PIN POST

PERUBATAN JAWI

Oleh  Tn Hj Ismail b Ahmad, Pengasas Perubatan Jawi dan Spraylogi, 2 Jun 2020 Dicatat perkataan demi perkataan oleh Norashikin Hasan -------...

Isnin, 20 Januari 2025

TANDA-TANDA STRESS DAPAT DILIHAT PADA MATA

Subahanallah menyingkap ilmu Iridologi ini adalah satu bidang yang akan menyedarkan kita bahawa jika kita mahu beriman cukup sekadar melihat apa yang ada pada tubuh badan kita, malah pasti tidak akan habis.


Carta Iridologi

Sebagai seorang herbalis, ilmu ini adalah satu lapangan ilmu yang menghidangkan sebuah keinsafan yang bakal membuahkan kesyukuran kepada ALLAH.
Di dalam kaedah ilmu dianosis ini kita dapat mengindikasikan keadaan tubuh seseorang pesakit sama ada lemah atau kuat, kadar stress, penumpukan racun, kekuatan saraf, kelainan pada usus besar dan sebagainya.
Tujuan belajar ilmu diagnosis melalui iris adalah untuk mengenal, bukan meramal. Inilah yang selalu tuan guru (Tn Hj Ismail b Ahmad) pesankan. Jangan meramal tetapi mengenal. InsyaAllah kita akan temui solusi permasalahan penyakit berdasarkan pengalaman diagnosis.
Kerana di dalam pengubatan ini disebut sebagai kecekapan diagnosis dan ketepatan herba. Kita perlu mempunyai skill dalam menentukan penyakit.
Herba yang sesuai dengan seseorang belum tentu ia sesuai dengan seorang yg lain. Maka, untuk tentukan ubat, ia perlu kepada kepakaran berdasarkan kepada pengalaman. Ia tidak boleh bercorak teori semata-mata.
Ramai orang yang mempelajari ilmu diagnosis iridologi tanpa panduan tibbun JAWI, berlaku kesalahan dalam analisis penyakit yang mengaitkan dengan hal-hal mistik. Mereka dengan begitu mudah menggunakan ilmu diagnosis melalui iris dalam pengubatan yang tidak menegakkan tauhid malah menghampiri kesyirikan. Ini benar-benar pernah berlaku terutama bagi mereka yang tidak mengenali apa itu Tibbun JAWI dan tidak pernah bertemu di dalam mana-mana kuliah bersama Pengasas Tibbun JAWI iaitu Tn Hj Ismail bin Ahmad. Diagnosis yang dilakukan sudah tepat tetapi malangnya hasil diagnosis mengatakan permasalahan di usus besar adalah kerana ada tapak rumah jin di situ, permasalahan stress yang berpanjangan disebabkan oleh gangguan saka, hilang semangat hidup kerana ada kemungkinan ia berkaitan dengan sihir daripada jin atau manusia. Apakah ilmu iridologi Tibbun JAWI begini?
Jika begitu cara seorang perawat Muslim mendiagnos dan menganalisa iris seseorang, ia telah terkeluar daripada konsep pengubatan kita (JAWI) iaitu konsep pengubatan causative treatment iaitu memberikan penekanan kepada pengembalian sistem imuniti tubuh yang menyeluruh yang meliputi aspek spiritual, mental, emosi dan fizikal.

Lebih parah lagi jika perawat mendiagnosis kemudian membuat kesimpulan awal tanpa memberikan solusi alamiyah dan Ilahiyah.
Foto di bawah ini adalah salah satu contoh iris yang memiliki ciri-ciri tekanan (stress). Dalam ilmu diagnosis iris, ia disebut sebagai Stress Line/Stress Ring. Seseorang yang berada dalam tekanan (stress) yang berpanjangan akan dapat dilihat pada iris matanya garisan putih seperti lingkaran cincin.



Stress berlaku disebabkan oleh faktor luaran dan dalaman. Faktor luaran misalnya tekanan kerja, masalah keluarga, persekitaran dan sebagainya. Faktor dalaman pula merujuk kepada gangguan kepada fisiologi tubuh seperti sistem imuniti, sistem pencernaan, sistem saraf dan sebagainya.

Menurut pandangan pengubatan JAWI, seseorang yang stress bererti tubuhnya juga kekurangan vitamin C atau hampir tiada vitamin C. Kekurangan Vitamin C akan mengakibatkan daya tahan tubuh semakin lemah, fikiran semakin tertekan, penyakit mula menyerang dan ubat menjadi tidak berkesan.


Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan
- mukus yang kental
- kulit kering, kasar dan gatal
- ulser/sariawan
- gusi berdarah
- lebam-lebam pada tubuh badan tetapi tidak sakit pada tempat lebam
- bulu mata lurus ke bawah, tidak melentik
- dan lain-lain



Manusia dan kera tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Kambing apabila dikejar oleh harimau, ia akan stress dan akan mengeluarkan Vitamin C sebagai vitamin anti stress.

Antara sebab mengapa herba tidak berkesan adalah kerana kekurangan Vitamin C. Vitamin C ialah pembuka kunci yang membuka pintu untuk herba-herba bekerja. Kalau kita ingin berikan pertolongan di dalam sebuah bangunan, jika pintu tidak dibuka bagaimana hendak memberi bantuan?

Kekurangan Vitamin C akan mengakibatkan daya tahan tubuh semakin lemah, fikiran semakin tertekan, penyakit mula menyerang dan ubat menjadi tidak berkesan.

Kita tidak boleh meninggalkan Vitamin C ketika membuat perawatan. Itulah art of healing yang perlu ada dalam sesuatu perawatan.

Tiada Vitamin C hilang semangat hidup. Orang jadi gembira kerana adanya kecukupan Vitamin C. Vitamin C kena ambil daripada sumber makanan kerana tubuh tidak dapat mengeluarkan Vitamin C sendiri.

Produk HPA yang mengandungi Vitamin C ialah
1. Mengkudu (kapsul dan spray)
2. Roselle (kapsul dan kordial)
3. Kopi Radix
4. Kapsul Radix
5. Herba Tuju Angin (kapsul dan spray)
6. Kapsul Paramaria Plus
7. Radix Cereal
8. Moringga (kapsul dan spray)
9. BR Spray
10. Vit C Spray
11. Kapsul Morin A
12. Dan banyak lagi..

Semoga info ini dapat menambah ilmu kepada ahli-ahli HPA sedunia dan membantu para herbalis dalam perawatan. Amin ya Rabbal A'lamin


Norashikin Hasan
Penulis siri Kuliah herba Jawi HPA


Selasa, 26 November 2024

RADIX MUDA PLUS

Growth hormone dihasilkan dengan jayanya ketika usia 1 hingga 20 tahun. Setelah usia itu, paras GH akan menurun dan semakin kekurangan seiring dengan pertambahan usia. Metabolisma tubuh juga semakin menurun. Tanpa superfood, dan functional food, tubuh menjadi lemah dan daya tahan (imuniti) tubuh menurun.

Tahukah anda kopi Radix Muda Plus terdapat GH di dalamnya? Ia adalah superfood (drink) hasil sinergi herba yang bukan calang-calang. Maka sebab itulah kita selalu syorkan pengambilannya.

Bolehkah di minum setiap hari?
Boleh.
Jika demam virus, ambil 3 sachet sehari sudah memadai, biiznillah esok negatif.
Adakah Kopi Radix Muda Plus kategori herba panas?
Tidak, ia kategori herba sejuk, malah seimbang. Jika diambil oleh orang yang tubuh sejuk ia seimbangkan suhu tubuh. Jika diambil oleh orang yang tubuh panas ia juga seimbang kan suhu tubuh. Itulah hasil kepakaran herba oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad.
MaasyaAllah Subhanallah.
Adakah orang sakit boleh minum kopi ini?
Sememangnya ia dibuat khusus sebagai minuman orang sakit. Supaya tubuh dapat menangani tekanan, tambah tenaga, kurangkan rasa letih dan semestinya tambah fungsi sistem imun.
Orang yang ada masalah buah pinggang, DM, obes, masalah liver, darah tinggi, darah rendah, demam virus dan lain-lain insyaallah akan merasa hairan dengan perubahan baik pada tahap kesihatan
Daripada lemah tak bertenaga jadi lebih bertenaga malah bersemangat.
Daripada terbaring jadi boleh bangun berjalan nak buat kerja.
Jangan bimbang, orang sihat pun boleh minum
Hadza min faddhli Rabbi

Apa bahan kandungan di dalam kopi Radix Muda Plus sehingga ia benar-benar Kopi superfood?:
  • Tongkat Ali Putih
  • Siberian Ginseng
  • Dan 7 herba lain



Gabungan ini menjadikan ia sebagai kopi superfood yang lazat rasanya dengan aroma seperti kopi yang dipanggang dengan herba akar kayu. Superb!!!
Jangan tunggu lama-lama
Ilmu telah disampaikan
Anda bukan tidak mahu, sebenarnya anda tidak tahu
Hadiahkan buat diri sendiri, pasangan tercinta, ibu ayah, dan ahli keluarga sebagai hadiah terbaik buat mereka
Bagi yang serius ingin dapatkan boleh PM saya di link ini untuk info lanjut:
Norashikin Hasan