PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Ahad, 15 Mac 2026

SENI PENGUBATAN JAWI (THE ART OF JAWI HEALING)

 

ILMU diagnosis SEBUAH ILMU TAUHID. Jangan meramal tetapi hendaklah mengenal. Organ yang terlibat di dalam pemerhatian (diagnosis) ialah:

  1. Organ tubuh
  2. Mata (iridologi)
  3. Lidah
  4. Nadi
  5. Tapak tangan

Petunjuk atau kelemahan organ atau sistem di dalam tubuh badan tidak boleh disandarkan kepada perkara yg akan berlaku pada masa hadapan. Adalah salah jika kita mengatakan "anda akan kena serangan stroke pada masa hadapan" ini disebut sebagai meramal dan tidak diizinkan oleh Islam. 

Apa yang boleh kita katakan ialah "kelemahan di tubuh anda boleh membawa kepada stroke jika tidak berhati-hati. Ini bererti tidak semestinya akan berlaku kerana tidak ada sesiapapun yang mengetahui perkara akan datang, boleh jadi ada sebab lain yang menyebabkan kemungkinan serangan penyakit itu tidak berlaku.

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.


Selain memerhatikan atau mendiagnosis pesakit dengan 4 organ seperti di atas, perawat juga perlu menyelidik 4 perkara penting yang lain seperti di bawah:

1. SEJARAH KELUARGA

Perawat perlu menyoalselidik sejarah keluarga pesakit. Terdapat penyakit-penyakit yang boleh diwariskan melalui genetik. Tindakan mengenalpasti sejarah pesakit dapat membantu pengecaman dan mempercepatkan proses perawatan.

2. KELUHAN PESAKIT

Pesakit pasti mengeluh dan menyuarakan perasaan kepada perawat yang diyakininya. Pelbagai keadaan disuarakan seperti kesakitan, penderitaan, masalah harian dan sebagainya.

3. GAYA HIDUP

la mempengaruhi keadaan kesihatan samada secara fizikal, mental, emosi dan spiritual yang melibatkan pekerjaan, kekeluargaan, penginapan, riadah, ibadah dan sebagainya. Mereka yang hidup sihat berdasarkan cara hidup Islam akan lebih sihat dan bahagia.

4. GAYA BERFIKIR

Dalam satu hadith qudsi, Allah menegaskan bahawa Dia sentiasa bersama dengan apa disangka oleh hamba Nya. Fikiran yang positif pasti membuahkan kejayaan sebaliknya pemikiran negatif mendatangkan risiko dengan mengubah reaksi kimia tubuh menjadi tidak seimbang menerusi pengeluaran hormon kortisol dan menjadi punca penyakit.

Pada keseluruhannya, terdapat beberapa lagi faktor yang mempengaruhi kesihatan yang boleh dijadikan panduan iaitu 

  • Pekerjaan
  • Status tidur
  • Tahap Stress
  • Keadaan usus
  • Kadar hormon
  • Spiritual

Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad
Pengasas Perubatan Jawi & Spraylogi
Catatan : Norashikin Hasan

1) HERBA
Setelah kita kembalikan orang sakit itu, bahawa yang menyembuhkan sakit itu adalah Allah. Kita berikhtiar jangan lupa membaca suratul Fatihah, kita juga perlu ingat bahawa sesuatu herba yang baik untuk seseorang belum tentu baik untuk orang lain. Sebab itu Allah ciptakan banyak herba kerana herba ini sesuai untuk si A belum tentu sesuai untuk si B.

Kita kena sanggup untuk mencuba daripada satu herba kepada satu herba yang lain. Sebab itulah pengalaman sangat-sangat penting sebab cara melihat (approach) kepada sesuatu herba itu melihat kepada perilaku tubuh badan orang yang sakit tersebut.

Kadang-kadang banyak orang bertanya, saya melihat bagaimana ketika datang orang yang pertama mengadu sakit begini-begini diberikan herba begini-begini. Orang kedua sakit yang sama tetapi herba yang berbeza. Kenapa ada dua perbezaan herba daripada sakit yang sama? Kerana ada dua perbezaan manusia yang datang. Kita lihat grup darah pun dah berbeza. Darah A, AB, O, dan B.

Oleh sebab itu, di situ pun ada perbezaannya. Maka satu herba yang baik untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain. Maka kita kena memilihnya yang mana satu herba sesuai. Namun begitu kalaupun herba itu tidak sesuai untuk diri seseorang, ia tetap melakukan perawatan. Sebab semua herba mempunyai vitamin, mineral dan zat-zat aktif. Ia merawat dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Tetapi kerana ia tidak tepat, kita kena cari yang lebih tepat. Adakah rugi herba yang kita ambil itu? Tidak rugi malah akan jadi semakin baik. Ambil herba tubuh akan jadi semakin baik, paling minima ia ada anti oksidan. 

Anti oksidan ialah antibody untuk tubuh badan manusia. Kalaupun ia tidak boleh menghilangkan penyakit kanser bagi orang yang ada sakit kanser tetapi ia meningkatkan sistem imuniti dan mengurangi (gejala/kesakitan).

Herba tidak jadi seperti api, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Ubat kimia seperti api, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Herba, ia tetap. Semakin banyak semakin bagus sebab mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang ada pada herba itu sangat sesuai, sangat halus dengan kulit tubuh badan kita.

Berbeza dengan kimia. Kimia bersifat kasar. Tubuh akan reject. Tubuh akan cuba mengeluarkan kimia pertama kali kita mengambilnya. Oleh itu semakin banyak (kimia) masuk ke dalam tubuh badan kita, semakin menggigil, lemah, dan semangat semakin luntur. Akhirnya kita menjadi drug addict, pecandu narkoba. Kalau tidak makan ubat, akan jadi lemah. Dia rasa hidupnya sudah jadi gelap.

Herba tidak bersifat demikian. Herba kalau kita ambil berterusan, ia tidak merosakkan ginjal. Hanya pendapat-pendapat sebahagian daripada mereka yang tidak faham tentang kerja herba sahaja yang mengatakan ia merosakkan ginjal dan sebagainya. Hatta kepada herba-herba.

Pak Haji berikan contoh bagaimana di dalam tubuh badan kita terjadinya batu karang. Batu karang di dalam ginjal ada dua jenis. Satu daripada kolesterol, satu daripada kalsium oksalat. Kalsium oksalat sejenis batu pasir yang akan pecah dan menyebabkan kencing berdarah, perih, sukar kencing dan sebagainya. Ada pohon-pohon yang mempunyai kalsium oksalat, misalnya pokok philanthus niruri dan philanthus urinari iaitu pokok dukung anak (meniran, amin buah).

Di sudut akal kita mengatakan kalaulah kita ambil kalsium oksalat, dan sudah ada kalsium oksalat di dalam ginjal, lagi bertambah kalsium oksalat! Tidak di dalam herba, kalsium oksalat di dalam pokok meniran bila direbus dan di minum pada orang yang ada batu karang, ia hancur. Ia tidak menambah kalsium oksalat.

Ini dikatakan satu konsep yang disebut sebagai bahan yang sama digunakan untuk merawat penyakit yang sama. Ini suatu konsep yang cukup jelas. Doktrin kita.

Sesuatu yang manis menjadi ubat kencing manis. Misalnya pokok tebu gajah manis, pokok lemba, kulit kayu manis digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Ada beberapa konsep di dalam doktrin pengubatan herba ini yang harus kita kukuh untuk kita faham.

Namun, doktrin ini tidak semestinya berjalan dalam semua tempat. Ada ketikanya herba yang sangat baik untuk ginjal, untuk pelawas, untuk usus ialah herba yang bersifat pahit. Tetapi herba pahit ini kalau kita ambil bagi orang yang sudah rosak ginjal, yang menggunakan mesen haemodialisis, ketika dia mencuci darah, darah menjadi beku. Sesuatu herba yang kita guna pada peringkat awal sudah tidak sesuai lagi digunakan. Ini di sebut pengalaman.

Kita harus mempunyai pengalaman yang luas dalam perawatan. Pengalaman yang luas ini tidak berada di dalam dewan kuliah, tidak ada dalam kuliah Pak Haji. Ia ada dalam perawatan yang bapak ibu sendiri yang praktikkanya.

Mudah kalau kita berjumpa dengan seorang perawat yang telah membuat ilmu perawatan, berdiskusi lebih mudah daripada mereka yang buat ilmu perawatan tetapi banyak teori-teori yang berlegar dari akal dan pemikiran.

Alam pemikiran dengan alam realiti dua alam yang berbeza. Orang yang pintar membawa mobil di tengah kota tidak sama dengan orang yang belajar teori membawa mobil sahaja.

Apabila kita belajar ilmu herba kita jumpa pesakit-pesakit, kita memberi harapan, holistic healing. Kita juga kena faham bahawa satu herba yang baik untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain. Kita kena ada pilihan-pilihan yang lain. Walau bagaimana pun herba tetap akan memberi kesan kepada orang tersebut.

2) AL HIJAMAH
Kita kena balik kepada pengubatan Nabi SAW. Itu sebagai teras. Apa terasnya? Al Hijamah. Kita kena ajar ilmu bekam. Orang sakit itu harus dibekam. Bekam pada 17,19 dan 21 haribulan Islam. Boleh bekam setiap hari bagi orang stroke.

3) RIADA/OLAHRAGA
Apabila berbekam, herba akan menjadi lebih berkesan. Sama seperti orang beriadah. Beriadah dan keluarkan keringat. Maka herba boleh diserap apabila di makan, herba lebih efektif. Berbanding orang yang makan herba tapi badannya dingin, tidak berkeringat, tidak berpeluh. Bagaimana nak buat supaya herba itu efektif pada tubuh badan? Suruh orang itu berjalan. Kita berikan sedikit paksaan kepada orang yang lemah dan tidak boleh berjalan itu. Bila diikutkan lemah tidak boleh berjalan, lama-lama dia lansung tidak akan kuat.

Tulang dan otot jika tidak digunakan akan jadi semakin lemah. Akibat daripada dia tidak mahu bergerak, akhirnya ia akan jadi kaku. Maka, herba susah untuk efektif.

Banyak tidur menyebabkan sembelit dan kurang minum air, serta kurang berfikir. Bagaimana nak menjadi pemicu kepada jentera itu? Kita mesti beriadah. Antaranya kita riadah berjalan.
Fisioterapi, kita suruh orang stroke berjalan supaya dia tidak semakin kaku.

Apabila usia kita meningkat, pergerakan akan menjadi semakin kaku, keras dan kurang elastik. Kalau dulu kita boleh melembutkan otot, sekarang sudah keras. Apabila tubuh badan semakin kaku kita hendak tidur sahaja, maka herba semakin tidak efektif.

Apabila kita hendak mula ambil herba mesti ada riadah. Setiap hari mesti ada riadah berjalan. 
Jika kita stress, kita duduk diam, kaku. Duduk di bawah tangga dalam gelap, terpuruk. Jatuh terpuruk. Jika terus duduk begitu, ia akan semakin parah.

Cuba keluar lihat cahaya, berjogging, beriadah. Bagi orang stress, jangan cerita lagi pasal stress. Tapi kalau kita berjogging pada setiap hari, hilang stressnya. Sebab itu orang pergi zumba. Di tempat Pak Haji ada zumba. Mereka berzumba berlari melompat satu jam. Mengapa? Apa kenanya? Daripada duduk relaks-relaks tiba-tiba pergi melompat satu jam.

Apabila melompat satu jam, dia keluarkan hormon bahagia dan gembira. Esok dia nak pergi lompat lagi, kerana apa? Esok dia nak gembira lagi. Betul. Ini adalah satu kaedah penggerakkan.

Apabila ambil herba, kita kena ada pergerakan. Bekam mesti ada untuk keluarkan darah-darah yang kotor.

Yang kedua, mesti ada riadah. Sebab Nabi SAW suruh berenang, memanah, berkuda. Nabi tidak suruh duduk diam membatu. Tidak! Nabi suruh bangun. Nabi kata bertebaranlah kamu. Sirru! A’la barakatillah. Kamu akan diberkati Allah. Saad bin Abi Waqqas, kuburnya di China. Ada kubur-kubur sahabat di Afrika, mereka bertebaran di atas muka bumi ini untuk menyampaikan Islam.

3) URUTAN/PIJATAN
Yang ketiga, ketika kita ambil herba kita kena ada pijatan atau urutan. Urut itu penting, ia bertujuan untuk relaxing. Untuk relakskan badan kita. Kita makan herba sudah betul tetapi badan kita keras, kaku, tidak relaks. Apabila dipijat, ia sembuh dengan izin Allah.
 
Apabila kita stress, kita urut di bahagian belakang, bahu dan sebagainya. Ini kena ikut program yang Pak Haji buat nanti insyaAllah. Kita ulang lagi pijatan untuk relaxing.  Ketika kita pijat, kita gunakan minyak yang wangi. Minyak But But bolehkah? Boleh juga. Tapi ada minyak yang wangi, yang beraroma. Halia, ilang-ilang, melati, cempaka, sedap malam. Apabila kita urut, akan dapat relaxing. Kalau di luar negara mereka guna bunga-bunga yang ada di tempat mereka. Ada urutan, herba kita bagi juga.

Ketika kita pijat orang kita ingat bukan tujuan untuk sakit. Pak Haji tidak seuju pijat orang menggunakan kayu, batu. Tidak setuju. Pijatan mestilah kelembutan. Tidak semestinya sakit. tetapi kalau betul point, orang itu akan rasa…subhanallah! Bukannya setelah dipijat ia demam satu minggu. Kerana kesan daripada pijatan itu. Itu bukan cara untuk kita pijat.
 
4) TERAPI ROTAN
Termasuk juga dalam ilmu pijatan yang telah Pak Haji terapkan di Malaysia dan Indonesia menggunakan rotan. Terapi rotan hanya ada dalam pengubatan kita sahaja. Kalau kita tengok tempat-tempat orang menggunakan rotan, itu mereka ambil daripada pengubatan kita. Daripada kaedah pengubatan kita. Ambil daripada konsep merotan yang Nabi suruh rotan. Tetapi rotan untuk tujuan pengubatan.

Pijatan yang paling penting adalah di bawah tapak kaki. Kalaupun kita tidak pijat, tidak urut, tapi basahkan (dengan minyak but but) di tapak kaki pada setiap malam. Ia membuatkan darah akan beredar kuat ketika kita sedang rehat. Ramai di kalangan kita yang menggunakan kaedah itu apabila seseorang itu selepas bersalin.

Minyak dilumurkan di bahagian kaki, pakai stokin. Ini kaedah yang paling bagus untuk semua penyakit. Gunakan MBB atau Minyak Pak Haji (MPH). Dipanaskan  pada bahagian kaki di waktu malam. Cara panaskan ialah dilumurkan biar ia basah. Jangan pakai stokin yang terlalu ketat. Jika tiada stokin, gunakan kain sahaja.

Ketika kita nak urut tapak kaki, pegangkan kaki iaitu jari-jari kaki ditarik ke belakang. Ada satu urat di antara ibu jari dan jari kedua. Ada urat yang menegang di situ, timbul dan besar. Urat tersebut dipijat dan dilembutkan. Anak-anak kencing malam, urat itu juga yang diurut. Urutan itu sampai ke ubun-ubun kepala kita.
 
Kita menunggu orang sakit, kita tidak tahu di mana kita nak urutkan, urutlah di tapak kakinya, di urat tersebut. Ini juga termasuk di dalam pijatan dan banyak lagi titik-titik istimewa untuk kita pijat. Nanti bila-bila Pak Haji buat kursus di Yan ini, datanglah. Ataupun silakan datang sahaja. Ditentukan bila mahu datang. Di sini ada tempat untuk menginap dan sebagainya. Belajarlah dari masa ke masa. Tiga hari pertama menjadi tetamu Pak Haji, percuma. Hari yang keempat kena bayarlah. Kalau tak mahu bayar, mesti bekerja di ladang-ladang kita, pergi tengok pisang, pergi tanam cabai, ternak ayam dan sebagainya. Hasil kerja itu tolak balik daripada perbelanjaan tinggal di sini. Belajarlah sampai pintar, sampai pandai. Sampai boleh pulang membuka tempat perawatan sendiri.

Cuma kalau bawa orang sakit, Pak Haji tidak ramai orang yang dapat membantu Pak Haji di sini. Semuanya sibuk. Pak John Henry dari Bangkahulu, Pak Mukmin dari Dumai. Mereka ada banyak tugasan yang harus mereka buat dan tidak sempat untuk menjaga khusus kepada orang sakit. Orang sakit itulah yang datang bersama orang yang akan menjaganya. Mungkin kena ambil homestay berdekatan sini. Duduk di sini bersama orang sihat, itu tidak sesuai. Di sini tempat pembelajaran, bukan tempat orang sakit rawat dan inap. Belum sampai masa lagi. Nanti kalau dah sampai masa barulah Pak Haji akan buka. Fokus sekarang ialah Pak Haji nak menyebarkan ilmu. Sebagai pusat penyebaran ilmu. 

4) SAUNA
Baik, yang keempat ialah sauna. Ramai orang tidak tahu cara membuat sauna alami. Daripada Herba Tuju Angin sudah boleh buat sauna. Herba IMT juga boleh buat sauna. Daripada teh herba boleh buat sauna. Macam mana? Selalunya kita bayang sauna kita duduk satu tempat seperti kamar yang keluar asap (wap). Kita tidak perlu begitu. Sauna ini hanya cukup dengan seketul batu sungai sahaja. Di tempat Pak Haji ini ada batu sungai. Percuma. Ambil sahaja di sungai itu bagi dalam sikit, mudah kita nak mandi.

Panaskan batu tersebut, ambil HTA dibancuh dalam air. Air itu dititiskan di atas batu panas tersebut. Ia keluar asap (wap), maka asap itulah yang kita wapkan. Wap ke muka, wap ke badan. Selalunya orang perempuan selepas bersalin dia wapkan di bahagian sebelah ‘bawah’ dalam kedudukan berdiri, dan pakai kain. Itu kaedah yang paling mudah. Kalau nak ke rumah sauna itu mungkin agak susah. Batu dipanaskan sahaja.

5) BERTUNGKU
Bertungku, besi atau batu dipanaskan, dibalut dengan kain yang dimasukkan daun capa, daun kunyit dan daun mengkudu. Balut perlahan-lahan lalu dituamkan dan diletakkan di perut, ari-ari peha, betis, tapak kaki. Pak Haji cadangkan daripada guna besi, biarlah guna batu. Penggunaan batu lebih baik, ada alasannya nanti Pak Haji terangkan.
 
Sauna, kita ambil air dan rebus. Air mendidih, kita letakkan wajah dan tutup dengan kain. Ini selalunya Pak Haji ajar orang yang hidungnya hampir rompong, nak keluar hidungnya itu kerana sinusitis, kanser hidung. Sauna dengan air rebusan daun sirsak plus daun pegaga. Campur dan rebus untuk kita sauna wajah. Hirup atau sedut wap itu dalam-dalam supaya ia beri blood circulation. Termasuk juga kita rebuskan daun sambiloto yang dimasukkan sedikit dengan garam. Kita buat rendaman kaki.

Sauna sampai badan berkeringat. Sampai tulang belakang kita berkeringat. Itulah rawatan-rawatan yang mesti kita buat. Boleh gunakan kunyit, sambiloto, brotowali, akar seruntun, pasak bumi, akar mengkudu. Apa juga herba aromatik, atau herba pahit. Boleh juga gunakan daripada bunga kelapa yang masih belum terbuka, selalu orang gunakan untuk buat sauna. Itulah sauna yang kita maksudkan. Bukan sauna di rumah-rumah sauna. Tidak semestinya itu.

Bukan belajar herba ini, apabila dia belajar, hanya makan herba sahaja, sakit makan herba. Perlu ada kaunselingnya, perlu ada teknik berkata-kata dengannya. Teknik untuk meningkatkan semangat hidupnya kembali. Ada pijatan, riadah, senamnya dan lain-lain. Apabila kita aplikasikan kesemua teknik-teknik ini, itulah yang dinamakan pengubatan JAWI. Itulah juga pengubatan tibb Nabawi. Pengubatan yang melengkapkan.

-----------------------------------

Sumber maklumat
  1. Kitab Perubatan Jawi, Tn Hj Ismail b Ahmad, 2010
  2. Kuliah Herba Jawi Online Facebook, Tn Hj Ismail b Ahmad, 2 Jun 2020

PERUBATAN JAWI

Oleh 
Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020
Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan

------------------------

Alhamdullillah apa khabar bapak ibu, tuan puan, saudara saudari di mana juga berada. Hari ini hari yang paling bertuah dalam hidup kita, hari yang paling baik dalam hidup kita kerana Allah telah memperpanjangkan usia kita sampai saat ini untuk bersama-sama dengan kuliah perubatan JAWI. Alhamdulillah dengan Tibb Nabawi yang menjadi asas kepada pengubatan ini.

Hari ini adalah kuliah yang ke-60. Sedar tak sedar sudah dua bulan kita mengadakan kuliah. Pada hari ini adalah hari terakhir Pak Haji menyampaikan dengan pengkaedahan menerangkan herba, menerangkan penyakit. Herba dan penyakit. Esok kita mula mengkaji penyakit pula dan menggunakan herba apa. 

Dua pendekatan yang berbeza ini adalah salah satu caranya. Bagaimana cara untuk memahami dan untuk menjadikan seseorang itu lebih faham tentang ilmu herba, doktrin pengubatan herba sangat-sangat penting. Yang mana kita semua kena tahu bila kita jadikan herba ini sebagai pakej kehidupan kita, sebagai salah satu daripada kaedah pengubatan dalam hidup kita.

Apabila kita memutuskan bahawa pengubatan kita adalah alamiah dan ilahiyyah maka kita kena tahu beberapa doktrin-doktrin atau beberapa perkara penting dalam pengubatan ini. InsyaAllah dalam masa satu jam ini Pak Haji akan sampaikan.

Pertama sekali ialah, pengubatan ini bertolak kepada keyakinan. Daripada pengalaman Pak Haji sendiri kalau ada orang datang ke sini (tempat Pak Haji) meminta ubat, kalau dia itu datang dengan membawa hatinya. Dia percaya dengan keilmuan kita, dia percaya dengan herba kita, kebiasaannya penyakit itu akan nampak perubahannya.

Tetapi kalau dia datang dengan rasa tidak percaya atau didorong oleh orang lain yang datang, “ayuh kita pergi tengok pengubatan di tempat Pak Haji di Yan”, (contohnya) maka pada ketika itu kita tengok sedikit sangat yang menemui kejayaannya. Malah yang paling kritikal ialah apabila dia sudah sakit bertahun-tahun. Misalnya 10 tahun mengamalkan ubatan kimia. Sudah sampai ke tahap yang agak kronik. Di mana kita tengok jalan pun sudah menggeletar, tangan pun sudah menggeletar, matanya pun sudah tidak jelas lagi kerana banyaknya kimia di dalam tubuh badannya itu.

Jadi ketika dia datang ke tempat kita, kita berikan herba. Herba itu berfungsi yang perrtama sekali untuk detoksifikasi. Ia keluarkan semua daripada ejen-ejen kimia yang ada dalam tubuh badan kita itu untuk pembersihan.

Pada ketika itu berlaku apa yang kita sebut sebagai D.O.C (Direction of Cure), mereka sudah tidak sanggup lagi untuk meneruskan pengubatan herba. Katanya sakit dan sebagainya.

Oleh itu, apa yang selalu Pak Haji lihat kalau orang itu datang bukan dengan hatinya, di dorong oleh orang lain, di bawa dan di paksa oleh keluarganya maka ia susah untuk sembuh. Tetapi kalau dia datang dengan kepercayaan, keyakinan mahu mencari satu perubatan alternatif, insyaAllah itu besar kejayaannya.

Selalunya apabila ada orang datang bertemu dengan Pak Haji, datang di hadapan Pak Haji, Pak Haji mahu dia kembali kepada fokusnya. Pak Haji akan bertanya padanya, “apa tujuan datang jumpa saya hari ini?”

Kita buat pertanyaan begitu supaya dia jelas. Nanti akan dia jawab.., “saya datang untuk meminta ubat atau mencari ubat-ubatan untuk sakit saya”. Itu jelas.

Tetapi kalau dia datang, dia cerita, “saya sakit begini dan begini” …itu belum ada tujuan lagi. Itu baru bercerita, keluhan. Setelah dia menceritakan dia sakit ini dan sakit itu, maka kita kena bertanya padanya, “apakah tujuannya datang ke sini?”, “Apa tujuannya datang bertemu Pak Haji hari ini?”. Itu mesti dijelaskan supaya mereka tiba-tiba tersedar…. “oh, betul, aku datang ini kerana ingin meminta sesuatu herba, alternatif, pandangan dan sebagainya”.

Selalunya mereka akan mengatakan, “kami datang nak minta ubat”, “nak cari ubat” dan sebagainya. Maka pada ketika itu, kita kena menjawab begini, “bahawa pengubatan itu semua dari Allah, minallah, Allah lah yang bersifat asy syafi, Allah lah yang bersifat maha Penyembuh. Kita hamba-hamba tidak ada sesiapapun yang boleh menyembuhkan. Hatta kalau kulit kita sedang luka, tidak ada seorang doktor pun yang boleh menghilang dan menyembuhkan luka tersebut. Doktor hanya menjahit sahaja tetapi tubuh itu yang bekerja untuk menyembuhkan luka tersebut. Atau tulang kita patah, tiada seorang doktor pun yang boleh menyambung tulang yang patah itu. Yang menyambung adalah tubuh badan kita sendiri. Tubuh badan itu dikawal atau di atur oleh Allah yang maha Pencipta kepada tubuh tersebut”.

Ini kita perlu kembalikan orang sakit itu kepada suatu aqidah, bahawa la syifa, illa syifa uka, tiada yang menyembuh melainkan engkau yang Maha Penyembuh yakni Allah. Itu yang pertama sekali.

Bahawa di sini, kita, Pak Haji tidak boleh menyembuhkan. Yang menyembuhkan itu ialah Allah. Kemudian seterusnya apabila kita lihat orang sakit di hadapan kita, maka kita kena bangkitkan semangat (will power) sebagaimana Rasulullah SAW ketika berjumpa orang sakit maka Rasulullah akan mengatakan, li kulli daa in dawa’, setiap penyakit ada ubat. La baksa, tidak ada apa-apa. Jadi, Nabi SAW memberikan pil yang pertama kepada orang sakit iaitu pil semangat spiritual. Tidak ada sakit melainkan ada ubatnya.

Oleh itu maka, ini mengembalikan orang yang sedang sakit itu tersedar bahawa Nabi SAW mengatakan bahawa semua penyakit ada ubatnya. Ia menambahkan orang sakit itu kembali untuk mencintai Rasulullah SAW. 

Ketika orang sakit, kita kena tahu bahawa kalau ada orang memberikan semangat kepadanya, dia akan mencintai orang tersebut, tetapi kalau kita selalu bercakap dengan orang sakit, penyakit ini sudah tidak ada ubat, penyakit ini begitu dan begini, akan berakhir dengan kematian dan sebagainya, dia tidak suka. Tetapi kita kena menyebut hadis Nabi SAW, “setiap penyakit ada ubat”, ia membawakan seseorang itu mencintai Rasulullah SAW yang memberikan semangat kepadanya untuk terus hidup. Itu dua hal yang penting.

Seterusnya pesakit ini kita kena ajar dia dengan kalimah laa ila ha illallah Muhammadur Rasulullah  iaitu dengan dia membetulkan tauhidnya kepada Allah bahawa penyakit itu adalah bunga kasih cinta Allah untuk dirinya. Penyakit menjadi kafarah kepada sekalian dosa-dosanya yang lepas sehingga dia boleh menikmati kesakitan tersebut.

Bagaimana kita membuat orang itu menikmati kesakitannya. Dia ada takut dan harap. Bila dia sudah ada harap bahawa penyakitnya itu sebagai kafarah kepada segala dosa-dosanya. Allah SWT mengambil sihat daripada tubuh badannya mengambil tidur lena pada malam hari, mengambil wajah mukanya yang tenang bergembira dengan kerutan-kerutan kesakitan menahan sakit, mengambil waktu relaksnya, waktu rehatnya itu dan menahan penderitaan, Allah mengambil semua nikmat yang diberi kepadanya tetapi Allah tetap memberi.

Perlu diingatkan apa yang Allah beri kepadanya ialah Allah memberikan keampunan yang besar kepada kepada dirinya. Ini harus diingatkan. Inilah yang disebutkan sebagai holistik. 

Sebab apa orang suka bertemu dengan seorang perawat dan tidak suka bertemu dengan perawat yang lain? Kerana perawat yang baik ialah perawat yang sentiasa memberikan harapan. Jangan kita biarkan orang bertemu kita, apabila dia tinggalkan kita dia pulang dengan kehampaan dan kesedihan. Kita mahu dia pulang dengan mempunyai sebuah pengharapan baru. Seolah-olah seperti mendapat sambungan hayat kehidupan. InsyaAllah.

Kita tidak boleh putus dengan perkataan ‘insyaAllah’, ‘dengan izin Allah’, kerana Allah tidak suka orang itu mengatakan sesuatu yang dia tidak mempunyai hak. Manusia tiada hak di dalam memberikan hayat kehidupan manusia yang lain. Yang ada hak hanyalah Allah SWT. Itu disebut sebagai holistik.

Holistik ini dikatakan di dalam pengubatan kita yang Pak Haji sebutkan bahawa ada mental, spiritual, emosi, dan fizikal. Ada spiritual iaitu manusia itu di bawa untuk berzikir kepada Allah misalnya orang yang susah tidur pada waktu malam. Insomnia. Memang susah tidur. Suruh dia berselawat ke atas Nabi SAW, suruh dia membilang selawat ke atas Nabi SAW. Berselawat terus.

Itu adalah hati kita. Diri kita. Ada ketikanya kita duduk dalam keadaan sihat. Ketika kita sihat ini kita melatih diri kita berzikir memuji Allah, berselawat kepada Allah sebanyak-banyaknya. 100 kali, 1000 kali, 10,000 kali. Kita berselawat ke atas Nabi pun begitu, sebanyak yang mungkin. Ketika orang yang sudah terbiasa dengan selawat ketika sihat, ketika dia sakit dia boleh menikmati sakit itu dengan zikir. Waktu dia terluang, tidak boleh bergerak dan tidak boleh ke mana-mana. Dia boleh mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

Bagaimana orang bersuluk misalnya, beruzlah. Begitu ketika saat covid 19 ini, lock down, tidak boleh keluar dari rumah, tetapi ahli-ahli zikir boleh berzikir, boleh duduk di dalam rumah menghabiskan masa dengan Allah SWT. Itulah juga yang berlaku kepada orang sakit.

Orang sakit dia insomnia. Kita suruh dia banyak berzikir. Zikir ialah suatu proses supaya kita tidak terfikir-fikirkan tentang sakit. Tetapi kita tenggelam di dalam lautan zikir.

Banyak orang-orang dahulu diuji dengan ujian-ujian yang berat. Ada yang Pak Haji jumpa, mereka kata kami tenggelam di dalam lautan surah ar Rahman.  فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  . Ditanya berulang-ulang di dalam surah Ar Rahman, itu membuatkan kesakitan yang ada pada diri mereka sudah tidak terasa lagi.

Dalam pengubatan holistik, ilahiyyah ini ialah roh yang sakit itu dibawa untuk mengingati Allah, begitu juga saat sakaratul maut ketika dicabutnya nyawa dalam keadaan sakit yang amat sangat itu, tenggelam di dalam lautan laa ila ha illallah, laa ila ha illallah, laa ila ha illallah.

Orang sakit yang datang berjumpa dengan kita, minimanya baca surah al Fatihah. Misalnya orang menggunakan POC, baca surah Al Fatihah dan goncang sebanyak 53 kali (minima) supaya petani-petani kita ketika berada di bendang mengingati Allah. Cuba bayangkan kalau satu juta petani yang membaca suratul fatihah pada setiap pagi kerana ingin menggunakan POC, sudah ada satu juta orang yang mengingati Allah di ladang-ladang dan sebagainya.

Begitu juga dalam pengubatan. Ketika mereka nak guna ubat kapsul ini. Apa yang kita suruh? Mereka kena baca suratul Fatihah. Ambil air baca surah al fatihah, ambil kapsul dan minum dengan air yang sudah dibacakan dengan suratul Fatihah. Itu merupakan salah satu metodologi supaya manusia itu kembali kepada Allah ketika dia sakit. Itu yang kita panggil holistik.

Holistic healing mesti ada rangkuman dengan agama Allah, dengan deenullah, dengan akhirat, dengan ganjaran syurga, pahala. Dengan ganjaran-ganjaran dan janji-janji bahawa orang yang baik itu Allah akan berikan kenikmatan selepas kematian.

Pengubatan itulah yang membuatkan tubuh badan menjadi tenang, relaks. Dalam keadaan tubuh badan itu mengalami ketegangan ia tidak boleh menerima herba. Orang yang mengambil herba harus ditenangkan. Sebab itu Nabi SAW mengatakan ‘la baksa’, tidak ada apa-apa. Li kulli daa in dawa’un, setiap penyakit ada ubat, insyaAllah, “ambillah herba ini, bacalah surah al Fatihah ketika hendak minum air. Hembuskan pada air tersebut dan minumlah herba yang kita berikan itu. Tiga kapsul di waktu pagi, tiga kapsul di waktu petang, tiga kapsul di waktu malam. Atau dua kapsul pagi, dua kapsul petang, dua kapsul malam, atau apa juga mengikut dosisnya.

Bila kita buat begitu tubuh badan kita akan bekerjasama, tubuh badan bersahabat dengan herba tersebut. Dalam pengertian yang selalu Pak Haji sebutٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ   

Bacalah dengan menyebut nama Allah yang menciptakan. 

Allah yang menciptakan tubuh badan kita. Allah yang menciptakan penyakit. Allah yang menciptakan ubat. Allah yang menciptakan ubat ini daripada tumbuh-tumbuhan. Allah yang menciptakan ubat itu daripada akar-akar dan Allah menciptakan ilmu yang diberikan kepada manusia untuk memilih apakah herba yang sebenar yang hendak di gunakan.

Apabila kesemuanya itu selaras, seimbang pada kesemuanya itu, maka berlakulah kesembuhan dengan izin Allah.

Oleh itu, yang Pak Haji nak sampaikan di sini bahawa pendekatan-pendekatan holistik ini telah dimulakan oleh Rasulullah SAW. Gunakanlah kamu dua kesembuhan iaitu Al Quran dan madu. Al Quran adalah ilahiyyah, madu adalah a’lamiah. Gabungan di antara ilahiyyah dan a’lamiah itulah disebut holistic healing. MaasyaAllah.

Setelah kita kembalikan orang sakit itu, bahawa yang menyembuhkan sakit itu adalah Allah. Kita berikhtiar jangan lupa membaca suratul Fatihah, kita juga perlu ingat bahawa sesuatu herba yang baik untuk seseorang belum tentu baik untuk orang lain. Sebab itu Allah ciptakan banyak herba kerana herba ini sesuai untuk si A belum tentu sesuai untuk si B.

Kita kena sanggup untuk mencuba daripada satu herba kepada satu herba yang lain. Sebab itulah pengalaman sangat-sangat penting sebab cara melihat (approach) kepada sesuatu herba itu melihat kepada perilaku tubuh badan orang yang sakit tersebut.

Kadang-kadang banyak orang bertanya, saya melihat bagaimana ketika datang orang yang pertama mengadu sakit begini-begini diberikan herba begini-begini. Orang kedua sakit yang sama tetapi herba yang berbeza. Kenapa ada dua perbezaan herba daripada sakit yang sama? Kerana ada dua perbezaan manusia yang datang. Kita lihat grup darah pun dah berbeza. Darah A, AB, O, dan B.

Oleh sebab itu, di situ pun ada perbezaannya. Maka satu herba yang baik untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain. Maka kita kena memilihnya yang mana satu herba sesuai. Namun begitu kalaupun herba itu tidak sesuai untuk diri seseorang, ia tetap melakukan perawatan. Sebab semua herba mempunyai vitamin, mineral dan zat-zat aktif. Ia merawat dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Tetapi kerana ia tidak tepat, kita kena cari yang lebih tepat. Adakah rugi herba yang kita ambil itu? Tidak rugi malah akan jadi semakin baik. Ambil herba tubuh akan jadi semakin baik, paling minima ia ada anti oksidan. 

Anti oksidan ialah antibody untuk tubuh badan manusia. Kalaupun ia tidak boleh menghilangkan penyakit kanser bagi orang yang ada sakit kanser tetapi ia meningkatkan sistem imuniti dan mengurangi (gejala/kesakitan).

Herba tidak jadi seperti api, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Ubat kimia seperti api, bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Herba, ia tetap. Semakin banyak semakin bagus sebab mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang ada pada herba itu sangat sesuai, sangat halus dengan kulit tubuh badan kita.

Berbeza dengan kimia. Kimia bersifat kasar. Tubuh akan reject. Tubuh akan cuba mengeluarkan kimia pertama kali kita mengambilnya. Oleh itu semakin banyak (kimia) masuk ke dalam tubuh badan kita, semakin menggigil, lemah, dan semangat semakin luntur. Akhirnya kita menjadi drug addict, pecandu narkoba. Kalau tidak makan ubat, akan jadi lemah. Dia rasa hidupnya sudah jadi gelap.

Herba tidak bersifat demikian. Herba kalau kita ambil berterusan, ia tidak merosakkan ginjal. Hanya pendapat-pendapat sebahagian daripada mereka yang tidak faham tentang kerja herba sahaja yang mengatakan ia merosakkan ginjal dan sebagainya. Hatta kepada herba-herba.

Pak Haji berikan contoh bagaimana di dalam tubuh badan kita terjadinya batu karang. Batu karang di dalam ginjal ada dua jenis. Satu daripada kolesterol, satu daripada kalsium oksalat. Kalsium oksalat sejenis batu pasir yang akan pecah dan menyebabkan kencing berdarah, perih, sukar kencing dan sebagainya. Ada pohon-pohon yang mempunyai kalsium oksalat, misalnya pokok philanthus niruri dan philanthus urinari iaitu pokok dukung anak (meniran, amin buah).

Di sudut akal kita mengatakan kalaulah kita ambil kalsium oksalat, dan sudah ada kalsium oksalat di dalam ginjal, lagi bertambah kalsium oksalat! Tidak di dalam herba, kalsium oksalat di dalam pokok meniran bila direbus dan di minum pada orang yang ada batu karang, ia hancur. Ia tidak menambah kalsium oksalat.

Ini dikatakan satu konsep yang disebut sebagai bahan yang sama digunakan untuk merawat penyakit yang sama. Ini suatu konsep yang cukup jelas. Doktrin kita.

Sesuatu yang manis menjadi ubat kencing manis. Misalnya pokok tebu gajah manis, pokok lemba, kulit kayu manis digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Ada beberapa konsep di dalam doktrin pengubatan herba ini yang harus kita kukuh untuk kita faham.

Namun, doktrin ini tidak semestinya berjalan dalam semua tempat. Ada ketikanya herba yang sangat baik untuk ginjal, untuk pelawas, untuk usus ialah herba yang bersifat pahit. Tetapi herba pahit ini kalau kita ambil bagi orang yang sudah rosak ginjal, yang menggunakan mesen haemodialisis, ketika dia mencuci darah, darah menjadi beku. Sesuatu herba yang kita guna pada peringkat awal sudah tidak sesuai lagi digunakan. Ini di sebut pengalaman.

Kita harus mempunyai pengalaman yang luas dalam perawatan. Pengalaman yang luas ini tidak berada di dalam dewan kuliah, tidak ada dalam kuliah Pak Haji. Ia ada dalam perawatan yang bapak ibu sendiri yang praktikkanya.

Mudah kalau kita berjumpa dengan seorang perawat yang telah membuat ilmu perawatan, berdiskusi lebih mudah daripada mereka yang buat ilmu perawatan tetapi banyak teori-teori yang berlegar dari akal dan pemikiran.

Alam pemikiran dengan alam realiti dua alam yang berbeza. Orang yang pintar membawa mobil di tengah kota tidak sama dengan orang yang belajar teori membawa mobil sahaja.

Apabila kita belajar ilmu herba kita jumpa pesakit-pesakit, kita memberi harapan, holistic healing. Kita juga kena faham bahawa satu herba yang baik untuk seseorang tidak semestinya baik untuk orang lain. Kita kena ada pilihan-pilihan yang lain. Walau bagaimana pun herba tetap akan memberi kesan kepada orang tersebut.

Kita kena balik kepada pengubatan Nabi SAW. Itu sebagai teras. Apa terasnya? Al Hijamah. Kita kena ajar ilmu bekam. Orang sakit itu harus dibekam. Bekam pada 17,19 dan 21 haribulan Islam. Boleh bekam setiap hari bagi orang stroke.

Apabila berbekam, herba akan menjadi lebih berkesan. Sama seperti orang beriadah. Beriadah dan keluarkan keringat. Maka herba boleh diserap apabila di makan, herba lebih efektif. Berbanding orang yang makan herba tapi badannya dingin, tidak berkeringat, tidak berpeluh. Bagaimana nak buat supaya herba itu efektif pada tubuh badan? Suruh orang itu berjalan. Kita berikan sedikit paksaan kepada orang yang lemah dan tidak boleh berjalan itu. Bila diikutkan lemah tidak boleh berjalan, lama-lama dia lansung tidak akan kuat.

Tulang dan otot jika tidak digunakan akan jadi semakin lemah. Akibat daripada dia tidak mahu bergerak, akhirnya ia akan jadi kaku. Maka, herba susah untuk efektif.

Banyak tidur menyebabkan sembelit dan kurang minum air, serta kurang berfikir. Bagaimana nak menjadi pemicu kepada jentera itu? Kita mesti beriadah. Antaranya kita riadah berjalan.

Fisioterapi, kita suruh orang stroke berjalan supaya dia tidak semakin kaku.

Apabila usia kita meningkat, pergerakan akan menjadi semakin kaku, keras dan kurang elastik. Kalau dulu kita boleh melembutkan otot, sekarang sudah keras. Apabila tubuh badan semakin kaku kita hendak tidur sahaja, maka herba semakin tidak efektif.

Apabila kita hendak mula ambil herba mesti ada riadah. Setiap hari mesti ada riadah berjalan. 

Jika kita stress, kita duduk diam, kaku. Duduk di bawah tangga dalam gelap, terpuruk. Jatuh terpuruk. Jika terus duduk begitu, ia akan semakin parah.

Cuba keluar lihat cahaya, berjogging, beriadah. Bagi orang stress, jangan cerita lagi pasal stress. Tapi kalau kita berjogging pada setiap hari, hilang stressnya. Sebab itu orang pergi zumba. Di tempat Pak Haji ada zumba. Mereka berzumba berlari melompat satu jam. Mengapa? Apa kenanya? Daripada duduk relaks-relaks tiba-tiba pergi melompat satu jam.

Apabila melompat satu jam, dia keluarkan hormon bahagia dan gembira. Esok dia nak pergi lompat lagi, kerana apa? Esok dia nak gembira lagi. Betul. Ini adalah satu kaedah penggerakkan.

Apabila ambil herba, kita kena ada pergerakan. Bekam mesti ada untuk keluarkan darah-darah yang kotor.

Yang kedua, mesti ada riadah. Sebab Nabi SAW suruh berenang, memanah, berkuda. Nabi tidak suruh duduk diam membatu. Tidak! Nabi suruh bangun. Nabi kata bertebaranlah kamu. Sirru! A’la barakatillah. Kamu akan diberkati Allah. Saad bin Abi Waqqas, kuburnya di China. Ada kubur-kubur sahabat di Afrika, mereka bertebaran di atas muka bumi ini untuk menyampaikan Islam.

Yang ketiga, ketika kita ambil herba kita kena ada pijatan atau urutan. Urut itu penting, ia bertujuan untuk relaxing. Untuk relakskan badan kita. Kita makan herba sudah betul tetapi badan kita keras, kaku, tidak relaks. Apabila dipijat, ia sembuh dengan izin Allah.

Apabila kita stress, kita urut di bahagian belakang, bahu dan sebagainya. Ini kena ikut program yang Pak Haji buat nanti insyaAllah. Kita ulang lagi pijatan untuk relaxing.  Ketika kita pijat, kita gunakan minyak yang wangi. Minyak But But bolehkah? Boleh juga. Tapi ada minyak yang wangi, yang beraroma. Halia, ilang-ilang, melati, cempaka, sedap malam. Apabila kita urut, akan dapat relaxing. Kalau di luar negara mereka guna bunga-bunga yang ada di tempat mereka. Ada urutan, herba kita bagi juga.

Ketika kita pijat orang kita ingat bukan tujuan untuk sakit. Pak Haji tidak seuju pijat orang menggunakan kayu, batu. Tidak setuju. Pijatan mestilah kelembutan. Tidak semestinya sakit. tetapi kalau betul point, orang itu akan rasa…subhanallah! Bukannya setelah dipijat ia demam satu minggu. Kerana kesan daripada pijatan itu. Itu bukan cara untuk kita pijat.

Termasuk juga dalam ilmu pijatan yang telah Pak Haji terapkan di Malaysia dan Indonesia menggunakan rotan. Terapi rotan hanya ada dalam pengubatan kita sahaja. Kalau kita tengok tempat-tempat orang menggunakan rotan, itu mereka ambil daripada pengubatan kita. Daripada kaedah pengubatan kita. Ambil daripada konsep merotan yang Nabi suruh rotan. Tetapi rotan untuk tujuan pengubatan.

Pijatan yang paling penting adalah di bawah tapak kaki. Kalaupun kita tidak pijat, tidak urut, tapi basahkan (dengan minyak but but) di tapak kaki pada setiap malam. Ia membuatkan darah akan beredar kuat ketika kita sedang rehat. Ramai di kalangan kita yang menggunakan kaedah itu apabila seseorang itu selepas bersalin.

Minyak dilumurkan di bahagian kaki, pakai stokin. Ini kaedah yang paling bagus untuk semua penyakit. Gunakan MBB atau Minyak Pak Haji (MPH). Dipanaskan  pada bahagian kaki di waktu malam. Cara panaskan ialah dilumurkan biar ia basah. Jangan pakai stokin yang terlalu ketat. Jika tiada stokin, gunakan kain sahaja.

Ketika kita nak urut tapak kaki, pegangkan kaki iaitu jari-jari kaki ditarik ke belakang. Ada satu urat di antara ibu jari dan jari kedua. Ada urat yang menegang di situ, timbul dan besar. Urat tersebut dipijat dan dilembutkan. Anak-anak kencing malam, urat itu juga yang diurut. Urutan itu sampai ke ubun-ubun kepala kita.

Kita menunggu orang sakit, kita tidak tahu di mana kita nak urutkan, urutlah di tapak kakinya, di urat tersebut. Ini juga termasuk di dalam pijatan dan banyak lagi titik-titik istimewa untuk kita pijat. Nanti bila-bila Pak Haji buat kursus di Yan ini, datanglah. Ataupun silakan datang sahaja. Ditentukan bila mahu datang. Di sini ada tempat untuk menginap dan sebagainya. Belajarlah dari masa ke masa. Tiga hari pertama menjadi tetamu Pak Haji, percuma. Hari yang keempat kena bayarlah. Kalau tak mahu bayar, mesti bekerja di ladang-ladang kita, pergi tengok pisang, pergi tanam cabai, ternak ayam dan sebagainya. Hasil kerja itu tolak balik daripada perbelanjaan tinggal di sini. Belajarlah sampai pintar, sampai pandai. Sampai boleh pulang membuka tempat perawatan sendiri.

Cuma kalau bawa orang sakit, Pak Haji tidak ramai orang yang dapat membantu Pak Haji di sini. Semuanya sibuk. Pak John Henry dari Bangkahulu, Pak Mukmin dari Dumai. Mereka ada banyak tugasan yang harus mereka buat dan tidak sempat untuk menjaga khusus kepada orang sakit. Orang sakit itulah yang datang bersama orang yang akan menjaganya. Mungkin kena ambil homestay berdekatan sini. Duduk di sini bersama orang sihat, itu tidak sesuai. Di sini tempat pembelajaran, bukan tempat orang sakit rawat dan inap. Belum sampai masa lagi. Nanti kalau dah sampai masa barulah Pak Haji akan buka. Fokus sekarang ialah Pak Haji nak menyebarkan ilmu. Sebagai pusat penyebaran ilmu. 

Baik, yang keempat ialah sauna. Ramai orang tidak tahu cara membuat sauna alami. Daripada Herba Tuju Angin sudah boleh buat sauna. Herba IMT juga boleh buat sauna. Daripada teh herba boleh buat sauna. Macam mana? Selalunya kita bayang sauna kita duduk satu tempat seperti kamar yang keluar asap (wap). Kita tidak perlu begitu. Sauna ini hanya cukup dengan seketul batu sungai sahaja. Di tempat Pak Haji ini ada batu sungai. Percuma. Ambil sahaja di sungai itu bagi dalam sikit, mudah kita nak mandi.

Panaskan batu tersebut, ambil HTA dibancuh dalam air. Air itu dititiskan di atas batu panas tersebut. Ia keluar asap (wap), maka asap itulah yang kita wapkan. Wap ke muka, wap ke badan. Selalunya orang perempuan selepas bersalin dia wapkan di bahagian sebelah ‘bawah’ dalam kedudukan berdiri, dan pakai kain. Itu kaedah yang paling mudah. Kalau nak ke rumah sauna itu mungkin agak susah. Batu dipanaskan sahaja.

Bertungku, besi atau batu dipanaskan, dibalut dengan kain yang dimasukkan daun capa, daun kunyit dan daun mengkudu. Balut perlahan-lahan lalu dituamkan dan diletakkan di perut, ari-ari peha, betis, tapak kaki. Pak Haji cadangkan daripada guna besi, biarlah guna batu. Penggunaan batu lebih baik, ada alasannya nanti Pak Haji terangkan.

Sauna, kita ambil air dan rebus. Air mendidih, kita letakkan wajah dan tutup dengan kain. Ini selalunya Pak Haji ajar orang yang hidungnya hampir rompong, nak keluar hidungnya itu kerana sinusitis, kanser hidung. Sauna dengan air rebusan daun sirsak plus daun pegaga. Campur dan rebus untuk kita sauna wajah. Hirup atau sedut wap itu dalam-dalam supaya ia beri blood circulation. Termasuk juga kita rebuskan daun sambiloto yang dimasukkan sedikit dengan garam. Kita buat rendaman kaki.

Sauna sampai badan berkeringat. Sampai tulang belakang kita berkeringat. Itulah rawatan-rawatan yang mesti kita buat. Boleh gunakan kunyit, sambiloto, brotowali, akar seruntun, pasak bumi, akar mengkudu. Apa juga herba aromatik, atau herba pahit. Boleh juga gunakan daripada bunga kelapa yang masih belum terbuka, selalu orang gunakan untuk buat sauna. Itulah sauna yang kita maksudkan. Bukan sauna di rumah-rumah sauna. Tidak semestinya itu.

Bukan belajar herba ini, apabila dia belajar, hanya makan herba sahaja, sakit makan herba. Perlu ada kaunselingnya, perlu ada teknik berkata-kata dengannya. Teknik untuk meningkatkan semangat hidupnya kembali. Ada pijatan, riadah, senamnya dan lain-lain. Apabila kita aplikasikan kesemua teknik-teknik ini, itulah yang dinamakan pengubatan JAWI. Itulah juga pengubatan tibb Nabawi. Pengubatan yang melengkapkan.

Yang lebih terkhususnya lagi apabila kita mula melihat beberapa doa-doa mathur daripada Rasulullah SAW untuk dibuat beramal. Biasanya kalau tempat Pak Haji ini kita ajar orang beramal dengan ma’thurat pagi dan petang sampai dia mendapat ketenangan. Sehinggakan hari tanpa ma’thurat terasa seperti kekurangan. Kerana sudah terbiasa dengan amalan, pengharapan.

Kita ada doa pengharapan..”aku berlindung pada kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan apa-apa yang diciptakan (sekalian makhluk). Setiap pagi kita sudah berdoa begitu.

Belum lagi keluar cahaya pagi. Belum lagi matahari mengeluarkan tajallinya. Belum lagi nampak cahaya merah di ufuk langit, kita sudah mula meminta dengan Allah. Setiap hari merayu ya Allah, ya Allah, ya Allah, sampai Allah SWT berikan kita ketenangan.

Kita merayu kepada Allah diikuti dengan rasa rendah diri. Macam mana kita nak buat perasaan kita rendah diri? Pak Haji ajar sedikit. Bila kita buat sesuatu amalan, kita ingat ini adalah amalan terakhir kita dalam kehidupan kita hari ini. Misalnya mandi pagi, kita ingat dan sebut, “Ya Allah, kalaulah ini mandi terakhir untuk ku ampunlah dosa-dosaku yang ada, yang melekat di tubuh badan ku ini ya Allah”.

Ketika kita nak solat subuh, “Ya Allah, kalaulah solat subuh ini solat yang terakhir untuk hidupku, maka ampunlah segala dosa-dosaku”

Ketika kita nak makan, “Ya Allah, kalaulah makanan ini makanan terakhir rezeki ku ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku, redhakanlah segala yang aku lakukan sebelum ini”

Begitu juga ketika kita berjumpa dengan ibu ayah kita, kita bersalaman denga ibu ayah, “Ya Allah, kalaulah ini pertemuan dengan ibu ayah yang terakhir, ya Allah, aku mohon ampun ya Allah”

Begitu, kita sentiasa menganggap ini adalah hari terakhir. Itulah yang dinyatakan untuk akhirat kamu. Kamu ingat seolah-olah esok kamu akan mati. Tapi untuk dunia kamu, kamu fikir bahawa kamu akan hidup buat selama-lamanya.

Maka, hati kita akan terkunci. Terkunci di dalam suatu pemeliharaan. Kita tidak boleh sombong diri. Kita ingat nak mati, kita sombong macam mana pula?

Katakan ada ahli HPA yang datang ke Yan ini, ada buah durian sebiji. Pak Haji pun ambil dan beri hadiah buah durian. Dalam hati Pak Haji apa ingatannya? “Ya Allah, kalau ini infaq aku yang terakhir ya Allah, ampunilah dosa-dosaku”

Begitu, sentiasa kita minta keampunan kepada Allah. Itu tujuan kita apabila kita melakukan sesuatu, kita mohon keampunan. Sentiasa mohon keampunan. Kita tidak jadi orang yang besar diri, sombong. Maka kita atau perawat itu dekat dengan hati orang sakit.

Sebab apa Pak Haji kata perawat itu dekat dengan hati orang-orang sakit? Dia lihat orang sakit itu, dia lihat dengan doa. Apa ertinya? Walaupun dia tidak nampak yang dia doa kepada orang-orang sakit, “balik rumah, ambil herba ini, makan”. Tidak nampak perawat mendoakan, “Ya Allah sembuhkanlah orang ini”. Tidak nampak. Di depan lansung tidak nampak tapi di belakang orang sakit itu dia berdoa. Sentiada dia berdoa. Sesiapa sahaja yang dia berjumpa pada hari tersebut, orang itu pasti ada dalam doanya. Pasti terungkap di dalam doanya.. “Ya Allah, petang tadi ada orang yang datang minta sedikit penawar yang aku juga tidak mampu menyembuhkannya, Engkau yang Maha Penyembuh ya Allah, aku mohon supaya disembuhkan orang itu ya Allah”. Tanpa pengetahuannya. Bukan di hadapan-hadapan. Ini hati.

Hati orang, apabila kita membuat perawatan tibb Nabawi ini, kita doa kepada saudara kita di luar pengetahuannya. Bukan hanya kepada orang yang mengambil ubat sahaja. Kalau kita fokus kepada orang yang ambil ubat, sebagai seorang perawat dia kena ada doa.

Kita bangun di malam hari kita doa, “Ya Allah, bagaimana orang sakit yang tidak dapat tidur pada malam ini, tidurkanlah mereka ya Allah. Kasihanilah mereka”

Salah satu doa.. “Ya Hannan, Ya Mannan”. Wahai Allah Yang Maha penyantun. Wahai Allah yang Maha Pengurnia. Bila bersambung Hanna wa Mannan, maasyaAllah…

Kita berdoa, minta bukan untuk kita tetapi mintalah untuk orang lain. Kita banyak meminta untuk diri kita, “berikanlah aku ini, berikanlah aku ini… dan sebagainya”. Kita sibuk untuk diri kita. Adakah kita minta untuk saudara-saudara kita?

Pak Haji nak sebutkan, salah satu cara untuk Allah ijabahkan untuk diri kita kerana ada di dalam kitab Mustika Hadith yang ditulis oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia Jilid Pertama, beriman kepada malaikat. Ada malaikat-malaikat Allah yang diutuskan kerjanya untuk mengaminkan doa orang-orang yang berdoa kepada saudaranya. Malaikat kata, “amin ya Allah, perkenankanlah ya Allah, untuk diri orang yang berdoa itu dulu ya Allah”.

Kita tengok orang bahagia. Adakah kita derita? Kita kena gembira. Kita tengok orang yang derita, kita doa untuk dia gembira. Kita tengok orang derita, kita juga turut derita. Kita turut gembira dengan senyuman dan ketawa orang. Hati tidak boleh terbalik. Orang susah kita senang, tidak boleh begitu.

Kita merasakan bahawa Rasulullah SAW di hayat-hayat yang terakhir menyebut ummati..ummati. susah dan bimbang umatnya ini tidak mengamalkan Islam.

Oleh itu, dalam pengubatan yang Pak Haji sebutkan ini mesti ada sauna, riadah dan sebagainya. Mesti ada pemikiran itu yang ditujukan bahawa sakit dan sihat itu dari yang satu yakni daripada Allah SWT. Balikkan, jangan cerita tentang diri kita. “saya mempunyai kemampuan ilmu saya”, tidak boleh begitu, itu sombong. Allah tidak bersama dengan kita. Kita cuba, insyaAllah. Kita sama-sama berdoa.

Kalau ada orang minta, “Pak Haji tolonglah doakan agar saya sembuh”. Jangan kata, “Ya saya akan mendoakan”. Katakan, “Ya mari sama-sama berdoa, insyaAllah, kita tidak tahu doa siapa yang Allah makbulkan tetapi kita berdoalah dengan hati yang ikhlas”. Kena suara begitu. Tidak boleh mengambil kredit sanjungan, pujian untuk diri kita. Tidak boleh! 

Sebab itu kalau kita belajar etika sebagai seorang perawat, kita tidak boleh iklankan diri. Jika begitu, ini yang buat TV Pak Haji bukan iklan kah? (Pak Haji senyum). Nak buat program secara online ini tidak iklankah? Iklan, tapi bukan Pak Haji iklan diri Pak Haji sendiri. Pak Haji iklankan ilmu Allah, tentang kebesaran Allah. Sebab itu, Pak Haji sebutkan semuanya minallah.

Kalau Allah tidak menyembuhkan, tiada siapa yang boleh menyembuhkan. Pak Haji bercerita tidak lah pandai. Ilmu kita hanya setitis air daripada lautan yang luas. 

Sepintar-pintar mana pun kita ini, maka tidak lebih pintar daripada doa yang Allah ijabahkan. Kita bagi herba dengan doa yang diijabahkan. Doa yang diijabahkan itu lebih kuat.

Jika kita belajar tentang ilmu pengubatan ini, disebut begini..

Jikalau ada kekuatan pada besi, 

Besi menjadi lemah dengan api.

Bila ada kekuatan pada api

Api menjadi lemah dengan air

Bila ada kekuatan pada air

Air menjadi lemah dengan angin

Maka, jika ada kekuatan pada angin, kekuatan doa orang-orang yang soleh itu lebih kuat daripadanya. Akhirnya terungkap pada doa juga. Doa daripada orang-orang yang soleh.

Macam mana dengan orang yang mengambil pengubatan daripada orang bukan Islam tetapi sembuh. Ya fiziknya sembuh tetapi rohnya tidak sembuh. Tubuh halus tidak sembuh. Sebab itu Pak Haji mengatakan tubuh ini ada dua iaitu tubuh halus dan tubuh kasar. Tubuh kasar itu seperti darah tinggi, kencing manis, kanser.

Darah tinggi pada tubuh halus tidak dapat dilihat. Kencing manis yang ada pada tubuh halus tidak dapat dilihat. Kanser pada tubuh halus tidak dapat dilihat. Tetapi ada kesan. Kesannya kita tidak dekat dengan Allah. Kita tidak gembira untuk berzikir memuji Allah. Kita tidak gembira untuk menjadi hamba Allah yang baik. Kita tidak mencintai orang-orang yang soleh. Kita tidak memarahi orang-orang yang buat maksiat.

Tubuh badan yang halus itulah yang akan kita bawa untuk persembahkan kepada Allah esok. Macam mana kita nak lihat yang kita lakukan itu tidak mendapat keberkahan?

Pak Haji duduk berfikir macam mana nak menerangkan ‘keberkahan’. Pak Haji ingin berikan dua contoh untuk Pak Haji terangkan tentang keberkahan. Orang selalu tanya tentang berkah itu apa? Barakah itu ialah penggandaan. Berganda-ganda kebaikan. Ini definisi Pak Haji sahaja. Barakah itu ialah berlapis-lapis kebaikan. 

Misalnya barakah pada kuda sebagai tunggangan, boleh berjalan di padang pasir luas ia tahan, ia berlari kencang, boleh bawa barang dagangan, ia boleh menaiki bukit yang tinggi, boleh menyeberangi sungai, boleh dibawa berjuang di medan jihad. Keberkahan pada kambing; susu, kulit, daging, ubat, kotorannya dapat digunakan. Minyak zaitun; pohon yang barakah, boleh guna untuk kulit, dan jantung, ada Omega 3. 6 dan 9.

Sekarang bila kita belajar kemudian kita ajar kepada orang lain, satu barakah. Orang lain mengamalkan apa yang kita ajar, satu barakah. Orang lain mengamalkan lagi, dapat barakah. Orang lain menyampaikannya, satu barakah. Orang lain menggunakan ilmu yang kita ajar untuk merawat orang sakit, dapat lagi barakah. 

Orang sakit yang boleh berdiri untuk solat, dapat berdiri solat, boleh mendapat rezeki yang halal, boleh memberi semangat kepada orang yang sudah lemah, boleh keluar dari rumah untuk tolong menghilangkan masalah saudaranya… itulah berlapis-lapis kebaikan. Itu yang dinamakan barakah.

Dengan pengubatan kita itu, boleh membuatkan orang kembali kepada Allah. Bila kita suruh dia membaca tentang surah Al Fatihah, kita cerita tentang tauhid.

Sekarang mari kita bandingkan perubatan Tibb Nabawi dengan pengubatan yang lain.

Oleh itu ia berganda-ganda, berlapis-lapis keberkahannya. Kebaikan demi kebaikan. 

Begitu juga dengan harta. Bagaimana harta yang barakah? Harta diinfakkan ke jalan Allah, dengan harta dia menolong orang lain. Harta membuatkan dia semakin dapat pergi menunaikan haji, hartanya untuk menolong orang yang dia jumpa dan sebagainya, harta untuk keluarkan zakat, harta untuk lepaskan kesusahan orang berhutang, dia dapat pahala.

Jika harta itu tidak barakah, harta itu untuk dirinya sendiri. Semakin banyak harta, semaki kikir, pelit. Semakin sombong, semakin melihat orang lain seperti hamba. Itu bukan semakin barakah tetapi itu semakin defisit.

Harta yang barakah ialah harta yang digunakan dijalan Allah. Pengubatan yang kita nak bawa ialah pengubatan yang barakah. Pengubatan yang menjadi amal jariah ketika kita meninggal. Oleh itu kita ajar pengubatan ini supaya sebelum kita merawat, seorang perawat itu harus memiliki hati sebagai seorang yang daie ilallah. Berdakwah di jalan Allah.

Perawatan ini sangat menarik apabila ia berada pada hati orang-orang yang beriman, hati kiyai, ulama, ustaz, orang-orang soleh. Maka ia jadi salah satu daripada kesempurnaan di dalam memiliki akhlak yang mulia. Kita bertemu orang kita ada sesuatu yang dapat kita lakukan.

Kalau jumpa orang sakit, dia bawa buah-buahan dan apa-apa sahaja, tetapi dia juga bawa ilmu. Perbincangan jangan kasar. Perbincangan mesti lemah lembut sebab tidak semestinya orang boleh terima kita. Mesti perlahan. Ia mesti dibawa dengan penuh kesopanan, akhlak yang mulia. Ilmu ini, bercakap mesti berlapis ‘insyaAllah’. Mesti ada perkataan insyaAllah dan jangan lupa, kita dengar pandangan orang juga. Dengar pandangan orang lain. Jangan hanya pandangan kita sahaja. Bagi peluang kepada orang lain juga bercakap memberikan pandangan. Kita berkongsi-kongis ilmu itu nanti.

Kalau orang tidak mahu terima pendapat kita, jangan bersedih hati. Kita hanya boleh membawa kuda di air. Kita tidak boleh paksa kuda minum air. Kita boleh senyum untuk semua orang. Kita tidak boleh paksa semua orang senyum pada kita.

Ingat! Tugas dakwah, tugas seorang Rasul itu ialah menyampaikan. Yang bagi hidayah ialah Allah. Sampaikanlah sahaja yang baik. Orang nak terima atau tidak itu adalah hidayah daripada Allah. Itu pesanan Pak Haji.

----------------------------------------

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






Sabtu, 14 Mac 2026

POKOK TUTUP BUMI | ELEPHANTOPUS SCABER


Ada sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di sekeliling kita. Pokok tutup bumi, nama saintifiknya Elephantopus scaber yang dikaji mempunyai suatu bahan aktif iaitu Fisalin B.
Fisalin B ini ialah bahan aktif yang wujud di dalam tumbuhan.
Banyak kajian antarabangasa yang diterbitkan dalam National Library of Medicine menunjukkan bahawa bahan aktif Fisalin B berfungsi sebagai anti kanser dan mampu mencetuskan proses apoptosis sel.
Apoptosis ini ertinya sel kanser membunuh dirinya sendiri.
Jadi Fisalin B ini akan menggalakan tubuh mengaktifkan proses ini supaya sel yang bermasalah tidak terus hidup dan membiak.
Pokok Tutup Bumi atau dikenali juga dengan nama Tapak leman, orang tua-tua dahulu akan mengambilnya sebagai salah satu herba periuk orang perempuan selepas bersalin.
Sifatnya mengecutkan. Maka ia juga sangat baik untuk semua ketumbuhan terutama di rahim. Begitu juga ketumbuhan di prostat.
Produk herba yang dihasilkan oleh HPA daripada tumbuhan ini ialah Kapsul Fisalin B dan Fisalin B Spray.
Semoga info ini bermanfaat hendaknya.
Norashikin Hasan

HERBA PANAS & SEJUK

Herba panas

  1. Herba yang digunakan ke atas penyakit yang sejuk (dingin). Ia menghasilkan haba panas. Contoh : Masalah angin, ketidakseimbangan hormon, meroyan
  2. Banyak daripada tumbuhan dikotiledon
  3. Kebanyakan herba panas dari herba yang ada minyak meruap
  4. Hampir sebahagian besar herba panas merupakan tumbuhan dikotil:
    • Berbiji belah
    • Berakar tunjang
    • Berkayu
    • Akarnya berwarna kuning
    • Berwarna hitam
    • Mengandungi 'essential oil' (Aromatik)
Contoh herba panas antaranya ialah Hahabbtussauda, teja lawang, halban, lemuni, mengkudu, tongkat ali, teh herba contohnya roselle dan lain-lain

Herba sejuk

  1. Banyak dari tumbuhan monokot
  2. Mengeluarkan panas melalui urin dan peluh
  3. Membantu aktifkan mekanisme penyejukan tubuh yang ada di otak manusia
  4. Demam, sawan tarik, darah tinggi, pening, kanker, migrain dan lain-lain
  5. Hampir sebagian besar herba sejuk merupakan tumbuhan monokotil. dengan ciri-ciri :
    • Berbuku-buku
    • Urat Daun yang selari
    • Kadang berduri
    • Berakar rambut/serabut
    • Berbiji satu
    • Tumbuhan yang menjalar
    • Tidak berkayu
    • Rasanya tawar
Contoh herba sejuk, antaranya: Pokok Limau (berduri), Bougenville, Pokok Semalu (baik untuk demam, tapi jangan diberikan pada pasien gout/arthritis), Mawar (Rose), Rotan, Kulit Durian, Kelapa, Tebu, Jagung, Delima (Bersifat Astringent/Mengecutkan), Arumpun, Bayam Berduri, Anggur (Menjalar), Alang-Alang, Buluh/Bambu, dan lainnya.

Ruthob ialah sejenis kurma muda dan dimakan apabila ia masak sebelum ia menjadi kurma kering (tamar). Warnanya biasanya coklat muda, keemasan, atau kekuningan, dengan kilauan semula jadi kerana kandungan airnya yang tinggi. Sifatnya panas.

Manakala tembikai sejuk.


Sumber maklumat : Kitab Perubatan Jawi, Tn Hj Ismail b Ahmad
Sumber foto : 
1) Klasifikasi Herba - Slide pembentangan Pintar Herba, Norashikin Hasan
2) Pengelasan Tumbuhan Pokok - Internet


FAKTA HERBA



  1. Setiap herba pahit mesti sinergi dengan herba pelawas
  2. Pengambilan herba deuretik mesti minum air yang banyak
  3. Setiap herba kelat juga mengecutkan dan pro yis
  4. Setiap herba kelat ada phytoestrogen
  5. Herba manis sifatnya probiotik dan membolehkan bakteria baik hidup dan berkembang jadi banyak
  6. Herba masam untuk menambah selera makan dan mengurangkan selera makan. Asam jawa menambah selera makan, asam keping mengurangkan selera makan.
  7. Herba masin meningkatkan penyerapan makanan oleh tubuh. Ia ibarat sponge yang mengikat air.
  8. Herba nutrisi untuk menambah kekurangan zat dalam tubuh yang tidak dibekalkan secukupnya oleh diet
  9. Susu jangan campur ikan, lactose intolerant
  10. Herba hormon. Setiap herba berwarna baik untuk kulit. Kulit ada hubungan dengan hormon. Orang yang ada masalah hormon dapat dilihat pada kulitnya.
  11. Herba antikanser kebanyakannya bersifat sejuk, mengecutkan, berduri dan menjalar, getah berwarna. Herba antikanser mempunyai bahan-bahan antioksidan untuk menghalang kerosakan sel-sel.
  12. Herba aromatik kebanyakkan daripada keluarga teja mengandungi minyak asiri. Bau yang jelas seperti bau minuman sarsi. Sebagai bahan penenang, energi, pelawas
  13. Herba expectorant iaitu pencair mukus atau pemecah kahak

Sumber maklumat : Kitab Perubatan Jawi, Tn Hj Ismail b Ahmad
Sumber foto : Nota Asas Herba Jawi Siri 2, Norashikin Hasan



Selasa, 10 Mac 2026

TANDA-TANDA ANXIETY

Bila dilihat pada iris mata orang yang anxiety teruk, jelas kelihatan kantung-kantung parasites di dalam usus. Namun pesakit sukar percaya pada dirinya ada cacing dan kerabat cacing.



Hakikatnya parasites telah pengaruhi emosi dan semangat hidupnya sehingga terjadi was was dan pemikiran yang aneh-aneh yang hanya merugikan dirinya sendiri.

Sedangkan penawarnya adalah herba untuk kecacingan, mengapa fikir sakit kena buatan orang!
Iris mata tidak menipu! Ia menyimpan data kesihatan kondisi tubuh yang terkini.

--------------

TANDA-TANDA STROKE

Ini adalah foto iris individu yang ada tanda-tanda bakal terkena serangan stroke jika tidak ada pencegahan. Keyword : Arcus senilis





Pemberitahuan : Maaf saya tidak diagnose iris mata yang dihantar melalui whastapp melainkan individu yang saya kenali dan pesakit-pesakit saya sahaja. Mengapa? Kerana sesi diagnose iris bukan seminit dua. Ia perlukan konsultation yang panjang sehingga faham.
Ketika di diagnose, pesakit atau pemilik iris perlu dengar hingga selesai. Bersedia untuk menerima kenyataan kondisi tubuh masing-masing.
Jika ada tanda-tanda kelemahan pada tubuh, atau tanda-tanda bakal berlaku keadaan yang lebih parah, segera rawat dengan herba.
Diagnose iris bukan sekadar suka-suka nak tahu, tetapi perlu ada langkah pencegahan.
Harus ingat, meskipun ada tanda kelemahan atau tanda-tanda akan terjadi penyakit yang bahaya, jika dirawat segera, insyaAllah kita telah pun melakukan pencegahan sebelum berlaku serangan penyakit berbahaya.
Awas! Melihat iris bukan meramal nasib seseorang. Meramal adalah haram dalam Islam.
Misalnya tanda-tanda bakal berlaku stroke. Orang yang akan kena serangan stroke, Allah beri tanda pada iris mata untuk kita cegah. Selepas rawat dengan herba, bekam, minum jus, dan riadah, kita telah melakukan pencegahan. InsyaAllah terhindar dari stroke.
Kenapa mesti herba, bekam, minum jus dan riadah? Ubatan kimia tak boleh ke? Ini kerana hanya dengan pengubatan yang alami kita dapat melihat tanda kesembuhan pada iris.
Untuk kepastian, saya suka sarankan untuk hadir ambil foto iris pertama kali, selepas 3 bulan, selepas 6 bulan dan selepas ada tanda-tanda kesembuhan. Ada perbezaan. Dengan syarat amalkan pengubatan alami.
Norashikin Hasan
Herbalis Perubatan JAWI HPA
Keyword : Arcus senilis