PIN POST
PERUBATAN JAWI
Oleh Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...
Selasa, 4 November 2025
Isnin, 3 November 2025
MIND SET TIDAK BENAR PUNCA PENYAKIT 'MISTIK'
Saya teringat satu kisah dan pengalaman seorang sahabat saya tak lama dulu. Kisahnya kami dahulu sama-sama belajar. Dalam tempoh belajar, Allah datangkan mad'u untuk menambah pengalaman masing-masing. Pengalaman sahabat saya ini memang menarik untuk dijadikan panduan.
.
.
.
Ok kisahnya begini.......
Seorang remaja perempuan, pelajar universiti, sering duduk di dalam bilik, tidak mahu keluar dari bilik, tidak mahu berjumpa dengan orang. Namun selera makan ok seperti orang normal.
Dari segi psikologi kita melihat remaja ini miliki ciri introvert atau barangkali kemurungan. Wallahua'lam.
Ok tak mengapa.... Kita pergi sedikit detail...
Dia tinggal bersama makciknya. Makciknya mendapati anak buahnya ini tidak produktif, tidak mengemas bilik, tidak melakukan apa-apa melainkan baring, duduk, melayani labtop dan android fon sahaja.
Makciknya dimaklumkan oleh kedua ibu bapa remaja ini bahawa dia terkena gangguan makhluk seperti jin atau syaitan sehingga menjadikan sikapnya berubah begitu.
Background remaja ini....familynya dikatakan sering diganggu dengan gangguan mahkluk ghaib sehingga jika ada ahli keluarga yang sakit, itu ada kaitan dengan gangguan jin dan syaitan. Ibu bapa remaja ini memang sering mendapatkan rawatan membuang jin, saka, sihir dan sebagainya. Sejak kecil hingga remaja, jika sakit ia ada kaitan dengan gangguan tersebut. Remaja ini yakin seperti mana keyakinan ibu bapanya. Ketika perasaannya terganggu dia akan berpengaruh kepada tingkahlakunya.
.
.
Saya teringat subjek psikologi yang pernah saya pelajari semasa di kolej lebih 15 tahun yang lalu.... Jika salah teori yang saya petik ini, sahabat2 kaunseling/psikologi bantu komen di bawah dengan teori psikologi yang paling tepat dengan situasi ini ya.
Dalam psikologi, hal ini ada kaitan dengan teori behaviorisme. Iaitu teori pembelajaran yang menyatakan tingkah laku dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran melalui proses pelaziman (conditioning) dan peneguhan (reinforcement). Teori ini berfokus pada tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur, dan tokoh utama dalam teori ini termasuklah Ivan Pavlov, John B. Watson, Edward Thorndike, dan B.F. Skinner.
.
.
Jadi...... dipendekkan cerita yang panjang ini.....
Sebenarnya panjang lagi kisahnya, cuma cukup lah setakat ini. Kisah yang melibatkan makhluk ghaib ni sangat sensitif bagi sesetengah orang. Untuk iktibar, sedikit sahaja saya kongsikan.
.
.
.
Maka si makcik cuba minta nasihat dan rujuk ciri-ciri anak buahnya pada orang yang dirasakannya boleh membantu beri solusi.
Suatu hari, ditakdirkan Allah, makcik ini berjumpa dengan sahabat saya untuk bertanya pandangan dan kalau boleh nak minta tolong doakan atau apa-apa nasihat yang boleh membantu anak buahnya pulih menjadi remaja yang ceria, produktif, aktif dan cerdas.
Apa yang sahabat saya lakukan setelah itu ialah, katanya pada makcik itu...
"Makcik, ini ada air untuk anak sedara makcik minum. Bagi dia minum, insyaAllah sembuh"
Makcik itu pun sampaikan pada anak buahnya air itu untuk diminum. Makcik itu pesan pada anak buahnya,...
"Minumlah air ni mudah-mudahan sembuh dari gangguan tu. Ustazah tu suruh habiskan air ni. InsyaAllah sembuh"
Selang beberapa hari setelah air itu dihabiskan, remaja itu beritahu, tubuhnya lebih segar, rasa bersemangat dan tak rasa macam kena gangguan lagi. Begitulah seterusnya jika remaja itu dapat minum air yang didoakakan, dia akan sembuh.
Apa yang menariknya, sahabat saya menceritakan....
Sebenarnya dia tidak pernah membacakan apa-apa doa pun pada air mineral tersebut. Dia hanya buka penutup botol, tutup semula penutup botol mineral itu supaya kelihatan bahawa air itu telah didoakan. Sahabat saya hanya pesan kepada makcik tersebut, sebelum nak minum bacalah Al Fatihah, yakin kepada Allah. InsyaAllah sembuh.
.
.
.
Kisah ini diceritakan oleh sahabat saya beberapa tahun lalu. Sahabat saya ada di ruangan maya ini. Cuma tidaklah saya tag beliau. Mudah-mudahan jika beliau baca, beliau boleh bantu respon kebenaran kisah ini.
.
.
Kadang-kadang, orang akan menganggap kisah ini adalah rekaan yang dirancang. Lebih-lebih lagi sekarang di zaman AI, manusia sering ditipu daya. Cerita yang benar dikatakan palsu. Cerita yang palsu dikatakan benar. Inilah zaman yang penuh dengan tipu daya. Nauzubillah.
.
.
.
Sebenarnya apa yang saya nak sampaikan ini ialah berkaitan mind set seseorang individu terhadap penyakit yang dilalui.
Setiap kali saya teringat pengalaman sahabat saya ini, saya akan teringat kuliah-kuliah almarhum Tn Hj Ismail berkaitan dengan bagaimana pemikiran yang aneh-aneh boleh mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal seseorang individu.
Ketika mind set dan pemikiran menjadi tidak benar, maka mental dan fizikal akan terpengaruh. Solusinya adalah....berbalik kepada fitrah spiritual (kerohanian).
Penawar yang digunakan ialah herba yang merawat perasaan dan menguatkan spiritual. Tn Hj Ismail membawa satu konsep iaitu konsep, 'perasaan herba merawat perasaan manusia'.
Bagaimana itu? Itulah kebesaran dan kekuasaan Allah, yang memberikan ilmu kepada hamba-NYA yang berfikir dan zikir. Ilmu herba ini diajarkan oleh almarhum guru dalam kuliah-kuliah yang kami hadiri. Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buat almarhum guru.
Dalam Perubatan JAWI HPA, penawar bagi masalah psikologi, masalah spiritual, emosi, mental, sikapdan tingkah laku ada pada Superbrain, Anxie-T, MMP, E Spray, Shark Cartillage, Wave, Ain Spray dan sebagainya. MaasyaAllah ada banyak lagi, namun itulah antara yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Wallahua'lam.
Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya.
Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah Herba JAWI HPA
Ahad, 2 November 2025
Khamis, 23 Oktober 2025
DUNIA PERUBATAN HERBA MELAYU
Dunia perubatan herba Melayu pernah menjadi rujukan ahli perubatan dan para saintis dari bangsa asing dalam mencari penawar kepada racun. Bangsa asing mengambil ilmu tersebut lalu menjadi terkenal dengan ilmu racun dan penawar.
Bangsa Melayu sangat mahir dalam penyediaan ubat, racun dan penawar penyakit menggunakan herba.
Ribuan khazanah rimba tempatan menyimpan pelbagai ubatan yang paling mujarab, sangat ampuh dalam mengubati penyakit dan memberi kekuatan kepada tubuh badan bangsa Melayu
Hasil amalan herba itu menjadikan...
Lelaki Melayu yang sihat, tangkas, lincah, bijaksana, dan berani
Perempuan Melayu yang halus budi, lembut, subur, sopan dan bermaruah tinggi
Tetapi Melayu hari ini tidak mahir lagi ilmu pengubatan herba
Ilmu pengubatan herba menjadi suatu ilmu langka yang jarang dipelajari oleh orang dan dilupakan zaman
Akhirnya bangsa Melayu jatuh tersungkur dalam ketidaktahuan selamanya
Ketidaktahuan itulah yang menipunya
Sehingga herba watan terfitnah dan dipulau jauh dari dunia pengubatan hari ini
Sayang sekali...
Allah turunkan herba penawar untuk bangsa Melayu, tetapi hanya sedikit yang menyedarinya dan mengamalkannya
Alangkah ruginya bangsa Melayu jika ia tertinggal jauh dengan pengetahuan herba khazanah bangsa
Hari ini pengubatan herba Melayu tidak begitu mendapat tempat di mana-mana pusat pengajian tinggi
Sedangkan herba dan method pengubatan dari pelbagai bangsa asing berjaya menjadi silibus dalam jurusan perubatan di pusat pengajian tinggi dalam negara mereka sendiri
Bangsa asing lebih memahami herba tempatan kita berbanding kita sendiri mengetahuinya
Sekiranya mereka tahu khasiat herba-herba kita, nescaya mereka sanggup menukarkannya dengan ketulan-ketulan emas!
'Melayu' dalam perubatan sudah semakin terhakis di kalangan generasi hari ini kecuali bagi mereka yang mahu menekuninya
'Melayu' dalam bab kesihatan keluarga juga sudah semakin hilang
'Melayu' dalam seni alam perkahwinan suami isteri juga sudah hampir lenyap kerana pengaruh budaya dari bangsa asing
Orang Melayu terpadu dengan agama
Islam adalah cara hidup orang Melayu
Baik dalam hal perubatan dan kehidupan, kita mencontohi cara hidup penghulu segala Nabi dan Rasul iaitu Muhammad SAW
Baginda mengajar dan mewariskan kepada kita Al Quran dan Sunnahnya sebagai petunjuk
Pengubatan di alam Melayu yang suatu masa dahulu ialah berpengaruh daripada pengaruh agama bangsa lain
Yang mempunyai konsep 'semangat' atau roh orang mati
Mempercayai kekuatan makhluk hidup dan mati
Tidak berbicara kekuatan daripada Al Quran dan hadis Nabi
Datangnya Islam menyempurnakan keimanan
Pengubatan di alam Melayu menjadi sebuah pengubatan yang menegakkan aqidah dan menolak syirik
Kadangkala pengubatan di alam Melayu hari ini juga menjadi terfitnah apabila unsur syirik dan bidaah dicampur adukkan lalu diklaim sebagai perubatan Islam
Apabila keMelayuan itu semakin pudar, 'Melayu' dalam cara hidup juga akan hilang.
Berpegang teguhlah wahai anak bangsa Melayu
Genggam erat, jangan hilangkan 'Melayu' dalam diri kita
Melayu jangan hanya pada jasad, biarlah Melayu juga pada jati diri, cara hidup dan pegangan agama
Norashikin Hasan
23.10.2025
Jumaat, 17 Oktober 2025
Khamis, 16 Oktober 2025
Selasa, 14 Oktober 2025
Isnin, 13 Oktober 2025
Ahad, 12 Oktober 2025
Jumaat, 26 September 2025
Langgan:
Catatan (Atom)