PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Sabtu, 28 Ogos 2021

ILMU PENGUBATAN CARA NABI (ATH THIBBUN NABAWI)

Oleh : Tuan Hj Ismail Ahmad, Pengarah Urusan HPA
Tarikh : 15 Januari 2021
Tajuk : Pengenalan Ilmu Herba. 
Catatan : Norashikin Hasan

Alhamdulillah pagi ini kita memulakan kuliah online dalam pengenalan tentang pengubatan yang insyaaAllah kita jadikan ilmu ini sebagai pelengkap dalam kehidupan kita.

Mengapa Pak Haji katakan ilmu ini sebagai ilmu pelengkap? Kerana di sinilah terletaknya beberapa nilai kehidupan manusia itu bukan hanya untuk dirinya sendiri, tidak mementingkan dirinya sendiri. Dia juga memikirkan untuk orang lain dan untuk ummat keseluruhannya.

Dalam ilmu ini, selain daripada untuk kita ambil untuk diri kita sendiri dan kita fikir bagaimana untuk keluarga kita, jiran tetangga kita, dan untuk ummat keseluruhannya

Oleh itu berdirinya ilmu . Ilmu ini wajib. Bagi mereka yang hidup di tengah masyarakat, wajib mempelajari ilmu ini. Kalau tidak ada daripada ilmu-ilmu pengubatan yang baik daripada Nabi SAW, nanti di celah-celah itu akan masuk ilmu yang boleh membawa manusia itu syirik, bidaah, kesesatan, nauzubillah.

Bagi mengelakkan situasi ini berlaku, maka ilmu ini wajib. Wajib pada sebahagian yang lain yang sepatutnya belajar. Sama juga orang yang berbekam mesti ada di suatu tempat itu orang yang boleh berbekam. Supaya kita dapat mempertahankan agama itu kepada kesuciannya.

Ilmu tibb Nabawi semakin diteliti semakin kita belajar, maka kita semakin bertadabbur. Iaitu mesti ada fikir, mesti ada zikir. Fikir bagaimana Allah SWT telah menjadikan sesuatu penyakit itu  sudah diturunkan bersama dengan penawarnya.

Sebagaimana yang kita faham bahawa setiap penyakit ada ubatnya (li kulli da'in dawa'un). Ertinya ubat itu yang telah ditunjukkan oleh Allah dan Rasul. Bagaimana caranya? Iaitu dengan menepati beberapa prinsip asas dunia pengubatan

Tiga Prinsip asas dunia pengubatan :

  1. Pengubatan itu mestilah pengubatan yang mengagungkan Allah, membesarkan Allah, mengesakan Allah. 

  • Tidak boleh menggandakan Allah. 
  • Tidak boleh pengubatan itu membawa manusia takut yang lain lebih daripada takut kepada Allah. Apapun mesti wa ilallahiturja'ul umur. 
  • Kepada Allah kembali segala urusan.
  • وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ ١٠٩
  • "Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan." (Surah Ali Imran :109) 
  • Asas kepada ilmu pengubatan itu ialah takut kepada Allah, orang itu kembali kepada Allah. Kami kembalimu.. Wa raja'na ilallah. 
  • Pengubatan ini ubudiyyah lillahiwahdah. Satu peribadatan seorang manusia itu kepada Tuhannya. Mengesakan Allah di dalam sudut pengubatan, yang menyembuhkan penyakit ialah Allah. Tidak ada yang menyembuhkan, hanya Allah yang boleh menyembuhkan. Itu yang dimaksudkan. 
  • Mesti pengabdian kepada Allah, itu tujuannya. Kalau pengubatan itu membesarkan makhluk, membesarkan sesuatu yang tidak mengingati Allah, tidak bawa kepada Allah dan Rasul, malah dilihat bahawa ada sesuatu yang lain yang lebih hebat, yang tidak bersandarkan kepada kekuasaan Allah Yang Maha penyembuh, maka itu bukanlah dinamakan pengubatan. Itu akan membawa kemudharatan. Binasa itu bukan binasa kepada zahirnya tetapi binasa itu binasa kepada aqidah dan pegangannya. Maka, mesti kembali kepada Allah dan Rasul. 
  • Jadi apabila kita sakit, siapa yang kita kena ingat? Sakit ingat doktor, teman, obat, ini tidak betul. Sakit, ingatlah Allah. Apabila kita ditimpa sesuatu kesakitan, yang pertama sekali kita kena ingat ialah Allah. Istighfar astagfirullahala'zim….. Itu kita akan kembali kepada diri kita yang sebenar. Itu kita membersihkan diri kita dengan penyakit yang Allah datangkan kepada tubuh badan kita
     2. Pengubatan ini mesti sesuatu yang halal. 

  • Tidak boleh sesuatu yang haram. Nabi SAW sebut tidak diciptakan ubat daripada sesuatu yang haram. 
  • Tetapi manusia ini selalu escape. Apa itu escape? Selalu mencari celah bagaimana membolehkan sesuatu yang tidak boleh. Manusia selalu mencari celah bagaimana membolehkan sesuatu yang tidak boleh. 
  • Ubat mesti dihasilkan oleh tangan orang-orang mukmin, iaitu Islam. Mengapa? Kerana yang bernama mukmin itulah yang tahu tentang hukum hakam halal dan haramnya. Bagaimanalah kalau kita mengambil ubat-ubat yang haram setiap hari? Lalu kita melepaskan dengan alasan ini darurat.
  • Nabi SAW menyebutkan, tidak diciptakan ubat daripada sesuatu yang haram. Mustahil bagi Allah yang mempunyai sifat sempurnanya yang menurunkan penyakit tetapi tidak menurunkan ubat daripada sesuatu yang halal. 
  • Kita harus yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa terdapat ubat-ubatan yang halal di dalam pengubatan kerana itu adalah janji-Nya

    3. Pengubatan itu mestilah kita ambil daripada sumber-sumber alamiyah dengan Ilahiyah. 

a) Alamiyah itu daripada tumbuh-tumbuhan, lebih alami lagi bagus. 

  • Dengan usaha kita untuk mencegah itu lebih baik daripada pengubatan. 
  • Ubat itu bukan bermula ketika manusia sakit tetapi ubat itu bermula daripada pemahaman kita untuk mencegah. Preventive medicine. Pengubatan pencegahan. Itu mesti ada di dalam kamus pengubatan kita. Preventive medicine  yakni pengubatan untuk mencegah. 

b) Kedua, mesti ada sumber Ilahiyyah

  • Mesti ada gabungan alamiah dan ilahiyyah. Tidak boleh terdiri hanya faktor-faktor fisik sahaja, faktor-faktor tumbuhan apa active ingredientnya, bahan kimia di dalam tumbuhan tersebut, kemudian kita yakini dengan bahan-bahan kimia tersebut lalu kita ambil.  
  • Maka pemahaman ini membawa kepada kefahaman sekularisme, iaitu pengasingan di antara satu bidang ilmu dengan ketuhanan. 
  • Ini tidak di bawa oleh Nabi SAW. Nabi mengajak kita untuk ubudiyyah lillahi wahdah. Untuk kita berubudiyyah (beribadah). Di dalam perawatan menggunakan tumbuh-tumbuhan itu ada ubudiyyah, ada penghambaan. Itu disebut sebagai alamiyyah dan ilahiyyah. 
  • Kalau kita belajar tidak membawa kepada alamiyyah dan ilahiyyah maka dia akan berdiri dengan sendirinya dan dia tidak akan pernah memikirkan bahawa penyembuhan itu daripada Allah, yang baik itu daripada Allah, dia tidak pernah memikirkan sesuatu yang ditunjukkan oleh Nabi itu spesial, terbaik, khayr, makruf dan haq. 
  • Dia hanya akan melihat bahawa apa yang diucapkan oleh sesuatu yang bernama Sains.  Bahayanya fahaman apabila manusia itu hanya berkiblatkan kepada Sains, iaitu dalam konsep yang diketahui sebagai seeing is believing. Lihat dan percaya. Sesuatu yang mampu dilihat baru kita percaya. Jika tidak mampu dilihat kita tidak percaya. Mesti ada data klinikal, data fizikal tidak boleh diambil kira. Mesti ada pengkajian data-data klinikal. Jika tiada data klinikal kita tidak boleh percaya. Itu adalah fahaman yang sesat lagi menyesatkan kerana faktor-faktor yang kita tidak dapat lihat. 
  • Jika manusia mengambil konsep seeing is believing dalam kehidupannya, sudah tentu dia tidak akan menyembah Allah. Sebab dia tidak pernah melihat Allah. Dia tak akan percaya adanya angin kerana dia tidak lihat angin. Dia tidak percaya adanya perkara-perkara ghaib kerana dia tidak pernah melihat syurga, neraka, pahala, dosa. Itulah rosaknya apabila kita percaya kepada seeing is believing. 
  • Kita harus percaya di sebalik pengubatan itu ada keberkahan. Keberkahan kepada doa-doa. Misalnya Nabi SAW menyatakan bahawa 'barang siapa yang berpagi-pagian dengan tujuh butir kurma ajwah Allah akan melindunginya daripada racun dan sihir. 
  • Kalau kurma itu melindungi daripada racun, mungkin, barangkali. Mungkin mempunyai antioksidan atau bahan antiracun di dalamnya. Tetapi bagaimana kurma untuk menangkal sihir? Sihir kan sesuatu yang tidak dapat dilihat? Bagaimana makan kurma boleh menghilangkan sihir? Ini berlaku disebabkan apa? Sepakat para ulama mengatakan bahawa ia berlaku kerana ini adalah ucapan Nabi SAW yang bersifat khair, makruf dan haq. 
  • Sains tidak boleh mempercayai kerana Sains tidak ada Nabi. Kalau manusia bergantung 100% kepada Sains, tidak disandarkan kepada hadis-hadis Nabi SAW, maka dia akan menjadi orang yang akan mengamalkan fahaman sekularisme. Iaitu pemisahan di antara dunia dan akhirat. 
  • Apabila manusia itu diutuskan para Nabi untuk menjadi pembimbing, untuk penunjuk arah, untuk menjadi wali bagi manusia itu keluar daripada gelap kepada cahaya, maka sains pada ketika itu yang wujud mestilah sama-sama tidak menolak faktor ini, barulah kita sebutkan ia sebagai Sains Islam. Sains yang dibaca bersama Al Quran dan hadis Nabi SAW. 
  • Kalau seseorang itu mengabaikan, misalnya hadis nabi SAW tentang bekam, dia tidak melihat bekam itu sebagai salah satu daripada pengubatan. Ia tidak melihat bahawa bekam itu sebagai suatu keajaiban. Ia tidak lihat bekam itu sebagai satu mukjizat, ia hanya melihat ia adalah salah satu metodologi yang digunakan di dalam pengubatan. Dia tidak dapat melihat bahawa itu adalah hadis Nabi SAW. 
  • Kalau ada kesembuhan maka ada di dalam  assal dan hijamah. Oleh itu, apabila kita membaca tentang tibb nabawi, kita membaca dalam ilmu pengubatan, maka jangan lepas dengan Al Quran dan hadis Nabi SAW. Jangan lepas daripada memegang dengan aqidah yang kukuh. Jangan lepas daripada menolak sesuatu yang haram. Dan mesti bersifat alamiyah dan ilahiyyah.    

InsyaAllah itu kuliah pada hari pertama yang Pak Haji berikan khusus kepada mereka yang mengikuti kuliah online. Terima kasih. Assalammualaikum wbt.

