PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Selasa, 2 Disember 2025

PERASAAN TUMBUHAN MERAWAT PERASAAN MANUSIA

Sikap dan tingkah laku tidak sesuai jantina.

Bagaimana herba mampu mengembalikan dan memulihkan hormon lelaki dan wanita kepada fitrah?
Dalam pengubatan herba, kita mengambil suatu konsep melihat persamaan.
Ia adalah satu pemerhatian makroskopik
Ini disebut sebagai doctrine of signature
Dalam ilmu homeopati disebut sebagai similia similibus currator iaitu "like is cured by like"
Konsep herba misalnya
Racun adalah penawar racun
Warna merah tumbuhan untuk blood circulation manusia
Darah tumbuhan (klorofil) untuk darah manusia
Hormon tumbuhan untuk hormon manusia
Perasaan tumbuhan untuk perasaan manusia
Dan lain-lain lagi
Perasaan tumbuhan ialah warna, bau, rasa, dan sifatnya
Lebah mengambil semua perasaan tumbuhan dalam bentuk nektar
Apabila ia pulang ke sarang, nektar itu berubah menjadi madu
Setitis madu lebah dilarutkan di dalam segelas air
Walaupun tidak dapat dilihat dan ditemui di dalam air itu, namun perasaan madu lebah sudah ada di dalam air itu
Ibnu Sina mengatakan pada madu ada roh
Tn Hj Ismail b Ahmad, mentafsirkan makna itu yang bererti,
Roh itu ialah perasaan tumbuh-tumbuan
Yang apabila diambil oleh manusia
Ia akan memperbaiki perasaan dan emosi manusia
Jika ia diambil bersama herba tumbuhan yang ada hormon, maka ia memperbaiki hormon manusia
Apakah tumbuhan herba yang miliki hormon?
Antaranya ialah tongkat Ali, kacip Fatimah, Pueraria Mirifica, butea superba, spirulina, Soya, ginseng, halba, halia, tribulus, kunyit hitam dan sebagainya
Allah menciptakan tubuh manusia ada tubuh kasar dan tubuh halus
Allah ciptakan tumbuhan yang dapat bertindak secara halus ke atas tubuh badan manusia
Sehingga sampai suatu masa dapat dirasai atau dilihat perubahan itu berlaku dan sembuh pada tubuh kasar
Biiznillah
Jaga anak-anak lelaki kita
Begitu juga anak-anak perempuan kita
Berikan mereka amalan herba yang dapat mempertahankan jati diri mereka yang sebenar
Supaya hormon dan emosi mereka stabil sesuai jantina mereka
Hari ini makanan dan minuman sudah banyak yang terkontiminasi
Ia sedikit sebanyak mempengaruhi hormon, emosi dan fizikal
Kopi Radix jangan ditinggalkan buat anak remaja lelaki dan perempuan di samping amalan madu lebah
Jika sudah biasa dengan kopi Radix, bolehlah ditambah dengan herba-herba lain untuk maintain sihat, cerdas dan pintar
Foto :
1. Kopi Radix boleh diminum oleh lelaki dan perempuan
2. Jus Women untuk wanita, remaja perempuan juga boleh amalkan. Agar jiwa mereka lebih lunak dan tenang
3. Jus Butea-S untuk bantu mendapatkan hormon lelaki. Agar dapat mengekalkan maskuliniti dan tidak berlaku kerosakan pada jati dirinya sebagai lelaki
InsyaAllah
Norashikin Hasan





Isnin, 1 Disember 2025

KANSER SEMBUH HANYA DENGAN MENDENGAR BICARA HIKMAH

Diceritakan kepada kami oleh Tn Hj Ismail b Ahmad,

Pada tahun 1997 seorang pesakit kanser wanita non Muslim,
yang berjuang mencari penawar bertahun-tahun
Wanita ini ada dua jenis kanser
Salah satunya kanser payudara
Dari KL dia hadir ikuti kuliah Pak Haji di Utara dan di mana sahaja Pak Haji berkuliah
Kini usianya sudah lebih 70 tahun
(Ketika kisah ini diceritakan pada tahun 2021, wanita ini masih hidup lagi. Sekarang 2025 mungkin masih hidup lagi, wallahua'lam)
Di hari lain, dia datang lagi semata-mata mahu mendengar kuliah
Dia bukan hadir untuk berbisnes apalagi belajar herba
Apa rahsianya?
Katanya,
"Saya ikuti kuliah ini hanya untuk release"
"Saya bukan nak buat bisnes"
"Apabila saya duduk dalam kuliah ini saya rasa ada harapan yang baru"
"Daripada saya berjumpa dengan orang yang bercakap tiada harapan untuk hidup lagi"
Wanita ini mendapat ketenangan daripada kuliah yang sering disampaikan oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, lalu dia sembuh total dari penyakit kansernya.
Subhanallah!
Kata-kata yang baik itu memberikan ketenangan, menghilangkan kedukaan dan tekanan
Malah berupaya menyembuhkan penyakit
Apabila Rasulullah saw menziarahi orang sakit, baginda mengatakan
"la ba'sa" (tiada apa-apa)
"li kulli da'in dawa' (setiap penyakit ada ubat"
Rasulullah memberikan pil yang pertama iaitu pil keyakinan untuk sembuh dan prasangka yang baik bahawa penyaki ini akan sembuh dengan izin Allah.
Kadangkala apabila seseorang itu sakit
Ubat belum menyembuhkannya
Makanan yang lazat juga tidak menyelerakan
Terapi fizikal juga belum dapat menyembuhkannya
Kadangkala seseorang itu sembuh hanya dengan mendengar kata-kata yang baik, dia merasa tenang, dia sembuh daripada penderitaan penyakit yang di alami.
MaasyaAllah...Subhanallah!
----------------
Norashikin Hasan

Jumaat, 28 November 2025

ALLAH MEMULIAKAN ORANG YANG MENJAGA DIRI DARIPADA YANG HARAM DAN SYUBHAT

Saya tertarik mendengar kupasan tentang Wara' oleh seorang muallim yang berada di sekitar tempat saya ini. Di tempat saya ada sebuah pondok pengajian bagi orang-orang dewasa terutama warga emas. Sesekali saya dan suami akan hadir untuk mengisi masa lapang yang ada.

Dari sebuah kitab bertajuk Misteri Indahnya Syurga...
Di dalam syurga nanti ada golongan manusia yang ketika hidup di dunia, dia sangat wara'
Wara' ini apa?
Adakah dia orang alim? Atau agamawan?
Apa kupasan muallim tentang Wara'?
Katanya...
Wara'a ertinya memelihara atau menjaga
Wara' ialah orang yang menjaga diri, nafsu, pemikiran, lisan, penglihatan, tingkah laku dan lain-lain daripada perkara yang dicegah oleh Allah
Orang wara' menjaga diri daripada terlibat dengan yang haram
Sehinggakan disebut bahawa Allah malu kepada orang wara'
Muallim bercerita lagi ...
Ada halal bayyin, ada haram bayyin dan ada syubhah
Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud "yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, dan di antara keduanya ada perkara yang syubhat (samar)"
Maka, orang yang wara' ini dia hanya ambil yang halal bayyin sahaja
Dia tinggalkan terus syubhat, haram bayyin apatah lagi
Dia sangat berhati-hati
MaasyaAllah!
Muallim terus bercerita...
Sifat orang wara' menundukkan dirinya, tidak mengangkat diri
Saya rasa terkesan dengan apa yang muallim sampaikan
Allahu...terasa malu kepada Allah
Siapalah diri ini di hadapan Allah nanti
Kata muallim...
Wara' adalah kemuliaan yang diberikan Allah kepada seseorang
Disebabkan orang ini dia sangat menjaga dirinya daripada yang haram dan syubhat, Allah sendiri yang memuliakan orang ini di dunia dan akhirat
Di dunia meskipun dia telah meninggal, Allah muliakan orang itu
Kata muallim,
Orang wara' tinggalkan yang syubhah, yang samar, yang keliru
Dia sangat berhati-hati
Jika hal syubhah kita masih beramal dengannya, ertinya kita belum wara'
Allah..... ini juga membuatkan saya terkesan
Air mata saya mula menitis
Menyalahkan diri sendiri dan rasa tak tertanggung malu kepada Allah
Muallim bercerita lagi...
Orang wara' tidak ditanya oleh Allah
Mengapa Allah tidak mahu bertanya kepadanya?
Kerana orang wara jaga diri daripada yang haram dan syubhat
Dirinya bersih dari itu
Allah malu kepada orang wara'
Allah menghormati orang wara' dan memuliakannya
Sehingga dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
Kata muallim..
Zuhud dan wara' adalah jalan di antara jalan-jalan masuk syurga tanpa hisab
Selesai kuliah.....
Kami sama-sama berdoa agar jangan dibalik-balikkan hati kami setelah kami diberi hidayah
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idz hadaitana wa hab lana mil ladungka rahmah, innaka antal-wahhab.
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami dari kebenaran setelah Engkau memberikannya petunjuk. Limpahkanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."
Kita semua adalah pendosa dan tidak pernah terlepas dari melakukan dosa
Semoga Allah memelihara iman kita, tauhid kita, tingkah laku, lisan, dan sebagainya
Amin ya Rabbal A'lamin
Norashikin Hasan

Selasa, 11 November 2025

KANSER TIDAK MEMBUNUHMU

Semakin hari semakin banyak kisah yang lalu di wall FB saya berkaitan kanser. Kanser menyerang tanpa mengenal usia. Aduhai, sedih sekali hati ini mengenangkan... Jiwa ini meronta ingin membantu, tetapi......

Kadang-kadang mahu sahaja saya tulis di ruangan komen para pejuang kanser bahawa "kanser tidak membunuhmu, ada penawarnya". Tiba-tiba tidak tertulis kerana bimbang ada yang balas komen itu dengan mengatakan, "di sini bukan ruangan untuk menjual produk sampah"
Maka saya terhenti daripada menaip di ruangan komen pejuang-pejuang kanser itu.
Herba-herba khazanah alam Melayu dan di seluruh pelusuk dunia sangat bernilai tinggi, tidak pantas ia di hina! Allah yang menciptakannya, tidak pantas ia dicemuh sebagai 'sampah'.
Kadang-kadang hati berbicara... "biarlah pesakit datang mencari kita, jangan kita dikatakan terhegeh-hegeh mencari pesakit seperti mahu berniaga".
Tapi hati kecil ini tidak sampai hati terus diam melihat orang terus sakit tidak bertemu dengan penawar. Hati kecil ini cuba bersangka baik, "orang sakit bukan tidak mahu, tetapi mereka tidak tahu dan tidak dapat maklumat".
Bagi sesetengah orang akan mengatakan "hanya pejuang kanser sahaja yang tahu sakitnya menghadapi kanser, orang lain janganlah judge dan bagi pandangan kalau bukan doktor"......
Tetapi.... pesan guru tersemat dalam sanubari ini
"Berjatuhan satu persatu. Lekas bantu segera teman-teman. Jangan diam (tentang herba kita) meskipun kita di hina"
"Jadilah perawat berhati emas"...
Maka di sini saya menulis.....
Semoga masih ada harapan untuk pejuang kanser terus berjuang dan kembali sembuh seperti sediakala setelah bertahun-tahun belum sembuh.
Kerana dalam lipatan pengalaman sahabat-sahabat herbalis yang melakukan perawatan, pesakit kanser yang telah menjalani lebih daripada 20 sesi kimoterapi juga menemui sinar harapan. Pesakit kanser tahap 4 juga sembuh total.
Kimo itu sungguh menyakitkan dan ia membunuh segala perasaan ingin hidup, mental down, emosi terganggu berterusan. Hanya spiritual (rohani) yang kuat, ia masih bangkit redha dan pasrah dengan ujian dan ketentuan Allah. Pesakit kanser mengatakan..."kalaulah aku tahu ada pengubatan kanser yang sungguh tidak menyakitkan, sudah pasti aku tidak perlu melalui semua ini"....
Mengambil pesan guru, "kanser tidak membunuhmu".... sudah cukup memberikan harapan buat pesakit kanser untuk merasa masih ada peluang untuk sembuh total.
Apakah penawar untuk kanser?
Penawar untuk kanser ialah segala sesuatu herba yang boleh menambah oksigen di dalam badan. Bertambah oksigen, hilanglah kanser. Ertinya herba untuk perawatan asma/lelah juga adalah herba untuk kanser. Herba terbaik ialah dalam bentuk jus atau cecair. Namun, ia perlu disinergikan dengan herba nutrisi agar tubuh kuat untuk melawan kanser.
Saya merasa bersyukur kerana almarhum guru meninggalkan khazanah ilmu pengubatan agar ia mudah digunakan di akhir zaman ini. Herba dalam bentuk cecair spray sahaja. Sungguh luar biasa! Ia jauh lebih berkesan berbanding bentuk kapsul.
Kalaupun kapsul itu digunakan, almarhum guru mengajarkan teknik rebus, dan goncangan. Maka herba kapsul yang ada haruslah direbus atau digoncang di dalam air lalu diminum. Subhanallah!
Dalam HPA, produk untuk kanser terlalu banyak maasyaAllah. Apabila terpadannya penyakit dengan penawar, maka hilanglah penyakit itu. Subhanallah! Cubalah wahai teman-teman, jangan gusar. Kalaupun ia tidak serasi, kita boleh cuba yang lain. Herba yang tidak serasi itu tidak pun mendatangkan kerugian kerana padanya sudah ada antioksidan dari vitamin dan mineral yang wujud secara semulajadi.
Apa herba untuk perawatan kanser?
Antara herba yang digunakan untuk perawatan kanser ialah Pecah beling, kelor, sireh, habbatussauda, qustus hind, rawan ikan hiu, akar pohon bajakah, ubi kayu hitam, gelombang bunga, propolis, benalu langsat, dedalu, akar kuning, ulam raja, dan banyak lagi. Tak perlu ambil semua, tetapi boleh cuba semua peringkat demi peringkat.

Produk herba HPA yang mengandungi herba-herba perawatan kanser ialah Shark Cartilage, Bajakah, C Nida, Plantisol, NK, KPP, HGHT, Wave, Moringga, Antirac, LBO, MBO, BR, Roselle, Spirulina, Alkali Super, TLD dan sebagainya. Tidak perlu ambil semua tetapi boleh cuba semua peringkat demi peringkat
Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya.
Norashikin Hasan


Isnin, 3 November 2025

MIND SET TIDAK BENAR PUNCA PENYAKIT 'MISTIK'

Saya teringat satu kisah dan pengalaman seorang sahabat saya tak lama dulu. Kisahnya kami dahulu sama-sama belajar. Dalam tempoh belajar, Allah datangkan mad'u untuk menambah pengalaman masing-masing. Pengalaman sahabat saya ini memang menarik untuk dijadikan panduan.

.
.
.
Ok kisahnya begini.......
Seorang remaja perempuan, pelajar universiti, sering duduk di dalam bilik, tidak mahu keluar dari bilik, tidak mahu berjumpa dengan orang. Namun selera makan ok seperti orang normal.
Dari segi psikologi kita melihat remaja ini miliki ciri introvert atau barangkali kemurungan. Wallahua'lam.
Ok tak mengapa.... Kita pergi sedikit detail...
Dia tinggal bersama makciknya. Makciknya mendapati anak buahnya ini tidak produktif, tidak mengemas bilik, tidak melakukan apa-apa melainkan baring, duduk, melayani labtop dan android fon sahaja.
Makciknya dimaklumkan oleh kedua ibu bapa remaja ini bahawa dia terkena gangguan makhluk seperti jin atau syaitan sehingga menjadikan sikapnya berubah begitu.
Background remaja ini....familynya dikatakan sering diganggu dengan gangguan mahkluk ghaib sehingga jika ada ahli keluarga yang sakit, itu ada kaitan dengan gangguan jin dan syaitan. Ibu bapa remaja ini memang sering mendapatkan rawatan membuang jin, saka, sihir dan sebagainya. Sejak kecil hingga remaja, jika sakit ia ada kaitan dengan gangguan tersebut. Remaja ini yakin seperti mana keyakinan ibu bapanya. Ketika perasaannya terganggu dia akan berpengaruh kepada tingkahlakunya.
.
.
Saya teringat subjek psikologi yang pernah saya pelajari semasa di kolej lebih 15 tahun yang lalu.... Jika salah teori yang saya petik ini, sahabat2 kaunseling/psikologi bantu komen di bawah dengan teori psikologi yang paling tepat dengan situasi ini ya.
Dalam psikologi, hal ini ada kaitan dengan teori behaviorisme. Iaitu teori pembelajaran yang menyatakan tingkah laku dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran melalui proses pelaziman (conditioning) dan peneguhan (reinforcement). Teori ini berfokus pada tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur, dan tokoh utama dalam teori ini termasuklah Ivan Pavlov, John B. Watson, Edward Thorndike, dan B.F. Skinner.
.
.
Jadi...... dipendekkan cerita yang panjang ini.....
Sebenarnya panjang lagi kisahnya, cuma cukup lah setakat ini. Kisah yang melibatkan makhluk ghaib ni sangat sensitif bagi sesetengah orang. Untuk iktibar, sedikit sahaja saya kongsikan.
.
.
.
Maka si makcik cuba minta nasihat dan rujuk ciri-ciri anak buahnya pada orang yang dirasakannya boleh membantu beri solusi.
Suatu hari, ditakdirkan Allah, makcik ini berjumpa dengan sahabat saya untuk bertanya pandangan dan kalau boleh nak minta tolong doakan atau apa-apa nasihat yang boleh membantu anak buahnya pulih menjadi remaja yang ceria, produktif, aktif dan cerdas.
Apa yang sahabat saya lakukan setelah itu ialah, katanya pada makcik itu...
"Makcik, ini ada air untuk anak sedara makcik minum. Bagi dia minum, insyaAllah sembuh"
Makcik itu pun sampaikan pada anak buahnya air itu untuk diminum. Makcik itu pesan pada anak buahnya,...
"Minumlah air ni mudah-mudahan sembuh dari gangguan tu. Ustazah tu suruh habiskan air ni. InsyaAllah sembuh"
Selang beberapa hari setelah air itu dihabiskan, remaja itu beritahu, tubuhnya lebih segar, rasa bersemangat dan tak rasa macam kena gangguan lagi. Begitulah seterusnya jika remaja itu dapat minum air yang didoakakan, dia akan sembuh.
Apa yang menariknya, sahabat saya menceritakan....
Sebenarnya dia tidak pernah membacakan apa-apa doa pun pada air mineral tersebut. Dia hanya buka penutup botol, tutup semula penutup botol mineral itu supaya kelihatan bahawa air itu telah didoakan. Sahabat saya hanya pesan kepada makcik tersebut, sebelum nak minum bacalah Al Fatihah, yakin kepada Allah. InsyaAllah sembuh.
.
.
.
Kisah ini diceritakan oleh sahabat saya beberapa tahun lalu. Sahabat saya ada di ruangan maya ini. Cuma tidaklah saya tag beliau. Mudah-mudahan jika beliau baca, beliau boleh bantu respon kebenaran kisah ini.
.
.
Kadang-kadang, orang akan menganggap kisah ini adalah rekaan yang dirancang. Lebih-lebih lagi sekarang di zaman AI, manusia sering ditipu daya. Cerita yang benar dikatakan palsu. Cerita yang palsu dikatakan benar. Inilah zaman yang penuh dengan tipu daya. Nauzubillah.
.
.
.
Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ini ialah berkaitan mind set seseorang individu terhadap penyakit yang dilalui.
Setiap kali saya teringat pengalaman sahabat saya ini, saya akan teringat kuliah-kuliah almarhum Tn Hj Ismail berkaitan dengan bagaimana pemikiran yang aneh-aneh boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal seseorang individu.
Ketika mind set dan pemikiran menjadi tidak benar, maka mental dan fizikal akan terpengaruh. Solusinya adalah....berbalik kepada fitrah spiritual (kerohanian).
Penawar yang digunakan ialah herba yang merawat perasaan dan menguatkan spiritual. Tn Hj Ismail membawa satu konsep iaitu konsep, 'perasaan herba merawat perasaan manusia'.
Bagaimana itu? Itulah kebesaran dan kekuasaan Allah, yang memberikan ilmu kepada hamba-NYA yang berfikir dan zikir. Ilmu herba ini diajarkan oleh almarhum guru dalam kuliah-kuliah yang kami hadiri. Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat almarhum guru.
Dalam Perubatan JAWI HPA, penawar bagi masalah psikologi, masalah spiritual, emosi, mental, sikapdan tingkah laku ada pada Superbrain, Anxie-T, MMP, E Spray, Shark Cartillage, Wave, Ain Spray dan sebagainya. MaasyaAllah ada banyak lagi, namun itulah antara yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Wallahua'lam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya.
Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah Herba JAWI HPA

Khamis, 23 Oktober 2025

DUNIA PERUBATAN HERBA MELAYU

Dunia perubatan herba Melayu pernah menjadi rujukan ahli perubatan dan para saintis dari bangsa asing dalam mencari penawar kepada racun. Bangsa asing mengambil ilmu tersebut lalu menjadi terkenal dengan ilmu racun dan penawar.

Bangsa Melayu sangat mahir dalam penyediaan ubat, racun dan penawar penyakit menggunakan herba.
Ribuan khazanah rimba tempatan menyimpan pelbagai ubatan yang paling mujarab, sangat ampuh dalam mengubati penyakit dan memberi kekuatan kepada tubuh badan bangsa Melayu
Hasil amalan herba itu menjadikan...
Lelaki Melayu yang sihat, tangkas, lincah, bijaksana, dan berani
Perempuan Melayu yang halus budi, lembut, subur, sopan dan bermaruah tinggi
Tetapi Melayu hari ini tidak mahir lagi ilmu pengubatan herba
Ilmu pengubatan herba menjadi suatu ilmu langka yang jarang dipelajari oleh orang dan dilupakan zaman
Akhirnya bangsa Melayu jatuh tersungkur dalam ketidaktahuan selamanya
Ketidaktahuan itulah yang menipunya
Sehingga herba watan terfitnah dan dipulau jauh dari dunia pengubatan hari ini
Sayang sekali...
Allah turunkan herba penawar untuk bangsa Melayu, tetapi hanya sedikit yang menyedarinya dan mengamalkannya
Alangkah ruginya bangsa Melayu jika ia tertinggal jauh dengan pengetahuan herba khazanah bangsa
Hari ini pengubatan herba Melayu tidak begitu mendapat tempat di mana-mana pusat pengajian tinggi
Sedangkan herba dan method pengubatan dari pelbagai bangsa asing berjaya menjadi silibus dalam jurusan perubatan di pusat pengajian tinggi dalam negara mereka sendiri
Bangsa asing lebih memahami herba tempatan kita berbanding kita sendiri mengetahuinya
Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita, nescaya mereka sanggup menukarkannya dengan ketulan-ketulan emas!
'Melayu' dalam perubatan sudah semakin terhakis di kalangan generasi hari ini kecuali bagi mereka yang mahu menekuninya
'Melayu' dalam bab kesihatan keluarga juga sudah semakin hilang
'Melayu' dalam seni alam perkahwinan suami isteri juga sudah hampir lenyap kerana pengaruh budaya dari bangsa asing
Orang Melayu terpadu dengan agama
Islam adalah cara hidup orang Melayu
Baik dalam hal perubatan dan kehidupan, kita mencontohi cara hidup penghulu segala Nabi dan Rasul iaitu Muhammad SAW
Baginda mengajar dan mewariskan kepada kita Al Quran dan Sunnahnya sebagai petunjuk
Pengubatan di alam Melayu yang suatu masa dahulu ialah berpengaruh daripada pengaruh agama bangsa lain
Yang mempunyai konsep 'semangat' atau roh orang mati
Mempercayai kekuatan makhluk hidup dan mati
Tidak berbicara kekuatan daripada Al Quran dan hadis Nabi
Datangnya Islam menyempurnakan keimanan
Pengubatan di alam Melayu menjadi sebuah pengubatan yang menegakkan aqidah dan menolak syirik
Kadangkala pengubatan di alam Melayu hari ini juga menjadi terfitnah apabila unsur syirik dan bidaah dicampur adukkan lalu diklaim sebagai perubatan Islam
Apabila keMelayuan itu semakin pudar, 'Melayu' dalam cara hidup juga akan hilang.
Berpegang teguhlah wahai anak bangsa Melayu
Genggam erat, jangan hilangkan 'Melayu' dalam diri kita
Melayu jangan hanya pada jasad, biarlah Melayu juga pada jati diri, cara hidup dan pegangan agama
Norashikin Hasan
23.10.2025

Khamis, 25 September 2025

MYRTLE | MYRTUS COMMUNIS RATU BAGI SEGALA TUMBUHAN HARUM

LEBIH 500 TAHUN BERLALU...KARYA MEREKA MASIH 'HIDUP'

  
Beberapa hari ini saya buat sedikit rujukan pada buku Perubatan Nabi Karya Imam Jalaluddin As Suyuthi, dan Ibnul Qayyim al Jauzi untuk mencatat nota tambahan daripada kuliah perubatan herba oleh almarhum guru Tn Hj Ismail b Ahmad.
Ibnul Qayyim seorang tokoh perubatan yang berasal dari Afrika. Setelah hampir seratus tahun meninggalnya beliau, lahir pula tokoh yang mengumpul riwayat hadis tentang perubatan Nabi SAW iaitu Ibnu Suyuthi yang berasal dari Mesir.
Lebih 500 ratus tahun berlalu, sehingga kini karya mereka masih hidup dan menjadi rujukan ahli perubatan herba Muslim di seluruh dunia.
Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya apabila menemukan maklumat-maklumat herba yang luar biasa. Bagaimana telitinya, cermatnya, sabarnya ulama perubatan zaman lalu mengkaji, merawat orang dengan herba dan menulisnya untuk rujukan akhir zaman ini. Saya sungguh terharu.
Ilmu perubatan semakin hilang dari tangan umat Islam hari ini. Saya ada mencatat kata almarhum Tn Haji Ismail b Ahmad, "Barat telah menyesatkan ideologi dalam pengubatan. Mereka tiada konsep 'insyaAllah'. Mereka tiada konsep 'minallah'." Akhirnya pengubatan tersebut menemui jalan buntu meskipun perubatan tersebut canggih merentasi dunia moden hari ini.
Ubatan kimia hanya mencegah dan mengawal, ia tidak menghilangkan daripada tubuh badan. Ibarat menyapu sampah ke bawah karpet, sampah itu terus membusuk. Sedangkan pengambilan ubatan sumber alami menyapu bersih 'sampah' itu keluar tubuh.
Namun, pasti akan ada yang berkata, 'saya berubat di hospital, sembuh je', malah ada yang gembira berubat dengan kaedah syubhah lalu sembuh.
Ya benar, asas kesembuhan ialah pada keyakinan. Yakin perawatan itu dapat menyembuhkan meskipun menggunakan daripada sumber dan kaedah yang haram, ia akan sembuh juga. Kerana Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya. Kerana hamba itu telah berusaha. Allah mengizinkan kesembuhan tersebut.
Ketika iblis meminta izin untuk menyesatkan anak Adam, Allah mengizinkannya. Namun iblis sendiri mengatakan, "Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Lalu Allah berfirman dengan mengatakan tiada sesiapa pun di antara makhluk Ku dapat menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri). Rujuk kisah ini dalam Surah Hijr ayat 35-42
Namun harus ingat, sebenarnya pengubatan yang haram dan syubhah yang memberikan kesembuhan itu hanya pada tubuh kasar (fizikal), tidak pada tubuh halus (spiritual, emosi, mental).
Hati semakin gelisah, jiwa semakin resah, akal semakin terbeban dengan gangguan pada jirim kelabu yang ada di lapisan otak kesan daripada racun yang berkumpul berterusan, yang mengganggu sistem saraf dan hormon. Akhirnya manusia itu hilang kedamaian di hatinya.
Pengubatan yang dibawa oleh Nabi SAW, mengatakan setiap penyakit ada ubat. Sumber ubat ada dua, iaitu alamiah dan ilahiyah.
Misalnya kanser
Kanser tidak akan membunuhmu
Yang membunuhmu adalah kerana hipoksia
Apa itu hipoksia?
Tiada oksigen di dalam badan.
Penawarnya ialah pada sumber alam yang dapat menambah oksigen di dalam tubuh badan,
Hipoksia menjadikan tubuh badan terlalu berasid
Sel-sel abnormal mudah berkembang dalam keadaan berasid
Yang menambah oksigen di dalam tubuh badan ialah makanan sumber alkali
Rasulullah SAW, makanannya hampir keseluruhannya bersifat alkali
Subhanallah! Kaya oksigen.
Maka ketika kita mengubati diri, jangan lupa sumber kedua iaitu ilahiyah. Baca bismillah, baca al Fatihah.
Allah mendatangkan penyakit, Allah menyediakan penawarnya, Allah juga yang menyembuhkan penyakit tersebut
Jika belum sembuh, cuba lagi
Terus menerus beroleh pahala
Saya seorang yang hati tisu
Semakin belajar semakin rasa jahil
Apabila bertemu dengan maklumat baru hasil kajian ulama dan tokoh terdahulu, hati tisu ini menangis, pelupuk mata pula menitiskan air mata
Menangis bukan sedikit, tapi sehingga tidak cukup tisu!
Rasa terharu, takjub dengan keagungan Allah
Rasa terlalu kerdil dan tiada apa-apa
Diri hamba yang penuh kehinaan di hadapan Allah
Ilmu dan pengetahuan yang ada sekadar pinjaman
Perginya diri ini meninggalkan alam fana nanti, hilanglah segalanya
Daripada ada kepada tiada apa-apa
Tulislah..
Catatlah..
Untuk manfaat generasi anak kita pula yang akan datang
Biarkan ia barakah, insyaAllah
Norashikin Hasan
25/9/2025

Rabu, 17 September 2025

CARA MEMANASKAN MINYAK BUT BUT UNTUK URUTAN

Masukan botol minyak but but ke dalam bekas berisi air panas. Tunggu dalam 5 minit sehingga minyak but but menjadi suam. Siap digunakan untuk urutan. Kesannya luar biasa.

Anak kembung perut :
Sapukan minyak di betis dan urut perlahan betis anak dari pelipat lutut ke bawah menuju pergelangan kaki. Kesannya anak buang angin yang banyak dan tidur pun nyenyak.

Sakit perut/muntah/cirit-birit :
Minyak but but diminum 1 sudu. Terbaik jika dicampurkan dengan madu lebah. Minum bersama air suam


MINYAK BUT BUT

Minyak warisan perubatan Melayu yang bernilai tinggi. Kegunaannya yang pelbagai kadangkala ia juga dinamakan sebagai minyak seribuguna. Salah satu kelebihan minyak ini ialah teknik pemasakannya yang mengambil kira faktor-faktor tertentu seperti :-

  • Tempoh pemasakan
  • Pemanasan menggunakan dapur kayu
  • Teknik menggaul herba ketika mendidih
Minyak ini tidak mengandungi bahan kimia malah boleh diminum untuk mengatasi ulser perut, kembung dan cirit birit. Sesuatu yang menghairankan ialah bilamana minyak ini sangat disukai oleh anak-anak kecil. Bagi membuktikan minyak but– but ini mesra alam, anda akan temui semut juga menyukai minyak ini.

Minyak But-But tidak menggunakan pewarna dan ia boleh diminum dengan selamat. Minyak ini boleh digunakan dari peringkat bayi sampai kepada orang tua. Kelebihannya terlalu banyak seperti :-
  • Patah
  • Seliuh
  • Asma
  • Kembung perut
  • Urutan selepas bersalin
  • Batuk
  • Cirit birit
  • Luka
  • Melecur
  • Menghitamkan rambut
  • Gastrik
  • Ulser
  • Kecantikan kulit muka
  • Urutan anak-anak demam
  • Darah beku di kepala
  • Sakit lutut
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit pinggang
  • Kuruskan badan
Minyak but-but bukan sebarang herba tetapi minyak yang sangat banyak kegunaan dan testimoninya. Setiap buah rumah sepatutnya memiliki minyak ajaib ini untuk kes-kes kecemasan tertentu. InsyaAllah. Semua penyakit dan penawar datang dari Allah jua.



Jumaat, 8 Ogos 2025

TIMBUL GEGATA SELEPAS KELUAR DARI HUTAN

DI MANAKAH LETAKNYA KEKUATAN MADU TUALANG?

Lebah membawa manisan daripada bunga

Getaran sayap lebah menukarkan manisan bunga menjadi madu
Subhanallah!

Lebah kelulut (Trigona) tidak ada sengatan
Madunya masam manis yang kuat
Madu kelulut lebih tinggi kandungan propolis berbanding madu lebah biasa
Madu kelulut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai superfood sejak 2017

Lebah Tualang (Apis Dorsata) adalah lebah madu terbesar di dunia
Apis dorsata atau lebah madu gergasi berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Ia tidak terdapat secara semula jadi di Eropah atau negara Arab, kerana habitatnya lebih sesuai dengan iklim tropika dan kawasan hutan hujan.

Lebah tualang biasanya membina sarang di pokok tinggi, tebing batu, dan bangunan di kawasan seperti Malaysia, Indonesia, India, Sri Lanka, Nepal, dan Filipina. 

Lebah tualang dikenali kerana tingkah laku agresif dalam mempertahankan sarang mereka dan tidak boleh diternak seperti lebah madu biasa.
Sengatannya lebih kuat berbanding lebah mellifera dan lebah cerana
Sengatan seekor lebah tualang boleh menyebabkan sesak nafas
Namun, penawarnya ada pada madu tualang itu sendiri

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu." (Surah An Nahl : 68)

Kerana Allah telah memerintahkannya untuk membuat sarang di tempat tinggi
Setiap hari tanpa gagal, lebah tualang mengunjungi bunga untuk ambil manisan demi amanah menghasilkan penawar untuk manusia


Lebah Eropah (Apis Mellifera)


Mengapa madu tualang nama diberi? 
Kerana lebah ini dikatakan membuat sarang pada pokok tualang.

Pokok tualang adalah pokok hutan yang tertinggi yang terdapat di Malaysia dan Asia. Purata ketinggian 50 meter hingga 100 meter atau lebih kurang ketinggian 15 tingkat.

Mempunyai batang putih yang halus dan merupakan pokok yang dipilih lebah terbesar (Apis Dorsata) untuk membina sarang madu mereka.

Di Malaysia, madu Tualang biasanya dituai antara Mei hingga Julai. Ini adalah musim utama apabila lebah telah mengumpulkan nektar yang mencukupi dan madu mencapai tahap kematangan yang optimum.

Selain itu, di kawasan utara Malaysia seperti Hutan Ulu Muda, musim menuai boleh bermula lebih awal, sekitar Februari hingga April, apabila lebah madu gergasi tiba dari bahagian lain di Asia untuk membuat sarang di pokok-pokok kanopi hutan hujan.







Pencari madu tualang berada antara hidup dan mati ketika berada tinggi di atas pokok tualang. Bertarung nyawa utk mendapatkan madu

Ilmu dan kemahiran mencari pokok tualang, memanjat pokok tualang dan mengambil sarang lebah perlu dipelajari daripada generasi tua di kampung-kampung

Biasanya kemahiran ini diwarisi secara turun temurun oleh sesebuah keluarga

Jadi, dimanakah letaknya kekuatan madu tualang?
Jawapannya, di mana sarangnya dibina.
Iaitu pada pohon tualang yang tinggi
Selain itu, kekuatan madu tualang juga terletak pada nektar ribuan bunga yang diambil oleh lebah di dalam hutan, yang bebas daripada baja kimia dan racun kimia

Siapakah yang membajai bunga-bunga di hutan agar ia tetap tumbuh subur kalau bukan Allah telah menyiapkan baja alami untuknya

Kalau ada orang menjual madu tualang, jangan minta harga dikurangkan.
Kerana Allah yang tentukan harganya tinggi.

Lihat sahaja di mana ketinggian madu ini, sesuai dengan harganya juga yang tinggi.

MaasyaAllah!

Madu liar termahal dari hutan Malaysia 
Kajian oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu tualang berkesan membantu masalah osteoporosis (tulang rapuh) dalam kalangan wanita yang putus haid, setanding dengan ubat moden. Timbalan Dekan (Bahagian Penyelidikan) Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Prof Dr Rosline Hassan berkata penemuan itu hasil kajian sejak 2006 melibatkan sekumpulan wanita berusia 45 tahun dan ke atas. "Kami membuat satu perbandingan antara wanita yang diberikan madu tualang secara konsisten iaitu sebanyak 20 gram sehari selama empat bulan dengan wanita yang mengambil ubat moden. "Kajian mendapati madu tualang mempunyai kebaikan yang sama dengan ubat moden dari segi ketumpatan tulang," katanya kepada Bernama di luar Koloquium mengenai Kajian Produk Semulajadi dalam Kesihatan, di USM Kubang Kerian hari ini (26 Sep 2016).
Sumber info : https://berita.mediacorp.sg/.../kajian-madu-tualang...


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. 

Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah Herba Jawi