Selasa, 21 Januari 2014

DEMAM PANAS : PENGALAMAN MERAWAT YANG MEMBERI BANYAK TAULADAN


Si kecil Ammar demam panas hampir tujuh hari bermula pada 15 Januari 2014. Symptom atau gejala demam yang dihadapi oleh Ammar ialah panas badan, batuk kuat, tonsil, dan kesukaran bernafas sehingga sedikit makanan pun tidak mahu dijamah selama tujuh hari berturut-turut melainkan hanya air. 


Beliau kerap tidur dan baring kerana mungkin terlalu lemah akibat tidak makan, letih, tidak mahu bermain meskipun kami membawanya ke tempat yang paling diminatinya iaitu playground. Sebelum ini jika berlaku demam, Ammar tetap memiliki semangat yang tinggi untuk tetap bermain, menonton, menyanyi, makan, menulis, mewarna dan sebagainya. Namun kali ini agak jauh berbeza sehingga saya dan suami membuat andaian yang bukan-bukan. Nau'zubillah.


Parents mana yang sanggup biarkan anak demam panas meskipun sekadar selsema atau batuk? Saya dan suami bertungkus lumus mengubati Ammar dengan sedaya upaya kami.  Kaedah yang kami lakukan ketika merawat Ammar semasa tiga hari pertama demam:


1. kerap membalut tubuh Ammar dengan kain basah dari paras ketiak hingga punggung

2. melekapkan kain basah di leher dan tengkuk

3. meletakkan kain basah di dahi

4. membasahkan kepala dengan menceduk dan menuangkan air tersebut menggunakan tapak tangan

5. meletakkan beliau di atas pangkuan dan memeluk seluruh tubuhnya untuk memberi ketenangan dan kelegaan

6. suami saya kerap mendekatkan tubuhnya kepada si kecil Ammar untuk menyerap kepanasan dari Ammar

7. ketika tubuh Ammar sangat panas, saya tidak memandikannya kerana bimbang berlaku kesan lebih buruk dari itu. Seperti kita manusia biasa, ketika suhu badan terlampau panas, secara semulajadinya kita tidak mahu mandi kerana kesejukkan walaupun air mandian tidak sejuk. Dikhuatiri selepas mandi suhu badan menjadi lebih panas dan dibimbangi terjadi sawan atau serangan saraf akibat terlaku panas. Nauzubillah.


Pada hari ketiga, si kecil Ammar masih tidak menunjukkan tanda-tanda sihat atau kebah. Beliau mula batuk yang sangat teruk. Saya seperti terpaksa mengalah dengan keadaan, kemudian menyarankan kepada suami untuk membawa Ammar mendapatkan rawatan doktor. Jika tidak kerana saranan emak saya, sudah tentu saya tidak akan ke hospital atau klinik untuk merujuk Ammar kepada doktor.


Semasa mendapatkan rawatan dari hospital, doktor meminta si kecil Ammar meminum ubat demam berbentuk syrup yang berwarna merah. Saya yakin rasanya agak sedap untuk kanak-kanak mahupun bayi kerana melalui aroma ubat tersebut saya dapat mengagak bahawa ubat itu memiliki rasa yang manis dan lazat untuk memikat kanak-kanak dan bayi.


Doktor meminta saya dan suami memberinya minum pada ketika itu juga sambil diperhatikan oleh doktor tersebut. Si kecil Ammar merupakan kanak-kanak yang tidak pernah suka pada ubat-ubatan. Mungkin kerana saya tidak memberinya ubat sejak kecil kerana beliau jarang demam. Sehingga umur tiga tahun enam bulan ini, si kecil Ammar telah menghidap demam panas hanya dua kali. Lima demam yang lain hanya demam biasa yang kurang panas.


Semasa memberikan ubat, Ammar menjerit-jerit tidak mahu meminum ubat sehingga bajunya ditumpahi ubat tersebut. Saya melihat ada riak kekecewaan pada raut wajah doktor tersebut. Dalam pertuturan yang kurang bersemangat dan kurang ceria, doktor itu menyatakan bahawa si kecil Ammar perlu ditahan di wad jika suhu badannya tidak turun menjelang esok hari untuk diberikan beberapa jenis cecair campuran antibiotik yang akan dimasukkan ketubuhnya melalui drip. Doktor menyarankan untuk menghabiskan kesemua antibiotik yang diberikan. Kesemua sekali terdapat tiga botol antibiotik, dua botol ubat demam, sebotol ubat batuk, dan sebotol ubat titik ke dalam hidung.


Saya dan suami pulang ke rumah dengan perasaan yang kurang enak selepas menerima nasihat daripada doktor tentang Ammar. Adakah si kecil Ammar perlu ditahan di wad? Habislah tangannya dicucuk untuk drip. Kasihan Ammar, tentu akan berasa sakit. Aduhai anakku...


Pada hari kelima suhu badan Ammar terus meningkat sehingga saya menangis kerisauan. Di dalam kotak fikiran memikirkan yang bukan-bukan seperti "bagaimana kalau Ammar terkena serangan saraf sehingga membuatkannya terencat akal?", "bagaimana jika beliau terkena serangan sawan?", dan macam-macam lagi yang terlintas difikiran saya dan suami. Kata doktor, tonsil di tekak Ammar agak besar, oleh itu kebimbangan saya terus meningkat. 


Emak saya pernah menceritakan bahawa salah seorang adik saya pernah terkena sawan semasa kanak-kanak kerana demam panas yang tinggi. Keadaannya pada ketika itu ialah mata terbuka luas dan keluar buih dari mulut. Emak saya terpaksa menahan mulut adik saya dengan jarinya bagi mengelakkan adik saya menggigit lidahnya sendiri sehingga berdarah. Akhirnya jari emak saya mengalami luka yang dalam akibat gigitan adik saya itu. Adik saya itu juga pernah mengalami tonsil bernanah semasa remajanya. Namun jika remaja maka kurang dibimbangi kerana ia memahami bahawa dengan istiqamah makan ubat yang diberi doktor maka akan pulih. Tetapi, bagaimana pula jika kanak-kanak seperti Ammar yang tidak memahami bahawa ubat itu adalah untuk memulihkan? Hampir jenuh saya menjelaskan kepada beliau namun beliau tetap tidak mahu makan ubat. Saya dan suami juga merasa sedih kerana Ammar tidak mahu menjamah makanan melainkan hanya susu sejak beberapa hari lalu. Mujur pada hari pertama demam, beliau mahu menjamah roti canai kegemarannya.


Hari kelima saya tidak menghantarnya ke hospital seperti yang disarankan oleh doktor kerana saya sangat meyakini bahawa madu, habbatus sauda dan air zam-zam boleh memulihkan. Saya dan suami menanamkan keyakinan yang mendalam. Saya cuba menghitung hari, insya Allah dalam masa tiga hari lagi, Ammar akan pulih dari demam panas. Saya terus memberi Ammar minum madu dan air zam-zam yang diletakkan di dalam susunya setiap pagi. Manakala air habbatus sauda saya berikan pada waktu siang. Semuanya diminum sekali sehari. Mengambil lebih daripada dos itu sewaktu demam mungkin tidak mengurangkan panas badan malah bertambah parah.


Menurut ahli perubatan tibbun nabawi, madu bersifat panas dan mampu menyembuh orang yang kesejukan. Ia juga boleh menjadi sejuk untuk menyembuhkan orang yang demam atau penyakit badan panas. Air zam-zam bersifat sejuk. Manakala habbatus sauda sama seperti madu. Ia bersifat panas dan sejuk, ia mampu memulihkan kesejukkan dan panas badan. Saya cuba mengurangkan ubat antibiotik pemberian doktor sebaliknya menggantikannya 'antibiotik' madu, habbatus sauda serta air zam zam.


Saya ada memberikan Ammar minum ubat batuk yang disarankan oleh doktor setiap enam jam memandangkan batuk Ammar sangat teruk sehingga merah padam kulit wajahnya, dan ternampak urat lehernya ketika batuk. Suami saya juga sering membacakan ayat-ayat Al Quran dan doa-doa tertentu untuk pemulihan Ammar. Kami bertawakkal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya.


Pada hari keenam dan ketujuh, suhu badan Ammar tetap sama. Hampir setiap malam saya dan suami tidak lena tidur kerana sama-sama merawat Ammar dengan mengelap tubuh Ammar yang kepanasan itu. Saya menjadi lebih pilu kerana saya dikejutkan oleh Ammar pada waktu malam dengan usapan jari-jemarinya ke sekeliling pipi saya sambil memanggil umi..umi...umi..dengan nada yang begitu sayu. Tapak tangannya sungguh panas sehingga pipi saya tidak sanggup untuk merasai kepanasan itu. Saya terus bangkit dan membalut tubuh, leher serta dahinya dengan kain basah. Lalu saya menangis melihatkan keadaannya. Saya ditenangkan oleh suami. Beliau berpesan bahawa percayalah dan yakinlah, Allah akan menyembuhkan demam Ammar jika kita beristiqamah dengan ubat ciptaan-Nya, insya Allah Ammar akan baik, kata si suami.


Akhirnya, pada malam hari yang ketujuh, Ammar pulih dari kepanasan badan yang melampau namun batuknya tetap berterusan. Tidak mengapalah, asalkan suhu badan turun, saya dan suami merasa gembira dan mampu menarik nafas lega. Malam itu, Ammar mula berpeluh di kawasan leher, dahi, hidung, dan tubuhnya. Kerisauan emak saya juga akhirnya reda. Emak saya juga risau melihat keadaan cucunya dalam apabila demam, tidak mahu makan, kurus dalam beberapa hari dan sentiasa berada dalam mood yang tidak baik seperti menjerit, tidak mahu bercakap dan kerap menangis. 


Alhamdulillah wa syukurillah.. setelah tiga hari berusaha, beristiqamah dan bertawakkal dengan perubatan secara alami dan perubatan gaya Nabi saw (tibbun nabawi), akhirnya hari ini (21/1/2014) Ammar sembuh dari demam panas dan batuknya berkurang. Alhamdulillah.



Sedikit Perkongsian Ilmu

Abu Hurairah berkata, "Aku pernah berbincang dengan Nabi SAW dan aku berkata bahawa demam adalah kututkan bagi manusia, tetapi baginda menjawab ia bukan kutukan kerana ia membersihkan tubuh seperti api yang menghilangkan benda asing dalam besi". (Riwayat Ibnu Majah)

Ada hadis mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda, "Menderita demam selama sehari adalah seperti puasa selama setahun."

Abu Amr menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda, "Jangan memaksa orang sakit makan atau minum kerana Allah memberi mereka makan dan Allah memberi mereka minum." (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah menyaakan hadis ini sahih)

Jika salah seorang daripada kalian sakit dan mengingini makanan tertentu, maka hendaklah dia makan makanan itu." (Riwayat Ibnu Majah)


Merawat Demam dengan Air



Dari nafi’, dari ‘Umar r.a bahwa Nabi saw bersabda;



 عن نافع، عن ابن عمر، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «إنما الحمى أو شدة من فيح جهنم، فأبردوها بالماء

Sesungguhnya demam atau demam yang sangat adalah sebagian dari aroma/luapan neraka jahannam; maka dinginkanlah ia dengan air“. (Mutafaqun alaihi)

Harus difahami hadis ini dengan penjelasan ulama kerana (anda yang pernah mengalami demam panas atau demam berdarah), kemudian mandi atau dibasuh dengan air yang sejuk, tentu penyakit akan menjadi lebih parah.

Menurut Anas, Nabi SAW bersabda, "Jika salah seorang daripada kamu menderita demam, sapukan air sejuk kepadanya selama tiga hari berturut-turut pada waktu fajar" - Riwayat al Juzi



Merawat Demam Dengan Madu Lebah


Allah Ta’ala berfirman,



يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah ta’ala) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 69)



Merawat Demam dengan Habbatussauda


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّام

Sesungguhnya pada habbatussauda’ terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali kematian” (Muttafaqun ‘alaihi HR. Bukhori no. 5687, Muslim no. 2215)



Allah Ta’ala berfirman,



يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah ta’ala) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 69)



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّام

Sesungguhnya pada habbatussauda’ terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali kematian” [1]



Allah Ta’ala berfirman,



يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah ta’ala) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 69)



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,



إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّام

Sesungguhnya pada habbatussauda’ terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali kematian” [1]


Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah ta’ala) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 69)



Ulama dan doktor muslim yang terkenal Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullahu dalam kitab tibbun nabawi menjelaskan tentang habbatus sauda,



وَهِيَ كَثِيرَةُ الْمَنَافِعِ جِدًّا، وَقَوْلُهُ: «شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ» ، مِثْلُ قَوْلِهِ تعالى: تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّها  أي: كلّ شيء يقبل التَّدْمِيرَ وَنَظَائِرَهُ، وَهِيَ نَافِعَةٌ مِنْ جَمِيعِ الْأَمْرَاضِ الْبَارِدَةِ، وَتَدْخُلُ فِي الْأَمْرَاضِ الْحَارَّةِ الْيَابِسَةِ

Habbatus sauda memiliki sangat banyak manfaat, sabda Rasulullah saw, “ubat untuk segala macam penyakit”, sebagaimana firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintahan Rabb-nya”. Yaitu segala sesuatu yang boleh hancur dan semisalnya. Dan habbatus sauda bermanfaat menyembuhkan segala macam penyakit yang bersifat dingin dan penyakit yang bersifat panas dan kering.” (Tibbun Nabawi hal 287, maktabah Ats-Tsaqafiy, Koiro, Tahqiq Dr. Hamid Muhammad Ath-Thahir)


Merawat Demam Panas dengan Air Zam Zam


Begitu juga dengan air zam-zam yang didalam hadits adalah sesuai dengan niat orang yang meminumnya baik berupa kesembuhan, kepintaran dan pemenuhan hajat. Rasulullah saw bersabda,

  زَمْزَمُ لِمَا شُرِبَ لَهُ  

Air zamzam itu sesuai dengan apa yang diniatkan peminumnya”. (HR. Ibnu Majah dalam Sunan-nya 2/1018 dishahihkan oleh Al-Albani dalam Irwaaul-Ghaliil fii Takhriiji Ahaadiitsi Manaaris-Sabiil, 4/320)

Tabi’in Ahli tafsir, Mujaahid rahimahullah berkata,


ماء زمزم لما شرب له، إن شربته تريد شفاء شفاك الله، وإن شربته لظمأ أرواك الله، وإن شربته لجوع أشبعك الله، هي هَزْمة جبريل وسُقيا الله إسماعيل.

Air zamzam sesuai dengan apa yang diniatkan peminumnya. Jika engkau meminumnya untuk kesembuhan, maka Allah akan menyembuhkanmu. Apabila engkau meminumnya karena kehausan, maka Allah akan memuaskanmu. Dan apabila engkau meminumnya karena kelaparan, maka Allah akan mengenyangkanmu. Ia adalah usaha Jibril dan pemberian (air minum) Allah kepada Isma’il”. (HR. ‘Abdurrazzaq dalam Al-Mushannaf 5/118)



Ibnul-Qayyim rahimahullah telah membuktikan mujarrabnya air zam-zam, beliau berkata,



وقد  جرّبت أنا وغيري من الاستشفاء بماء زمزم أمورا عجيبة، واستشفيت به من عدة أمراض، فبرأت بإذن الله

Sesungguhnya aku telah mencubanya, begitu juga orang lain, berubat dengan air zam zam adalah  hal yang menakjubkan. Dan aku sembuh dari berbagai macam penyakit dengan izin Allah Ta’ala". (Zaadul-Ma’ad 4/393)


Antara doa-doa yang boleh diamalkan untuk merawat demam panas ialah:






Antara bahan ubatan HPA yang boleh digunakan ialah serbuk tanah liat putih untuk disapu pada bahagian kepala dan badan. Kopi Radix dengan sinergi 7 herba iaitu tongkat ali, mata pelanduk, teja lawang, tebu gajah, larak hutan, mengkudu hutan, dan halban hitam boleh diminum sewaktu demam untuk memulihkan tenaga badan. Kopi ini boleh diminum oleh semua peringkat umur bermula dari usia 3 tahun. Kapsul IMT dan air IMT untuk mendinginkan suhu tubuh yang panas. 

Selain itu tumbuhan herba alami boleh digunakan seperti daun kaca piring atau juga daun sireh cina diramas-ramas lalu ditampal pada bahagian kepala. Biji barli dibasuh, direnehkan, kemudian dikisar bersama air renehan, minum/makan bersama madu, ia baik untuk  perut penderita demam juga pesakit yang tidak bermaya untuk makan tetapi berkeinginan untuk makan. Dalam ilmu pengubatan Nabi SAW, minuman/makanan barli yang dibuat seperti ini disebut talbinah.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah".

Peringatan

Kata orang-orang alim dalam ilmu Tibb Nabawi, jika semua bahan berubat yang dianjurkan untuk merawat pesakit tidak mendatangkan kesan mujarab, maka jangan disalahkan ubat-ubat itu. Mungkin ada sebab-sebab lain yang menghalang ubat-ubat ciptaan Allah itu daripada berkesan ke atas tubuh pesakit. Contohnya tahap kepercayaan dan keimanan seseorang kepada Allah, dan sebagainya. Kita hanya manusia biasa. Sedangkan Allah lah yang mendatangkan sesuatu penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkan sesuatu penyakit. Manusia hanya mampu merancang, berusaha, beristiqamah, dan bertawakkal. Sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah Taala.


Wallahua'alam.


Semoga anda gembira dengan perkongsian ini. Sekirannya anda ada sebarang soalan berkaitan produk kesihatan, cara rawatan alternatif, anda boleh hubunggi saya di talian 013-5806760.

Norashikin Hasan
Herbalis Asean - HPA Internasional



Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...