Sabtu, 14 Januari 2017

MADU LEBAH : HADIAH DARI TUHAN UNTUK MANUSIA

MADU LEBAH SEBAGAI BAHAN PENGAWET 
Ribuan tahun lalu, manusia menggunakan madu lebah sebagai manisan dalam minuman dan makanan. Orang-orang Mesir dahulu kala mengawet makanan dengan madu kerana makanan mampu bertahan lebih dari sebulan. Ilmu perubatan moden di seluruh dunia telah membuktikan madu melebihi nilai dan manfaat luar biasa.
MADU LEBAH BAIK UNTUK SISTEM PENCERNAAN
Menurut beberapa pandangan herbalis, dengan mengamalkan meminum madu sekali seminggu, maka ia akan terhindar dari penyakit usus yang kronik.
Fakta perubatan cara Nabi saw (tibbun nabawi) pula menemukan bahawa memakan madu ketika perut kosong membantu bagi membersihkan tubuh kita dari lendir dan kahak. Madu menghilangkan zat-zat dan campuran berbahaya dari perut kita. Kesan yang sama turut berlaku untuk buah pinggang dan hati..Bercakap tentang penyakit dalam perut, madu juga boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit perut.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a: 


"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut(cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.

MADU LEBAH PENGHULU SEGALA PENAWAR
Banyak lagi khasiat madu antaranya mengubat sakit mata, meningkatkan stamina, meningkatakan ketahanan tubuh, menghilangkan kahak batuk, melawaskan pembunangan air besar, membersihkan hati dan pengeluaran air kencing, boleh menjadi pencuci muka, mampu membunuh kutu dan telur kutu, menjadikan rambut sihat dan tumbuh lebih cepat dan macam-macam lagi.
Para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkannya dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian amat membantu proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran ataupun racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. 

MADU MENGGALAKKAN PROSES PERTUMBUHAN TUBUH KANAK-KANAK

Seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah pertumbuhan sehingga menghadapi masalah lambat berjalan, mengamalkan 2 sudu kecil madu setiap hari selama 40 hari akan menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan ia mampu untuk berjalan. Bagaimana ia berlaku? Madu mengandungi karbohidrat (gula), air, garam mineral (magnesium, fosforus, sulfur, ferum, kalsium, potassium, iodine, sodium), protein, enzim, vitamin lengkap (A, B, B1, B2, B3, B4, B6, C, D, E, K, H), antioksida.


Kekurangan protein dalam badan akan mengakibatkan terbantutnya pertumbuhan tubuh badan bagi kanak-kanak khasnya, kekurangan enzim/hormon pula akan mengakibatkan tidak balas biokimia berlaku terlalu pelahan untuk pelbagai aktiviti sel. Ia juga mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak serta kulit berkedut serta pembengkakan pada badan khasnya di sekeliling abdomen, otot yang kecil dan rambut yang sedikit. Jika berlebihan pula ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah, lalu menghablurkan asid tersebut pada sendi-sendi dan akan menyebabkan gout dan di ginjal akan menyebabkan karang ginjal (jika hati tidak berfungsi dengan baik (rosak) bagi memproses protein yang berlebihan untuk dikumuhkan).


SISTEM KERJA LEBAH YANG LUAR BIASA!


Daripada perut lebah terhasilnya madu. Lebah memperoleh madu dari ratusan jenis bunga-bungaan tempatan yang ada disekeliling kita. Penawar dari tumbuh-tumbuhan ini dibawa oleh lebah dan diproses di sarangnya demi menghasilkan sejenis penawar yang terbaik untuk seluruh ummat manusia.

Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud; 

"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"


TAHUKAH ANDA MADU BERKHASIAT MENGIKUT WARNANYA?
  

Mengapa warna madu berbeza-beza?
Warna dan rasa madu dipengaruhi oleh kandungan mineral dan nektar bunga yang diambil oleh lebah. Oleh itu warna, aroma, rasa dan kandungan gula/ mineral/ vitamin/ enzim di dalam madu berbeza-beza antara satu sama lain. Zat warna yang membentuk warna madu adalah xantrophyl, carotin dan chlorophyl.

Setiap ciptaan Allah tidak pernah yang sia-sia. Maka, setiap madu tidak kira apa sahaja warnanya pasti ada kebaikan untuk kesihatan. Warna madu yang lebih cerah misalnya sesuai digunakan untuk tujuan kecantikan dan seri wajah. Namun ia tidak sedikit pun mengurangkan kualiti madu itu sebagai makanan tambahan untuk kesihatan fizikal.

MENGAPA TERDAPAT PERBEZAAN KELIKATAN PADA MADU?

Biasanya madu lebah hutan lebih cair daripada madu lebah ternak. Madu lebah ternak biasanya diambil tepat pada waktu tuaian iaitu waktu matangnya madu tersebut. Berbeza dengan lebah hutan, pencari madu hutan akan mengambil madu tersebut tanpa perlu menunggu waktu matang. Madu yang belum matang memerlukan air untuk proses fermentasi. Namun, sebagai pengguna madu, tiada masalah untuk kita konsume madu lebah hutan atau madu ternak kerana kedua-duanya ada nilai yang tinggi untuk kesihatan.Allah mengajarkan lebah cara membina sarang. 

Allah memerintahkan lebah supaya memakan hasil Bumi dan dari tubuh lebah itu keluar cairan yang pelbagai warna yang dapat menyembuhkan manusia. Allah s.w.t menciptakan Bumi, lebah, dan madu yang kita minum. 


MADU LEBAH MANA YANG TERBAIK?
Amat digalakkan bagi kita untuk mengamalkan madu tempatan untuk rawatan kesihatan atau memicu kesihatan pada tahap optimum. Berdasarkan konsep wathan, di mana ada penyakit, maka penawarnya juga ada di situ (sekelilingnya). Maka, madu tempatan adalah terbaik untuk orang tempatan.

SINERGI MADU LEBAH ASLI HPA DALAM PENGUBATAN PENYAKIT

Tahukah anda, madu adalah boleh boost 13 kali kekuatan herba? MAdu boleh menjadi bermaca-macam ubat, bergantung kepada herba atau buah-buahan yang dimasukkan. Dengan kombinasi madu dengan sebarang herba makanan dan minuman, ia boleh membantu memperkuatkan fungsi herba itu sendiri. Mengapa perlu sinergi? Tujuan sinergi ialah untuk mempercepat tindakan ubat, menguatkan fungsi ubat serta menyekat lebihan kimia di dalam sesetengah penawar herba. Antara sinergi terbaik madu dan herba ubat adalah sebagaimana beriku:

1. Madu + Cuka adalah enzyme terbaik untuk merawat masalah usus seperti sembelit, kecacingan dan gastrik. Ia juga baik digunakan sebagai bahan untuk colone cleansing.

2. Madu + Habbatussauda adalah ubat penahan sakit, antibiotik, dan anti-histamin, terbaik untuk masalah pernafasan seperti asma, lelah, batuk, resdung, alergi, kahak dan selsema.

3. Madu + Minyak Kelapa Dara adalah immune booster bagi bayi, kanak-kanak dan semua peringkat usia.  

4. Madu + Minyak Zaitun + Omega 3 amat baik untuk perawatan antikanser, anti kolestrol, jantung dan darah tinggi.

5. Madu + Minyak Biji Anggur adalah Vitamin C alami terbaik yang dapat melembapkan kulit wajah, memberikan awet muda, meningkatkan daya ingatan, dan menstabilkan ritma jantung.

6. Madu + Teh Pegaga amat baik dalam merawat penyakit berkaitan organ hati dan buah pinggang.





Untuk mendapatkan madu asli berkualiti tinggi dan diiktiraf, wasap saya di www.wasap.my/60135806760/madulebah



Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM,  berdaftar dengan KKM,  memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional


Tiada ulasan:

Catat Ulasan