Rabu, 15 Februari 2017

PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT


Di muka Bumi ini ada ubat semulajadi yang boleh menjadi “Cure” atau “Penawar” untuk setiap penyakit. Semuanya terdapat dalam bentuk seperti herba-herba, sayur-sayuran rempah ratus dan buah-buahan. Selepas doa dan tawakkal, usaha juga amalkan memakan herba-herba, sayur-sayuran (yang tidak beracun), dan buah-buahan (yang asli dan bukan GMO).

Berikut adalah herba-herba yang sesuai sebagai ikhtiar dan “penawar” merawat penyakit:

1) Darah tinggi (High blood pressure): Bawang putih, jus lemon suam, Pisang, tembikai, daun rerama, teh peria, cuka madu, daun kucai, jus epal hijau.

2) Sakit kepala (Migraine): Teh Halia dan lemon, teh pudina.

3) Demam (fever): Jus limau nipis atau lemon, halia, minyak kelapa dara, sup tulang ayam, teh daun betik organik, madu lebah, air rendaman daun bidara atau air rendaman daun durian belanda atau air mandian asam jawa (dibuat mandi untuk turunkan suhu badan), biji selasih.

4) Barah (Cancer): Daun ganja, Halia, bawang putih , daun semambu, daun teh strobilla (daun pecah beling) teh daun rerama, daun kari, cuka madu, chia seed, minyak biji aprikot, durian belanda.

5) Sakit mata (eye problem): Kurma, Lobak merah, air zam-zam dititis kedalam mata, titiskan embun pagi yang terdapat pada daun nenas (untuk penglihatan lebih jelas)

6) Cirit-birit (Diarrhea): Bawang putih, pisang, garam himalaya, air kelapa muda, air zam-zam.

7) Gastrik: Air kelapa muda, Kurma, teh kunyit, susu kambing, madu lebah, gam arab (al manna)

8) Asthma: Pisang, bawang putih, daun rerama, madu lebah, habbatussauda.

9) Alzheimer (nyanyuk), pelupa kronik: Minyak kelapa dara (Virgin Coconut oil), luban.

10) Batuk (Cough): Jus nenas, Bawang putih, madu lebah, habbatussauda, minyak kelapa dara.

11) Gout: jus nenas, daun rerama, cuka madu.

12) Sakit jantung (heart disease): Lobak merah, cuka madu.

13) Sakit perut : Bawang putih, halia, air kelapa muda, air garam himalaya, minyak kelapa dara, gam arab (al manna)

14) Kencing manis (Diabetes): elak gula berlebihan. Detox dengan bawang putih , halia, cuka madu, daun kari, daun semambu, teh daun rerama, teh peria, teh strobila (daun pecah beling). Minum air garam himalaya dapat kurangkan keinginan terhadap makanan dan minuman manis. Chia seed dapat neutralizedkan gula dalam darah.

15) Stress : teh daun pudina, bunga cengkih, buah pelaga, koko, strawberry, teh lemon panas, luban dan lain-lain.

16) Anemia (kurang darah merah) : sayuran hijau, susu kambing, buah delima, madu lebah, madu delima, chia seed, kurma dan lain-lain.

Dalam makanan ada ubat dalam ubat tiada makanan.

Selamat Mencuba tips sihat dari saya Norashikin Bt Hasan !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan