Al Quran dapat mempersiapkan
diri bayi dengan segala mehnah dunia. Maka bacalah surah Al Kahfi.
Kata ulama'
Al Quran itu dapat mencantikkan paras rupa dan akhlak yang soleh. Maka bacalah
surah Yusuf.
Kata ulama' Al Quran itu dapat menjadikan si anak beroleh
kebijaksanaan dan akan cerdas dalam mempelajari sesuatu ilmu yang baru. Maka
bacalah surah Luqman.
Kata ulama' Al Quran itu dapat menanamkan roh tauhid ke
dalam jiwa si anak. Maka bacalah surah Maryam.
**********
Bergelar
ibu buat pertama kali sesungguhnya begitu indah. Pengalaman telah banyak
mendewasakan saya agar menjadi lebih matang daripada usia. Hati saya
berbunga-bunga setiap kali melihat wajah si kecil Ammar di waktu pagi, saat
ingin memandikannya. Telatah bayi. Ada-ada saja! Sehingga membuatkan saya
tertawa sendiri, tersenyum sendiri, dan bicara sendiri..
Aduhai
si penyejuk mata!
Ketika
itu baru saya sedari bahawa cahaya mata ini adalah amanah daripada Allah.
Amanah yang cukup berat untuk dipertanggungjawabkan. Namun cukup ringan untuk
diabaikan oleh manusia tidak berjiwa insan.
Ketika
itu baru saya sedar bahawa saya harus mempersiapkan 'kelengkapan' untuk si
kecil Ammar masuk ke alam baru iaitu alam dunia pula, setelah ia selesai
menjalani suatu alam di dalam rahim. Lahirnya bayi ini ke dunia maka ia perlu
ada kelengkapan rohani dan jasmani yang mantap.
Kelahiran
bayi adalah suatu khabar gembira buat semua manusia. Begitu juga buat diri
saya. Mujurlah junjungan mulia kita Nabi saw telah mengajarkan perkara-perkara
yang perlu dilakukan sebagai menyambut kedatangan 'orang baru'. Semua yang
diajarkan itu adalah persiapan rohani dan jasmani untuk si anak kecil mantap
berhadapan dengan kehidupan di luar rahim ibunya yang penuh dengan
pancaroba.
Seandainya
rohani dan jasmani bayi tidak dipersiapkan dengan apa yang diajarkan oleh
baginda Nabi saw, maka bagaimana kestabilan rohaninya, dan bagaimana pula
kekuatan jasmaninya melawan 'penyakit' dunia di akhir zaman ini?
Ketika
itu baru saya teringat bahawa kita perlu 'beradab' dalam menerima 'orang baru'.
Awal-awal lagi bayi sudah diajarkan tentang adab. Adab yang bagaimana? In syaa
Allah adab yang bayi akan belajar daripada ibubapa mereka ketika baru sahaja
dilahirkan ialah:
Pertama-tama sekali bayi dilafazkan azan ke
telinga kanan dan iqamat pula ke telinga kiri. Rahsianya ialah untuk
memperdengarkan bayi sejak awal akan kebesaran nama Allah dan kalimah syahadah
yang merupakan pintu gerbang seseorang itu masuk ke dalam Islam. Tindakan ini
melambangkan keIslaman yang diucapkan ketika masuk ke alam dunia. Lafaz azan
dan iqamat juga dapat menjauhkan bayi daripada gangguan jin dan syaitan yang
sentiasa menanti kelahiran bayi agar dapat dijadikan pengikutnya.
"Sesiapa
yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan
pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin
yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "
Ummu
Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang juga gemar mendengar tangisan
anak-anak kecil terutamanya bayi.
Kedua, membersihkan mulut bayi. Ia
lebih dikenali sebagai tahnik iaitu membersihkan bahagian atas dalam mulut bayi
dengan kurma yang telah dimamah lumat. Jika tiada kurma boleh diganti dengan
buah-buah manis yang lain. Ia dapat mempersiapkan mulut bayi untuk menyusu
daripada ibunya.
Ketiga, mencukur kepala. Mencukur
kepala dapat memelihara kesihatan bayi kerana apabila liang-liang kulit
kepalanya menjadi lebih terbuka, rambutnya akan menjadi lebih subur. Menurut
pendapat ilmuwan, ia dapat mempengaruhi kekuatan daya penglihatan, pendengaran
dan hidu.
Keempat,
aqiqah. Imam Malik
mengatakan, "Aqiqah adalah perintah yang tidak boleh dipersoalkan
lagi" Sabda rasulullah saw, "Semua anak tergantung (tergadai) dengan
aqiqah, disembelih pada hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur rambutnya."
(Hadith Sahih). Untuk seorang putera, dua ekor dan untuk seorang puteri seekor
dan tiada salahnya kambing itu jantan atau betina. Terdapat banyak hikmah
dengan beraqiqah, antaranya dapat melindungi bayi daripada gangguan jin dan
syaitan. Setiap anggota haiwan aqiqah digunakan untuk menebus seluruh anggota
bayi.
Kelima,
memberi nama. Nama
adalah suatu doa buat kita. Maka, ayah bonda yang dikasihi, yang bakal menjadi
ayah dan bonda, berilah nama anak-anak anda dengan nama yang terindah yang
menjadi doa terbaik buat mereka. Berilah nama anak-anak anda dengan nama para
nabi atau sahabat dan sahabiah Nabi SAW. Hindarilah nama-nama yang menyerupai
agama lain atau memberi makna yang hina. Dikhuatiri nama itu tidak dapat
memberkati kehidupan anak-anak anda.
Keenam,
berkhatan. Khatan
(khitan) bererti memotong kult kepala penis lelaki. Khatan ialah salah
satu keutamaan yang disyariatkan Allah swt untuk hamba-Nya sebagai pelengkap
fitrah yang diberikan kepada hamba-Nya. Ia juga adalah perbuatan sunnah.
Namun begitu, hampir kesemua ulama sepakat mengatakan khatan adalah wajib
bagi lelaki dan tidak wajib bagi bayi perempuan. Para ahli fiqih mengganggap,
perbuatan khitan ke atas bayi perempuan adalah terpuji.
**********
Nah!
Lebih 1400 tahun lalu Rasulullah saw telah membekalkan ilmu dan amalan untuk kita
menyambut kelahiran bayi. Ini semua adalah dari iringan wahyu dan seiring
dengan fitrah manusia.
Ingatlah perkara paling awal untuk dilakukan ialah azan dan iqamah, tahnik, mencukur rambut, aqiah, memberi nama dan berkhatan diamalkan kepada bayi. Supaya tubuh siap siaga jika ada unsur-unsur lain menyerang. Unsur-unsur kuman, bakteria dan virus, juga daripada al A'in.
Bukan dimasukkan dengan pelali. Masuknya pelali sebelum adab yang diajarkan Nabi SAW, rosaklah sistem imuniti, kurang daya tahan penyakit apabila berlaku serangan kuman dan virus.
Na'uzubillah!
Semoga kita sentiasa dilindungi daripada niat jahat manusia ke atas diri kita
dan keluarga kita. Amin.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan