PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Jumaat, 22 Ogos 2014

CARA MEMBUAT PEMBELIAN

PEMBELIAN

Untuk pembelian produk, whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760 

KAEDAH BAYARAN

Transfer online/Bank In/QR jumlah bayaran ke 




Akaun CIMB 
NORASHIKIN BINTI HASAN
7639977738

PEMBAYARAN

Selepas membuat pembayaran, sila wasap bukti bayaran yang di screenshot ke 
www.wasap.my/60135806760 untuk kami menyemak akaun dan tempahan anda. 

Kemudian, berikan maklumat berikut untuk tujuan pengeposan. 

NAMA: 
ALAMAT: 
NO TEL: 
PRODUK: 
 
Pembayaran sebelum jam 10.00 pagi akan di pos pada hari yang sama. 

Pembelian pada hari Jumaat selepas jam 10.00 pagi akan dipos pada hari Isnin berikutnya. 

Pembelian pada cuti umum akan dipos pada hari bekerja berikutnya.


PENGEPOSAN 

Kami menggunakan perkhidmatan POSLAJU sahaja atau J&T (jika perlu). Pengeposan mengambil masa antara 1-7 hari bekerja. Kebiasaannya dalam 24 jam hingga 48 jam. Bergantung pada tahap kelajuan pihak pos. 

Wang tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan pembelian ketika pengeposan telah dibuat. 

Setiap pembelian yang telah dipacking tidak akan dibuka semula untuk menambah pembelian anda. Boleh semak dengan kami sama ada sudah dipack atau belum. Kos pos akan bertambah seiring dengan penambahan berat barang.

Jika pembatalan pembelian dibuat selepas kami packing barang, kos pos tidak akan dikembalikan kecuali wang pembelian anda. Ini kerana kos pos melibatkan kos peralatan pembungkusan seperti bubble wrap, kotak, sampul pos, kertas alamat dan sebagainya. Boleh semak semula dengan kami samada sudah dipos atau belum.

Jika pembatalan dibuat selepas barang dipos, wang tidak akan dikembalikan kecuali jika anda poskan semula barang tersebut kepada pihak kami dalam keadaan yang masih baik seperti asal. 

Setelah produk dipos ke tempat anda, pihak kami tidak dapat menghubungi pihak pos sekiranya anda ingin menukar ke alamat lain atau ke gudang lain untuk collection. Ini berikutan kesukaran untuk menembusi line telefon pihak pos. Anda hanya perlu tunggu barang tersebut sampai ke alamat yang diberi atau berhubung dengan pejabat pos berdekatan anda untuk tracking barang tersebut.

TRACKING NUMBER

Tracking Number akan diberikan setelah pengeposan dibuat. Anda boleh membuat semakkan di sini setelah mendapat Tracking Number.


TERIMA KASIH 

Tempahan ini hanya akan diproses setelah kami menerima bukti bayaran yang telah lengkap. Terima kasih di atas pembelian dan kerjasama anda.






Khamis, 19 Jun 2014

MINYAK ZAITUN PALESTIN HPA

Minyak Zaitun Palestin HPA
Dalil Al-Quran tentang Minyak Zaitun:

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Dalil Hadis tentang Minyak Zaitun


Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

Konsep Cahaya ( Sudut Fizik)
Cahaya matahari ialah kehidupan. Tiada Cahaya Matahari, tiadalah kehidupan.Bila cahaya melalui matahari, kena ke daun, maka berlaku proses Fotosentisis.Membuat tenaga dan tenaga di perlukan manusia. Melalui proses itu memberi tenaga pada Minyak Zaitun. Di dalam minyak zaitun mempunyai Cahaya.

Negara Albania rakyatnya sihat walaupun tiada makanan kerana di rumah mereka ada pohon zaitun. Minyak Zaitun Ekstra Dara biasa kita kenali juga denan nama Extra Virgin Olive Oil (EVOO). Mengapa ekstra dara? Kerana ia tidak melalui proses pemanasan, ia dihasilkan dengan teknik 'coldpress' iaitu perahan sejuk tanpa haba.

Nabi s.a.w bersabda: “Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar daripada pohon yang diberkati” - (Riwayat Tirmizi)

“Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini membuktikan yang buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri.

Nama saintifik zaitun ialah Oleaeurofea. Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, dan zat besi. Buah 
zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di Greece. Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria. 

Mengikut sejarah, beratus-ratus tahun yang lalu, dalam puisi Romawi disebutkan bahawa buah Zaitun dapat memulihkan dan memperkuatkan daya tahan tubuh.

Sementara itu, Bapa Perubatan Moden, Socrates pula menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kuasa untuk merawat penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun dapat merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Manakala mengikut kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Saintis Jepun pula mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik umpama ia menjadi ikhtiar dalam menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Antara khasiat dan kebaikkan minyak zaitun yang ramai ingin tahu : 
  • meningkatkan kesihatan kuku
  • membantu mencegah penyakit batu karang
  • melambatkan penuaan sel-sel kulit dan melembutkan kulit
  • mengurangkan risiko penyakit nyanyuk (Alzhimer) untuk warga tua
  • memiliki ciri-ciri pencegahan iaitu anti kanser, anti oksidan, anti kolestrol
  • mencegah penyumbatan pembuluh darah (arterioklerosis)
  • mencegah penyakit kardiovaskular
  • mengelakkan dan merawat sembelit
  • merawat gastrik
  • merawat migrain
  • mengurangkan dan merawat resdung
  • memecahkan batu karang, batu hempedu
  • menghindari serta merawat gout
  • merawat artritis
  • merendahkan kolestrol dalam darah
  • menghilangkan parut
  • mengilatkan rambut
  • melembapkan kulit
  • membantu pertumbuhan tulang khususnya bagi kanak-kanak
  • mematikan kutu di kepala


Untuk pembelian Minyak Zaitun HPA,
Whatsapp kami di link ini www.wasap.my/60135806760/minyakzaitunhpa untuk pembelian.

Untuk mendapatkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan JAKIM, berdaftar dengan KKM, memiliki taraf pengilangan GMP dan National Pharmaceutical Beuro, wasap saya di www.wasap.my/60135806760

Kami membuat penghantaran melalui perkhidmatan poslaju. 

Untuk mendapatkan khidmat rawatan (bekam, akupuntur, refleksologi, dan urutan) sila dapatkan tarikh temujanji terlebih dahulu. Wasap saya di nombor ini www.wasap.my/60135806760

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional




















Selasa, 14 Januari 2014

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah iaitu pada 20 April 571 Masihi, hari Isnin. Dinamakan tahun gajah kerana pada tahun kelahiran Nabi itulah berlakunya peristiwa tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah menyerang Baitullah (Kaabah). Namun serangan itu telah digagalkan oleh Allah dengan menghantar burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah itu. Peristiwa ini terakam didalam A Quran ;

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
Ÿ تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ
 Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berduyun-duyun. Yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah liat yang dibakar. Sehingga mereka jadikan-Nya seperti daun-daun yang dimakan (ulat). (surah Al-Fil: 3-5). 

Biodata Nabi Muhammad SAW



 

 

SEJARAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW
Sumber : Media Massa


Keajaiban yg berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.:

1. Bonda Rasulullah (Aminah) tidak merasa susah sewaktu mengandungkan Baginda seperi ibu-ibu hamil yang lain

2. Sewaktu bonda Rasulullah sedang tidur, dia bermimpi didatangi oleh seorang Malaikat yang mengkhabarkan kepadanya bahawa dirinya sedang mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

3. Peristiwa cahaya berpindah dari wajah Abdullah (Ayahanda Rasululullah) ke wajah Aminah (Bonda Rasulullah)

4. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

5. Tanah-tanah di persekitaran yang asalnya kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

6. Aminah bermimpi turut mengalami mimpi menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit, seperti kapas putih yang terapung di angkasa. Malaikat itupun berdiri di hadapan Aminag lalu berkata "Khabar bahagia untukmu, wahai ibu kepada seorang nabi. Puteramu itu akan menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''


Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. :-

1. Sewaktu melahirkan Rasulullah, Aminah ditemani Asiah Binti Muzahim (Isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran (Bonda Nabi Isa). Ini menjadi petanda bahawa darjat Nabi yang lahir itu lebih tinggi Nabi Isa dan Musa. Telah diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil sebelum itu, bahawa akan lahir seorang nabi akhir zaman.

2. Bondanya menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh. Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

3. Aminah melihat Baginda dalam keadaan terbaring sambil kedua-dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

4. Awan turun menyelimuti tubuh Rasulullah sehingga beliau mendengar sebuah seruan '"pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

5. Berhala-berhala yang terdapat di persekitaran secara tiba-tiba rosak dan musnah.

Riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata: telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui."

6. Gegaran berlaku di istana Kisra dan menyebabkannya retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

7. Api yang disembah oleh orang-orang Majusi di negara Parsi, yang telah selama seribu tahun tidak terpadam, telah padam dengan sendirinya.

8. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.


Setelah baginda lahir:

1. Kerap berlaku tembakan bintang (shooting star) menjadi tanda tamatnya pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib.

2. Setelah Halimatus Sa'diah (ibu angkat dan ibu susuan) membawa Rasulullah ke ladangnya di pergunungan, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,

3. Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

4. Halimatus Sa'diah dan suaminya beberapa kali terlihat tompokan awan kecil berada di atas kepala Rasulullah seolah-olah ingin melindungi Rasulullah daripada panas matahari.

5. Ketika Nabi berumur empat tahun, sewaktu Baginda sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, datang malaikat Jibril dan Mikail, lalu membelah dada dan mengeluarkan segumpal darah dari dada baginda. Gumpalan darah itu dicuci dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Sesungguhnya kelahiran Nabi Muhammad s.a.w juga telah diketahui terlebih dahulu. Hal ini dinyatakan dalam kitab-kitab terdahulu iatu Taurat, Zabur dan Injil bahawa akan lahir seorang Nabi sebagai rasul yang terakhir.


Senyuman Perpisahan & Detik Kewafatan Rasullullah ᴴᴰ - Ustaz Don, Ustaz Harun Din, Ustaz Kazem

========================================================================= 

Marilah kita luangkan sejenak beberapa saat untuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW junjungan mulia. 

selawat solat ghaib

  SELAWAT MAULIDUR RASUL

  

CINTA NABI BERERTI CINTA UNTUK MENGAMALKAN SUNNAH BAGINDA MESKIPUN SEDIKIT, ASALKAN TIDAK MENINGGALKANNYA.


"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

Sunnah Nabi ada tiga bentuk; 1. Perkataan Nabi, 2. Perbuatan Nabi, 3. Iqrar (perakuan) Nabi. Kita sudah maklum sunnah perkataan dan perbuatan. Namun yang sangat penting untuk dihayati adalah sunnah perakuan Nabi sallallahu’alaihiwasallam kerana ramai yang tidak memahaminya.

Perakuan Nabi bererti Nabi tidak melakukan, dan tidak berkata apa-apa tentangnya. Sebaliknya Nabi membiarkan apa yang dilakukan pada zaman Baginda atau diam terhadap perbuatan yang dilakukan oleh sahabah.

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah:

"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian ulama' hadith]

2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Contoh hadith (sunnah) taqrir. Taqrir ialah: (a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan keredaannya; (b) menerangkan kebagusan yang diperbuat itu serta dikuatkan pula.



 100 سنة ثابتة

Kumpulan Seratus Macam Sunnah Nabi
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ: (( إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِليَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ ، وَمَا زَالَ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ باِلنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ: كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا ، وَإنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ ، وَمَا تَرَدَّدْتُ فِيْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِيْ عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ ، يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَ أَنَا أَكْرَهُ مُسَاءَتَهُ )) [ رَوَاهُ الْبُخَارِي:6502]

Diriwayatkan dari Abu Hurairah - radhiyallahu ‘anhu - ia berkata: Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wasallam-. telah bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala berfirman: “Barangsiapa yang memusuhi salah seorang wali-Ku, maka Aku telah mengumumkan peperangan kepadanya, dan tidaklah seorang hamba mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan sesuatu pekerjaan yang lebih Aku sukai dari apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku tidak henti-hentinya mengerjakan amalan-amalan sunnah (melengkapi amalan-amalan fardhu) sehingga Aku mencintainya, dan jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, dan penglihatannya yang dengannya ia melihat, dan tangannya yang dengannya ia melakukan pekerjaan, dan kakinya yang dengannya ia melangkah, dan jika ia meminta niscaya Aku kabulkan, dan jika ia mohon perlindungan niscaya Aku akan melindunginya, dan tidak pernah Aku enggan sedikitpun terhadap pekerjaan yang Aku lakukan seperti keengganan-Ku ketika mencabut nyawa orang yang beriman, ia membenci (kesulitan) dalam menghadapi kematian, sedangkan Aku tidak suka menyiksanya (ketika ajalnya datang menjelang).” (HR. Bukhari).



Sunnah-sunnah Tidur
1. Tidur dalam keadaan berwudhu
2. Membaca surah al Ikhlash, al Falaq, dan an Naas sebelum tidur
3. Membaca takbir dan tasbih sebelum tidur
4. Berdoa ketika terbangun saat tidur
5. Berdoa ketika bangun dari tidur dengan doa yang datang dari Nabi

Beberpa Sunah Wudlu dan Shalat
6. Madhmadhah (berkumur) dan istinsyaq (mengirup air kedalam hidung) dengan satu cidukan air
7. Berwudhu sebelum mandi
8. Membaca tasyahhud setelah berwudhu
9. Hemat dalam penggunaan air
10. Shalat dua rakaat setelah berwudhu
11. Mengulangi apa yang diucapkan oleh muadzin, lalu bershalawat kepada Nabi
12. Banyak bersiwak
13. Bersegera pergi ke masjid
14. Pergi ke masjid dengan berjalan kaki
15. Bergegas menuju shalat dengan tenang dan berwibawa
16. Doa masuk dan keluar masjid
17. Shalat menggunakan sutrah (pembatas tempat sujud)
18. Iq’a di antara dua sujud
19. Tawarruk pada tasyahud yang kedua
20. Memperbanyak doa sebelum salam
21. Melaksanakan shalat sunnah rawatib
22. Shalat Dhuha
23. Qiyamullail
24. Shalat Witir
25. Shalat di atas dua sandal (Jika diyakini kesucian keduanya dari najis)
26. Shalat di masjid Qubba
27. Melaksanakan shalat sunnah di rumah
28. Shalat Istikharah
29. Diam di mushalla (tempat shalat) setelah shalat fajar sampai terbitnya matahari
30. Mandi pada hari Jum’at
31. Bergegas menuju shalat Jum’at di awal waktu
32. Mencari saat mustajab pada hari Jum’at
33. Pergi menuju shalat ‘Ied melalui satu jalan dan pulang melalui jalan yang lain
34. Shalat jenazah
35. Ziarah kubur

Sunnah-sunnah Puasa
36. Sahur
37. Menyegerakan ifthar (berbuka), setelah benar-benar terbenamnya matahari
38. Mendirikan malam-malam Ramadhan
39. I’tikaf di bulan Ramadhan, khususnya pada sepuluh hari terahir
40. Puasa enam hari di bulan Syawwal
41. Puasa tiga hari setiap bulan
42. Puasa hari ‘Arafah
43. Puasa ‘Asyura (10 Muharram)

Sunnah-sunnah Safar
44. Memilih kepala rombongan
45. Bertakbir ketika menanjak dan bertasbih tatkala menurun
46. Doa singgah di sebuah tempat
47. Singgah di masjid terlebih dahulu ketika datang dari safar

Sunnah-sunnah Pakaian dan Makanan
48. Berdoa ketika memakai baju baru
49. Memakai sandal dengan kaki kanan
50. Membaca basmalah ketika akan makan
51. Mengucapkan hamdalah setelah makan dan minum
52. Duduk ketika minum
53. Berkumur setelah minum susu
54. Tidak mencela makanan
55. Makan dengan tiga jari
56. Minum dan berobat dengan air zamzam
57. Makan sebelum shalat ‘Iedul Fitri

Dzikir dan do'a
58. Banyak membaca al Qur’an
59. Membaguskan suara saat membaca al Qur’an
60. Mengingat Allah di setiap waktu
61. Tasbih
62. Mendoakan orang yang bersin
63. Mendoakan orang yang sakit
64. Meletakan tangan di atas anggota badan yang sakit disertai dengan doa
65. Membaca doa ketika mendengar suara ayam jantan berkekuyuruk dan berlindung (kepada Allah) ketika mendengar ringkikan keledai
66. Membaca doa ketika turun hujan
67. Berzikir kepada Allah tatkala akan masuk ke dalam rumah
68. Zikir kepada Allah dalam majlis
69. Membaca doa ketika masuk ke dalam tempat buang hajat
70. Berdoa ketika angin bertiup dengan kencang
71. Mendoakan kaum muslimin secara tersembunyi (tanpa sepengetahuan mereka)
72. Berdoa tatkala tertimpa musibah
73. Menebarkan salam

Beberapa macam sunnah
74. Menuntut ilmu
75. Mohon izin masuk (ke dalam kamar atau rumah seseorang) sebanyak tiga kali
76. Tahnik anak yang baru lahir
77. Akikah untuk anak yang baru dilahirkan
78. Membuka sebagian anggota badan agar terkena air hujan
79. Menjenguk orang sakit
80. Senyum
81. Saling berkunjung karena Allah ta’ala
82. Seseorang menyampaikan kepada saudaranya bahwa ia mencintainya
83. Menahan (menutup mulutnya dengan tangan) pada saat menguap
84. Berbaik sangka kepada orang
85. Membantu keluarga dalam pekerjaan rumah tangga
86. Sunnah-sunnah fitrah
87. Menyantuni anak yatim
88. Menjauhi sifat pemarah
89. Menangis karena takut kepada Allah
90. Shadaqah jariyah
91. Membangun masjid
92. Mudah dalam menjual dan membeli
93. Menyingkirkan sesuatu yang membahayakan dari jalan
94. Shadaqah
95. Memperbanyak amal saleh pada sepuluh Dzulhijjah
96. Membunuh cicak
97. Melarang seseorang agar tidak membicarakan setiap apa yang ia dengar
98. Mengharapkan pahala dan keridhaan Allah ketika menafkahi keluarga
99. Lari-lari kecil saat thawaf
100. Mengerjakan amal saleh secara kontinyu walaupun sedikit




Jika tidak dapat lakukan semua, lakukanlah satu persatu, sedikit demi sedikit sehingga terbiasa dalam kehidupan. Mudah-mudahan sunnah yang kita amalkan menjadi syafaat di akhirat kelak. Insyaallah. Rugilah kita apabila tidak mendapat syafaat daripada nabi saw sedangkan baginda adalah nabi akhir zaman yang begitu mencintai dan merindui umatnya.

Sebagai permulaan, kita mungkin boleh mengamalkan 7 sunnah ini dahulu :