mengelakkan makanan laut, ayam, ikan bilis, ikan masin, budu, cencalok, kicap, sos, sos tiram, belacan, tempoyak dan makanan peram yang lain.

Bagi yang alergi kepada habuk dan debunga, dan bulu haiwan, hindarilah kawasan berdebu, jemur bantal tidur dan karpet, serta jauhilah haiwan sementara tempoh penyembuhan.

Biiznillah, InsyaAllah.

Catatan tulisan di atas penulis perolehi dari himpunan kuliah yang disampaikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Semoga anda gembira dengan perkongsian ini.

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan