Jumaat, 5 Oktober 2018

MERAWAT BREAST KANSER

IKHTIAR RAWATAN PENYAKIT KANSER, KETUMBUHAN, CYST, FIBROID, TUMOR, BENGKAK, TUMOR & BISUL DENGAN PENGUBATAN SUMBER HERBA UBATAN

Kanser adalah sejenis penyakit degeneratif. Sel-sel menjadi tidak normal atau rosak berpunca daripada faktor radikal bebas.

Radikal bebas ini berasal daripada:
  • Radiasi daripada matahari
  • Sinar X
  • Pencemaran udara dan alam sekitar
  • Asap rokok
  • Makanan dan minuman
  • Minyak goreng berkali-kali (sangat karsinogen)
  • Racun serangga dan rumpai
  • Dan sebagainya
Herba antikanser kebanyakkannya ialah:
  • Herba sejuk
  • Herba-herba yang boleh mengecutkan
  • Herba yang mempunyai getah berwarna, atau kayunya mengeluarkan pigmen (warna)
  • Herba berduri (semakin halus durinya semakin kuat kesan antikansernya)
Berikut adalah penawar daripada sumber alam yang boleh menjadi ikhtiar kesembuhan untuk penyakit ketumbuhan, barah, cyst, fibroid, bisul, InsyaAllah:
  • Minyak biji aprikot - barah, ketumbuhan, fibroid, cyst
  • Minyak zaitun - barah
  • Minyak biji anggur - barah, bengkak
  • Shark Cartillage - barah, ketumbuhan, fibroid, cyst
  • Keladi tikus - barah
  • Akar pokok semalu - akar penyakit ketumbuhan
  • Minyak habbatussauda - barah, radang
  • Serbuk tanah liat (koalin) - bengkak, bisul
  • Durian belanda - barah
  • Cuka asli
  • Sireh - fybroid, cyst
  • Akar pohon Bajakah - akar penyakit barah
  • Dan banyak lagi yang tak tertulis di sini.

  • Infoto: Kuliah Herba | 8 Jun 2020 | Pendarahan Selepas Keguguran







"Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila terpadan penyakit dengan ubatnya nescaya akan sembuhah penyakit dengan izin Allah." (HR Imam Muslim dan Ahmad daripada Jabir R.A

Selain makanan di atas, berikut ini juga kaedah yang boleh diamalkan (pilih salah satu atau tiga cara berikut):

1)*air rebusan akar bajakah. Akar bajakah dihiris sehingga kuantiti 2 cubit sahaja. Jika tiada akar bajakah, ambil beberapa akar pohon semalu, rebus dengan 3 cawan air sehingga tinggal secawan air (api sederhana). tuang ke dalam cawan minuman. campurkan sesudu madu dan 3 titis minyak habbatussauda. minum sekali sehari. lakukan selama 3 hari, 7 hari. Lihat perkembangan, kemudian diulang lagi.

2)*air serbuk tanah liat diminum sekali sehari pada waktu malam. waktu pagi sebelum sarapan/waktu sahur boleh amal minum cuka dan madu yang dilarutkan dalam secawan air. lakukan sekali sehari selama 3 hingga 7 hari berturut-turut. minggu berikutnya boleh selang sehari. minggu berikutnya pula boleh selang 3 hari sekali.

3)*berbekam minima 3 bulan sekali juga dapat mengelakkan penyakit kronik, insyaAllah. Sekiranya seseorang itu telah menghidapi penyakit kanser, maka amalan herba adalah lebih utama berbanding rawatan fizikal.

Disamping ikhtiar menggunakan penawar dan ubat, digalakkan juga mengiringi setiap ikhtiar kecutkan ketumbuhan, bengkak, kanser, fyroid, cyst dengan membaca doa dan zikir munajat kepada Allah.

Ubat hanyalah asbab kepada kesembuhan. Kesembuhan itu datang dari Allah. Ikhtiar mencari penawar juga boleh menjadi asbab kepada kesembuhan.

Sumber rujukan ubat :
1) Kitab Perubatan Jawi, Thibbun Nabawi Tn Haji Ismail b Haji Ahmad, HPA
2) Kuliah Herba Jawi, Tibbun Nabawi, Tn Hj Ismail b Hj Ahmad, HPA International
3) Kuliah Herbalis Asean

Disclaimer : Untuk amal herba2 yg disebutkan diatas, pesakit digalakkan untuk dapatkan konsultasi herbalis bagi mengetahui cara dan disiplin pengambilan herba dengan lebih tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan