Beberapa hari ini saya buat sedikit rujukan pada buku Perubatan Nabi Karya Imam Jalaluddin As Suyuthi, dan Ibnul Qayyim al Jauzi untuk mencatat nota tambahan daripada kuliah perubatan herba oleh almarhum guru Tn Hj Ismail b Ahmad.
Ibnul Qayyim seorang tokoh perubatan yang berasal dari Afrika. Setelah hampir seratus tahun meninggalnya beliau, lahir pula tokoh yang mengumpul riwayat hadis tentang perubatan Nabi SAW iaitu Ibnu Suyuthi yang berasal dari Mesir.
Lebih 500 ratus tahun berlalu, sehingga kini karya mereka masih hidup dan menjadi rujukan ahli perubatan herba Muslim di seluruh dunia.
Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya apabila menemukan maklumat-maklumat herba yang luar biasa. Bagaimana telitinya, cermatnya, sabarnya ulama perubatan zaman lalu mengkaji, merawat orang dengan herba dan menulisnya untuk rujukan akhir zaman ini. Saya sungguh terharu.
Ilmu perubatan semakin hilang dari tangan umat Islam hari ini. Saya ada mencatat kata almarhum Tn Haji Ismail b Ahmad, "Barat telah menyesatkan ideologi dalam pengubatan. Mereka tiada konsep 'insyaAllah'. Mereka tiada konsep 'minallah'." Akhirnya pengubatan tersebut menemui jalan buntu meskipun perubatan tersebut canggih merentasi dunia moden hari ini.
Ubatan kimia hanya mencegah dan mengawal, ia tidak menghilangkan daripada tubuh badan. Ibarat menyapu sampah ke bawah karpet, sampah itu terus membusuk. Sedangkan pengambilan ubatan sumber alami menyapu bersih 'sampah' itu keluar tubuh.
Namun, pasti akan ada yang berkata, 'saya berubat di hospital, sembuh je', malah ada yang gembira berubat dengan kaedah syubhah lalu sembuh.
Ya benar, asas kesembuhan ialah pada keyakinan. Yakin perawatan itu dapat menyembuhkan meskipun menggunakan daripada sumber dan kaedah yang haram, ia akan sembuh juga. Kerana Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya. Kerana hamba itu telah berusaha. Allah mengizinkan kesembuhan tersebut.
Ketika iblis meminta izin untuk menyesatkan anak Adam, Allah mengizinkannya. Namun iblis sendiri mengatakan, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Lalu Allah berfirman dengan mengatakan tiada sesiapa pun di antara makhluk Ku dapat menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Rujuk kisah ini dalam Surah Hijr ayat 35-42
Namun harus ingat, sebenarnya pengubatan yang haram dan syubhah yang memberikan kesembuhan itu hanya pada tubuh kasar (fizikal), tidak pada tubuh halus (spiritual, emosi, mental).
Hati semakin gelisah, jiwa semakin resah, akal semakin terbeban dengan gangguan pada jirim kelabu yang ada di lapisan otak kesan daripada racun yang berkumpul berterusan, yang mengganggu sistem saraf dan hormon. Akhirnya manusia itu hilang kedamaian di hatinya.
Pengubatan yang dibawa oleh Nabi SAW, mengatakan setiap penyakit ada ubat. Sumber ubat ada dua, iaitu alamiah dan ilahiyah.
Misalnya kanser
Kanser tidak akan membunuhmu
Yang membunuhmu adalah kerana hipoksia
Apa itu hipoksia?
Tiada oksigen di dalam badan.
Penawarnya ialah pada sumber alam yang dapat menambah oksigen di dalam tubuh badan,
Hipoksia menjadikan tubuh badan terlalu berasid
Sel-sel abnormal mudah berkembang dalam keadaan berasid
Yang menambah oksigen di dalam tubuh badan ialah makanan sumber alkali
Rasulullah SAW, makanannya hampir keseluruhannya bersifat alkali
Subhanallah! Kaya oksigen.
Maka ketika kita mengubati diri, jangan lupa sumber kedua iaitu ilahiyah. Baca bismillah, baca al Fatihah.
Allah mendatangkan penyakit, Allah menyediakan penawarnya, Allah juga yang menyembuhkan penyakit tersebut
Jika belum sembuh, cuba lagi
Terus menerus beroleh pahala
Saya seorang yang hati tisu
Semakin belajar semakin rasa jahil
Apabila bertemu dengan maklumat baru hasil kajian ulama dan tokoh terdahulu, hati tisu ini menangis, pelupuk mata pula menitiskan air mata
Menangis bukan sedikit, tapi sehingga tidak cukup tisu!
Rasa terharu, takjub dengan keagungan Allah
Rasa terlalu kerdil dan tiada apa-apa
Diri hamba yang penuh kehinaan di hadapan Allah
Ilmu dan pengetahuan yang ada sekadar pinjaman
Perginya diri ini meninggalkan alam fana nanti, hilanglah segalanya
Daripada ada kepada tiada apa-apa
Tulislah..
Catatlah..
Untuk manfaat generasi anak kita pula yang akan datang
Biarkan ia barakah, insyaAllah
Norashikin Hasan
25/9/2025
Tiada ulasan:
Catat Ulasan