------------------------------------------



Info tambahan dari penulis :

Ulama silam telah menulis kitab perubatan yang diajarkan, diamalkan dan disarankan Nabi s.a.w sebagai rujukan dan amalan untuk ummatnya. Malah ada di kalangan ulama menjalankan eksperimen kemudian menulis kitab mereka tentang keajaiban herba, tumbuhan, rempah ratus, makanan, zikir dan perbuatan baik dalam merawat penyakit.

Berikut ini saya kongsikan beberapa buah buku at-Thibbun Nabawiy karya ulama-ulama besar yang boleh menjadi rujukan. Di antaranya ialah:

1. Imam Abu Bakar Ahmad bin Abi Ashim (Wafat th. 287H) dengan kitab : Ath-Thibbu Wal Amradh

2. Imam Ibnu Sunni (wafat 364) menulis kitab Ath-Thibbun Nabawi

3. Imam Abu Nu'aim Al-Ashbahani (wafat th. 430) juga menulis kitab Ath-Thibbun Nabawi

4. Imam Abu Ja'far al-Mustaghfiri wafat th 432 H juga menulis kitab Ath-Thibbun Nabawi

6. Imam Dhiya'udin Al-Maqdisi wafat th. 643 H juga menulis kitab Ath-Thibbun Nabawi

7. Imam Ibnul Jauzi dengan Kitab : Laqthul Manafi' dan Mukhtarul Lafzhi

8. Imam Ibnul Qoyyim dalam kitab Zadul Ma'ad

9. Imam Adz-Dzahabi dengan kitab Ath-Thibbun Nabawi

10. Imam Al-Qasthalani dalam kitab Al-Mawahid Al-Ladunniyah

11. Imam As-Suyuti dalam Kitab : Al-Minhaj As-Sawi juga tentang Thibbun nabawi

Mereka lahir terlebih dahulu daripada  IBNU SINA. Ibnu Sina pula dikenali sebagai Bapa Perubatan Moden kerana penemuannya tentang struktur mata dan anatomi tubuh manusia melalui pembedahan. Kitab yang ditulis beliau ialah Qanun Fi al Tibb yang menjadi rujukan pelajar-pelajar di universiti Eropah kemudian seluruh pelosok dunia. Kitab asal beliau ada di perpustakaan universiti di Paris.

Malangnya ilmu kedoktoran yang diambil oleh orang-orang Barat dari kitab itu disadur dengan acuan mereka sendiri seterusnya menyembunyikan atau melenyapkan nilai murni dari Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Jadi, di tangan-tangan kitalah ilmu kedoktoran ini wajar dimurnikan. Jika kita tiada ilmu perubatan moden (untuk merawat penyakit yang tidak kronik), dengan ilmu perubatan cara Nabi s.a.w sahaja kita sudah mampu untuk merawat diri sendiri dan ahli keluarga.

Umat Islam Kehilangan Satu Per Tiga Daripada Ilmu Pengetahuan Manusia

Imam Syafi'i berkata: Selepas ilmu yang membezakan antara perkara halal dan haram, saya tidak mengetahui ilmu yang lebih mulia daripada ilmu perubatan. Beliau berasa sedih melihat betapa banyak yang telah hilang daripada umat Islam dalam ilmu ini. Sering kali beliau berkata: Mereka telah kehilangan satu pertiga daripada ilmu manusia dan telah membiarkan diri mereka digantikan oleh Yahudi dan Kristian. Beliau juga berkata: Sesungguhnya kaum Ahli Kitab kini telah menguasai dan mengatasi kita dalam seni yang agung ini. Imam Syafi'i, selain kehebatan beliau dalam ilmu hukum syarak dan keunggulan beliau dalam bahasa Arab, juga merupakan seorang doktor yang mahir.

Wallahualam.

===============================

Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. 
Norashikin Hasan
Penulis Siri Kuliah Herba Jawi HPA

Selasa, 10 Ogos 2021

MERAWAT DEMAM MELALUI 10 PINTU PADA TUBUH



DEMAM boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apabila berlaku demam, imuniti akan menurun. Oleh itu herba yang meningkatkan imuniti haruslah diambil. Seandainya dilakukan pemeriksaan darah, didapati ketika tubuh demam, sel darah putih menurun.

Sel darah putih adalah salah satu tentera di dalam tubuh badan yang ditugaskan dalam pasukan imuniti. Apabila tentera ini sudah lemah dan berjatuhan satu persatu, maka tubuh tidak dapat melawan penyakit ketika tubuh diserang bakteria ataupun virus.

Maka, pilihan ubatan herba ialah yang cepat meningkatkan jumlah sel darah putih. Sebab itu apabila orang demam mengamalkan minum kopi Radix, demamnya sembuh dengan begitu cepat sekali. Herba yang ada di dalam kopi Radix iaitu akar pasak bumi, akar teja lawang, mengkudu hutan, akar halban, akar larak, akar tebu gajah, dan akar mata pelanduk. Ini adalah herba warisan nenek moyang terdahulu untuk kesihatan mereka.

Biasanya kita sering merawat sesuatu penyakit melaui pintu mulut sahaja, kita lupa bahawa pada tubuh badan ada beberapa pintu lain lagi untuk ubat masuk. Ubat tidak semestinya diambil secara makan. Ubat boleh diambil dengan menyapu pada kulit, menghidu wap, mandian, dan sebagainya lagi. 

Menyapu minyak pada kulit misalnya ia akan meresap ke dalam kulit dan melakukan proses penyembuhan. 

Demam panas, boleh disapukan dengan serbuk tanah liat. Sapuan yang nipis-nipis sahaja. Jika tiada serbuk tanah liat, serbuk tayamum juga boleh digunakan, ia menurunkan suhu badan.

Orang demam apabila disapu atau dilumur tubuhnya dengan minyak but-but, dia merasa begitu mengantuk. Selepas bangun dari tidur ia merasa lebih bertenaga dan segar kerana panas tubuh telah ditarik keluar oleh herba-herba dalam minyak but-but.

Begitu juga perawatan demam melalui mata. Kepala yang panas boleh dititiskan dengan air zam-zam, agar panas di kepala dapat diturunkan.

Sebuah hadis serupa diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, “Demam adalah daripada panas neraka yang mendidih. Kerana itu redakanlah dengan air zamzam.” (Riwayat al Bukhari)

Kepala yang panas juga dijaram beberapa kali. Ketika menjaram, boleh menggunakan daun bunga raya, daun kaca piring, asam jawa, lemon, limau nipis dan sebagainya. Boleh pilih salah satu daripada bahan tersebut. Misalnya daun bunga raya, diramas-ramas ke dalam air jaram atau air mandian orang demam. InsyaAllah ia mengeluarkan panas tubuh dan kepala.

“Jika salah seorang daripada kamu menderita demam, sapukan air sejuk kepadanya selama tiga hari berturut-turut pada waktu fajar.” (Riwayat al-Juzi)

Daripada Rafa’ bin Hadji, “Demam ialah bahagian daripada neraka, jika menyerang salah seorang daripada kamu maka redakanlah dengan air sejuk.” (Riwayat at-Tirmizi)




Abu Amr menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda “Jangan memaksa orang sakit makan atau minum kerana Allah memberi mereka makan dan Allah memberi mereka minum”. (Riwayat at Tirmizi, Ibnu Majah menyatakan hadis ini sahih)

“Jika salah seorang daripada kalian sakit dan mengingini makanan tertentu, maka hendaklah dia makan makanan itu”. (Riwayat Ibnu Majah)

Ketika seorang demam panas, bubur talbinahsup tulang sangat memberikan ketenangan dan kelegaan pada perut dan tubuh badan.

======================================================


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk HPA dan rawatan dengannya, anda boleh hubungi saya di link ini www.wasap.my/60135806760

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional