PIN POST
PERUBATAN JAWI
Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...
Jumaat, 26 September 2025
Khamis, 25 September 2025
LEBIH 500 TAHUN BERLALU...KARYA MEREKA MASIH 'HIDUP'
Beberapa hari ini saya buat sedikit rujukan pada buku Perubatan Nabi Karya Imam Jalaluddin As Suyuthi, dan Ibnul Qayyim al Jauzi untuk mencatat nota tambahan daripada kuliah perubatan herba oleh almarhum guru Tn Hj Ismail b Ahmad.
Ibnul Qayyim seorang tokoh perubatan yang berasal dari Afrika. Setelah hampir seratus tahun meninggalnya beliau, lahir pula tokoh yang mengumpul riwayat hadis tentang perubatan Nabi SAW iaitu Ibnu Suyuthi yang berasal dari Mesir.
Lebih 500 ratus tahun berlalu, sehingga kini karya mereka masih hidup dan menjadi rujukan ahli perubatan herba Muslim di seluruh dunia.
Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya apabila menemukan maklumat-maklumat herba yang luar biasa. Bagaimana telitinya, cermatnya, sabarnya ulama perubatan zaman lalu mengkaji, merawat orang dengan herba dan menulisnya untuk rujukan akhir zaman ini. Saya sungguh terharu.
Ilmu perubatan semakin hilang dari tangan umat Islam hari ini. Saya ada mencatat kata almarhum Tn Haji Ismail b Ahmad, "Barat telah menyesatkan ideologi dalam pengubatan. Mereka tiada konsep 'insyaAllah'. Mereka tiada konsep 'minallah'." Akhirnya pengubatan tersebut menemui jalan buntu meskipun perubatan tersebut canggih merentasi dunia moden hari ini.
Ubatan kimia hanya mencegah dan mengawal, ia tidak menghilangkan daripada tubuh badan. Ibarat menyapu sampah ke bawah karpet, sampah itu terus membusuk. Sedangkan pengambilan ubatan sumber alami menyapu bersih 'sampah' itu keluar tubuh.
Namun, pasti akan ada yang berkata, 'saya berubat di hospital, sembuh je', malah ada yang gembira berubat dengan kaedah syubhah lalu sembuh.
Ya benar, asas kesembuhan ialah pada keyakinan. Yakin perawatan itu dapat menyembuhkan meskipun menggunakan daripada sumber dan kaedah yang haram, ia akan sembuh juga. Kerana Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya. Kerana hamba itu telah berusaha. Allah mengizinkan kesembuhan tersebut.
Ketika iblis meminta izin untuk menyesatkan anak Adam, Allah mengizinkannya. Namun iblis sendiri mengatakan, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Lalu Allah berfirman dengan mengatakan tiada sesiapa pun di antara makhluk Ku dapat menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Rujuk kisah ini dalam Surah Hijr ayat 35-42
Namun harus ingat, sebenarnya pengubatan yang haram dan syubhah yang memberikan kesembuhan itu hanya pada tubuh kasar (fizikal), tidak pada tubuh halus (spiritual, emosi, mental).
Hati semakin gelisah, jiwa semakin resah, akal semakin terbeban dengan gangguan pada jirim kelabu yang ada di lapisan otak kesan daripada racun yang berkumpul berterusan, yang mengganggu sistem saraf dan hormon. Akhirnya manusia itu hilang kedamaian di hatinya.
Pengubatan yang dibawa oleh Nabi SAW, mengatakan setiap penyakit ada ubat. Sumber ubat ada dua, iaitu alamiah dan ilahiyah.
Misalnya kanser
Kanser tidak akan membunuhmu
Yang membunuhmu adalah kerana hipoksia
Apa itu hipoksia?
Tiada oksigen di dalam badan.
Penawarnya ialah pada sumber alam yang dapat menambah oksigen di dalam tubuh badan,
Hipoksia menjadikan tubuh badan terlalu berasid
Sel-sel abnormal mudah berkembang dalam keadaan berasid
Yang menambah oksigen di dalam tubuh badan ialah makanan sumber alkali
Rasulullah SAW, makanannya hampir keseluruhannya bersifat alkali
Subhanallah! Kaya oksigen.
Maka ketika kita mengubati diri, jangan lupa sumber kedua iaitu ilahiyah. Baca bismillah, baca al Fatihah.
Allah mendatangkan penyakit, Allah menyediakan penawarnya, Allah juga yang menyembuhkan penyakit tersebut
Jika belum sembuh, cuba lagi
Terus menerus beroleh pahala
Saya seorang yang hati tisu
Semakin belajar semakin rasa jahil
Apabila bertemu dengan maklumat baru hasil kajian ulama dan tokoh terdahulu, hati tisu ini menangis, pelupuk mata pula menitiskan air mata
Menangis bukan sedikit, tapi sehingga tidak cukup tisu!
Rasa terharu, takjub dengan keagungan Allah
Rasa terlalu kerdil dan tiada apa-apa
Diri hamba yang penuh kehinaan di hadapan Allah
Ilmu dan pengetahuan yang ada sekadar pinjaman
Perginya diri ini meninggalkan alam fana nanti, hilanglah segalanya
Daripada ada kepada tiada apa-apa
Tulislah..
Catatlah..
Untuk manfaat generasi anak kita pula yang akan datang
Biarkan ia barakah, insyaAllah
Norashikin Hasan
25/9/2025
Khamis, 18 September 2025
Rabu, 17 September 2025
CARA MEMANASKAN MINYAK BUT BUT UNTUK URUTAN
Masukan botol minyak but but ke dalam bekas berisi air panas. Tunggu dalam 5 minit sehingga minyak but but menjadi suam. Siap digunakan untuk urutan. Kesannya luar biasa.
Anak kembung perut :
Sapukan minyak di betis dan urut perlahan betis anak dari pelipat lutut ke bawah menuju pergelangan kaki. Kesannya anak buang angin yang banyak dan tidur pun nyenyak.
Sapukan minyak di betis dan urut perlahan betis anak dari pelipat lutut ke bawah menuju pergelangan kaki. Kesannya anak buang angin yang banyak dan tidur pun nyenyak.
Sakit perut/muntah/cirit-birit :
Minyak but but diminum 1 sudu. Terbaik jika dicampurkan dengan madu lebah. Minum bersama air suam
Minyak but but diminum 1 sudu. Terbaik jika dicampurkan dengan madu lebah. Minum bersama air suam
MINYAK BUT BUT
Minyak warisan perubatan Melayu yang bernilai tinggi. Kegunaannya yang pelbagai kadangkala ia juga dinamakan sebagai minyak seribuguna. Salah satu kelebihan minyak ini ialah teknik pemasakannya yang mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti :-
- Tempoh pemasakan
- Pemanasan menggunakan dapur kayu
- Teknik menggaul herba ketika mendidih
Minyak ini tidak mengandungi bahan kimia malah boleh diminum untuk mengatasi ulser perut, kembung dan cirit birit. Sesuatu yang menghairankan ialah bilamana minyak ini sangat disukai oleh anak-anak kecil. Bagi membuktikan minyak but– but ini mesra alam, anda akan temui semut juga menyukai minyak ini.
Minyak But-But tidak menggunakan pewarna dan ia boleh diminum dengan selamat. Minyak ini boleh digunakan dari peringkat bayi sampai kepada orang tua. Kelebihannya terlalu banyak seperti :-
- Patah
- Seliuh
- Asma
- Kembung perut
- Urutan selepas bersalin
- Batuk
- Cirit birit
- Luka
- Melecur
- Menghitamkan rambut
- Gastrik
- Ulser
- Kecantikan kulit muka
- Urutan anak-anak demam
- Darah beku di kepala
- Sakit lutut
- Sakit tulang belakang
- Sakit pinggang
- Kuruskan badan
Minyak but-but bukan sebarang herba tetapi minyak yang sangat banyak kegunaan dan testimoninya. Setiap buah rumah sepatutnya memiliki minyak ajaib ini untuk kes-kes kecemasan tertentu. InsyaAllah. Semua penyakit dan penawar datang dari Allah jua.
Langgan:
Ulasan (Atom)