PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Khamis, 25 September 2025

MYRTLE | MYRTUS COMMUNIS RATU BAGI SEGALA TUMBUHAN HARUM

LEBIH 500 TAHUN BERLALU...KARYA MEREKA MASIH 'HIDUP'

  
Beberapa hari ini saya buat sedikit rujukan pada buku Perubatan Nabi Karya Imam Jalaluddin As Suyuthi, dan Ibnul Qayyim al Jauzi untuk mencatat nota tambahan daripada kuliah perubatan herba oleh almarhum guru Tn Hj Ismail b Ahmad.
Ibnul Qayyim seorang tokoh perubatan yang berasal dari Afrika. Setelah hampir seratus tahun meninggalnya beliau, lahir pula tokoh yang mengumpul riwayat hadis tentang perubatan Nabi SAW iaitu Ibnu Suyuthi yang berasal dari Mesir.
Lebih 500 ratus tahun berlalu, sehingga kini karya mereka masih hidup dan menjadi rujukan ahli perubatan herba Muslim di seluruh dunia.
Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya apabila menemukan maklumat-maklumat herba yang luar biasa. Bagaimana telitinya, cermatnya, sabarnya ulama perubatan zaman lalu mengkaji, merawat orang dengan herba dan menulisnya untuk rujukan akhir zaman ini. Saya sungguh terharu.
Ilmu perubatan semakin hilang dari tangan umat Islam hari ini. Saya ada mencatat kata almarhum Tn Haji Ismail b Ahmad, "Barat telah menyesatkan ideologi dalam pengubatan. Mereka tiada konsep 'insyaAllah'. Mereka tiada konsep 'minallah'." Akhirnya pengubatan tersebut menemui jalan buntu meskipun perubatan tersebut canggih merentasi dunia moden hari ini.
Ubatan kimia hanya mencegah dan mengawal, ia tidak menghilangkan daripada tubuh badan. Ibarat menyapu sampah ke bawah karpet, sampah itu terus membusuk. Sedangkan pengambilan ubatan sumber alami menyapu bersih 'sampah' itu keluar tubuh.
Namun, pasti akan ada yang berkata, 'saya berubat di hospital, sembuh je', malah ada yang gembira berubat dengan kaedah syubhah lalu sembuh.
Ya benar, asas kesembuhan ialah pada keyakinan. Yakin perawatan itu dapat menyembuhkan meskipun menggunakan daripada sumber dan kaedah yang haram, ia akan sembuh juga. Kerana Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya. Kerana hamba itu telah berusaha. Allah mengizinkan kesembuhan tersebut.
Ketika iblis meminta izin untuk menyesatkan anak Adam, Allah mengizinkannya. Namun iblis sendiri mengatakan, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Lalu Allah berfirman dengan mengatakan tiada sesiapa pun di antara makhluk Ku dapat menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Rujuk kisah ini dalam Surah Hijr ayat 35-42
Namun harus ingat, sebenarnya pengubatan yang haram dan syubhah yang memberikan kesembuhan itu hanya pada tubuh kasar (fizikal), tidak pada tubuh halus (spiritual, emosi, mental).
Hati semakin gelisah, jiwa semakin resah, akal semakin terbeban dengan gangguan pada jirim kelabu yang ada di lapisan otak kesan daripada racun yang berkumpul berterusan, yang mengganggu sistem saraf dan hormon. Akhirnya manusia itu hilang kedamaian di hatinya.
Pengubatan yang dibawa oleh Nabi SAW, mengatakan setiap penyakit ada ubat. Sumber ubat ada dua, iaitu alamiah dan ilahiyah.
Misalnya kanser
Kanser tidak akan membunuhmu
Yang membunuhmu adalah kerana hipoksia
Apa itu hipoksia?
Tiada oksigen di dalam badan.
Penawarnya ialah pada sumber alam yang dapat menambah oksigen di dalam tubuh badan,
Hipoksia menjadikan tubuh badan terlalu berasid
Sel-sel abnormal mudah berkembang dalam keadaan berasid
Yang menambah oksigen di dalam tubuh badan ialah makanan sumber alkali
Rasulullah SAW, makanannya hampir keseluruhannya bersifat alkali
Subhanallah! Kaya oksigen.
Maka ketika kita mengubati diri, jangan lupa sumber kedua iaitu ilahiyah. Baca bismillah, baca al Fatihah.
Allah mendatangkan penyakit, Allah menyediakan penawarnya, Allah juga yang menyembuhkan penyakit tersebut
Jika belum sembuh, cuba lagi
Terus menerus beroleh pahala
Saya seorang yang hati tisu
Semakin belajar semakin rasa jahil
Apabila bertemu dengan maklumat baru hasil kajian ulama dan tokoh terdahulu, hati tisu ini menangis, pelupuk mata pula menitiskan air mata
Menangis bukan sedikit, tapi sehingga tidak cukup tisu!
Rasa terharu, takjub dengan keagungan Allah
Rasa terlalu kerdil dan tiada apa-apa
Diri hamba yang penuh kehinaan di hadapan Allah
Ilmu dan pengetahuan yang ada sekadar pinjaman
Perginya diri ini meninggalkan alam fana nanti, hilanglah segalanya
Daripada ada kepada tiada apa-apa
Tulislah..
Catatlah..
Untuk manfaat generasi anak kita pula yang akan datang
Biarkan ia barakah, insyaAllah
Norashikin Hasan
25/9/2025

Rabu, 17 September 2025

CARA MEMANASKAN MINYAK BUT BUT UNTUK URUTAN

Masukan botol minyak but but ke dalam bekas berisi air panas. Tunggu dalam 5 minit sehingga minyak but but menjadi suam. Siap digunakan untuk urutan. Kesannya luar biasa.

Anak kembung perut :
Sapukan minyak di betis dan urut perlahan betis anak dari pelipat lutut ke bawah menuju pergelangan kaki. Kesannya anak buang angin yang banyak dan tidur pun nyenyak.

Sakit perut/muntah/cirit-birit :
Minyak but but diminum 1 sudu. Terbaik jika dicampurkan dengan madu lebah. Minum bersama air suam


MINYAK BUT BUT

Minyak warisan perubatan Melayu yang bernilai tinggi. Kegunaannya yang pelbagai kadangkala ia juga dinamakan sebagai minyak seribuguna. Salah satu kelebihan minyak ini ialah teknik pemasakannya yang mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti :-

  • Tempoh pemasakan
  • Pemanasan menggunakan dapur kayu
  • Teknik menggaul herba ketika mendidih
Minyak ini tidak mengandungi bahan kimia malah boleh diminum untuk mengatasi ulser perut, kembung dan cirit birit. Sesuatu yang menghairankan ialah bilamana minyak ini sangat disukai oleh anak-anak kecil. Bagi membuktikan minyak but– but ini mesra alam, anda akan temui semut juga menyukai minyak ini.

Minyak But-But tidak menggunakan pewarna dan ia boleh diminum dengan selamat. Minyak ini boleh digunakan dari peringkat bayi sampai kepada orang tua. Kelebihannya terlalu banyak seperti :-
  • Patah
  • Seliuh
  • Asma
  • Kembung perut
  • Urutan selepas bersalin
  • Batuk
  • Cirit birit
  • Luka
  • Melecur
  • Menghitamkan rambut
  • Gastrik
  • Ulser
  • Kecantikan kulit muka
  • Urutan anak-anak demam
  • Darah beku di kepala
  • Sakit lutut
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit pinggang
  • Kuruskan badan
Minyak but-but bukan sebarang herba tetapi minyak yang sangat banyak kegunaan dan testimoninya. Setiap buah rumah sepatutnya memiliki minyak ajaib ini untuk kes-kes kecemasan tertentu. InsyaAllah. Semua penyakit dan penawar datang dari Allah jua.



Jumaat, 8 Ogos 2025

TIMBUL GEGATA SELEPAS KELUAR DARI HUTAN

DI MANAKAH LETAKNYA KEKUATAN MADU TUALANG?

Lebah membawa manisan daripada bunga

Getaran sayap lebah menukarkan manisan bunga menjadi madu
Subhanallah!

Lebah kelulut (Trigona) tidak ada sengatan
Madunya masam manis yang kuat
Madu kelulut lebih tinggi kandungan propolis berbanding madu lebah biasa
Madu kelulut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai superfood sejak 2017

Lebah Tualang (Apis Dorsata) adalah lebah madu terbesar di dunia
Apis dorsata atau lebah madu gergasi berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Ia tidak terdapat secara semula jadi di Eropah atau negara Arab, kerana habitatnya lebih sesuai dengan iklim tropika dan kawasan hutan hujan.

Lebah tualang biasanya membina sarang di pokok tinggi, tebing batu, dan bangunan di kawasan seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Lanka, Nepal, dan Filipina. 

Lebah tualang dikenali kerana tingkah laku agresif dalam mempertahankan sarang mereka dan tidak boleh diternak seperti lebah madu biasa.
Sengatannya lebih kuat berbanding lebah mellifera dan lebah cerana
Sengatan seekor lebah tualang boleh menyebabkan sesak nafas
Namun, penawarnya ada pada madu tualang itu sendiri

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu." (Surah An Nahl : 68)

Kerana Allah telah memerintahkannya untuk membuat sarang di tempat tinggi
Setiap hari tanpa gagal, lebah tualang mengunjungi bunga untuk ambil manisan demi amanah menghasilkan penawar untuk manusia


Lebah Eropah (Apis Mellifera)


Mengapa madu tualang nama diberi? 
Kerana lebah ini dikatakan membuat sarang pada pokok tualang.

Pokok tualang adalah pokok hutan yang tertinggi yang terdapat di Malaysia dan Asia. Purata ketinggian 50 meter hingga 100 meter atau lebih kurang ketinggian 15 tingkat.

Mempunyai batang putih yang halus dan merupakan pokok yang dipilih lebah terbesar (Apis Dorsata) untuk membina sarang madu mereka.

Di Malaysia, madu Tualang biasanya dituai antara Mei hingga Julai. Ini adalah musim utama apabila lebah telah mengumpulkan nektar yang mencukupi dan madu mencapai tahap kematangan yang optimum.

Selain itu, di kawasan utara Malaysia seperti Hutan Ulu Muda, musim menuai boleh bermula lebih awal, sekitar Februari hingga April, apabila lebah madu gergasi tiba dari bahagian lain di Asia untuk membuat sarang di pokok-pokok kanopi hutan hujan.







Pencari madu tualang berada antara hidup dan mati ketika berada tinggi di atas pokok tualang. Bertarung nyawa utk mendapatkan madu

Ilmu dan kemahiran mencari pokok tualang, memanjat pokok tualang dan mengambil sarang lebah perlu dipelajari daripada generasi tua di kampung-kampung

Biasanya kemahiran ini diwarisi secara turun temurun oleh sesebuah keluarga

Jadi, dimanakah letaknya kekuatan madu tualang?
Jawapannya, di mana sarangnya dibina.
Iaitu pada pohon tualang yang tinggi
Selain itu, kekuatan madu tualang juga terletak pada nektar ribuan bunga yang diambil oleh lebah di dalam hutan, yang bebas daripada baja kimia dan racun kimia

Siapakah yang membajai bunga-bunga di hutan agar ia tetap tumbuh subur kalau bukan Allah telah menyiapkan baja alami untuknya

Kalau ada orang menjual madu tualang, jangan minta harga dikurangkan.
Kerana Allah yang tentukan harganya tinggi.

Lihat sahaja di mana ketinggian madu ini, sesuai dengan harganya juga yang tinggi.

MaasyaAllah!

Madu liar termahal dari hutan Malaysia 
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu tualang berkesan membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dalam kalangan wanita yang putus haid, setanding dengan ubat moden. Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Prof Dr Rosline Hassan berkata penemuan itu hasil kajian sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita berusia 45 tahun dan ke atas. "Kami membuat satu perbandingan antara wanita yang diberikan madu tualang secara konsisten iaitu sebanyak 20 gram sehari selama empat bulan dengan wanita yang mengambil ubat moden. "Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang," katanya kepada Bernama di luar Koloquium mengenai Kajian Produk Semulajadi dalam Kesihatan, di USM Kubang Kerian hari ini (26 Sep 2016).
Sumber info : https://berita.mediacorp.sg/.../kajian-madu-tualang...


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. 

Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah Herba Jawi

Rabu, 23 Julai 2025

KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN

Kita adalah apa yang kita makan. Makanan dan minuman akan mempengaruhi tubuh badan, rohani, cara berfikir, emosi

Ulama terdahulu sering berpesan agar kita berhati-hati dengan sumber makanan, cara penyediaan dan siapa yang menyediakan. Ulama sangat teliti dalam memastikan sumber makanan tidak syubhah. Mereka menghindari makanan yang diperoleh secara ragu atau melibatkan unsur haram.

Begitu juga dengan pengubatan. Ubat ubatan yang kita amalkan sangat kuat mempengaruhi tubuh badan, jiwa, akal dan emosi.

Ubatan herba adalah yang terbaik kerana diakhirnya ia memberi kesan kepada kecantikan kulit. Memberikan kecerdasan pada akal kerana otak diperkaya dengan oksigen. Memberikan ketenangan pada jiwa dan emosi kerana herba memulihkan hormon dan memberikan rasa tenang dan bahagia.

Salah satu sebab doa tidak mustajab ialah makan dan minum dari sumber yang haram atau syubhah.

Sa’ad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah SAW bagaimana menjadi orang yang mustajab doanya. Baginda menjawab: "Wahai Sa’ad, perbaikilah makananmu, nescaya engkau akan menjadi orang yang mustajab doanya." (Diriwayatkan oleh al-Tabarani dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh sebahagian ulama)


Foto 1 : Severe Constipation and Toxic Megacolon. Meskipun foto ini tidak berkaitan dengan cerita saya di atas, namun saya ingin tunjukkan contoh kolon tersumbat seorang remaja perempuan yang mengalami sembelit bertahun-tahun sehingga kesihatanya merosot, dan psikologinya terganggu akibat keracunan telah menyebar ke seluruh tubuh badan.
Sumber foto :




Foto 2 : Kolon tersumbat membawa kepada kanser kolon.

Pernah diagnose usus?
Pernah lihat keadaan usus sendiri?
Bagaimana nak tahu keadaan usus selain daripada X Ray, Barium enema dan MRI? Itu baru diagnosis, belum rawatan lagi. Bayangkan berapa agaknya kos diagnosis itu? Bagaimana pula dengan masa yang diperuntukkan untuk tunggu giliran, dan sebagainya.

Sebenarnya iridologi dapat memberikan jawapan yang tepat berkaitan usus. Menarik bukan.

Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah herba Jawi HPA