ILMU diagnosis SEBUAH ILMU TAUHID. Jangan meramal tetapi hendaklah mengenal. Organ yang terlibat di dalam pemerhatian (diagnosis) ialah:
Petunjuk atau kelemahan organ atau sistem di dalam tubuh badan tidak boleh disandarkan kepada perkara yg akan berlaku pada masa hadapan. Adalah salah jika kita mengatakan "anda akan kena serangan stroke pada masa hadapan" ini disebut sebagai meramal dan tidak diizinkan oleh Islam.
Apa yang boleh kita katakan ialah "kelemahan di tubuh anda boleh membawa kepada stroke jika tidak berhati-hati. Ini bererti tidak semestinya akan berlaku kerana tidak ada sesiapapun yang mengetahui perkara akan datang, boleh jadi ada sebab lain yang menyebabkan kemungkinan serangan penyakit itu tidak berlaku.
Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.
Selain memerhatikan atau mendiagnosis pesakit dengan 4 organ seperti di atas, perawat juga perlu menyelidik 4 perkara penting yang lain seperti di bawah:
Perawat perlu menyoalselidik sejarah keluarga pesakit. Terdapat penyakit-penyakit yang boleh diwariskan melalui genetik. Tindakan mengenalpasti sejarah pesakit dapat membantu pengecaman dan mempercepatkan proses perawatan.
Pesakit pasti mengeluh dan menyuarakan perasaan kepada perawat yang diyakininya. Pelbagai keadaan disuarakan seperti kesakitan, penderitaan, masalah harian dan sebagainya.
la mempengaruhi keadaan kesihatan samada secara fizikal, mental, emosi dan spiritual yang melibatkan pekerjaan, kekeluargaan, penginapan, riadah, ibadah dan sebagainya. Mereka yang hidup sihat berdasarkan cara hidup Islam akan lebih sihat dan bahagia.
Dalam satu hadith qudsi, Allah menegaskan bahawa Dia sentiasa bersama dengan apa disangka oleh hamba Nya. Fikiran yang positif pasti membuahkan kejayaan sebaliknya pemikiran negatif mendatangkan risiko dengan mengubah reaksi kimia tubuh menjadi tidak seimbang menerusi pengeluaran hormon kortisol dan menjadi punca penyakit.
Pada keseluruhannya, terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi kesihatan yang boleh dijadikan panduan iaitu
1) HERBA
Setelah kita kembalikan orang sakit itu, bahawa yang menyembuhkan sakit itu adalah Allah. Kita berikhtiar jangan lupa membaca suratul Fatihah, kita juga perlu ingat bahawa sesuatu herba yang baik untuk seseorang belum tentu baik untuk orang lain. Sebab itu Allah ciptakan banyak herba kerana herba ini sesuai untuk si A belum tentu sesuai untuk si B.
Kita kena sanggup untuk mencuba daripada satu herba kepada satu herba yang lain. Sebab itulah pengalaman sangat-sangat penting sebab cara melihat (approach) kepada sesuatu herba itu melihat kepada perilaku tubuh badan orang yang sakit tersebut.
Kadang-kadang banyak orang bertanya, saya melihat bagaimana ketika datang orang yang pertama mengadu sakit begini-begini diberikan herba begini-begini. Orang kedua sakit yang sama tetapi herba yang berbeza. Kenapa ada dua perbezaan herba daripada sakit yang sama? Kerana ada dua perbezaan manusia yang datang. Kita lihat grup darah pun dah berbeza. Darah A, AB, O, dan B.
Oleh sebab itu, di situ pun ada perbezaannya. Maka satu herba yang baik untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain. Maka kita kena memilihnya yang mana satu herba sesuai. Namun begitu kalaupun herba itu tidak sesuai untuk diri seseorang, ia tetap melakukan perawatan. Sebab semua herba mempunyai vitamin, mineral dan zat-zat aktif. Ia merawat dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Tetapi kerana ia tidak tepat, kita kena cari yang lebih tepat. Adakah rugi herba yang kita ambil itu? Tidak rugi malah akan jadi semakin baik. Ambil herba tubuh akan jadi semakin baik, paling minima ia ada anti oksidan.
Anti oksidan ialah antibody untuk tubuh badan manusia. Kalaupun ia tidak boleh menghilangkan penyakit kanser bagi orang yang ada sakit kanser tetapi ia meningkatkan sistem imuniti dan mengurangi (gejala/kesakitan).
Herba tidak jadi seperti api, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Ubat kimia seperti api, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Herba, ia tetap. Semakin banyak semakin bagus sebab mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang ada pada herba itu sangat sesuai, sangat halus dengan kulit tubuh badan kita.
Berbeza dengan kimia. Kimia bersifat kasar. Tubuh akan reject. Tubuh akan cuba mengeluarkan kimia pertama kali kita mengambilnya. Oleh itu semakin banyak (kimia) masuk ke dalam tubuh badan kita, semakin menggigil, lemah, dan semangat semakin luntur. Akhirnya kita menjadi drug addict, pecandu narkoba. Kalau tidak makan ubat, akan jadi lemah. Dia rasa hidupnya sudah jadi gelap.
Herba tidak bersifat demikian. Herba kalau kita ambil berterusan, ia tidak merosakkan ginjal. Hanya pendapat-pendapat sebahagian daripada mereka yang tidak faham tentang kerja herba sahaja yang mengatakan ia merosakkan ginjal dan sebagainya. Hatta kepada herba-herba.
Pak Haji berikan contoh bagaimana di dalam tubuh badan kita terjadinya batu karang. Batu karang di dalam ginjal ada dua jenis. Satu daripada kolesterol, satu daripada kalsium oksalat. Kalsium oksalat sejenis batu pasir yang akan pecah dan menyebabkan kencing berdarah, perih, sukar kencing dan sebagainya. Ada pohon-pohon yang mempunyai kalsium oksalat, misalnya pokok philanthus niruri dan philanthus urinari iaitu pokok dukung anak (meniran, amin buah).
Di sudut akal kita mengatakan kalaulah kita ambil kalsium oksalat, dan sudah ada kalsium oksalat di dalam ginjal, lagi bertambah kalsium oksalat! Tidak di dalam herba, kalsium oksalat di dalam pokok meniran bila direbus dan di minum pada orang yang ada batu karang, ia hancur. Ia tidak menambah kalsium oksalat.
Ini dikatakan satu konsep yang disebut sebagai bahan yang sama digunakan untuk merawat penyakit yang sama. Ini suatu konsep yang cukup jelas. Doktrin kita.
Sesuatu yang manis menjadi ubat kencing manis. Misalnya pokok tebu gajah manis, pokok lemba, kulit kayu manis digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Ada beberapa konsep di dalam doktrin pengubatan herba ini yang harus kita kukuh untuk kita faham.
Namun, doktrin ini tidak semestinya berjalan dalam semua tempat. Ada ketikanya herba yang sangat baik untuk ginjal, untuk pelawas, untuk usus ialah herba yang bersifat pahit. Tetapi herba pahit ini kalau kita ambil bagi orang yang sudah rosak ginjal, yang menggunakan mesen haemodialisis, ketika dia mencuci darah, darah menjadi beku. Sesuatu herba yang kita guna pada peringkat awal sudah tidak sesuai lagi digunakan. Ini di sebut pengalaman.
Kita harus mempunyai pengalaman yang luas dalam perawatan. Pengalaman yang luas ini tidak berada di dalam dewan kuliah, tidak ada dalam kuliah Pak Haji. Ia ada dalam perawatan yang bapak ibu sendiri yang praktikkanya.
Mudah kalau kita berjumpa dengan seorang perawat yang telah membuat ilmu perawatan, berdiskusi lebih mudah daripada mereka yang buat ilmu perawatan tetapi banyak teori-teori yang berlegar dari akal dan pemikiran.
Alam pemikiran dengan alam realiti dua alam yang berbeza. Orang yang pintar membawa mobil di tengah kota tidak sama dengan orang yang belajar teori membawa mobil sahaja.
Apabila kita belajar ilmu herba kita jumpa pesakit-pesakit, kita memberi harapan, holistic healing. Kita juga kena faham bahawa satu herba yang baik untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain. Kita kena ada pilihan-pilihan yang lain. Walau bagaimana pun herba tetap akan memberi kesan kepada orang tersebut.
2) AL HIJAMAH
Kita kena balik kepada pengubatan Nabi SAW. Itu sebagai teras. Apa terasnya? Al Hijamah. Kita kena ajar ilmu bekam. Orang sakit itu harus dibekam. Bekam pada 17,19 dan 21 haribulan Islam. Boleh bekam setiap hari bagi orang stroke.
3) RIADA/OLAHRAGA
Apabila berbekam, herba akan menjadi lebih berkesan. Sama seperti orang beriadah. Beriadah dan keluarkan keringat. Maka herba boleh diserap apabila di makan, herba lebih efektif. Berbanding orang yang makan herba tapi badannya dingin, tidak berkeringat, tidak berpeluh. Bagaimana nak buat supaya herba itu efektif pada tubuh badan? Suruh orang itu berjalan. Kita berikan sedikit paksaan kepada orang yang lemah dan tidak boleh berjalan itu. Bila diikutkan lemah tidak boleh berjalan, lama-lama dia lansung tidak akan kuat.
Tulang dan otot jika tidak digunakan akan jadi semakin lemah. Akibat daripada dia tidak mahu bergerak, akhirnya ia akan jadi kaku. Maka, herba susah untuk efektif.
Banyak tidur menyebabkan sembelit dan kurang minum air, serta kurang berfikir. Bagaimana nak menjadi pemicu kepada jentera itu? Kita mesti beriadah. Antaranya kita riadah berjalan.
Fisioterapi, kita suruh orang stroke berjalan supaya dia tidak semakin kaku.
Apabila usia kita meningkat, pergerakan akan menjadi semakin kaku, keras dan kurang elastik. Kalau dulu kita boleh melembutkan otot, sekarang sudah keras. Apabila tubuh badan semakin kaku kita hendak tidur sahaja, maka herba semakin tidak efektif.
Apabila kita hendak mula ambil herba mesti ada riadah. Setiap hari mesti ada riadah berjalan.
Jika kita stress, kita duduk diam, kaku. Duduk di bawah tangga dalam gelap, terpuruk. Jatuh terpuruk. Jika terus duduk begitu, ia akan semakin parah.
Cuba keluar lihat cahaya, berjogging, beriadah. Bagi orang stress, jangan cerita lagi pasal stress. Tapi kalau kita berjogging pada setiap hari, hilang stressnya. Sebab itu orang pergi zumba. Di tempat Pak Haji ada zumba. Mereka berzumba berlari melompat satu jam. Mengapa? Apa kenanya? Daripada duduk relaks-relaks tiba-tiba pergi melompat satu jam.
Apabila melompat satu jam, dia keluarkan hormon bahagia dan gembira. Esok dia nak pergi lompat lagi, kerana apa? Esok dia nak gembira lagi. Betul. Ini adalah satu kaedah penggerakkan.
Apabila ambil herba, kita kena ada pergerakan. Bekam mesti ada untuk keluarkan darah-darah yang kotor.
Yang kedua, mesti ada riadah. Sebab Nabi SAW suruh berenang, memanah, berkuda. Nabi tidak suruh duduk diam membatu. Tidak! Nabi suruh bangun. Nabi kata bertebaranlah kamu. Sirru! A’la barakatillah. Kamu akan diberkati Allah. Saad bin Abi Waqqas, kuburnya di China. Ada kubur-kubur sahabat di Afrika, mereka bertebaran di atas muka bumi ini untuk menyampaikan Islam.
3) URUTAN/PIJATAN
Yang ketiga, ketika kita ambil herba kita kena ada pijatan atau urutan. Urut itu penting, ia bertujuan untuk relaxing. Untuk relakskan badan kita. Kita makan herba sudah betul tetapi badan kita keras, kaku, tidak relaks. Apabila dipijat, ia sembuh dengan izin Allah.
Apabila kita stress, kita urut di bahagian belakang, bahu dan sebagainya. Ini kena ikut program yang Pak Haji buat nanti insyaAllah. Kita ulang lagi pijatan untuk relaxing. Ketika kita pijat, kita gunakan minyak yang wangi. Minyak But But bolehkah? Boleh juga. Tapi ada minyak yang wangi, yang beraroma. Halia, ilang-ilang, melati, cempaka, sedap malam. Apabila kita urut, akan dapat relaxing. Kalau di luar negara mereka guna bunga-bunga yang ada di tempat mereka. Ada urutan, herba kita bagi juga.
Ketika kita pijat orang kita ingat bukan tujuan untuk sakit. Pak Haji tidak seuju pijat orang menggunakan kayu, batu. Tidak setuju. Pijatan mestilah kelembutan. Tidak semestinya sakit. tetapi kalau betul point, orang itu akan rasa…subhanallah! Bukannya setelah dipijat ia demam satu minggu. Kerana kesan daripada pijatan itu. Itu bukan cara untuk kita pijat.
4) TERAPI ROTAN
Termasuk juga dalam ilmu pijatan yang telah Pak Haji terapkan di Malaysia dan Indonesia menggunakan rotan. Terapi rotan hanya ada dalam pengubatan kita sahaja. Kalau kita tengok tempat-tempat orang menggunakan rotan, itu mereka ambil daripada pengubatan kita. Daripada kaedah pengubatan kita. Ambil daripada konsep merotan yang Nabi suruh rotan. Tetapi rotan untuk tujuan pengubatan.
Pijatan yang paling penting adalah di bawah tapak kaki. Kalaupun kita tidak pijat, tidak urut, tapi basahkan (dengan minyak but but) di tapak kaki pada setiap malam. Ia membuatkan darah akan beredar kuat ketika kita sedang rehat. Ramai di kalangan kita yang menggunakan kaedah itu apabila seseorang itu selepas bersalin.
Minyak dilumurkan di bahagian kaki, pakai stokin. Ini kaedah yang paling bagus untuk semua penyakit. Gunakan MBB atau Minyak Pak Haji (MPH). Dipanaskan pada bahagian kaki di waktu malam. Cara panaskan ialah dilumurkan biar ia basah. Jangan pakai stokin yang terlalu ketat. Jika tiada stokin, gunakan kain sahaja.
Ketika kita nak urut tapak kaki, pegangkan kaki iaitu jari-jari kaki ditarik ke belakang. Ada satu urat di antara ibu jari dan jari kedua. Ada urat yang menegang di situ, timbul dan besar. Urat tersebut dipijat dan dilembutkan. Anak-anak kencing malam, urat itu juga yang diurut. Urutan itu sampai ke ubun-ubun kepala kita.
Kita menunggu orang sakit, kita tidak tahu di mana kita nak urutkan, urutlah di tapak kakinya, di urat tersebut. Ini juga termasuk di dalam pijatan dan banyak lagi titik-titik istimewa untuk kita pijat. Nanti bila-bila Pak Haji buat kursus di Yan ini, datanglah. Ataupun silakan datang sahaja. Ditentukan bila mahu datang. Di sini ada tempat untuk menginap dan sebagainya. Belajarlah dari masa ke masa. Tiga hari pertama menjadi tetamu Pak Haji, percuma. Hari yang keempat kena bayarlah. Kalau tak mahu bayar, mesti bekerja di ladang-ladang kita, pergi tengok pisang, pergi tanam cabai, ternak ayam dan sebagainya. Hasil kerja itu tolak balik daripada perbelanjaan tinggal di sini. Belajarlah sampai pintar, sampai pandai. Sampai boleh pulang membuka tempat perawatan sendiri.
Cuma kalau bawa orang sakit, Pak Haji tidak ramai orang yang dapat membantu Pak Haji di sini. Semuanya sibuk. Pak John Henry dari Bangkahulu, Pak Mukmin dari Dumai. Mereka ada banyak tugasan yang harus mereka buat dan tidak sempat untuk menjaga khusus kepada orang sakit. Orang sakit itulah yang datang bersama orang yang akan menjaganya. Mungkin kena ambil homestay berdekatan sini. Duduk di sini bersama orang sihat, itu tidak sesuai. Di sini tempat pembelajaran, bukan tempat orang sakit rawat dan inap. Belum sampai masa lagi. Nanti kalau dah sampai masa barulah Pak Haji akan buka. Fokus sekarang ialah Pak Haji nak menyebarkan ilmu. Sebagai pusat penyebaran ilmu.
4) SAUNA
Baik, yang keempat ialah sauna. Ramai orang tidak tahu cara membuat sauna alami. Daripada Herba Tuju Angin sudah boleh buat sauna. Herba IMT juga boleh buat sauna. Daripada teh herba boleh buat sauna. Macam mana? Selalunya kita bayang sauna kita duduk satu tempat seperti kamar yang keluar asap (wap). Kita tidak perlu begitu. Sauna ini hanya cukup dengan seketul batu sungai sahaja. Di tempat Pak Haji ini ada batu sungai. Percuma. Ambil sahaja di sungai itu bagi dalam sikit, mudah kita nak mandi.
Panaskan batu tersebut, ambil HTA dibancuh dalam air. Air itu dititiskan di atas batu panas tersebut. Ia keluar asap (wap), maka asap itulah yang kita wapkan. Wap ke muka, wap ke badan. Selalunya orang perempuan selepas bersalin dia wapkan di bahagian sebelah ‘bawah’ dalam kedudukan berdiri, dan pakai kain. Itu kaedah yang paling mudah. Kalau nak ke rumah sauna itu mungkin agak susah. Batu dipanaskan sahaja.
5) BERTUNGKU
Bertungku, besi atau batu dipanaskan, dibalut dengan kain yang dimasukkan daun capa, daun kunyit dan daun mengkudu. Balut perlahan-lahan lalu dituamkan dan diletakkan di perut, ari-ari peha, betis, tapak kaki. Pak Haji cadangkan daripada guna besi, biarlah guna batu. Penggunaan batu lebih baik, ada alasannya nanti Pak Haji terangkan.
Sauna, kita ambil air dan rebus. Air mendidih, kita letakkan wajah dan tutup dengan kain. Ini selalunya Pak Haji ajar orang yang hidungnya hampir rompong, nak keluar hidungnya itu kerana sinusitis, kanser hidung. Sauna dengan air rebusan daun sirsak plus daun pegaga. Campur dan rebus untuk kita sauna wajah. Hirup atau sedut wap itu dalam-dalam supaya ia beri blood circulation. Termasuk juga kita rebuskan daun sambiloto yang dimasukkan sedikit dengan garam. Kita buat rendaman kaki.
Sauna sampai badan berkeringat. Sampai tulang belakang kita berkeringat. Itulah rawatan-rawatan yang mesti kita buat. Boleh gunakan kunyit, sambiloto, brotowali, akar seruntun, pasak bumi, akar mengkudu. Apa juga herba aromatik, atau herba pahit. Boleh juga gunakan daripada bunga kelapa yang masih belum terbuka, selalu orang gunakan untuk buat sauna. Itulah sauna yang kita maksudkan. Bukan sauna di rumah-rumah sauna. Tidak semestinya itu.
Bukan belajar herba ini, apabila dia belajar, hanya makan herba sahaja, sakit makan herba. Perlu ada kaunselingnya, perlu ada teknik berkata-kata dengannya. Teknik untuk meningkatkan semangat hidupnya kembali. Ada pijatan, riadah, senamnya dan lain-lain. Apabila kita aplikasikan kesemua teknik-teknik ini, itulah yang dinamakan pengubatan JAWI. Itulah juga pengubatan tibb Nabawi. Pengubatan yang melengkapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan